Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN MINGGU PPDa PERINGKAT SEKOLAH

MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)


SK KAMPUNG PULAI

Anjuran : Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Anti Dadah, Panitia Kesihatan dan Unit
Bimbingan dan Kaunseling SK Kampung Pulai

1. PENDAHULUAN

Program Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah merupakan salah satu program


anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang dilaksanakan di peringkat sekolah,
daerah, negeri dan kebangsaan dalam usaha melahirkan pelajar yang berpengetahuan
dan berkemahiran menolak ancaman dadah dan gejala sosial yang lainnya.

Program ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap anti dadah
melalui aktiviti persembahan karya kreatif murid di samping elemen-elemen lain seperti
motivasi dan aktiviti interaktif di tapak pameran. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk
menyampaikan mesej dan informasi anti dadah kepada orang ramai melalui pelbagai
strategi media.

Bagi tahun ini, pengisian program ini dimantapkan lagi selaras dengan matlamat
Pendidikan Pencegahan Dadah, Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah
merealisasikan Sekolah Bebas Dadah Menjelang Tahun 2012 dan juga wawasan
kerajaan untuk mewujudkan Negara Bebas Dadah Menjelang Tahun 2015

2. RASIONAL

2.1 Pelajar merupakan aset dan sumber tenaga manusia untuk masa depan yang
perlu dibangunkan sesuai dengan kehendak dan keperluan negara

2.2 Pelajar adalah golongan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan dan
dikembangkan diri mereka ke arah pembentukan anggota masyarakat yang
dinamik dan progresif.

2.3 Kekuatan dalaman para pelajar seperti daya juang, ketabahan dan keyakinan diri
serta daya saing boleh dipupuk secara positif dan rasional melalui Program
Pendidikan Pencegahan Dadah yang terancang dan bersepadu.

3. MATLAMAT

Matlamat Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah bertujuan untuk mengukuhkan lagi


minda dan sikap anti dadah dan jauhi rokok dalam kalangan murid melalui persembahan
kepelbagaian bakat pelajar dan perkongsian maklumat dan mesej anti dadah.

4. OBJEKTIF

4.1 Mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran pelajar semua


peringkat tentang bahaya dadah.

4.2 Menggunakan seni dan aktiviti kesenian sebagai medium penyampaian


mesej pendidikan pencegahan dadah.

1
KERTAS CADANGAN MINGGU PPDa PERINGKAT SEKOLAH

4.3 Mencungkil dan menyuburkan bakat serta potensi yang ada dalam
kalangan pelajar ke arah perkembangan yang lebih positif dan
membina.

5. TARIKH : 28 Februari 2016 hingga 3 Mac 2016 (Ahad - Khamis)

6. AKTIVITI/ PROGRAM

Program dijalankan dalam bentuk persembahan dan pertandingan pencegahan dadah


dan menjauhi rokok.

6.1 Pelancaran Minggu Anti Dadah Sekolah


6.2 Bacaan Ikrar.
6.3 Mendeklamasi Sajak.
6.4 Melukis Poster/ Mewarna
6.5 Aerobik Anti Dadah
6.6 Kuiz

7. KUMPULAN SASARAN

7.1 Pelajar yang berbakat sebagai peserta


7.2 Pelajar lain sebagai pembantu dan penyokong
7.3 Semua pelajar sebagai penonton atau audien dalaman
7.4 Guru sebagai jurulatih dan guru lain sebagai pembantu pengurusan dan jentera
pelaksana pengelola program.

8. PERBERLANJAAN HADIAH
Perbelanjaan untuk sambutan minggu ini akan menggunakan peruntukan perbelanjaan
gabungan panitian Pendidikan Kesihatan dan Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Bil. Perkara/ Acara/ Pertandingan Kuantiti RM

1 Banner & Bunting (Perasmian) 2 150.00


2 Pensel Kayu (2B) 30 30 x RM 0.80 = 24.00
3 Pemadam 30 30 x RM 0.50 = 15.00
4 Pembaris 30 30 x RM 0.40 = 12.00
5 Set Alat Tulis 15 15 x RM 3.00 = 45.00
6 Pensel Warna 15 15 x RM 3.00 = 45.00
7 Kotak Pensel (Kosong) 15 15 x RM 3.00 = 45.00

JUMLAH 336.00

9. IMPAK PROGRAM

2
KERTAS CADANGAN MINGGU PPDa PERINGKAT SEKOLAH

9.1 Kajian menunjukkan pelajar yang terlibat secara langsung dalam program
Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah didapati bebas daripada pengaruh
dadah. Ini membuktikan proses pembinaan sahsiah bebas dadah dalam
kalangan peserta pertandingan telah berjaya mencapai matlamatnya

9.2 Penilaian program yang dibuat oleh pelajar, guru dan ibu bapa menunjukkan
mereka memberi perhatian yang tinggi terhadap aktiviti ini. Di peringkat sekolah
daerah, negeri dan kebangsaan, aktiviti ini mempunyai rating yang tinggi dan
sentiasa menjadi fokus bagi kategori aktvitivi luar pelajar

9.3 Sekolah kebangsaan mempunyai jentera pelaksana aktiviti pertandingan


pendidikan pencegahan dadah yang berpengalaman dan dilaksanakan secara
terancang dalam takwim tahunan. Keadaan ini dimantapkan lagi dengan bantuan
bimbingan guru-guru terlatih yang berpengalaman dan bantuan pihak swasta,
NGO dan Lembaga Kesihatan Malaysia yang semakin prihatin.

9.4 Program ini telah berjaya mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan
pelajar dan sekolah dalam pertandingan yang dijalankan. Konsep pertandingan
yang melahirkan pemenang yang akan dan aktiviti yang sihat untuk
mengukuhkan pekembangan kendiri pelajar dan mencabar mereka supaya
mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

9.5 Penerimaan masyarakat luar sekolah seperti ibu bapa , komuniti, pihak swasta,
dan NGO dalam program ini pada tahap yang cukup memberangsangkan. Ibu
bapa sering mengiringi pergerakan anak-anak mereka yang bertanding ke
peringkat yang lebih tinggi. Keadaan ini merupakan perkembangan yang sihat
kerana pelajar dapat merasakan penglibatan dan sokongan ibu bapa mereka
dalam perjuangan menentang dadah dan menjauhi rokok.

10. HARAPAN

Usaha membanteras ancaman dadah dan rokok melalui pendekatan


pencegahan adalah sangat penting dilaksanakan di semua peringkat. Justeru, program
ini adalah salah satu strategi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Lembaga Kesihatan
Malaysia dalam usaha memberikan pencegahan awal kepada murid dan juga
masyarakat amnya. Bagaimanapun program ini akan lebih berkesan sekiranya ia dapat
dijayakan dengan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak sama ada dari Kementerian
Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia, mahu pun pihak swasta dan
badan NGO. Adalah menjadi harapan pihak pengelola agar program ini dapat
merealisasikan hasrat kerajaan mewujudkan Sekolah Bebas Dadah Menjelang Tahun
2012 dan Negara Bebas Dadah Menjelang Tahun 2015 terutama sekali dengan
sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.

JAWATANKUASA
MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN ANTI DADAH

3
KERTAS CADANGAN MINGGU PPDa PERINGKAT SEKOLAH

SK KAMPUNG PULAI 2016

Penasihat
PN.ZUBAIDAH BINTI NGALIM
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Pengerusi
PN. RODZIAH BINTI AHMAD
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

Timbalan Pengerusi
EN. ZAINURIN BIN BASRAN
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Penyelaras
EN. AZIZUL AZDI BIN AHMAD KOYRAN

AHLI JAWATANKUASA / JAWATANKUASA PELAKSANA

PN. NOR AZHANAH BINTI RABION


CIK SUZAIMAH BINTI JAMALUDDIN
SEMUA GURU PENDIDIKAN KESIHATAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

JADUAL

MASA HARI/ MASA

Pelancaran Minggu Anti Dadah:


Bacaan Perutusan
Ahad
Ikrar wakil pelajar
28 Februari 2016
Deklamasi Sajak
Gimik Pelancaran
Sepanjang minggu semasa
Kuiz Anti Dadah perhimpunan harian waktu pagi.
(Isnin Khamis)
Rabu
Aerobik Anti Dadah
2 Mac 2016

Mewarna / Melukis Poster Waktu Pendidikan Seni


*Penyampaian Hadiah akan dilaksanakan pada Ahad 6 Mac 2016.

Disediakan oleh, Disokong oleh, Disahkan oleh,

AZIZUL AZDI BIN AHMAD KOYRAN RODZIAH BINTI AHMAD ZUBAIDAH BINTI NGALIM
Penyelaras PPDA Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Pentadbiran
SK Kampung Pulai. SK Kampung Pulai. SK Kampung Pulai.

Anda mungkin juga menyukai