Anda di halaman 1dari 12

PANDUAN PENGURUSAN PPDa NEGERI JOHOR 2021

PANDUAN PENGURUSAN
PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
PERINGKAT SEKOLAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
TAHUN 2021

Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) merupakan satu program


yang wajib dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara. Melalui program ini,
semua informasi mengenai PPDa yang meliputi input-input bahaya dadah, substans
dan pelencongan sosial akan disampaikan kepada warga sekolah secara menyeluruh.
Panduan pengurusan PPDa ini dijangka dapat membantu pihak sekolah untuk
melaksanakan program PPDa disekolah dengan jayanya.

Dalam situasi pandemik sekarang ini, aktiviti PPDa juga perlu dibugarkan
dengan norma baharu seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). Pihak sekolah diminta merancang aktiviti PPDa secara PdPR
sebagai kesinambungan pendidikan pencegahan dadah secara dalam talian mengikut
kesesuaian normal baharu serta mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak KPM.
Surat KPM, No Rujukan KPM.600-17/1/21 JLD.5 (66) bertarikh 19 Januari 2021
adalah dirujuk.

1. VISI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)


SEKOLAH BEBAS DADAH

2. MISI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)


Melaksanakan aktiviti-aktiviti PPDa yang bersepadu dan menyeluruh
daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan
pembangunan sahsiah bagi memastikan semua murid bebas daripada
pengaruh dadah.

SUBUNIT PPDa, UNIT HEM, SEKTOR PEMBANGUNAN MURID


PANDUAN PENGURUSAN PPDa NEGERI JOHOR 2021

3. MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)


Pelaksanaan PPDa di sekolah-sekolah adalah untuk memastikan murid-
murid mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kesedaran terhadap bahaya
dadah, substan dan pelencongan sosial yang boleh merosakkan jasmani,
emosi, rohani dan intelek serta berupaya menjauhkan diri dari perkara-perkara
tersebut.

4. OBJEKTIF PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

4.1 Mempertingkat kemahiran murid tentang bahaya dadah, substan dan


pelencongan sosial.
4.2 Memperkasa ketahanan dan jati diri murid untuk menolak pengaruh
tentang bahaya dadah, substan dan pelencongan sosial.
4.3 Melahirkan murid kreatif, kritis dan inovatif dalam melaksanakan
program PPDa di sekolah.

5. STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM PPDa


5.1. Pendidikan Pencegahan
5.2. Pendidikan Intervensi

6. PROGRAM-PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH


6.1 Mensasarkan semua sekolah di negeri Johor termasuk Kolej Vokasional.
6.2 Wajib dilaksanakan di semua di negeri Johor termasuk Kolej Vokasional.
6.3 Dijalankan sepanjang tahun secara berterusan dan menyeluruh dan bukan
bersifat one-off program.
6.4 Semua sekolah perlu menyediakan Takwim PPDa bagi merancang aktiviti
pencegahan untuk sepanjang tahun.
6.5 Semua sekolah perlu membugarkan aktiviti-aktiviti Pendidikan
Pencegahan Dadah (PPDa) mengikut norma baharu seperti program-
program pencegahan seperti ceramah antidadah dan pertandingan-
pertandingan antidadah secara dalam talian.
6.6 Semua sekolah menengah melaksanakan Skim Lencana Antidadah
(SLAD) yang melibatkan ahli-ahli unit-beruniform sekolah dalam aktiviti
pendidikan pencegahan dadah di sekolah dan bersama masyarakat luar.
6.7 Semua sekolah perlu mewujudkan Laluan / Sudut PPDa Sekolah.

SUBUNIT PPDa, UNIT HEM, SEKTOR PEMBANGUNAN MURID


PANDUAN PENGURUSAN PPDa NEGERI JOHOR 2021

SISIPAN PPDa DALAM KURIKULUM


Maklumat bahaya dadah, rokok diterapkan dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu, Pendidikan Kesihatan dan Sains

MESEJ 5 MINIT PPDa


Penyebaran mesej bahaya dadah, substan dan pelencongan sosial

PENDIDIKAN
PENCEGAHAN SAMBUTAN MINGGU ANTI DADAH
DADAH Ceramah / Pameran / Pentandingan Secara Dalam Talian / Sajak / Poster
DI SEKOLAH

PELAKSANAAN LALUAN atau SUDUT PPDa


Lokasi yang strategik untuk menyebarkan informasi bahaya dadah,
substan dan pelencongan sosial

SKIM LENCANA ANTI DADAH (SLAD) (SM sahaja)


Ahli pasukan beruniform dilatih untuk menjalankan aktiviti pencegahan dadah
di sekolah

PROGRAM IM FREE (SR sahaja)


Bebas rokok di sekolah rendah. Sebaran maklumat mengenai bahaya rokok.

6.8 Untuk memastikan murid-murid sekolah sentiasa mendapat maklumat terkini


melalui aktiviti-aktiviti terancang berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah,
substan dan pelencongan sosial (rujuk Surat Pekeliling Am Bil. 1 tahun 1985,
Jabatan Perdana Menteri bertarikh 29 Januari 1985 yang diedarkan ke semua
jabatan dan sekolah) maka semua sekolah diminta mengambil tindakan terhadap
perkara-perkara berikut :

6.8.1 Melantik Setiausaha Pendidikan Pencegahan Dadah

6.8.1.1 Mengenalpasti dan melantik seorang Setiausaha Pendidikan


Pencegahan Dadah bagi merancang, menyelaras dan
melaksanakan aktiviti-aktiviti PPDa di sekolah

SUBUNIT PPDa, UNIT HEM, SEKTOR PEMBANGUNAN MURID


PANDUAN PENGURUSAN PPDa NEGERI JOHOR 2021

6.8.1.2 Setiausaha PPDa diminta melengkapkan Instrumen


Pemantauan Kendiri 2021 dan dihantar kepada JPNJ
menggunakan link yang akan diberikan selewat-lewatnya pada
atau sebelum 27 Februari 2021

6.8.2 Melaksanakan Aktiviti-Aktiviti PPDa

6.8.2.1 Sambutan Hari Antidadah


Hari Antidadah disambut setiap tahun mulai 19 Februari
(Peringkat Kebangsaan) 26 Jun (Peringkat Antarabangsa).
Sehubungan dengan itu, sekolah dikehendaki merancang dan
menyambut Hari Antidadah dengan membaca perutusan
Antidadah dan juga melaksanakan aktiviti-aktiviti yang
bersesuaian seperti mewarna atau melukis poster antidadah,
dikir barat antidadah, deklamasi sajak antidadah dan sebagainya.
Aktiviti ini boleh dirancang secara dalam talian semasa PdPR.

6.8.2.2 Laluan / Sudut Pendidikan Pencegahan Dadah

Setiausaha PPDa diminta membangunkan dan memajukan


Laluan / Sudut PPDa sebagai sumber rujukan murid. Laluan /
Sudut PPDa bersifat “one-stop centre” yang mengandungi
maklumat-maklumat bahaya dadah, substan dan pelencongan
sosial. Sekolah-sekolah yang boleh dilawati sebagai penanda
aras Laluan / Sudut PPDa :

Sekolah Menengah

1. SMK Simpang Renggam, Kluang


2. SMK Tun Dr Ismail, Muar
3. SMK Bukit Gambir, Tangkak

Sekolah Rendah

1. SK Tunku Mahmood 2, Kluang


2. SK Seri Merlong, Batu Pahat
3. SK Laksamana, Kota Tinggi

SUBUNIT PPDa, UNIT HEM, SEKTOR PEMBANGUNAN MURID


PANDUAN PENGURUSAN PPDa NEGERI JOHOR 2021

6.8.2.3 Ceramah-ceramah PPDa

Setiausaha PPDa boleh menganjurkan ceramah-ceramah PPDa


dengan menjemput pegawai-pegawai dari JPN, PPD, Agensi
Antidadah Kebangsaan, Jabatan Kesihatan dan mana-mana
jabatan Atau NGO yang difikirkan relevan dan boleh
menyampaikan maklumat kepada murid-murid. Aktiviti di atas
juga boleh dilaksanakan secara dalam talian dengan memberi
peluang murid-murid selama beberapa minit untuk menceritakan
tentang bahaya bahan-bahan terlarang tersebut, sama ada
daripada akhbar ataupun mana-mana bahan. Pematuhan pada
SOP terkini perlu diambil perhatian dalam sesi persekolahan
norma baharu ini

7. PROGRAM-PROGRAM PENDIDIKAN INTERVENSI


7.1 Sasaran kepada kumpulan berisiko
7.2 Hanya dilaksanakan di sekolah menengah
7.3 Pihak sekolah perlu membantu dan membimbing 100 % murid yang terlibat
mencuba dadah melalui pendekatan kaunseling atau mana-mana
pendekatan yang difikirkan sesuai

UJIAN SARINGAN URIN


Murid-murid dipilih secara rawak untuk menjalani ujian urin

KAUNSELING MURID MENCUBA DADAH


Murid-murid yang terlibat dadah, rokok, inhalan dan alkohol diberi kaunseling di
sekolah secara terancang

PENDIDIKAN
INTERVENSI
PPDa
DI SEKOLAH INTERVENSI ANAK NEGARA (INTAN) – (sekolah terpilih sahaja)
Bimbingan secara berkelompok untuk murid-murid positif urin dan
tangkapan polis

PROGRAM SAYANGI HIDUP ELAK DERITA SELAMANYA


(SHEILDS)
Latihan selama 4 hari 3 malam untuk murid-murid positif urin dan berisiko
tinggi (merokok)

SUBUNIT PPDa, UNIT HEM, SEKTOR PEMBANGUNAN MURID


PANDUAN PENGURUSAN PPDa NEGERI JOHOR 2021

8. CONTOH PENGURUSAN PROGRAM PPDa DI SEKOLAH

Kumpulan
Bil. Nama Program Kaedah Pelaksanaan Tarikh & Tempat
Sasaran

1. Program Lima Minit Murid Mesej Anti Dadah Sepanjang Tahun


Mesej Anti Dadah Sekolah dijalankan lima minit (berkala dalam
Rendah semasa perhimpunan perhimpunan)
Nota: Bahan rujukan & sekolah
disediakan Menengah Tapak
Penyampai: perhimpunan
1. Ahli SLAD sekolah atau Kelas
2. Pemimpin Murid
3. PRS sekolah Secara dalam
4. Ahli Kelab Sahabat talian semasa
PPDa PdPR

Penyelaras:
Guru PPDa

2. Program Im Free Murid Semua murid sekolah Sepanjang tahun


(Sekolah rendah Sekolah akan mengikuti program di semua sekolah
sahaja) Rendah ini secara berperingkat. secara
berperingkat.
Konsep: Arahan
Menyebarkan pentadbiran
maklumat bahaya daripada
rokok kepada murid Kementerian
sekolah rendah.. Kesihatan
Malaysia dan
Tujuan: KPM
Diharap kes merokok
dan seterusnya
penyalahgunaan dadah
dapat dikurangkan

3. Program Minggu Murid Hari Pertama Sekali setahun


Pendidikan Sekolah ( Majlis pelancaran i) 19 Feb-Mac
Pencegahan Dadah Rendah semasa (sempena Hari
& perhimpunan rasmi Anti Dadah
Satu minggu dipenuhi Menengah sekolah) Kebangsaan 19
dengan aktiviti Feb)
pendidikan Aktiviti dicadangkan; atau
pencegahan dadah 1.1 Perutusan KPM ii) 26 Jun-Ogos
seperti ceramah, 1.2 Ucapan Khas oleh

SUBUNIT PPDa, UNIT HEM, SEKTOR PEMBANGUNAN MURID


PANDUAN PENGURUSAN PPDa NEGERI JOHOR 2021

pameran, Pengetua/Guru (sempena Hari


pertandingan, projek Besar Anti Dadah
mural dan lawatan. Ahli SLAD 1.3 Ikrar Anti dadah oleh Antarabangsa
Murid wakil Murid 26 Jun)
Dikendalikan oleh Sekolah 1.4 Nyanyian lagu anti
Kelab Sahabat PPDa Menengah / dadah
atau Pemimpin
Ahli SLAD yang telah murid Hari Kedua (SM sahaja)
menerima sijil Pelancaran SLAD
semasa Tapak
perhimpunan sekolah perhimpunan
Aktiviti dicadangkan sekolah

- Penerangan ringkas
mengenai Program SLAD
oleh Guru Skim Lencana
Antidadah

- Perasmian oleh
Pengetua.
- Memperkenalkan Ahli Tapak
SLAD Tahap 2 yang telah perhimpunan
tamat latihan pada tahun sekolah
sebelum dan
penganugerahan
sijil (jika ada).

-Memperkenalkan Ahli
SLAD yang baharu dipilih
untuk jalani latihan
- Mesej PPDa
- Projek Mural

Hari Kedua SR
Murid (Ceramah semasa
Sekolah perhimpunan sekolah) Semua sekolah
Rendah Aktiviti dicadangkan rendah dan
& -Ucapan Guru Besar menengah
Menengah -Ceramah PPDa
-Pameran PPDa
-Mesej PPDa
-Projek Mural

Hari Ketiga & Keempat;


Aktiviti dicadangkan
1. Mesej PPDa Secara dalam
2. Pertandingan Seni talian semasa
Pendidikan Pencegahan PdPR

SUBUNIT PPDa, UNIT HEM, SEKTOR PEMBANGUNAN MURID


PANDUAN PENGURUSAN PPDa NEGERI JOHOR 2021

Murid Dadah
Sekolah SR - Poster, Sajak, ePPDa
Rendah dan Boria
& SM - Poster, Sajak, Dikir
Menengah Barat, Nasyid dan
ePPDa

Hari Kelima;
Aktiviti dicadangkan
1. Mesej PPDa
2. Penyampaian hadiah Semasa
3. Persembahan oleh perhimpunan
pemenang pertandingan sekolah
4. Pameran poster PPDa
5. Tandatangan kain
rentang benci akan Secara dalam
rokok & Dadah. talian semasa
6. Penilaian program PdPR
(bertulis)

4. Sisipan PPDa Dalam Murid Modul PdP digunapakai Mulai bulan Mei
Kurikulum Tahap 1 dalam mata Pelajaran
dan PJK sebanyak 3 waktu
Sekolah Rendah Tahap 2 dalam tempoh 1 bulan.
Sekolah Di dalam kelas
rendah Pendidikan Pencegahan semasa subjek
Dadah merentasi PJK semua
kurikulum tanpa perlu sekolah rendah
menjejaskan sukatan dan
perancangan PdP guru
Secara dalam
Rujuk buku Teks PJK oleh talian semasa
KPM PdPR

Nota: Buku Teks Murid Unsur Pencegahan Dadah Sepanjang tahun


disediakan oleh Pusat Sekolah diselitkan dalam ( bermula semasa
Perkembangan Menengah pengajaran mata pelajaran Minggu PPDa
Kurikulum. Bahasa Melayu, Sains, peringkat sekolah)
Tingkatan Matematik , Pendidikan
peralihan Jasmani & Kesihatan Di dalam masa
Pendidikan hingga PdP di semua
Pencegahan Dadah tingkatan Topik berkaitan ‘Dadah’ Sekolah
merentasi kurikulum enam diselit dalam mata Menengah
tanpa perlu pelajaran berkenaan.
menjejaskan Sukatan

SUBUNIT PPDa, UNIT HEM, SEKTOR PEMBANGUNAN MURID


PANDUAN PENGURUSAN PPDa NEGERI JOHOR 2021

Pelajaran dan
perancangan PdP guru
Secara dalam
talian semasa
Catatan; Contoh : PdPR
CD Persembahan Dikir
Barat, Nasyid, Boria • Karangan/Pemaham
dan Deklamasi sajak an/Sajak dalam
boleh digunakan mata pelajaran
sebagai Bahan Bahasa Melayu dan
Bantuan Mengajar Bahasa Inggeris.
(BBM) • Statistik dalam
Matematik
• Isu, Moral dan
Agama

5. Program Pengesanan Murid 1. Rujuk Fail murid berisiko


Awal Dadah melalui Sekolah tinggi Tempat ujian urin:
Ujian Urin. Menengah 2. Murid lain dipilih secara Bilik / makmal
(SM SAHAJA) Secara rawak dan dikumpul yang berdekatan
Agensi terlibat; rawak secara berhemah. dengan tandas.
1. Pentadbir 3. Taklimat / penjelasan/
sekolah. rasional ujian urin
2. AADK 4. Mengambil profil murid.
3. Hospital 5. Menjalankan kaji selidik
dengan menggunakan
borang yang disediakan
PP/JPN.
6. Pengambilan sampel
Rujukan: urin secara sulit.
Buku Tatacara
Menangani Kes Dadah
di Sekolah, terbitan
Bahagian Sekolah Keputusan : Sesi bersama ibu
KPM. Semua keputusan adalah bapa;
SULIT. Guru yang Di bilik Pengetua
menjalankan tugas semasa dan perlu dihadiri
ujian urin perlu memastikan oleh;
semua keputusan awal Pengetua
(keputusan kertas jalur) PK HEM
mematuhi prosedur SULIT Ibu Bapa Murid
terlibat
Ditangani secara sulit dan
Murid terlibat dibimbing Sesi Kaunseling
/dipulihkan di sekolah. PPDa;
Rekod Pemantauan; Tatacara Kes Positif Urin; Bilik Kaunseling
Buku Log Pelajar 1. Keputusan bertulis Sekolah
Terlibat Dadah daripada
JPNJ ( SULIT) –

SUBUNIT PPDa, UNIT HEM, SEKTOR PEMBANGUNAN MURID


PANDUAN PENGURUSAN PPDa NEGERI JOHOR 2021

Akan dimaklumkan
kepada pentadbir sekolah.

2. Perbincangan bersama
ibu bapa
3. Murid dirujuk kepada
Guru Bimbingan &
Kaunseling untuk sesi
kaunseling PPDa
(berjadual & berterusan).
4. Menghantar profil
lengkap murid ke Unit
PPDa JPNJ
5. Pemantauan berterusan
dari segi sahsiah dan
akademik.
6. Ujian Urin kali kedua
akan dijalankan jika
perlu.

6. Program Pencegahan Murid Ceramah / mesej Anti Sepanjang tahun


Dadah Secara Sekolah Dadah/pameran PPDa
Intergrasi Dengan Rendah disisipkan dalam program Di Semua
Program Sekolah & lain seperti kursus Sekolah
yang lain dan aktiviti Menengah akademik / kepimpinan /
seranta. perkhemahan/ Hari sukan/ Secara dalam
Hari Kantin dll. talian semasa
PdPR
Penyediaan risalah / poster
dalam program / kursus
peringkat sekolah.

7. Kaunseling PPDa Murid Tindakan apabila murid Sepanjang tahun


Skolah dikesan atau dilaporkan mengikut
Oleh Guru Kaunselor / Rendah & terlibat dadah, inhalan dan keperluan kes
Guru Bimbingan & Menengah ubat batuk:
Kaunseling sekolah yang terlibat Di Bilik
rokok, 1.Memanggil ibu bapa ke Kaunseling
inhalan, sekolah untuk sesi sekolah
alkohol dan makluman dan
dadah perbincangan.

2.Murid dirujuk kepada


Guru Bimbingan &
Kaunseling.

SUBUNIT PPDa, UNIT HEM, SEKTOR PEMBANGUNAN MURID


PANDUAN PENGURUSAN PPDa NEGERI JOHOR 2021

3. Menghantar profil
lengkap murid ke Unit
PPDa JPNJ.

4. Mengadakan sesi
kaunseling PPDa
selama 3 bulan
( berjadual & berterusan )

5. Pemantauan berterusan
dari segi sahsiah dan
akademik.

6. Melibatkan murid dalam


program PPDa sekolah
secara intergrasi dengan
murid lain.

8. Skim Lencana Anti 1.Penyediaan Rancangan Dijalankan


Dadah (SLAD) Tahunan dan Carta Gantt semasa
(Sekolah Menengah SLAD Aktiviti
sahaja) Kokurikulum
2.Pemilihan Ahli SLAD ataupun Secara
yang terdiri dari dalam talian
Tingkatan 2 dan semasa PdPR
Tingkatan 4

3. Buku Log SLAD

Buku Panduan Skim 4. Buku Skrap


Lencana Anti Dadah /
SLAD 5. Penilaian SLAD
SPI BIL 3/1988-
Program 6. Penganugerahan ahli
Skin Lencana Anti SLAD
Dadah
Personel Penyelaras;
Guru PPDa & Guru
Bimbingan & Kaunseling.

9. Laporan Kes Dadah Semua Makluman segera kepada Sepanjang tahun


9.1. Laporan Serta warga pegawai meja PPDa di mengikut
merta Kes-kes dadah sekolah PPD dan JPNJ keperluan
melibatkan warga yang terlibat
sekolah sama ada / dilapor Hantar Borang Maklumat
berlaku di sekolah atau terlibat/ Kes Dadah dengan segera Hantar Dokumen
dilaporkan berlaku di ditangkap ( SULIT) –pada hari yang mengikut
luar sekolah. sama.

SUBUNIT PPDa, UNIT HEM, SEKTOR PEMBANGUNAN MURID


PANDUAN PENGURUSAN PPDa NEGERI JOHOR 2021

( Borang Maklumat Kes Polis di luar Pada hari kedua perlu prosedur SULIT
Dadah ) sekolah hantar laporan kejadian sepenuhnya.
dan rekod malumat Murid /
Personel; GPK HEM guru terlibat dengan
lengkap

9.2. Laporan Soal Warga Laporan Berkala empat Kali Pertama


Selidik Ujian Urin sekolah bulan sekali ; Mac 2021
Penglibatan Murid yang terlibat Sekolah menghantar
Dengan Dadah, Laporan Soal Selidik Ujian Kali Ke-2
Inhalan Dan Ubat Urin ke Unit PPDa JPNJ Jun 2021
Batuk pada bulan Mac, Jun, Sept.
dan Nov. Laporan perlu Kali Ke-3
Personel : GPK HEM dihantar walaupun tiada Sept 2021
kes untuk tujuan
pengesahan data sekolah. Kali Ke-4
Dis 2021

10. Borang Laporan Guru PPDa Laporan Berkala dua kali Kali Pertama;
Program - setahun Jun 2021
Penglibatan Murid
Dalam Program PPDa Borang Laporan Program
perlu disahkan oleh Kali Ke-2
Pentadbir sekolah. Oktober 202i

Personel : Guru PPDa Sekolah menghantar


Borang tersebut ke Unit
PPDa JPNJ mengikut
jadual yang ditetapkan.

11. Laluan / Lorong / Guru PPDa 1. Menyediakan Sepanjang tahun


Sudut / Bilik PPDa Guru Kelab laluan/lorong/sudut/bilik
(mesti diadakan oleh Sahabat PPDa Laluan / Lorong /
pihak sekolah) PPDa 2. Mengumpulkan bahan Sudut / Bilik yang
sumber. disediakan
3. Menyelaraskan jadual di sekolah
bertugas pelajar.
4.Mengemaskinikan bahan Rujuk borang
Sumber. pemantauan
5. Memantau penggunaan
laluan/lorong/sudut/bilik
PPDa

Perancangan aktiviti adalah mengikut pengurusan sekolah dan normal baharu di sekolah

SUBUNIT PPDa, UNIT HEM, SEKTOR PEMBANGUNAN MURID

Anda mungkin juga menyukai