Anda di halaman 1dari 6

SOALAN 6

SOALAN PEMAHAMAN
PETIKAN UMUM
PANDUAN MENJAWAB
SOALAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM
Murid-murid dikehendaki membaca dan mengenal pasti tema
atau isu yang diketengahkan dalam kedua-dua bahan yang
disediakan.
Soalan (i) : soalan maksud literal/makna sebenar kata-kata yang diuji
dalam Bahan 1 atau Bahan 2.

Soalan (ii) : soalan membanding beza maklumat yang terdapat dalam


kedua-dua bahan yang diuji. Jawaban mestilah diperoleh dalam petikan.
Jawaban luar petikan tidak akan diterima
PANDUAN MENJAWAB
SOALAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

Soalan (iii) : soalan yang meminta murid-murid memberikan pendapat bedasarkan


isu yang diambil dalam bahan. Jawaban dalam petikan tidak akan diterima.

Soalan (iv) : soalan yang menguji murid-murid untuk menyelesaikan masalah


berdasarkan isu yang dikemukakan berkaitan dengan kedua-dua bahan yang diuji.
Murid-murid perlulah memberikan cadangan atau pendapat sendiri bukan diambil
dalam kedua-dua bahan.
BAHAN 1
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Peredaran zaman telah merubah kecenderungan remaja pada masa ini untuk mengisi waktu terluang. Jika
masa dahulu, remaja akan mencari rakan sebaya untuk menjalankan aktiviti di luar rumah secara berkumpulan
dan berbentuk fizikal. Namun, pada hari ini, kebanyakan remaja lebih berminat untuk berkurung sendirian di bilik
dengan memberikan tumpuan terhadap peranti elektronik masing-masing. Walau bagaimanapun, aktiviti tersebut
bukan sahaja menjadi kegiatan untuk memenuhi waktu terluang, bahkan menjadi kegiatan utama yang
melibatkan penggunaan masa yang banyak sehingga menyebabkan remaja ketagihan dengan peranti elektronik.

Pakar perunding Oftalmologi Dr Azura Ramlee daripada Prof Muhaya Eye & Lasik Centre (PMELC)
menyatakan bilangan kanak-kanak yang mengalami rabun jauh meningkat akibat daripada penggunaan peranti
elektronik. Penggunaan peranti elektronik terutamanya telefon pintar dan komputer tablet dalam kalangan
akanak-kanak tidak seharusnya melebihi dua jam. Melihat skrin digital dengan dekat akan menyebabkan
ketidakselesaan dan kekeringan mata akibat kurang berkelip kerana asyik melihat alatan elektronik. Mata juga
akan berasa penat, pedih, berair, gatal, penglihatan kabur dan pening. Oleh itu, isu ini harus ditangani pada
peringkat awal agar tidak berlarutan pada masa akan datang.

, Dewan Siswa, Jun 2019.


BAHAN 2
SOALAN
i. Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud waktu terluang. ( 2
markah )

ii. Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan kesan penggunaan telefon bimbit dalam
kehidupan harian remaja pada hari ini. ( 3 markah )

iii. Penggunaan telefon bimbit dalam bidang telekomunikasi amat meluas pada masa ini. Dalam
keadaan tertentu, penggunaan telefon bimbit menjadi tidak terkawal. Pada pendapat anda,
apakah faktor -faktor yang mendorong remaja lebih gemar menggunakan telefon bimbit pada
waktu terluang? ( 3 markah )

iv. Sahabat baik anda mengalami masalah ketagihan tingkah laku yang berkait dengan
penggunaan telefon bimbit secara berlebihan iaitu nomofobia. Sebagai sahabat yang prihatin,
bagaimanakah anda dapat menasihati rakan anda supaya tidak terlalu fokus terhadap hobi
tersebut? ( 4 markah )

Anda mungkin juga menyukai