Anda di halaman 1dari 14

SIVIL

Kamus Dewan Edisi Empat mendefinisikan sivil sebagai sesuatu perkara


yang berkaitan dengna orang awan atau orang biasa, berkaitan dengan rakyat
sebagai orang perseorangan.

KONSEP DEMOKRATIK DALAM MASYARAKAT
Demokrasi diwujud daripada perjuangan berasaskan pemilihan rakyat.
Demokrasi adalah saluran bagi warganegara yang berupaya dan yang
mempunyai kebolehan sebagai pemimpin tampil ke hadapan menawar diri untuk
berjasa kepada rakyat dan negara melalui proses politik.
Pemimpin-pemimpin ini dipilih oleh rakyat melalui undi dan diberi mandat
dan kuasa untuk mengurus hal ehwal masyarakat dan mentadbir negara dengan
amanah, jujur, telus, penuh dedikasi dan adil. Masyarakat memberi mereka
kuasa dan penghormatan yang tinggi atas jasa dan bakti mereka. Wakil-wakil
rakyat ini menjadi ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri di Malaysia
dan digelar Yang Berhormat.
Terdapat dua jenis corak pemerintahan demokrasi :
1. Raja berpelembagaan
Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah
sistem perlembagaan yang mengiktiraf raja sebagai ketua negara. Raja
berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica,
atau dikenali sebagai politik tiga serangkai yang bermaksud raja hanya ketua
simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh
perlembagaan negara. Apabila seorang raja mempunyai kuasa pemerintahan
yang penuh, ia dipanggil sebagai monarki mutlak.
Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan
perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih berada di bawah kuasa rakyat
tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara.
Sebenarnya, Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat yang
memerintah negara dan bukannya raja.
Sesetengah raja berperlembagaan adalah berlandaskan sistem
perwarisan atau mewarisi takhta manakala yang lain adalah melalui sistem
demokratik seperti di Malaysia di mana Yang di_pertuan Agong adalah dipilih
oleh majlis raja-raja pada setiap lima tahun.

2. Sistem republik
Republik adalah sebuah bentuk kerajaan, di mana beberapa orang atau
bahagian masyarakat mempertahankan kawalan tertinggi kerajaan, dan di mana
ketua negara bukan seorang raja. Perkataan "republik" berasal dari frasa Latin
res publica, yang boleh diterjemahkan sebagai "urusan awam".
Ciri-ciri sistem republik
1. Menolak institusi beraja
2. Kerajaan diketuai oleh presiden
3. Presiden dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
4. Terdapat empat negara yang presidennya memegang dua jawatan
yang sebagai ketua kerajaan dan ketua negara, iaitu Perancis, Korea
Selatan, India dan Filipina
Malaysia telah mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen
dan Raja Berperlembagaan sejak (1957). Demokrasi Berparlimen
bermaksud:-
a. Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara.
b. Raja-Raja Melayu menjadi lambing taat setia rakyat.
c. Rakyat berpeluang membentuk kerajaan.



NILAI ASAS MASYARAKAT
Malaysia adalah sesebuah negara yang penduduknya terdiri daripada
pelbagai kebudayaan. Sikap tolak ansur antara kaum juga menjadi pegangan.
Semua bentuk kebudayaan serta agama-agama lain adalah sentiasa dihormati.
Nilai asas masyarakat ini boleh dibahagikan kepada :
1. Agama
Malaysia terdiri dari penduduknya yang berbagai keturunan dan menganuti
berbagai agama, khususnya agama Islam, Buddha, Hindu, Tao dan
Nasrani (Kristian), di samping lain-lain sistem kepercayaan yang diamalkan
oleh berbagai kumpulan etnik yang terdapat di negara ini. Di bawah
Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi di Malaysia,
sementara agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan bebas.

2. Bahasa Rasmi
Bahasa rasmi yang digunakan di negara ini ialah Bahasa Malaysia
(Bahasa Melayu) namun, bahasa- bahasa berbagai kaum dan suku kaum
yang lain adalah bebas digunakan seperti bahasa Cina dan Tamil.
Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua dan digunakan dengan
meluasnya di bidang-bidang perdagangan dan perindustrian.

3. Festival Dan Perayaan
Masyarakat majmuk menjadikan kebudayaan negara ini lebih berwarna-
warni. Penduduknya yang berbilang kaum menyambut pelbagai perayaan
sepanjang tahun. Setiap kali perayaan, semua rakyat tanpa mengira
keturunan, turut serta memeriahkan suasana dengan kunjung-
mengunjungi antara satu sama lain.
Terdapat banyak perayaan yang disambut di Malaysia seperti Hari Raya
Puasa Aidilfitri oleh penganut Islam, Perayaan Tahun Baru Cina oleh kaum
Cina dan sebagainya.


1. Melayu-Islam
Penganut Islam kaum Melayu telah meraikan Hari Raya Puasa
(Aidilfitri), Hari Raya Haji (Aidiladha) dan Maulidul Rasul. Hari Raya Puasa
ini diraikan bagi menandakan berakhirnya sebulan berpuasa pada bulan
Ramadan. Manakala Hari Raya Haji (Aidiladha) pula diraikan pada hari
ke-10 bulan Zulhijjah yang dikirakan dalam bulan Islam ketika penganut
Islam yang mengerjakan ibadat Haji di Mekah berada di peringkat akhir
ibadah mereka.
Pada pagi hari tersebut, penganut Islam akan menunaikan
sembahyang Hari Raya Aidiladha di masjid-masjid dan terdapat orang
yang tertentu akan mengerjakan ibadat korban. Perayaan Maulidur Rasul
pada bulan Rabiulawal akan dirayakan dengan tujuan memperingati
perjuangan nabi Muhammad s.a.w.

2. Cina
Rakyat Malaysia yang berkaum Cina merayakan Perayaan Tahun
Baru Cina pada hari pertama yang di dalam bulan pertama kalendar Cina
yang biasanya terletak pada bulan Januari atau Februari setiap tahun.
Perayaan Tahun Baru Cina akan bermula dengan kaum keluarga Cina
berkumpul bersama untuk makan malam. Perayaan ini berlanjutan selama
15 hari sehingga hari Chap Goh Mei yang akan diraikan pada malam ke-
15 dalam bulan pertama kalendar Cina.
Satunya adat yang dipatuhi oleh kaum Cina adalah pemberian
bungkusan merah angpow bagi memeriahkan lagi suasana Tahun Baru
Cina, terutamanya kepada kanak-kanak. Selain perayaan Tahun Baru
Cina, kaum Cina juga meraikan perayaan yang lain seperti perayaan Kuih
Bulan dan lain-lain lagi. Perayaan Kuih Bulan ini dikaitkan dengan legenda
bidadari yang pada bulan kelapan dalam kalendar Cina, manakala kuih-
kuih bulan dan tanglung adalah ciri-ciri utama perayaan tersebut.


3. Hindu
Dalam agama hindu, perayaan Deepavali merupakan masa untuk kaum
keluarga dan sanak-saudara untuk bergembira bersama. Ia adalah
menandakan kemenangan, kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan
mengatasi kejahatan, kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Perayaan
Deepavali akan bermula dengan upacara sembahyang dan diikuti dengan
kunjungan ke rumah sanak-saudara. Pada sebelah malam, pelita-pelita
akan dipasang bagi memeriahkan lagi perayaan.

4. Buddha
Bagi penganut agama Buddha, bulan Mei menandakan tibanya
Hari Wesak yang bertujuan untuk memperingati tiga peristiwa penting di
dalam hidup Buddha, iaitu hari keputeraannya, yang juga sebagai hari
mencapai kemantapan pemikirannya dan juga hari kemangkatannya.
Apabila perayaan tersebut dijalankan, upacara-upacara bersembahyang
dan perarakan diadakan.

5. Kristian
Penganut agama Kristian merayakan Hari Krismas sebagai
menandakan kelahiran Jesus Kristus pada bulan Disember. Pada hari
perayaan tersebut, para penganut agama Kristian akan bersembahyang di
gereja-gereja di samping menziarahi saudara-mara dan juga rakan-rakan.

6. Perayaan bangsa Kadazan di Sabah
Di Sabah pula, orang-orang Kadazan akan mengadakan Perayaan
Menuai yang merupakan satu acara penting untuk para petani mereka
pada bulan Mei setiap tahun. Persembahan tarian Sumazau adalah
satunya budaya terpenting bagi orang berkaum kadazan. Manakala Tamu
Besar atau pasar tahunan pula merupakan satu pesta di mana acara-
acara sukan tradisional diadakan.

7. Perayaan tradisi kaum Dayak di Sarawak
Terdapat beberapa jenis perayaan tradisi kaum Dayak di Sarawak.
Satunya ialah Gawai Batu yang merupakan permulaan musim
penanaman padi. Seterusnya ialah Gawai Burung yang sebagai perayaan
berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik. Yang lainnya
ialah Gawai Bersimpan yang sebagai kesyukuran setelah selesai menuai,
Gawai Antu yang sebagai perayaan untuk roh orang-orang yang sudah
meninggal dunia dan juga Gawai Kenyalang. Yang paling penting sekali,
Hari Gawai adalah hari perayaan kaum Dayak yang dirayakan pada hari
yang sama, iaitu tarikh 1 Jun di negeri Sarawak.

KEBEBASAN BERSUARA DAN HAK DARI SEGI UNDANG-UNDANG
Kebebasan bersuara adalah kebebasan untuk bersuara tanpa batas atau
penapisan. Kebebasan bersuara merupakan kebebasan yang secara kolektif
yang diiktiraf oleh masyarakat madani sebagai sebahagian daripada
pelaksanaan proses demokrasi. Kepentingannya boelh dianggap sebagai
mengatasi kebebasan-kebebasan lain yang dijamin oleh undang-undang.
Kebebasan bersuara ini membolehkan pencarian dan penyataan kebenaran,
penyampaian maklumat dan pembetulan kepada kepincangan dalam
pemerintahan.
Namun begitu, hak ini bukannya satu hak yang perlu dipertahankan dan
perlu diimbangkan dengan keperluan lain masyarakat dan negara. Hak ini juga
melindungi segala aktiviti yang melibatkan pertukaran maklumat atau idea antara
individu terhadap gangguan oleh kerajaan.
Hak kebebasan bersuara diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam
Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Diiktiraf dalam undang-
undang hak asasi manusia dalam Perjanjian Antarabangsa tentang Hak-hak Sivil
dan Politikal (ICCPR). ICCPR ini mengiktiraf hak kebebasan bersuara sebagai
hak mendapatkan pendapat tanpa gangguan. Kesemua manusia akan
mempunyai hak untuk menyatakan pendapat. Terdapat beberapa jenis hak
mendapatkan kebebasan bersuara dan penyataan pendapat, iaitu :
1. Perkara 19 Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politikal.
2. Perkara 10 Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia. Perkara
Afrika Mengenai Hak Asasi Manusia dan Rakyat.
3. Perkara 13 Konvensyen Amerika mengenai Hak Asasi Manusia.
4. Perkara 9 Piagam Afrika mengenai Hak Asasi Manusia dan Rakyat.

Terdapat tiga jenis kebebasan bersuara, iaitu hak mencari maklumat dan
idea, hak mendapatkan idea dan maklumat, serta hak menyebarkan maklumat
dan idea. Piawaian antarabangsa, perantauan dan negara juga mengiktirafkan
bahawa kebebasan bersuara termasuk sebarang medium, merangkumi
pertuturan, penulisan, pencetakan atau melalui internet dan bentuk kesenian. Hal
ini bermaksud perlindungan kebebasan bersuara sebagai hak bukan termasuk
hanya kandungan, tetapi juga jenis medium penyataan.
Namun begitu, perkara yang melibatkan keselamatan negara dan
ketenteraman awam pula undang-undang turut mempunyai batasan untuk
menyekat kebebasan untuk bersuara. Misalnya, Akta Hasutan yang digunakan
untuk melarang ulasan awam terhadap isu-isu yang dianggap sensitive seperti
hal berkaitan dengan perkauman dan keagamaan. Bagi menyekat dan
mencegah penyampaian ucapan dalam bidang politik pula, kerajaan juga
mengambil tindakan terhadap pihak yang mengkritik segelintir pihak dan individu
yang mengkritik kerajaan sama ada secara terbuka atau sebaliknya. Antara akta
yang dikuatkuasakan ialah seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA, 1960),
yang merupakan suatu akta undang-undang yang menggubal untuk menghalang
perbincangan yang dikatakan sebagai hasutan. Undang-undang lain yang
berkaitan dengan jenayah fitnah juga merangkumi Akta Rahsia Rasmi (OSA,
1972), Akta Fitnah (1957), Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU, 1971) dan
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1984).
Perkara yang menyentuh hal-hal sensitive seperti hal-hal yang melibatkan
agama, budaya, keturunan, bahasa, hak istimewa orang Melayu, menganggu hal
peribadi seseorang dan sesuatu yang berunsur hasutan dan fitnah undang-
undang juga boleh dijadikan halangan di bawah kebebasan bersuara. Oleh
sebab itu, jelaslah menunjukkan pengehadan kebebasan bersuara bahawa
kebebasan bersuara bukannya sesuatu yang mutlak. Pada masa yang sama,
sistem perundangan dan masyarakat secara keseluruhannya dapat mengiktiraf
pengehadan pada kebebasan bersuara, terutamanya apabila kebebasan
bersuara ini wujud konflik dengan nilai atau hak yang lain atau kebebasan
bersuara ini telah disalahgunakan dengan wujud dalam konteks nilai yang
bercanggah.
























SOSIO-EKONOMI
Sosioekonomi bermaksud hal-hal berkaitan dengan unsur-unsur atau
faktor-faktor kemasyarakatan dan ekonomi, dan liberal bermaksud condong
kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik. Sosioekonomi
merupakan kajian hubungan di antara aktiviti ekonomi dan kehidupan sosial.
Sosioekonomi boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu hak untuk keselamatan
sosial, hak untuk bekerja dan hubungan individu dengan alam pekerjaan dan
kepenggunaan.

HAK UNTUK KESELAMATAN SOSIAL
Hak untuk keselamatan sosial telah merangkumi sistem keselamatan
negara yang melibatkan pihak-pihak berkuasa yang menjaga keselamatan dan
keamanan negara seperti pihak polis, pihak tentera dan sebagainya. Dalam hak
ini, penggubalan undang-undang dapat dilakukan bagi setiap kes jenayah.
Fungsi mahkamah pula adalah sebagai medan menghakimi keadilan dan
menjatuhkan hukuman. Antara akta yang ditetapkan di bawah hak keselamatan
sosial ini ialah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969.

HAK UNTUK BEKERJA
Dalam hak untuk bekerja ini, Akta pekerja telah diwujudkan yang
membolehkan hubungan antara majikan dan pekerja dikawal oleh undang-
undang buruh. Oleh sebab revolusi industri di Eropah timbul, maka undang-
undang buruh mula diperkenalkan sedikit demi sedikit agar menjamin perkara-
perkara seperti upah, tempoh masa bekerja, cuti dan sebagainya.
Bagi Malaysia, hubungan hubungan antara majikan dan pekerja juga
dikawal oleh undang-undang buruh. Perkembangan undang-undang buruh di
Malaysia bermula apabila ramai buruh Cina dan India dibawa masuk ke Tanah
Melayu untuk bekerja di lombong bijih dan ladang getah. Pada masa itu, layanan
pihak majikan terhadap buruh Cina amat buruk dan ditindas. Bagi buruh India
pula, mereka bekerja di ladang kopi tebu dan ladang getah. Mereka juga terikat
di bawah sistem perjanjian dan tidak ada satu undang-undang yang khusus bagi
melindungi buruh-buruh tersebut. Cara-cara yang digunakan oleh saudagar-
saudagar Inggeris adalah dengan melantik seorang ketua daripada kaum India
itu sendiri bagi menguruskan hal-ehwal mereka.
Oleh sebab itu, Undang-undang Ordinan Buruh telah diwujudkan dan
digubal pada abad ke-19 dan awal pada abad ke-20 pula adalah sebahagian
besarnya menyentuh tentang imigrasi, syarat-syarat kerja bagi kemasukan buruh
paksa, perumahan keadaan kesihatan dan sebagainya. Pada tahun 1912,
Jabatan Buruh telah ditubuhkan di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu. Satu kanun Buruh telah digubal bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu
pada tahun 1912 dan bagi Negeri-negeri Selat pada tahun 1920.
Manakala bagi Undang-undang Buruh kini di Malaysia pula mementingkan
prinsip-prinsip yang meliputi hubungan antara majikan dengan pekerja yang
diperolehi daripada tiga sumber utama, iaitu Commom Law, undang-undang
bertulis di Malaysia dan keputusan-keputusan mahkamah perusahaan dan
mahkamah sivil. Statut-statut buruh di Malaysia adalah seperti yang berikut :
1. Akta Pekerjaan, 1955 (Semakan 1981). (Pindaan 1989)
2. Akta Kesatuan Sekerja, 1959 (semakan 1981), (Pindaan 1989)
3. Akta Perhubungan Perusahaan, 1957 (pindaan 1980, 1989).
4. Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969.
5. Akta Kilang dan Jentera, 1967.
6. Akta (pekerjaan) Kanak-kanak dan Orang Muda, 1966.
Akta Pekerjaan menetapkan jumlah maksimum bagi seseorang pekerja itu
untuk bekerja. Hal ini tidak bermakna atau melarang majikan dan pekerja
daripada menyetujui jumlah bekerja asalkan tidak melebihi jumlah jam
maksimum yang ditetapkan oleh Akta kerana dipercayai pekerja yang sebagai
manusia biasa sudah tentu tidak mampu bekerja tanpa had. Di bawah akta
Pekerjaan, pekerja tidak dibenarkan bekerja melebihi 5 jam secara berterusan
tanpa rehat tidak kurang dari 30 minit. Bagi yang bekerja selama 8 jam, tempoh
rehat sementara adalah tidak kurang daripada 45 minit. Pekerja juga tidak
dibenarkan bekerja lebih dari 8 jam sehari. Selain itu, pekerja juga tidak boleh
bekerja lebih dari 10 jam sehari bagi tempoh yang terputus-putus atau lebih dari
48 jam seminggu. Walau bagaimanapun, majikan boleh meningkatkan jumlah
masa jam bekerja kepada 12 jam tetapi tidak boleh melebihi 48 jam seminggu.
Di bawah Akta Pekerjaan, setiap pekerja berhak mendapat cuti tahunan
dan jangka masa cuti tersebut adalah tidak tetap di mana ia boleh berubah
mengikut jangka masa perkhidmatan seseorang pekerja itu berkhidmat dengan
majikannya.
Di bawah adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan cuti tahunan
pekerja :
1. Mengikut seksyen 60(E), pekerja berhak mendapat cuti tahunan
bergaji bagi setiap dua belas bulan perkhidmatan yang berterusan di
bawah majikan yang sama.
2. 8 hari jika jangka masa perkhidmatannya kurang dari 2tahun.
3. 12 hari jika jangka masa perkhidmatannya ialah antara 2hingga 5
tahun.
4. 16 hari jika jangka masa perkhidmatannya lebih dari 5 tahun.
5. Wanita dan lelaki diberi hak sama rata dalam memilihpekerjaan serta
peluang yangsama untuk menjawat sebarangjawatan mengikut
kelayakanyang telah ditetapkan.

HUBUNGAN INDIVIDU DENGAN ALAM PEKERJAAN DAN
KEPENGGUNAAN.
Alam pekerjaan adalah lingkungan yang meliputi golongan atau kumpulan
orang yang melakukan sesuatu kegiatan yang dilakukan secara berterusan
sebagai tanggungjawab, kewajiban, dan tugas untuk keperluan hidup serta
mendapatkan wang. Bagi Kepenggunaan pula, menurut Akta Perlindungan
Pengguna 1999, kepenggunaan bermaksud Hal ehwal pengguna, iaitu proses
jual beli bagi memperoleh atau menggunakan barang dan perkhidmatan.
Etika pekerjaan yang adanya perlu dipatuhi oleh ara pekerja. Segala
infrstruktur dan kemudahan yang disediakan hendaklah digunakan dengan cara
yang berhemah.
Terdapat beberapa hak yang dimiliki oleh pengguna, seperti :
1. Hak mendapatkan keselamatan.
2. Hak mendapatkan informasi
3. Hak membuat pilihan
4. Hak mendapatkan ganti rugi
5. Hak mendapatka pendengaran
6. Hak mendapatkan keperluan asas
7. Hak mendapatkan alam sekitar yang sihat
8. Hak mendapatkan pendidikan pengguna























BUDAYA
Budaya adalah sesuatu yang dibawa atau diwujudkan oleh manusia.
dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture, yang berasal
daripada perkataan Latin clore yang bermaksud menanam atau mengerjakan.
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, budaya ialah peradaban, kemajuan
fikiran, akal budi yang mengutamakan cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya.

KEPELBAGAIAN BUDAYA (CARA HIDUP) DALAM MASYARAKAT.
Terdapat banyak kebudayaan yang berbeza dalam Malaysia. Antaranya
ialah kebudayaan Melayu, Cina dan India. Dalam kebudayaan Melayu, kaum
Melayu di Malaysia adalah menganuti agama Islam dan justerunya, kebudayaan
Melayu ini adalah berteraskan agama Islam. Kaum Melayu ini menyambut
perayaan Aidilfitri dan Aidiladha. Mereka mengutamakan nilai-nilai sopan santun
dan kesederhanaan dalam hidup mereka. Selain itu, mereka juga menyukai
keindahan dan keharmonian hidup antara ahli keluarga dan membina hubungan
erat dalam kalangan jiran tetangga dan masyarakat.
Dalam kebudayaan Cina, kebanyakan kaum Cina adalah menganuti
agama Buddha ataupun agama Kristian. Mereka menyambut perayaan Tahun
Baru Cina. Baju tradisional kaum Cina ialah baju Cheongsam dan juga Samfu.
Dalam kebudayaan India pula, kaum India menganuti agama Hindu atau
agam Kristian. Perayaan yang disambut oleh mereka ialah perayaan Deepavali.
Baju tradisional mereka ialah baju Sari dan Doti.

KETERBUKAAN DALAM MENERIMA BUDAYA LAIN
Dalam prinsip seperti ini, sikap tolak ansur sepatutnya diwujudkan antara
kaum yang berbagai-bagai jenis di Malaysia agar dijadikan pegangan. Semua
bentuk kebudayaan serta agama-agama yang lain perlu sentiasa dihormati oleh
setiap kaum sesame sendiri. Pada hari perayaan, semua rakyat boleh
menyambut perayaan tersebut bersama-sama tanpa mengira kaum agar
memeriahkan suasana dengan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain.
sebagai contohnya, dalam masyarakat India beragama hindu, kaum India ini
tidak makan daging lembu kerana lembu dianggap suci dan sebagai tuhan
mereka. Oleh itu, kaum lain seperti kaum Melayu dan kaum Cina perlu
memahami budaya kaum India ini agar tidak melakukan perlakuan yang
menyinggung perasaan kaum India di atas perkara ini. Begitu juga dengan
masyarakat India yang beragama Hindu bahawa mereka tidak berasa terkejut
dan marah apabila menghadiri aktiviti atau majlis kaum lain yang ada hidangan
makanan daging lembu kerana ia mungkin adalah tradisi kaum lain.

KESEDARAN TENTANG WARISAN BUDAYA.
Warisan budaya di Malaysia adalah perkara yang amat penting supaya
kepelbagaian jenis budaya kaum yang berlainan di Malaysia dapat dikekalkan
dan diwarisi sehingga akhir hayat bumi ini. Dalam perkara ini, industri berkaitan
dengan kebudayaan, kesenian dan warisan amat digalakkan dalam
pembangunan ekonomi negara. Sebagai contohnya, kraf tangan.
Dalam hal mewarisi budaya, antara langkah yang boleh diambil ialah
mewujudkan penubuhan Taman Budaya sebagai tempat untuk memperkenalkan
aktiviti kesenian dan kebudayaan. Pihak tertentu juga boleh menganjurkan
program latihan dan bina upaya untuk memupuk bakat dalam seni persembahan.
Bukan itu sahaja, aktiviti-aktiviti seperti seminar, bengkel dan kesenian dan
kebudayaan lain juga boleh diadakan.

Anda mungkin juga menyukai