Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN DAN PAMERAN INOVASI


SEMPENA

CREATION DE UiTM : MEGA INNOVATION CARNIVAL 2020

T a j u k Inovasi

COLOURS AND CAREERS KIT -


( KIT UJIAN PERSONALITI WARNA DAN KAMUS RIASEC )

DiSediakan oleh:

LILA BINTI ISA


SMK SERI BEDENA ,45300 SUNGAI ,SELANGOR

1.0 TAJUK PROJEK


COLOURS AND CAREERS KIT - KIT UJIAN PERSONALITI WARNA DAN KAMUS RIASEK

2.0 PENGENALAN
Kaunseling adalah merupakan proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip
psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor professional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian
peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Perhubungan ini dikaitkan dengan proses interaksi,
menolong dan pertemuan bersemuka antara kaunselor dan kliennya. Begitu juga dengan inovasi yang
dibina oleh SMK Seri Bedena dalam menolong murid-murid berkaitan pemilihan bidang kerjaya.

Bagi memudahkan murid dapat menentukan kerjaya dengan mudah yang bersesuaian dengan
personaliti murid-murid kami telah membina KIT UJIAN PERSONALITI WARNA DAN KAMUS
RIASEK yang diberi nama COLOURS AND CAREERS KIT. Inovasi dan kreativiti Kit ini adalah
berkaitan dengan skop kerjaya yang ada di dunia ketika ini.

Idea asas hasilan inovasi ini adalah hasil kajian dijalankan oleh Ahmad Jazimin Jusoh yang
bertajuk Hubungan Personaliti Warna Dengan Minat Kerjaya Di Kalangan Pelajar Universiti Putra
Malaysia (2000). Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa alat ukuran IPW yang telah dibentuk
oleh Sidek Mohd Noah et al. (1997) mempunyai kesahan gagasan yang tinggi berbanding dengan alat
ukuran SDS yang dibentuk oleh John L Holland tentang tret-tret personaliti individu mempengaruhi
pemilihan kerjaya oleh seseorang individu melalui Ujian personaliti warna yang dijalankan . Hasil
Inovasi dan kreativiti di persembahkan dalam bentuk Kad Kamus Kerjaya (bahan bercetak) dan Kit
yang mudahalih boleh dibawa ke mana-mana terutamanya ke bilik darjah.

3.0 OBJEKTIF

3.1. Kepentingan cita-cita dan matlamat kerjaya dengan jelas.


3.2. Dapat mengenal pasti warna personaliti diri sendiri.
3.3. Memberi penjelasan mengenai kerjaya dengan mudah berdasarkan warna personaliti.
3.4. Menjadi bahan bantu untuk menjalankan intervensi kerjaya di dalam kelas.

4.0 REFLEKSI - SEBELUM INOVASI


4.1  Murid cepat berasa bosan untuk menjawab secara manual ketika melaksanakan ujian Warna .
4.2 GBK tidak mempunyai bahan bantu yang boleh membimbing murid untuk mengenalpasti
kerjaya berdasarkan personaliti dengan mudah dan cepat.
4.3 Masa yang diambil untuk mendapatkan keputusan adalah lambat berbanding Kit yang dibina.
 

5.0 PROSES PELAKSANAAN INOVASI - SEMASA INOVASI


Penghasilan sebuah kit kerjaya yang mengandungi alatan spesifik bagi menentukan warna
personaliti dengan menggunakan padanan kerjaya RIASEK. Kit mudahalih ini dibina bukan
berdasarkan ICT . Kit ini mengandungi 2 item iaitu kad personaliti warna dan kamus kerjaya yang
telah disusun mengikut 6 bidang kerjaya RIASEK .

6.0 IMPAK - SELEPAS INOVASI


6.1.Menjadikan murid lebih memahami personaliti diri terhadap kerjaya yang dipilih dengan lebih
yakin.
6.2.Meningkatkan kredibiliti dan keyakinan GBK untuk membimbing murid memilih kerjaya.
6.3.Menjimatkan wang kerana tidak memerlukan kertas yang banyak.
6.4.Menghasilkan sebuah kit untuk membantu GBK dalam mengendalikan Bimbingan Kelompok
kerjaya mengikut personaliti warna.
6.5.Peningkatan tahap kepuasan klien bila mereka jelas personaliti dan kerjaya
 
7.0 KESIMPULAN
Projek Inovasi KIT COLOURS AND CAREERS ini merupakan satu alat yang dapat
membantu guru kaunseling dalam menjadikan murid lebih memahami personaliti diri terhadap
kerjaya yang dipilih dengan lebih yakin. Meningkatkan kredibiliti dan keyakinan GBK untuk
membimbing murid memilih kerjaya.

Kit ini membolehkan murid bermain dengan cara yang seronok dan menarik. Alat ini
mudah dibawa dan mudah difahami. Guru boleh menjadikan alat ini sebagai BBB dalam PdPc.
Alat ini juga boleh digunakan oleh murid dalam pembelajaran kendiri. Kit ini juga diharap dapat
membantu murid-murid mengenalpasti kerjaya mereka dengan jelas.

8.0 RUJUKAN

8.1 Sidek Mohd Noah.2005.Pengujian & Penilaian dalam Kaunseling: Teori dan Aplikasi,
Universiti Putra Malaysia , Serdang.

8.2 Muhamad Tajudin bin Mustafa dan Noraimi Aainaa binti Omar.2017. Kamus RIASEK,QC
Group Sdn. Bhd.

8.3 K.Krishnan.2015.Kamus Pekerjaan ARK,ARK Publication,Klang Selangor.

Anda mungkin juga menyukai