Anda di halaman 1dari 6

“PROGRAM QC 3KePI’ dan ‘TS25 CareLink’

SEKOLAH KEBANGSAAN TOK KHALFAH


PARIT 13, JALAN SUNGAI PANJANG, 45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR
SELANGKAH KE DEPAN MENJANA PERUBAHAN KE ARAH SEKOLAH BERKUALITI
MENJELANG 2025

KERTAS CADANGAN PROJEK INTERVENSI “REWARD PDPR” 2021


SEKOLAH KEBANGSAAN TOK KHALIFAH
Perkara : Projek Intervensi “REWARD PDPR” 2021
Penganjur : Unit Bimbingan dan Kaunseling (HEM) dengan kerjasama Unit
Kurikulum dan PIBG SK Tok Khalifah

Tempoh masa : Mei hingga November 2021


Tempat : Kediaman masing-masing
Kaedah : Dalam Talian secara online atau offline
semasa pelaksanaan PDPR

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas cadangan ini dibuat adalah untuk memohon pertimbangan dan persetujuan
tuan Guru Besar untuk :

1.1. menganjurkan Projek Intervensi “REWARD PDPR”


1.2. melibatkan PIBG, Ibubapa/penjaga, guru dan semua murid SKTok Khalifah
dalam projek yang bakal dijalankan
1.3. Meluluskan dan menyokong peruntukan yang diperlukan

2.0 LATAR BELAKANG


Pendidikan merupakan perkara utama yang berupaya mempengaruhi pembangunan diri
individu dan menyediakan pelbagai peluang dalam mencorakkan kehidupan masa depan.
Pendidikan juga mendasari proses pembangunan modal insan yang berinovatif dan
berkemahiran tinggi yang merupakan faktor kritikal bagi menyokong pertumbuhan sosial,
budaya dan ekonomi sesebuah negara. Komitmen dan usaha mempertingkat kualiti
pendidikan merupakan sebahagian daripada pelaburan utama. Dalam keadaan pendemik
Covid-19 ini, sekolah, ibubapa dan murid berdepan dengan cabaran yang amat besar untuk
dalam melaksanakan Pembelajaran dan pengajaran di rumah (PDPR). Justeru itu, Unit
Bimbingan dan kaunseling (HEM) dengan kerjasama Unit Kurikulum dan PIBG
bercadang untuk menjalankan projek intervensi “REWARD PDPR” bagi menyokong
pelaksanaan PDPR tersebut.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi motivasi kepada murid dan ibubapa untuk melibatkan diri secara aktif
dalam PDPR bagi memastikan kemenjadian murid sepertimana yang diharapkan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Gelombang 3/ 2021 -
2025 tercapai

3.2 Menyuntik semangat murid untuk berusaha menjalankan pembelajaran secara


kendiri dirumah bagi meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
yang sedia ada

3.3 Meningkatkan kerjasama antara sekolah dan PIBG bagi merealisasikan Bidang
Keberhasilan sekolah

4.0 KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI)

4.1 Indikator output :

4.1.1 Melaksanakan Projek Intervensi “REWARD PDPR” dengan jayanya


berdasarkan jadual kerja yang dirangka
4.1.2 Murid dan ibubapa/penjaga menunjukkan perubahan sikap yang positif
terhadap pelaksanaan PDPR

4.2 Indikator outcome :

4.2.1 Projek Intervensi “REWARD PDPR” yang dijalankan dapat


meningkatkan kemenjadian murid melalui usahasama diantara sekolah,
PIBG serta Ibubapa/penjaga

5.0 ASAS PERTIMBANGAN

5.1 Murid serta ibubapa/penjaga kurang bermotivasi untuk melaksanakan PDPR

5.2 Murid dan ibubapa/penjaga menghadapi cabaran yang besar dalam melaksanakan
PDPR dalam suasana Pendemik Covid-19

6.0 KUMPULAN SASARAN

Murid : 244 orang (tahun 1-6)


Guru : 22 orang
PIBG : 150 orang
Ibubapa/penjaga
Jumlah Sasaran : 416 orang

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN


Amaun ANGGARAN Jumlah
SUMBER
(RM) PERBELANJAAN (RM)

PIBG Reward PDPR


 Sumbangan RM 500 Fasa 1
Ibubapa/penjaga
 Sumbangan RM 500 Sprinter PDPR Reward RM 480
aktiviti HEM (Murid dan Ibubapa pro aktif)
RM 30.00 x 16 orang
Lain-lain RM 700 # 6 orang tahap satu // 10 orang tahap dua
Sumbangan
LiveGO PDPR Reward RM 80
Ibubapa dan murid cicir)
RM 10.00 x 8 orang
# 3 orang tahap satu // 5 orang tahap dua

Reward PDPR
Fasa 2
RM 480
Sprinter PDPR Reward
(Murid dan Ibubapa pro aktif)
RM 30.00 x 16 orang
# 6 orang tahap satu // 10 orang tahap dua

LiveGO PDPR Reward


RM 80
Ibubapa dan murid cicir)
RM 10.00 x 8 orang
# 3 orang tahap satu // 5 orang tahap dua

First Class Sprinter PDPR Reward


RM 200 x 2 orang
# 1 orang tahap satu //1 orang tahap dua RM 400

First Class LiveGO PDPR Reward


RM 180 x 1 orang
# 1 orang tahap satu dan dua RM 180

JUMLAH JUMLAH
RM 1700 RM 1700
KESELURUHAN KESELURUHAN

8.0 JAWATAN KUASA PELAKSANA PROJEK

Pengerusi : Pn. Salasiah binti Ahmad (Guru Besar0


Timb.Pengerusi : En. Mahfuzudin bin Wahab (GPK HEM)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Sharifah Irma bin Syed Ismail (GPK Kurikulum )
Naib Pengerusi 2 : En. Tarmidi bin Mat Saad (GPK Ko-Kurikulum)
Setiausaha : Puan Siti Munirah binti Bain
(Guru Bimbingan dan Kaunseling )
Naib Setiausaha : Puan Noraini Ma’ariah Binti Tajidin
(Setiausaha Kurikulum )
Bendahari : Pn Norliza binti Mohd Hadi
(Bendahari PIBG)

Ahli Jawatankuasa
Hadiah dan Sijil Aturcara Majlis
Pn. Farah binti Ahmad En. Mohd Mokhti bin Samsuri
Pn. Norsaleha binti Aminullah. En. Mahamad Firdaus bin Mahamad Puzi
Pn. Intan Nurul Hidayah binti Taharin Pn. Mohd Shafiee bin Arshad
Pn. Nafisah bin Yusof En. Mohd Suhaimi bin Kharsani

Promosi Dokumentasi
En. Mohd Rashid bin Hj. Mohd Ishak Pn. Siti Munirah binti Bain
En. Mohd Salehen bin Mat Yusuf Pn. Siti Marliana binti Hasnan
Pn. Siti Mariam binti Abu Bakar
9.0 Panel Penilai Tahun 1G Panel Penilai Tahun 2G
Pn. Noraini Ma’ariah binti Tajidin, Pn. Siti Munirah binti Bain
En. Mohd Salehen bin Mat Yusuf Pn. Norsaleha bt Aminullah
Pn. Mydhili A/P Muniandy Pn. Noraini binti Mohd Ngalim

Panel Penilai Tahun 3G Panel Penilai Tahun 4G


En. Mohd Suhaimi bin Kharsani Pn. Noraini binti Sohaimi
Pn. Sharifah Irma binti Syed Ismail En. Mahfuzudin bin Wahab
En. Mohd Rashid bin Hj Ishak En. Tarmidi bin Mat Saad

Panel Penilai Tahun 4C Panel Penilai Tahun 5G


Pn. Nafisah binti Yusof Pn. Intan Nurul Hidayah binti Taharin
En. Mohd Mokhti bin Samsuri Pn. Norsaleha binti Aminullah
En. Mahamad Firdaus bin Mahamad Puzi En. Tarmidi bin Mat Saad

Panel Penilai Tahun 6G Panel Penilai Tahun 6C


Pn.Farah binti Ahmad En.Mohd Shafie bin Arshad
Pn Norsaleha binti Aminullah Pn. Intan Nurul Hidayah binti Taharin
En. Mahamad Firdaus bin Mahamad Pn. Siti Marliana binti Hasnan

PELAKSANAAN PROJEK

Tempoh/fasa Jun hingga November 2021


pelaksanan  Reward Fasa 1 (Jun Ogos)
 Reward Fasa 2 (Sept-Nov)
 Reward Keseluruahan ( Jun-Nov)
Keadah Penilaian berdasarkan kriteria yang ditetapkan
pelaksanaan  Penyertaan dan bimbingan ibubapa/penjaga dalam
melaksanakan PDPR
 Hasil kerja dan pencapaian murid secara menyeluruh
 Peningkatan prestasi murid dan ibubapa/penjaa dalam mencapai
objektif PDPR

Kategori Reward
Sprinter PDPR Reward :
 Kategori Murid dan Ibubapa pro aktif)
 2 reward setiap kelas
Live-GO PDPR Reward
 Kategori Ibubapa dan murid cicir)
 2 reward setiap kelas

10.0 PELAN PENGURUSAN RISIKO

BIL RISIKO PELAN KONTIGENSI

1 Memohon sumbangan daripada orang


Sumbangan PIBG tidak mencukupi
perseorangan

Panel penilai tidak dapat bersidang


Panel bersidang secara maya
2 secara bersemuka akibat Pendemik
(GoogleMeet)
Covid 19

Majlis penyampaian Reward PDPR


Majlis penyampaian Reward PDPR
3. tidak boleh dijalankan melalui majlis
dijalankan secara pandulalu
rasmi

11.0 KAEDAH PEMANTAUAN


Pemerhatian, laporan pelaksanaan, keberhasilan projek

12.0 PENUTUP
Kertas cadangan Projek Intervensi “REWARD PDPR” dikemukakan untuk kelulusan
Guru Besar.

13.0 CADANGAN
Guru besar dipohon untuk meluluskan dan menyokong :
8.1 penganjuran Projek Intervensi “REWARD PDPR” sepertimana yang
dikemukakan dalam kertas cadangan ini.

8.2 penglibatan murid, guru, PIBG dan ibubapa/penjaga untuk menjayakan projek ini

8.3 pengeluaran dan pengunaan Kewangan PIBG untuk menampung kos pengurusan
projek ini

14.0. KEPUTUSAN
Guru Besar telah menyemak kertas cadangan ini dan bersetuju menyokong dan meluluskan segala
permohonan yang terkandung dalam kertas cadangan ini
…………………………………………………………………………………………….

Disediakan oleh :

………………………….
(SITI MUNIRAH BINTI BAIN)
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SK Tok Khalifah.

Disokong oleh :

…………………………
(MAHFUZUDIN BIN WAHAB)
GPK Hal Ehwal Murid
SK Tok Khalifah

Diluluskan oleh :

…………………………
(SALASIAH BINTI AHMAD)
Guru Besar
SK TOK KHALIFAH

Anda mungkin juga menyukai