Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN

MINGGU E-PPDa (PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH)


SECARA ATAS TALIAN

HARI :
ISNIN-JUMAAT

TARIKH :
24 MEI-28 MEI 2021

TEMPAT :
CHANNEL YOUTUBE UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
FACEBOOK UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING / UNIT PPDa
DENGAN KERJASAMA
UNIT KOKURIKULUM SMK SUNGAI BESAR
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESAR
45300 SUNGAI BESAR
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS CADANGAN
MELAKSANAKAN PROGRAM / AKTIVITI

TAJUK PROGRAM/ AKTIVITI : MINGGU E-PPDa SECARA ATAS TALIAN


PEGAWAI MEJA : NURULHUDA BINTI RAMLI

1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini bertujuan memohon Pengetua untuk menimbang dan bersetuju :
1.1 Mengadakan Minggu E-PPDa (Pendidikan Pencegahan Dadah) Peringkat Sekolah.
1.2 Dengan anggaran perbelanjaan RM 575.00.

2.0 LATAR BELAKANG


2.1 Minggu pendidikan pencegahan dadah dijalankan dalam suasana kebiasaan yang
baharu secara atas talian. Semua pertandingan murid menggunakan gajet telefon
atau computer dan dihantar ke urusetia. Tiada lagi pertandingan yang melibatkan
penyertaan secara langsung dan beramai -ramai.
2.2 Hebahan dan aktiviti sebaran maklumat melalui poster dan disebarkan melalui
medium media social. Pameran PPDa dijalankan secara maya pada tahun ini. Kuiz
diuji seperti murid melihat pameran pendidikan pencegahan dadah. Namun kali ini
kuiz dalam talian akan digunakan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Menyebarluas maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah, rokok, arak, vape
dan inhalan kepada warga sekolah.
3.2 Menjalankan pertandingan untuk mempromosikan kesedaran dengan lebih berkesan
melalui kuiz, poster digital, deklamasi sajak & creative sticker.

4.0 KPI
4.1 Indikator Output : 100% murid mendapat maklumat mengenai kesedaran pendidikan
pencegahan dadah, arak, rokok, vape, inhalan & HIV.
4.2 Indikator Outcome : Mengurangkan bilangan murid yang terlibat dengan aktiviti
merokok.

5.0 ASAS PERTIMBANGAN


5.1 Tiada murid SMK Sungai Besar yang terlibat dengan gejala dadah.

6.0 KUMPULAN SASARAN


6.1 Semua warga SMK Sungai Besar

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN


7.1 Anggaran Perbelanjaan berjumlah RM 575.00.
7.2 Perincian :

Sumber Perbelanjaan

Bil. Perkara RM Bil. Perkara RM

1. PCG Kaunseling 575.00 1. Johan (Poster /Sticker /Sajak) 90.00


(6 pemenang x RM15)

2. Naib Johan (Poster /Sticker /Sajak) 60.00


(6 pemenang x RM10)

3. Ke 3-ke 5 (Poster /Sticker /Sajak) 90.00


(18 pemenang x RM5)

4. Johan (Kuiz E-PPDa) 50.00


(5 pemenang x RM10)

5. Naib Johan (Kuiz E-PPDa) 35.00


(5 pemenang x RM7)

6. Saguhati (Kuiz E-PPDa) 250.00


(50 pemenang x RM5)

JUMLAH 575.00 JUMLAH 575.00

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi : Puan Lubna Binti Hj Damanhuri (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : Encik Kamaruzaman Bin Ahmad (PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 1 : Puan Hjh Norhaliza Binti Basir (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 2 : Puan Sazuna Binti Abdul Wahid (PK Pentadbiran)
Setiausaha : Puan Nurulhuda Binti Ramli

AJK
Dokumentasi/ Sijil : Puan Nurulhuda Binti Ramli
Sebaran maklumat : Encik Abdul Muiez Bin Mohammad Ruslee
Hadiah : Cik Nur Ain Nabila Binti Ahmad Nazri
Pertandingan : Puan Rohaida Binti Md Yasin (Kuiz E-PPDa)
: Tuan Hj Ahmad Mansor Bin Ishak (Creative Sticker)
: Puan Zalilah Binti Mahmod (Poster Digital)
: Puan Zubaidah Binti Mohammed Yussof (Deklamasi Sajak)
9.0 STRATEGI PELAKSANAAN
Program dan aktiviti yang dicadangkan :
9.1 Ceramah /Pertandingan/ Kuiz
9.2 Tentatif program :

TARIKH AKTIVITI SASARAN TEMPAT


24/5-28/5/2021 Infografik PPDa Semua murid Atas talian (Whatsapp/
24/5-28/5/2021 Pertandingan : Telegram/ Facebook
1. Poster Digital UBK
2. Deklamasi Sajak
3. Creative Sticker
25/5/2021 Kuiz E-PPDa
27/5/2021 Majlis Pelancaran & Semua murid Youtube Live
Ceramah PPDa

10.0 PELAN PENGURUSAN RISIKO


10.1 Program akan dijalankan secara rakaman.

11.0 KAEDAH PEMANTAUAN


11.1 Laporan program/ aktiviti.

12.0 PENUTUP
12.1 Kertas Cadangan untuk mengadakan Minggu E-PPDa Tahun 2021 dikemukakan
untuk pertimbangan dan kelulusan.

13.0 SYOR
Pengetua dipohon menimbang dan bersetuju;
13.1 Mengadakan Minggu E-PPDa (Pendidikan Pencegahan Dadah) Tahun 2021 dan
13.2 Dengan anggaran perbelanjaan RM 575.00.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………..…… …………………………………………
( NURULHUDA BINTI RAMLI ) ( KAMARUZAMAN BIN AHMAD )
Guru Bimbingan & Kaunseling Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Sungai Besar SMK Sungai Besar

Diluluskan / Tidak diluluskan oleh :

…………………………………………..
(LUBNA BINTI HJ DAMANHURI)
Pengetua,
SMK Sungai Besar,
45300 SUNGAI BESAR.

Anda mungkin juga menyukai