Anda di halaman 1dari 1

Istiqamah vs Karamah Seorang ulama telah mengajar di sebuah madrasah selama 40 tahun dengan tekun.

Dia tidak pernah ponteng walaupun sekali melainkan ada uzur syarii. Namun, ketekukan ulama tua itu tidak dihargai oleh sebahagian besar anak muda yang menuntut ilmu dengannya. Sepanjang kita belajar,sedikit pun tidak terserlah keluarbiasaannya, kata salah seorang anak muridnya. Berbanding dengan guru-guru lain di tempat kita, guru kita ini tidak punya apa-apa keistimewaan. Semua yang ada padanya biasa-biasa sahaja, tambah yang lain. Betul. Aku dengar guru di kampong sebelah pernah mengeluarkan cahaya dicelah-celah jarinya. Malang betul nasib kita... Akhirnya, sungutan-sungutan yang kedengaran itu sampai jua ke telinga ulama tua itu. Lalu beliau bertekad untuk member pengajaran yang berguna kepada anak-anak muridnya. Ketika mengajar pada suatu hari, beliau dengan sengaja telah melepaskan kapur ketika menulis di atas papan hitam. Namun anehnya, kapur itu tidak terjatuh. Sebaliknya terus bergerak dan menulis perkataan yang hendak ditulis oleh ulama tua itu. Melihat kejadian aneh itu, semua anak muridnya berdiri dan melopong kekaguman. Mereka tidak sangka bahawa guru yang mereka anggap lekeh selama ini rupa-rupanya turut memiliki karamah. Melihat kekaguman anak-anak muridnya itu, guru tua itu menepuk papan hitam dengan kuat lantas berkata, Aku sangat hairan melihat sikap kamu semua. Melihat kapur ini menulis hanya beberapa ketika telah membuat kamu kagum. Bagaimana dengan aku yang telah menulis selama 40 tahun di papan hitam ini? Pengajaran: Istiqamah itu hakikatnya lebih hebat daripada

Anda mungkin juga menyukai