Anda di halaman 1dari 5

KOLEJ VOKASIONAL SEPANG

43800 DENGKIL, SELANGOR D.E

KERTAS KERJA
BULAN ANTI DADAH 2017

ANJURAN:

UNIT PENGURUSAN ASRAMA

TARIKH:

13 FEBRUARI 13 MAC 2017

DENGAN KERJASAMA:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
UNIT DISIPLIN

MEMBANTERAS DADAH

1
KERTAS KERJA
SAMBUTAN BULAN ANTI DADAH

1.0 PENGENALAN
Gejalan penagihan dadah pada masa ini bukan sahaja melibatkan para remaja tetapi
juga meliputi mereka yang berada di pelbagai lapisan masyarakat. Memandangkan kepada
senario ini, kerajaan telah mengisytiharkan masalah dadah sebagai ancaman kepada
keselamatan negara. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk
membanteras ancaman dadah ini daripada menular dikalangan murid-murid sekolah rendah.

2.0 RASIONAL
a) Dadah adalah ancaman kepada negara.
b) Merealisasikan gagasan Sekolah Bebas Dari Dadah yang berteraskan
konsep Zero Defect.
c) Menyedari bahawa mencegah dadah adalah tanggungjawab dan amanat
serta merupakan satu ibadah yang perlu dipikul dan dilaksanakan oleh
setiap warganegara Malaysia.

3.0 OBJEKTIF
a) Menyebarkan maklumat bahaya dadah bagi mencegah mereka
khususnya murid-murid daripada terlibat dengan gejala ini.
b) Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran murid, guru dan
warga sekolah dalam usaha memerangi dadah.
c) Menanamkan perasaan jijik dan jelik dikalangan warga sekolah terhadap
dadah.
d) Membanteras gejala penagihan dadah di kalangan pelajar asrama.

4.0 TARIKH / TEMPAT PELANCARAN


13 Februari 2017 - 13 Mac 2017
Dewan AL-Jazari dan asrama

5.0 KUMPULAN SASARAN


Semua pelajar asrama Pra Diploma dan Diploma
Semua tenaga pengajar dan staf Kolej Vokasional Sepang

2
6.0 AKTIVITI SEPANJANG BULAN ANTIDADAH
- Majlis Pelancaran Bulan Anti Dadah (13/2)
- Penyerahan Watikah Pelantikan kepada Pengawas PPDa (13/2)
- Ceramah bersama AADK (13/2)
- Ujian air kencing
- Cuma 5 Minit Anti Dadah (Rabu dan Khamis)
- Senamrobik Gaya Hidup Sihat (15/2)
- Bacaan Yasin dan Tazkirah Anti Dadah (17/2)
- Majlis Pelancaran Ikon PPDa (14/2)
- Ceramah Motivasi bersama Ikon PPDa (14/2)
- Pameran Bas Bergerak AADK (20/2)
- Ceramah bersama AADK (22/2)
- Majlis Perasmian Penutup Bulan Anti Dadah (13/3)
- Pertandingan:
1. Pertandingan Melukis Poster untuk pelajar Pra Diploma- (13/2-28/2)
2. Pertandingan Mencipta Blog untuk pelajar Diploma (20/2-10/3)
3. Pertandingan Deklamasi Sajak Pra Diploma (28/2)
4. Pertandingan Kuiz Laluan PPDa Pra Diploma dan Diploma (7-28/2)

3
7.0 ANGGARAN BELANJAWAN
SUMBER KEWANGAN

ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA SASARAN KUANTITI JUMLAH

1. Strip urine test untuk Semua pelajar RM2.20 x 1800 pcs RM3960.00
morphine, kanabis dan asrama (lelaki)
methamphetamine
Botol sampel RM0.50 x 600 pcs RM300.00
JUMLAH BESAR RM4260.00

8.0 TEMA

1 Malaysia Membanteras Dadah

9.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi: Pn Norhana bt Mustapha


Naib Pengerusi: Tn Hj Ahmad Talat b Mohd Zahari
Pn Hjh Siti Fatimah bt Abd Manan
Pn Zainab bt Mohd Shah
NYDP PIBG Kolej Vokasional Sepang
Penyelaras: En Mohd Shah b Misdi
Setiausaha: Pn. Nabilah Hanim bt Najib
Cik Nur Dahlia bt Kassim

AJK: Unit HEM dan Disiplin


Unit Pengurusan Asrama
Semua tenaga pengajar KV Sepang

4
PENUTUP

Diharapkan agar program ini akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.
Kami juga mengharapkan agar program ini mencapai matlamat dan objektif yang diinginkan
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini akan berjaya sekiranya semua
pihak yang terlibat bekerjasama dan mempunyai komitmen yang tinggi dalam menjalankan
tugas.

Disediakan oleh Disemak oleh,

.......... .....................................................
(NABILAH HANIM BT NAJIB) (MOHD SHAH B MISDI)
Kaunselor merangkap warden asrama Ketua Warden Asrama
Kolej Vokasional Sepang Kolej Vokasional Sepang

Disahkan Oleh

.................
(PN NORHANA BT MUSTAPHA)
Pengarah
Kolej Vokasional Sepang

Anda mungkin juga menyukai