Anda di halaman 1dari 7

TERHAD

1226(PP)

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ALIRAN KEMAHIRAN 2014


PENDIDIKAN MORAL 1226/2
Kerja Kursus
Kertas 2
Julai - Ogos

PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KERJA KURSUS


PENDIDIKAN MORAL
KERTAS 2
JULAI HINGGA OGOS 2014

Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus ini mengandungi 7 halaman bercetak.
[Lihat halaman sebelah
1226/2(PP) 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
TERHAD

TERHAD

1226/2(PP)

1.0 PENGENALAN
Pentaksiran mata pelajaran Pendidikan Moral Aliran Kemahiran dilaksanakan melalui
dua ujian iaitu Kertas 1 (Ujian bertulis) dan Kertas 2 (Kerja Kursus). Pentaksiran
kerja kursus ini lebih bersifat formatif iaitu pentaksiran yang berterusan dengan tujuan
untuk membimbing, memaju dan mengembang nilai murni dalam diri calon.
Pentaksiran terhadap penghayatan memerlukan masa yang panjang dan dibuat secara
berterusan melalui pemerhatian tingkah laku calon serta proses dan produk hasil
kerja(folio).
2.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SAHSIAH DAN
KEWARGANEGARAAN
OM1

OM2

OM3

OM4
OM5

OM6

OM7
OM8

Mengenal pasti identiti dan potensi diri untuk menyumbang


ke arah pembangunan negara.
Mengembangkan potensi diri untuk menjadi individu yang
cemerlang dalam pelbagai aspek kehidupan.
Menerangkan kepentingan kepada keperluan hidup berkeluarga
bagi melahirkan keluarga bahagia.
Bertanggungjawab melestarikan alam sekitar.
Mengenal pasti, menghargai dan berbangga dengan warisan
kepelbagaian budaya Malaysia.
Mewujudkan rasa cinta akan negara dan sanggup berkorban
untuk negara.
Memahami sistem pemerintahan negara.
Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat yang
prihatin dan berupaya menangkis sebarang ancaman dalaman dan
luaran demi kesejahteraan negara.

3.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL


ALIRAN KEMAHIRAN
OP1

OP2

1226/2(PP)

Pengetahuan dan kefahaman tentang diri, keluarga, masyarakat,


alam sekitar, warisan budaya Malaysia dan negara.
Mengaplikasikan nilai-nilai murni dan sahsiah yang baik untuk
melastarikan alam sekitar, kesejahteraan diri serta keluarga,
masyarakat, warisan budaya Malaysia dan negara.

2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

1226(PP)

4.0 RASIONAL
Kerja kursus Pendidikan Moral Aliran Kemahiran dinilai berasaskan beberapa kriteria
dari folio yang telah dilaksana untuk :
4.1 Mengukur dari segi penghayatan nilai melalui refleksi dalam kerja kursus (folio)
di samping tanggungjawab menghasilkannya dengan baik dan jujur.
4.2 Menilai pencapaian calon dalam mata pelajaran Sahsiah dan Kewarganegaraan
dengan lebih menyeluruh, tersusun dan bermatlamat.
4.3 Membolehkan calon dinilai semasa pelaksanaan kerja kursus (Penilaian Proses)
dan hasil akhir kerja kursus (Penilaian Produk)
4.4 Memberi peluang calon menunjukkan ketrampilan dan kemajuan.
Maklumat Am
1.

Tugasan kerja kursus ini hendaklah dijalankan dari bulan Julai hingga bulan Ogos
semasa di Tingkatan 5.

2.

Guru penilai adalah guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral Aliran
Kemahiran.

3.

Penilaian kerja kursus merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan


pembelajaran.

4.

Penilaian kerja kursus ini dilakukan secara berterusan mengikut format yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

5.

Aspek dan kriteria dalam panduan penilaian kerja kursus ini hendaklah dimaklumkan
kepada calon.

6.

Tugasan kerja kursus Pendidikan Moral Aliran Kemahiran perlu disiapkan sebelum
atau pada 15 Ogos 2014.

7.

Jumlah markah untuk hasil kerja kursus ini ialah 20 markah.

8.

Tugasan kerja kursus akan di muat-naikkan di laman sesawang LP sebelum


bulan Julai.

1226/2(PP)

2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah


TERHAD

TERHAD

1226/2(PP)

Arahan kepada guru


1.

Guru penilai mesti memberitahu calon arahan melaksanakan kerja kursus serta
merancang proses dan aktiviti bagi semua calon.

2.

Guru penilai hendaklah memberi taklimat kepada calon mengenai tugasan


dan perinciannya.

3.

Guru penilai mestilah memantau dan memastikan calon melaksanakan tugasan.

4.

Guru penilai hendaklah membimbing calon untuk menghasilkan kerja yang terbaik.

5.

Guru penilai hendaklah memaklumkan kepada calon jika mereka perlu memperbaik
hasil kerja.

6.

Guru penilai dikehendaki mengisi borang markah (Lampiran 1) dan menghantar


markah calon secara online pada akhir bulan Ogos.

Arahan kepada calon


1.

Calon yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral Aliran Kemahiran wajib
melaksanakan kerja kursus.

2.

Calon dikehendaki melaksanakan satu kerja kursus semasa di Tingkatan 5.

3.

Calon dikehendaki melaksanakan tugasan yang ditetapkan dan disahkan oleh


Pengetua sekolah.

4.

Kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada
mana-mana pihak.

5.

Penilaian proses kerja calon dan pemberian markah dilakukan oleh guru penilai
sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan.

6.

Calon boleh mendapatkan bahan dari pelbagai sumber media massa.

1226/2(PP)

2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

1226(PP)

Pertimbangan Yang Perlu diambil kira


1.

Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan kesedaran dan kefahaman tentang


nilai-nilai murni dan sahsiah yang baik.

2.

Setiap tugasan mestilah dibuat pada kertas A4 dan didokumentasikan serta


dijadikan folio.

3.

Folio yang dihasilkan mesti mengandungi 15 hingga 20 muka surat.

4.

Kriteria pemberian markah kepada hasil tugasan calon adalah berdasarkan


perkara berikut:
A

Maklumat diri [7 markah]


(i) Nama
(ii) Nombor kad pengenalan
(iii) Angka giliran
(iv) Tingkatan
(v) Alamat sekolah
(vi) Kursus
(vii) Guru mata pelajaran

Penyediaan folio [7 markah]


(i) Tajuk tugasan
(ii) Kekemasan
(iii) Ketepatan masa
(iv) Isi kandungan
(v) Bilangan muka surat (tidak kurang dari 15 halaman)
(vi) Kepelbagaian sumber (sekurang-kurangnya dua sumber)
(vii) Refleksi (penghayatan)

Kreativiti [4 markah]
(i) Susunan
(ii) Hiasan
(iii) Bahan bergambar/grafik /foto
(iv) Gambar foto

Kesesuaian bahan [2 markah]


(i) Artikel/laporan/ulasan menepati tajuk
(ii) Gambar/foto/grafik yang sesuai

1226/2(PP)

2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah


TERHAD

TERHAD

1226/2(PP)

Contoh Penghasilan Kerja Kursus

Tema 3 :

Keperluan hidup bermasyarakat

Tajuk

Masalah sosial dalam kalangan remaja

Perkara yang perlu ada di dalam tugasan:


1

Jenis masalah sosial


Gambar : Pembuangan bayi
: Lumba haram
: Penagihan dadah
: Vandalisme
* perlu ada caption tentang gambar

Rencana atau petikan akhbar berkaitan isu


* Tampalkan artikel sahaja

Refleksi ( penghayatan)
* Nilai
* Penghayatan

PANDUAN TAMAT

1226/2(PP)

2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

1226(PP)
Lampiran 1

Borang Pentaksiran Individu


Nama Calon:..........................................................................
Angka Giliran:.......................................................................
A

Maklumat Diri

Bil

Butir

Tandakan (3 ) Markah

Nama

Nombor kad pengenalan

Angka giliran

Tingkatan

Alamat sekolah

Kursus

Guru mata pelajaran

Penyediaan folio [7 markah]

Tajuk tugasan

Kekemasan

Ketepatan masa

Isi kandungan

Bilangan muka surat (tidak kurang dari 15 halaman)

Kepelbagaian sumber (sekurang-kurangnya dua sumber)

Refleksi (penghayatan)

Kreativiti [4 markah]

Susunan

Hiasan

Bahan bergambar/grafik /foto

Gambar foto

Kesesuaian bahan [2 markah]

Artikel/laporan/ulasan menepati tajuk

Gambar/foto/grafik yang sesuai


JUMLAH

Tanda tangan Pengetua

Tanda tangan Guru Penilai

......................................

......................................

1226/2(PP)

2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah


TERHAD

Anda mungkin juga menyukai