Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

JELAJAH REMAJA SIHAT


KELAB SLAD SMKA SIMPANG LIMA

1.0 PENDAHULUAN
Skim Lencana Anti dadah (SLAD) ditubuhkan di sekolah-sekolah di seluruh negara
adalah sebagai pemangkin program-program pendidikan pencegahan dadah di peringkat
remaja. Ianya merupakan sebuah persatuan yang bertujuan mengembangkan bakat dan
kemahiran pelajar dalam aktiviti kepimpinan dan kerjasama rakan sebaya bagi
menghindarkan diri dari terjerumus di dalam aktiviti tidak sihat. Aktiviti-aktiviti SLAD
dijalankan dengan tujuan memberi pendedahan kepada pelajar dalam mengenali lebih
mendalam tentang dadah dan bahaya yang bakal menimpa. Aktiviti SLAD juga diiktiraf
di peringkat kebangsaan dan dapat menyumbang markah yang tinggi dalam penilaian
kokurikulum di peringkat kebangsaan.

2.0 RASIONAL
Program Jelajah Remaja Sihat merupakan satu keperluan ke arah pemantapan aktiviti
SLAD di sekolah. Ahli SLAD perlu di beri penghargaan dan peluang mengembangkan
pengetahuan kendiri dan membantu rakan sebaya yang terlibat dengan aktiviti tidak sihat.
Perhimpunan secara berpusat ini akan dapat melaksanakan pendidikan pencegahan dadah
secara bersepadu dan berkesan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memperkasa penguasaan dan pengetahuan pelajar secara teori dan


praktikal dalam pendidikan pencegahan dadah.
3.2 Mempertingkat semangat, permuafakatan, kemampuan, kemahuan dan
tindakan semua pihak dalam memerangi ancaman dadah di kalangan
murid.
3.3 Memperkukuhkan jati diri pelajar agar lebih bersedia dan merancang bagi
menghadapi alam kehidupan yang lebih mencabar dalam menangani
gejala dadah.
3.4 Melahirkan remaja pemimpin masa depan yang ideal dan sihat tanpa
gejala negatif.
4.0 MATLAMAT
Sekolah Bebas Dadah Melalui Aktiviti PPDa.

5.0 ANJURAN

Kelab SLAD SMKA Simpang Lima

6.0 TARIKH
16 Ogos 2014

7.0 MASA
8.30 pagi – 12.30 tgh

8.0 LOKASI
i. Balai Polis Sungai Besar
ii. Rumah Jagaan Harian Warga Tua Sungai Besar
iii. Pejabat AADK Sungai Besar
iv. Pejabat PROSTAR
v. Kawasan Persekitaran Pekan Sungai Besar

9.0 PENYERTAAN
40 orang ahli SLAD

10.0 AHLI JAWATANKUASA


Rujuk Lampiran 1

11.0 ATURCARA PROGRAM


Rujuk Lampiran 2

12.0 PERBELANJAAN DAN PEMBIAYAAN


Rujuk Lampiran 3
13.0 PENUTUP
Diharap program ini dapat membantu para peserta SLAD memperolehi Sijil dan
Lencana SLAD yang diiktiraf di peringkat kebangsaan sebagai satu galakan
kepada para pelajar untuk lebih berusaha memajukan diri. Ianya juga dapat
membantu mempertingkatkan kualiti diri para remaja agar terhindar dari pengaruh
dengan salah laku sosial pada masa hadapan.

Disediakan oleh:

………………….
Puan Rudzannah binti Hassan
Setiausaha Pendidikan Pencegahan Dadah
SMK Agama Simpang Lima

Disahkan oleh:

……………………….
LAMPIRAN 1 : AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : En Jaafar Bin Rajuli


Pengetua SMKA Simpang Lima
Naib Pengerusi I : En Zakaria Bin Awang
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMKA Simpang Lima
Naib Pengerusi II : Pn Hjh Jamaliah Binti Jamhari
Penolong Kanan SMKA Simpang Lima
Naib Pengerusi III : En Abdul Aziz Bin Che Yusoh
Penolong Kanan Kokurikulum SMKA Simpang Lima
Naib Pengerusi IV : Pn Noraziah Binti Abdul Rahman
Penolong Kanan Tingkatan 6
Setiausaha : Pn Rudzannah Bt Hassan
Pen.Setiausaha : Pn Farhana Binti Khalilullah
Ahli Jawatankuasa Pelaksana;
1. Pn Nor Azrina Bt Mohd Azli
2. Pn Nurul Fitri Bt Asmawi
3. En Mohd Safarin Bin Mat Rajuli
4. Tn Hj Mohd Najib Al Puad Bin Morsidi

Hubungan Agensi Luar;


1. Pegawai Perhubungan Polis IPD Sabak Bernam
2. Pegawai Kesihatan Daerah Sabak Bernam
3. Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Daerah Sabak Bernam
4. Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan dan Rawatan PEMADAM Sabak Bernam
LAMPIRAN 2 : ATURCARA PROGRAM

TARIKH MASA AKTIVITI


16 Ogos 8.00 pg Peserta berkumpul di Dataran Fatimah
2014 SMKA Simpang Lima dan bertolak ke IPD
Sg Besar
8.30 pg Tiba di IPD Sg Besar

8.45 pg Taklimat Pegawai IPD Sg Besar

9.15 pg Bertolak ke Pusat Jagaan Harian Warga Tua


Sg Besar.
Aktiviti Khidmat Bakti

10.00 pg Bertolak ke Pejabat PROSTAR Sg Besar

10.15 pg Tiba di Pejabat PROSTAR & Taklimat


10.45 pg Bertolak ke Pejabat AADK Sungai Besar &
Taklimat
11.15 pg Mengedarkan risalah DARIH kepada orang
awam di sekitar pekan Sg Besar
12.30 tgh Bertolak pulang ke SMKA Simpang Lima
LAMPIRAN 3 : ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Kain Rentang RM 100.00


2. Vest SLAD (RM 20 x 40 orang) RM 800.00
3. Pamplet & Risalah DARIH RM 100.00

JUMLAH RM 1000.00

ANGGARAN PEMBIAYAAN

1. PCG Kaunseling RM 300.00


2. Peruntukan Aktiviti Kokurikulum Pelajar (PIBG) RM 500.00
3. Sumbangan Agensi Luar RM 200.00

JUMLAH RM 1000.00

Anda mungkin juga menyukai