Anda di halaman 1dari 1

Berdasarkan pengalaman anda di institut latihan perguruan, fikirkan cara yang

dapat merangsang pengajaran anda dengan mengaplikasikan kaedah dan


teknik abad ke-21. Sejauh manakah anda fikir anda akan berjaya dalam
konteks bilik darjah di Malaysia?

Berdasarkan pengalaman saya di institusi latihan perguruan, cara yang dapat


merangsang pengajaran saya dengan mengaplikasikan kaedah dan teknik
abad ke-21 adalah Project Based Learning. Saya menganggapkan kadah
pengajaran ini sesuai dengan kos yang diambil oleh saya ini iaitu RBT.
Dalamm subjek ini kami sememangnya terlibat dengan pelbagai jenis aktiviti
amali yang memang menitik beratkan kemahiran 4C yang ditekankan oleh
Project Based Learning. Justeru, dapat dikatakan bahawa PBL ini adalah
bertemakan hands on dan minds on yang dilihat dapat mejadikan pelajar tidak
bosan dengan toeri semata-mata serta pembelajaran yang berjalan akan lebih
diingati oleh mereka kerana merekalah yang menyelesaikan sesuatu masalah
itu. Murid akan terlibat secara aktif dengan kaedah pembelajaran ini dan guru
hanyalah sebagai fasilitator. Kaedah pembelajaran ini banyak dilakukan
dalam bentuk kumpulan kerana kemahiran yang berbeza dalam diri murid
diperlukan untuk ianya PBL ini berjalan. Secara tidak langsung, murid dapat
mengasah kemahiran komunikasi mereka dan kemhiran komunikasi
merupakan kemahiran yang dituntut pada abad ini.

Anda mungkin juga menyukai