Anda di halaman 1dari 6

SK SERI PERAK , BANDAR BARU SENTUL ,

51000 SENTUL , KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA PROGRAM


MENANGANI PERBUATAN BULI
DALAM KALANGAN MURID

TARIKH : 8 OGOS 2022


HARI : ISNIN
MASA : 7.30 pagi
TEMPAT : Dewan SK Seri Perak

ANJURAN :
UNIT DISIPLIN & PENGAWAS SKSP
DENGAN KERJASAMA :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1.0 PENGENALAN

Pembangunan pesat dalam era globalisasi secara langsung telah membawa


pelbagai perubahan dalam dunia pendidikan di negara kita. Kementerian Pelajaran Malaysia
dalam meneruskan agenda pendidikan khususnya dalam melahirkan anak-anak murid yang
berdisiplin dan bersahsiah terpuji merupakan satu cabaran yang perlu ditangani secara bijak
oleh semua pihak.

2.0 RASIONAL

Keterlibatan murid dalam melanggar disiplin sentiasa menimbulkan pelbagai masalah


sosial yang tiada penyelesaiannya. Oleh itu, satu pendekatan yang komprehensif dan
holistik perlu diambil supaya gejala disiplin di peringkat sekolah menengah dapat ditangani
dengan berkesan dan efisien. Masalah buli di sekolah juga merupakan satu isu disiplin yang
semakin menular dikalangan pelajar sekolah. Gejala buli merupakan satu masalah disiplin
yang berat yang boleh menyebabkan pelajar dikenakan hukuman yang berat sekiranya
kesalahan itu dilakukan. Buli sebenarnya mendekatkan diri pelajar kepada masalah
gansterisme samada di dalam mahu pun di luar sekolah.

Program Menangani Perbuatan Buli ini difikirkan sesuai dan tepat dalam langkah KPM
untuk meninjau dan menyelami hati budi anak-anak murid dalam usaha untuk membimbing
dan membantu mereka dalam mengharungi alam remaja yang penuh pancaroba. Dengan
kerjasama pihak Sekolah Henry Gurney, di harap tahap kesedaran pelajar berkenaan gejala
buli dapat ditangani dengan berkesan diperingkat sekolah.
3.0 OBJEKTIF

1) Murid-murid sedar tentang kesan dan impak negatif perbuatan buli terhadap diri
mereka.
2) Murid-murid dapat panduan dan bimbingan ke arah kehidupan yang aman dan terteram
tanpa diganggu oleh kaki buli.

4.0 MATLAMAT
Menjadikan Sekolah Kebangsaan Seri Perak daripada sifar buli.

5.0 SASARAN

Melibatkan semua murid seramai 385 orang.

6.0 ANJURAN DAN KELOLAAN

Anjuran :
Unit Disiplin dan Pengawas dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling SKSP

Kelolaan :
Unit Disiplin dan Pengawas dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling SKSP

7.0 TARIKH DAN TEMPAT

1. Tarikh : 8 Ogos 2022 (Isnin)

2. Tempat : Dewan SK Seri Perak.

3. Masa : 7.30 pagi

8.0 KEWANGAN
Anggaran perbelanjaan :

BIL PERBELANJAAN KUANTITI JUMLAH PERUNTUKAN SUMBER


1 Banner pelancaran 1 x RM 40 RM 40.00 Pcg kaunseling
2 Hadiah pemenang Program 36 x RM 5 RM 180 Pcg kaunseling
Anti Buli

JUMLAH KESELURUHAN RM220.00


9.0 PENGISIAN AKTIVITI

1. Program Pelancaran Program Menangani Buli kepada semua murid ( 15 minit


di perhimpunan)

2. Aktiviti dalam kelas :

a) Pertandingan Membaca Pantun Anti Buli

b) Speaker Corner (Membaca teks/pantun/ di perhimpunan) (Rabu)

10.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Puan Norzita Binti Haji Mohamad Noh (Guru Besar, SK Seri Perak)
Tim. Pengerusi : Pn. Rohaya binti Kadir (Penolong Kanan HEM)
N. Pengerusi 1 : En. Wan Ahmad Nazri Bin Wan Abdul Manaf (PK Pentadbiran)
N. Pengerusi 2 : Pn Norazlina Binti Mohd Hassan (Penolong Kanan Kokurikulum)
Penyelaras : Mohd Hafiz Bin Mat Leh
Setiausaha : Pn. Nadhia Binti Shamsudin
Pn Parameswary a/p Periasamy ( Kaunselor)

PERKARA AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS


✔ Menjadi pengacara sepanjang
Pengacara Majlis Pn Anati Nadhirah Bt Khairul Azlan
program.
En. Mohamad Fathi Bin Mohamad ✔ Membaca doa sebelum majlis
Bacaan Doa
Bakhir bermula
✔ Memastikan kerusi telah disusun
Persediaan Tempat En. Muhammad Izaan Bin Abu Hasan
sebelum majlis bermula
✔ Menyediakan alatan siaraya
En. Mohamad Fathi Bin Mohamad
Siaraya seperti mikrofon, LCD dan
Bakhir
komputer riba.
✔ Mengawal disiplin murid sebelum,
Disiplin & En. Mohd Hafiz Bin Mat Leh semasa dan setelah tamat
Keselamatan program

Pn Munirah Bt Ahmad Mahir Basha ✔ Menyediakan buku program dan


Buku Program mengedarkan kepada tetamu VIP
dan semua guru.
Pn. Nadhia Binti Shamsudin ✔ Membuat laporan penuh tentang
Dokumentasi
perjalanan program
Pn Raihan Bt Muhammad ✔ Mengambil gambar sepanjang
Jurugambar
program berlangsung
10.0 TENTATIF PROGRAM

7.35 pagi : Semua murid berkumpul di Dewan SK Seri Perak.

7.40 pagi : Bacaan doa oleh (Pengawas Sekolah)

7.40 pagi : Nyanyian lagu patriotik

1 ) Lagu Negaraku

2 ) Lagu Wilayah

3 ) Lagu Sekolah

7.50 pagi : Lafaz ikrar

8.00 pagi : Ucapan guru bertugas

8.05 pagi : Ceramah ringkas ‘Perbuatan Buli di Sekolah’ oleh Puan Parameswary
(Kaunselor)

8.15 pagi : Ucapan perasmian

Oleh : Puan Norzita Binti Haji Mohd Noh (Guru Besar)

8.30 pagi : Gimik Perlancaran (Gunting Banner)

8.35 pagi : Lafaz Ikrar Anti Buli diketuai oleh Ketua Pengawas

11.0 PENUTUP

Semoga Program Menangani Perbuatan Buli ini mendapat keberkatan daripada Allah
S.W.T. dan semoga anak-anak didik SK Seri Perak akan mendapat kesedaran
bahawa perbuatan buli akan merosakkan peribadi seseorang insan. Buli juga akan
mengakibatkan masyarakat kita hilang rasa kasih sayang dan kesepaduan di antara
satu sama lain.

Disediakan oleh, Tarikh : 1 Ogos 2022

……………………………..………..
(EN. MOHD HAFIZ BIN MAT LEH)
Penyelaras,
Program Menangani Buli
SK Seri Perak.
Disemak oleh, Tarikh :
…………………………………….
(PUAN ROHAYA BINTI KADIR)
GPK Hal Ehwal Murid,
SK Seri Perak.

___________________________________________________________________________

KELULUSAN PERMOHONAN
Kertas kerja ini diangkat untuk memohon pertimbangan dan kelulusan Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Perak bagi menjalankan Program Menangani Buli Dalam
Kalangan Murid.

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN


………………………………………………….. Tarikh :
(PN. NORZITA BINTI HJ MOHAMAD NOH)

Anda mungkin juga menyukai