Anda di halaman 1dari 25

PERGERAKAN ASAS

PJM3102

PERGERAKAN ASAS
Merupakan salah satu bidang di dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR (1999). Terbahagi kepada empat komponen :1. Asas Gimnastik Artistik 2. Asas Gimrama 3. Pergerakan Kreatif 4. Gimnastik Pendidikan

-Salah satu bidang di dalam pendidikan jasmani ialah Pendidikan Pergerakan. -Melalui pendidikan pergerakan pelajar dapat mengenali potensi tubuh badan mereka dalam melakukan berbagai-bagai pergerakan. -Memperolehi permahaman tentang keadaan alam fizikal yang melibatkan perkara abstrak seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz kepantasan dan hubungannya dengan pergerakan yang dilakukan.

Pergerakan asas terbahagi kepada tiga bahagian :


PERGERAKAN ASAS

LOKOMOTOR Contoh gerakan -Berjalan -Berlari -Melompat -Memanjat -Mengelonsor -Skip -Guling hadapan

BUKAN LOKOMOTOR Contoh gerakan -Duduk -Berdiri -Bangkit tubi -Merengang -Membongkok -Menghayun -Berbual-bual -Menolak -Rebah -Bangkit

MANIPULASI ALATAN Contoh Gerakan -Mengolek bola -Membaling bola -Menyepak bola -Melantun -Memukul -Menyerap -Menyambut -menahan

PERGERAKAN LOKOMOTOR
Bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat lain. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang.

KONSEP
Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan, kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor yang melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.

ARAH
Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu hadapan, belakang, kiri dan kanan

HADAPAN

KIRI

KANAN

BELAKANG

HALUAN
Haluan ialah melibatkan corak gerakan contohnya samada boleh dalam bentuk lurus, Bengkang bengkok, ziz zag dan lain-lain.

Haluan yang lurus

Haluan yang bengkang bengkok

Haluan yang berzig-zag

MASA
Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan. Masa boleh dalam keadaan cepat atau pelahan, tiba-tiba atau terkawal.

BENTUK PERGERAKAN LOKOMOTOR


Menggunakan tubuh badan sebagai alat untuk melakukan pergerakan.

BERJALAN
Berjalan langkah panjang. Berjalan langkah pendek. Berjalan langkah besar. - Postur yang betul. Semasa berjalan, badan dan kepala ditegakkan. Kaki rapat dan jari-jari kaki lurus ke hadapan. Pemindahan berat badan bermula dari tumit ke bahagian luar tapak kaki, ke bebola kaki dan jari-jari untuk menolak. Hayun tangan dengan bebas dan licin berselang dengan kaki.

BERLARI
Berlari tendang belakang. Berlari tendang depan. - Butiran berlari: Kedudukan jari-jari kaki semasa berlari mengarah lurus ke hadapan. Menolak dengan bebola kaki. Badan dicondong sedikit ke hadapan. Pergelangan kaki dibengkokkan. Lutut kaki dihadapan dibengkokkan. Lutut dibengkok lebih bila kaki dibawa ke hadapan. Lengan dibengkok dan dihayun bebas bertentangan dengan pergerakan kaki. Tangan dihayun rapat dengan badan. Hayunan tangan bermula di sendi-sendi bahu.

LOMPATAN KECIL
Lompat dua kaki. Lompat kucing.

LOMPATAN TINGGI
Lompat layang (leap) Lompat dekam (tuck jump) Lompat rusa

KETINGTING (HOP)
Ketinting sebelah kaki sahaja. Ketinting tukar kaki (2 kaki kanan, 2 kaki kiri)

MERANGKAK
Merangkak lutut sentuh lantai. Merangkak lutut jauh dari lantai.

MENGGULING
Guling balak Guling sisi Guling depan Guling belakang

MEMANJAT
Memanjat tangga Memanjat peti lombol

MELUNGSUR
Melungsur meniarap Melungsur atas punggung

SKIP
Skip berlari Skip lompat - merupakan gabungan dua pergerakan iaitu berjalan dan hop (melompat dengan sebelah kaki dan mendarat dengan kaki yang sama) Pergerakan kaki satu langkah (kaki kanan) diambil dahulu diikuti dengan hop dengan kaki yang sama kemudian kaki kiri melakukan langkah yang sama. Tangan dihayun ke hadapan dan ke atas. Tangan yang bertentangan kaki hadapan yang dihayun. Hayunan tangan berfungsi untuk memberi imbangan dan momentum semasa fasa hop. Berat badan sentiasa di bebola kaki pada sepanjang pergerakan.

GALOP
Galop berlari Galop lutut tinggi - Galop merupakan pergerakan melongsor. Satu kaki bergerak ke hadapan dan berat badan dipindah padanya. Dengan pergerakan yang pantas, kedua-dua kaki diangkat ke hadapan dan berat badan diletakan pada kaki belakang.(kaki hadapan sentiasa di hadapan) Menolak dan mendarat menolak dengan bebola kaki belakang dan mendarat dengan bebola kaki hadapan. Lutut dan pergelangan kaki sentiasa dibengkokkan semasa pergerakan dilakukan.

POLKA
Gabungan sekali skip, dua kali galop

CHASSE
Galop dua kali tukar kaki

GRAPEVINE
Kaki buka, silang, buka & tutup (satu arah atau dua arah)

DO-SI-DO
Berjalan ke depan empat langkah dan undur empat langkah.

Anda mungkin juga menyukai