Anda di halaman 1dari 2

http://tujuhpen.blogspot.my/2014/05/kaedah-dan-teknikpengajaran-dan.

html

Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan amatlah penting dalam usaha guru untuk
membina pengetahuan kepada pelajar. Untuk memenuhi hasrat itu yang selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara maka seseorang guru itu perlulah memiliki
kepelbagaian kemahiran untuk menjana pemikiran pelajar dalam proses pengajaran
dan pembelajarannya.

Dalam matapelajaran Pendidikan Islam guru haruslah lebih kreatif dalam


menggunakan kepelbagaian strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah
bertujuan untuk menarik minat murid serta ilmu pengetahuan yang akan diperolehi
akan terus berkekalan serta dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.

Bidang Asuhan Tilawah Al – Quran sekolah rendah dapat dibahagikan kepada 2


kemahiran utama iaitu kemahiran bacaansurah – surah tertentu dan
kemahiran menghafaz surah – surah tertentu. Antara strategi dan kaedah pengajaran
dan pembelajaran di dalam bidang ini yang dapat dilaksanakan oleh guru ialah :

Definisi / maksud kaedah

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN

Definisi Kaedah

Satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan
sistematik. Ia merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan
berurutan bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam menerangkan sesuatu prosedur
pengajaran dan pembelajaran guru boleh menggunakan kaedah yang sesuai terutama kaedah-kaedah
yang dapat memenuhi keperluan murid. Perancangan prosedur tersebut boleh dilakukan dengan cara-
cara seperti berikut:

 Kenalpasti terlebih dahulu apa yang akan digunakan.


 Tentukan bahan yang hendak disampaikan mengikut peruntukan masa.
 Tetapkan langkah-langkah mengikut aktiviti yang diperkenalkan.
 Susun langkah secara berperingkat
Definisi Teknik

Teknik merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung dalam sesuatu kaedah atau cara menjalankan
pelbagai langkah dalam pengajaran.Ia merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru yang
digunakan dalam pengajaran. Ia juga ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam mengelolakan kaedah
dan cara menjalankan pelbagai langkah dalam aktiviti pengajaran. Ia memberi penekanan bagaimana
menggunakan sumber-sumber pengajaran serta menimbang langkah-langkah pengajaran.
Dalam menjalankan apa sahaja kaedah / teknik prinsip-prinsip di bawah boleh dijadikan panduan:
 Melibatkan murid secara aktif.
 Menggalakkan pengalaman secara langsung.
 Menekankan amalan dan penghayatan.
 Mengambil kira kebolehan dan kemampuan murid.
 Menyampaikan pengetahuan dan pengalaman secara bersepadu

Anda mungkin juga menyukai