Anda di halaman 1dari 19

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN

KOMUNIKASI
Kirthanasri a/p Ganesan
Rohini a/p Egambaram
PKB1
Apakah Maksud Penggunaan ICT Dalam P&P ?

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan


pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara
terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan
kecekapan proses dan pengajaran dan
pembelajaran.
KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM
PdP
• Guru-guru dapat meluaskan lagi konsep
pembelajaran.
• Guru-guru dapat menyediakan suatu situasi
pendidikan yang mencabar minda kepada murid
cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan.
• Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan
murid terhadap pelajaran.
• Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada
semua murid yang memiliki pelbagai keupayaan.
• Meningkatkan motivasi murid.
• Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise
learning).
• Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar
diperolehi.
• Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
dan mencabar.
• Meningkat daya kreativiti dan imaginasi murid.
• Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan
dengan bimbingan yang minimum.
• Meningkat kemahiran ICT.
Syarat Untuk Memanfaat ICT Dalam P&P
Untuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam P&P,
perkara- perkara berikut perlu diberi perhatian :

• Pengunaan ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik,


bukan secara bidan terjun atau sebagai aktiviti sampingan
yang tidak ada kaitan dengan kurikulum
• Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan
kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu
pendekatan P&P
• Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta
aktiviti pembelajaran yang sesuai
KESAN PENGGUNAAN ICT TERHADAP MURID
• Bahan multimedia yang mempunyai paparan grafik yang
menarik dapat memberi kefahaman tentang sesuatu
dengan tepat, menarik dan dengan kadar yang segera.
• Bahan multimedia yang bercorak interaktif mampu
menarik perhatian murid. Murid akan lebih menumpukan
perhatian terhadap maklumat yang hendak disampaikan.
Latihan secara interaktif berasaskan komputer lebih
berkesan, lebih menjimatkan untuk jangkamasa panjang
dan mampu meningkatkan motivasi murid kerana
multimedia mampu menyediakan kemudahan seperti
interaktiviti serta kesan audio visual yang lebih menarik.
• Corak pembelajaran baru yang lebih menarik, dinamik
dan interaktif dengan bantuan media-media tambahan
selain dari teks seperti audio, video, animasi dan grafik.
Konsep pembelajaran baru iaitu edutainment mampu
memindahkan isi pelajaran ke bentuk permainan dan
hiburan yang pasti menjanjikan keseronokan kepada
pelajar.
KREATIVITI DAN
INOVASI
OBJEKTIF
Objektif pembangunan kreativiti dan inovasi dalam
kurikulum persekolahan adalah untuk membolehkan murid:

i. Menghasilkan idea kreatif dan inovatif.


ii. Mempunyai keterampilan diri dan personaliti individu
kreatif.
iii. Menguasai kemahiran dalam proses kreativiti.
iv. Berkebolehan berkomunikasi dalam menyampaikan idea.
v. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis
dan kreatif dalam menyelesaikan masalah, membuat
keputusan dan mengurus kehidupan harian.
KREATIVITI
• Kreativiti boleh ditafsirkan sebagai ‘penghasilan idea’.
• Kebolehan seseorang untuk menghasilkan idea baru atau
mengumpul idea adalah kebolehan kreatif.
• Idea baru ini boleh berupa idea mudah atau kompleks.
• Oleh itu, kreativiti adalah suatu proses berfikir.
• Kreativiti dalam Bahasa Inggeris berasal dari perkataan
‘create’. Apa yang ‘dicipta’ atau ‘dihasilkan’ adalah idea.

Yayasan Inovasi Malaysia, 2010


INOVASI
• Inovasi pula boleh ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti.
• Inovasi adalah mempraktikkan idea yang dihasilkan.
• Kreativiti merupakan proses berfikir manakala invoasi pula
adalah proses produktif.
• Inovasi menambah nilai kepada idea yang dihasilkan, dan
sekiranya idea yang dihasilkan tidak melalui proses inovasi, maka
ianya adalah idea semata-mata.
• Sekiranya idea yang dilahirkan adalah biji benih, inovasi pula
adalah tumbuhan atau pokok yang lahir hasil daripada tanaman
dan pemeliharaan benih.
Yayasan Inovasi Malaysia, 2010
Peta
konsep
Thinking
Grafik
map
ALAT
BERFIKIR
Carta
T Chart tulang
ikan
Peta
Minda
Grafik
PETA MINDA
Carta T
PETA PEMIKIRAN

Anda mungkin juga menyukai