Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA KEMPEN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH, ROKOK DAN INHALAN

1.0 PENGENALAN

Kempen Pendidikan Pencegahan Dadah, Rokok dan Inhalan diadakan setiap tahun di sekolah
seluruh negara selaras dengan arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit
Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat
Kebangsaan dilaksanakan di peringkat sekolah. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah
amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan
ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya
dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan terutama kepada murid sekolah rendah,
menengah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta dan tidak ketinggalan komuniti
masyarakat amnya.
Kempen PPDa ini harus dapat memupuk semangat jati diri pelajar yang seterusnya
dapat membentuk nilai murni, budi pekerti yang mulia dan terpuji, kerohanian yang luhur dan
memiliki perasaan cinta serta sayang kepada diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan
negara. Keutamaan PPDa adalah untuk mewujudkan pemikiran generasi muda yang bebas
daripada pengaruh dadah, menyediakan alternatif berfaedah yang dapat mencegah mereka
daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan mewujudkan suasana persekitaran yang
kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Usaha untuk mencegah dadah ditumpukan
kepada murid sekolah kerana golongan ini merupakan generasi muda, tulang belakang dan
yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa depan.

2.0 TEMA
“ 1 Malaysia Membanteras Dadah ”

3.0 MATLAMAT
3.1 Supaya murid-murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan kesihatan serta
membahayakan keselamatan masyarakat dan negara.
3.2 Untuk memastikan murid–murid mempunyai pengetahuan dan mendapat pendedahan
tentang kemahiran memilih gaya hidup sihat dan mengamalkannya dalam kehidupan
seharian.
3.3 Mencegah dan menjauhi dadah satu kewajipan dan tanggungjawan kendiri.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang bahaya dadah.
4.2 Menanam sikap benci kepada dadah dalam diri pelajar.
4.3 Mewujudkan gaya hidup sihat tanpa dadah.
5.0 KUMPULAN SASAR
Semua murid dan guru SMK Permatang Tok Labu

6.0 TARIKH
14 Ogos 2018 (Selasa)

7.0 TEMPAT
SMK Permatang Tok Labu

8. 0 JAWATANKUASA PELAKSANA

PENAUNG : TN HJ RAMLI BIN ABD RAHIM


(Pengetua)
PENASIHAT : PN HJH AZIAH BT YAHAYA
(GPK PENTADBIRAN)
PENGERUSI : EN ROSLAN BIN MOHD NOOR
(GPK HEM)
NAIB PENGERUSI : HJ MUHAMMAD SABHI BIN OTHMAN
(GPK KOKURIKULUM )
PENYELARAS PROGRAM : PN NORAZLINA BT MAH SAAD
( GURU KAUNSELING )
SETIAUSAHA PPDa: PN NURUL HASLIZA AINI BT RAMLI
AJK :
PN FARIZA BT ZIN
EN FAUZAN BIN MOHD NOOR
PN NAPISAH BT HUSSAIN

9.0 TENTATIF PROGRAM

BIL AKTIVITI TARIKH PERSONALIA SASARAN


1. i) Program 5 minit (info anti 14 Ogos 2018 Semua AJK Semua warga
dadah ) SMKPTL
iii) Pertandingan Melukis
Poster Anti Dadah
iv) Pertandingan Kuiz Anti
Dadah

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


10.1 Percetakan
i) Bunting saiz 2x3 + paip atas / bawah (RM21.80 X 8 unit) RM 174.00
ii) Bunting saiz 5x2 + paip atas/bawah (RM33.00 X 2 unit) RM 66.00
iii)Banner saiz 8x4 + eyelet (RM89.60 X 1 unit) RM 89.60
iv) Design (RM20.00 X 11 unit) RM 220.00

JUMLAH RM 550.00

11.0 SUMBER KEWANGAN


i) PCG Bimbingan & Kaunseling JUMLAH RM 550.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 550.00

12.0 PENUTUP
Diharapkan Kempen Pendidikan Pencegahan Dadah, Rokok dan Inhalan ini dapat dilaksanakan
dengan jayanya dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti
sihat seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak
demi kesedaran untuk mencegah dan menghapuskan dadah. Semoga usaha murni ini
mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid
khususnya.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

…………………………………………. ………………………………..
(NURUL HASLIZA AINI BT RAMLI) (HJ RAMLI BIN ABD RAHIM)
Guru Bimbingan dan Kaunseling Pengetua
SMK Permatang Tok Labu SMK Permatang Tok Labu
13100 Penaga 13100 Penaga
Pulau Pinang Pulau Pinang
SMK PERMATANG TOK LABU
13100 PENAGA
SEBERANG PERAI UTARA
PULAU PINANG

SMK PERMATANG TOK LABU

TEMPAT :

14 OGOS 2018

TARIKH:
ANJURAN :

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

KERTAS KERJA

ANJURAN ;

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Anda mungkin juga menyukai