Anda di halaman 1dari 1

Kesan dan Pendorong kepada dominasi budaya kebendaan Barat.

Budaya kebendaan bermaksu perangai yang mementingkan dan mengejar


kehidupan materialistik.Oleh disebakan pertembungan budaya antara tamadun Asia
dengan tamadun Barat moden, masyarakat dari tamadun islam dan tamadun asia
menghadapi cabaran yang terbaru.
Salah satu pendorong ialah pengabaian oleh keluarga. Misalnya, ibu bapa yang
tidak memberi prihatin dalam proses pembesaran anak dan kurang memberi
pengawasan. Oleh itu, ibu bapa seharusnya meluangkan masa dan berkomunikasi
dengan anak untuk menhalang berlakunya dominasi budaya kedendaan barat.
Selain itu, dominasi barat terhadap ekonomi telah menyebabkan ekonomi negaranegara kecil terpaksa bergantung kepada negara barat. Modal dan teknologi moden
bersama budaya Barat dibawa masuk selepas menguasai ekonomi. Pengaruh media
massa juga merupakan salah satu pendorong. Media massa telah menjejasan
pemikiran dan kelakuan masyarakat, terutamanya golongan remaja. Ini
menyebabkan ketaksubahan remaja terhadap barangan berjenama.
Kesannya termasuklah serangan pemikiran dan moral. Ini menyebabkan keruntuhan
akhlak generasi muda dan konsep sekularisme diagungkan. Politik negara turut
dipengaruhi oleh budaya kebendaan barat. Terdapat negara yang dikatakan
merdeka tetapi masih terikat dengan telunjuk Barat dalam membuat keputusan
politik. Malah PBB turut didominasi oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat yang
mempunyai kuasa vetonya bersama Rusia, UK, Peranchis dan China. Amerika
bertindak sendirian sehingga mendominasi kuasa politik dunia. Ekonomi negara
turut dipengaruhi. Kini syarikat-syarikat multinasional dari Barat menguasai
perdagangan antarabangsa dengan mendominasi sumber alam, perindustrian, sains
dan teknologi dan sistem kewangan.Negara-negara membangun dan miskin tidak
lebih sekadar memenuhi keperluan sumber tenaga manusia utk mencapai
kepentingan Barat. Inilah kesan perdagangan bebas dan tanpa sempadan yang
dinominasikan barat.

Anda mungkin juga menyukai