Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG DELIMA,WAKAF BHARU 16250 TUMPAT KELANTAN

KERTAS KERJA
PROGRAM:

CERAMAH ANTI BULI &


PENYALAHGUNAAN DADAH DAN
VAPE

TARIKH:

27 OKTOBER 2022

TEMPAT:

ANJUNG SRI DELIMA,SK KAMPONG DELIMA

ANJURAN:

UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa), UNIT BIMBINGAN


KAUNSELING (UBK), UNIT DISIPLIN DAN PANITIA PENDIDIKAN JASMANI
DAN KESIHATAN
CERAMAH ANTI BULI & PENYALAHGUNAAN DADAH DAN VAPE

PADA: 27 OKTOBER 2022(KHAMIS)


TEMPAT: ANJUNG SRI DELIMA

1.0 PENGENALAN
Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi
pelapis negara khususnya kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat
serius. Oleh yang demikian, kesedaran tentang bahaya dadah di peringkat awal perlu
diterapkan bagi melahirkan generasi bebas dadah. Ini kerana kesan daripada itu akan
menimbulkan banyak masalah disiplin di kalangan murid contohnya seperti membuli.
Untuk mencapai matlamat ini, seseorang perlu mempunyai pengetahuan tentang
bahaya dan kesan sampingan najis dadah, mempunyai ketahanan diri yang tinggi,
sikap yang positif serta mengamalkan nilai-nilai agama dan budaya yang murni.

2.0 MATLAMAT
Untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan tinggi mengenai bahaya
dadah,lebih berdisplin dan menjauhi sikap pembuli di kalangan murid sekolah. Serta
melahirkan generasi yang bersikap positif dan mengamalkan nilai-nilai agama dan
budaya yang murni. Selain itu, mereka juga akan diberi input secara umum tentang
bahan terlarang ini dari aspek kandungan, risiko pengambilan dan faktor ketagihan
berlaku.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mempertingkat kesedaran dan pengetahuan pelajar dari semua peringkat


umur mengenai bahaya penyalahgunaan dadah.
3.2 Meningkatkan pengetahuan pelajar tentang perbuatan buli dan kesannya
dalam kehidupan
3.3 Memperkukuh pengetahuan pelajar mengenai jenis-jenis dadah dan bahaya
dadah.
3.4 Menanam sifat benci kepada dadah dan sikap pembuli dalam diri pelajar.
3.5 Memberi kesedaran bahawa penyalahgunaan dadah menjadi punca
keruntuhan akhlak remaja dan satu ancaman keselamatan pada hari ini dan
akan datang.

4.0 SASARAN
Murid-murid tahun 2 hingga 6

5.0 TEMPOH PELAKSANAAN


5.1 Tarikh : 27 Oktober 2022

6.0 ANJURAN

Unit PPDa, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Disiplin dan Panitia Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan.

7.0 STRATEGI PELAKSANAAN


7.1 Penyelarasan program oleh PK HEM,Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit
Disiplin dan Panitia Pendidikan Kesihatan dan Jasmani
7.2 Kerjasama penuh daripada pihak pengurusan sekolah.
7.3 Pengisian berbentuk ceramah dan pameran oleh pegawai Agensi Anti Dadah
Kebangsaan.
7.4 Pengisian berbentuk ceramah mengenai buli daripada pihak PDRM

8.0 TENTATIF PROGRAM


- Rujuk lampiran A -

9.0 JAWATANKUASA
- Rujuk lampiran B –

10.0 ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

Perbelanjaan

1. Cenderamata penceramah RM20 X 2 ORANG) = RM 40


2. Makan minum murid RM 3.00 x 126 ORANG = RM 378
3. Banner = RM 40

Jumlah = RM458.00

11.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar cadangan program ini akan disokong penuh oleh semua warga
sekolah bagi memastikan perjalanan program yang dirancang akan berjaya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………………………. ………………………………………………………
(PN. NOOR HIYANA BT MONER) (TN.HJ. MUHAMAD ROSLI BIN MUSTAFA)
Guru Bimbingan dan kaunseling Guru besar,SK kampong Delima
Penolong Setiausaha PPDa,
JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI :TN. HJ. MUHAMAD ROSLI BIN MUSTAFA(GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI 1 :PN. NOR AZLINA BT AHMAD RASIDI (PK KO/PEMANGKU HEM)

NAIB PENGERUSI 2 : TN. HJ.KHALID BIN CHE MAT(PK PENTADBIRAN)

SETIAUSAHA : EN.AZLEY SUHANIEY BIN AHMAD SUHAIMI( KETUA UNIT DISPLIN)

PEN. SETIAUSAHA : EN. SHAHRIZAD BIN ABDULLAH(KETUA PPDa)

BENDAHARI : PN. NOOR HIYANA BT MONER (GBK)

JAWATANKUASA PELAKSANA

AJK SIARAYA AJK PENGACARA MAJLIS

1. EN. HJ. ROZAIMI BIN MUSA 1. PN. ZALINA BT SALLEH


2. EN. HALIMI BIN HARUN

AJK KAWALAN MURID AJK FOTOGRAFI/DOKUMENTASI

1. CIK TIU SAW KHENG 1. CIK NOR ASYIKIN BT


IBRAHIM
2. EN. SHAHRIZAD BIN ABDULLAH
3. PN. SABARIAH BT ABD GHANI AJK BACKDROP
4. ENGKU ZAHARAH BT ENGKU YAAKUB 1. PN. HASLINDAWATI BT CHE
HASAN
5. PN. ZUHAIDA BT ZAKARIA 2. PN. HASNAH BT HARUN
3. PN. NOR AZURA BT IBRAHIM
4. PN. THEH SEW BEE

AJK BUKU PROGRAM AJK BACAAN DOA

1. PN. NORSALMIAH BT GHAZALI 1. EN. AZMAN BIN NAWI


2. CIK MUNIRAH BT YUNUS

AJK CENDERAHATI

1. PN. SAFRIZA BT IBRAHIM


2. PN. AIDA BT MUSTAFA
3. PN. SITI HAJAR AISYAH BT IBRAHIM

AJK JAMUAN

1. PN. NIK ROZITA BT NIK SOH


2. PN. NORASIAH BT MOHAMMAD
3. PN. W.ANISAH BT WAN JAAFAR

TENTATIF PROGRAM
8.00 pagi : Semua murid tahun 2 hingga 6 berkumpul di dewan

8.15 pagi : Ketibaan tetamu jemputan

: bacaan doa

: ucapan aluan Guru Besar

8.30 pagi : ceramah anti buli

9.30 pagi : ceramah anti dadah

: Pameran Dadah oleh AADK

12.30 tengahari: bersurai

Anda mungkin juga menyukai