Anda di halaman 1dari 11

TUGASAN INDIVIDU

Cabaran Dasar E-Pembelajaran Negara

Definasi ‘e-learning’( e-pembelajaran) atau electonic learning ini seringkali


berubah-ubah selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. Ia juga seringkali di
salah tafsikan dalam iklan-iklan promosi pendidikan. Secara umumnya, ‘e-learning’
adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian
elektronik (LAN,WAN atau internet) untuk menyampaian isi kandungan, interaksi
atau pemudahcaraan. Internet, satelit, tape audio/ video, TV interaktif dan CD ROM
adalah sebahagian media elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini.E-
Pebelajaran juga dikenali dengan pelbagai nama.Antara pendekatannya adalah Online
learning, Technology basaed learning, Web based training,Web based learning,
Computer based learning, Computer based training,Technoloy enhanced learning dan
Computer supported collaborative learning.

Pembelajaran ini berlaku mengikut kadar kendiri pelajar.Pembelajaran jugaa


berlaku mengikut kehendak dan keperluan pelajar dalam bentuk arahan kendiri.
Pembelajaran ini direka bentuk mengikut keperluan pelajar dan memenuhi
kepelbagaian gaya pembelajaran.

1
Cabaran 1 : Budaya dan gaya pembelajaran yang berbeza

Individu yang serba tahu untuk menyumbangkan ilmu pengetahuan kepada


pelajarnya.. Modul pengajaran hanya bergantung kepada buku teks dan pengetahuan
pelajar terbatas setakat kandungan dalam buku teks sahaja. Selain itu, sekiranya
pelajar tidak faham di dalam kelas dan malu bertanya maka pelajar tersebut akan
kekal tidak memahami isi pelajaran yang diajar. Perhatian guru kurang dapat
diberikan secara induvidu kerana bilangan pelajar yang ramai di dalam kelas. Jika
kelas dipecahkan, bilangan guru perlu ditambah. Penyampaian isi pelajaran
bergantung kepada guru untuk mewujudkan persekitaran belajar yang menarik dan
menyeronokkn. Pengajaran dan pembelajaran hanya dijalankan secara formal iaitu di
dalam bilik darjah.

Kini Negara sedang menuju ke alaf ke 21 yang merangkumi teknologi.


Dengan kata lain, era berasaskan ilmu pengetahuan merupakan satu penerokaan baru
yang di mana adalah ia dilaksanakan dengan cekap sebelum ini. Dalam hal ini, ciri-
ciri tradisional sudah mula digantikan bagi membolehkan pelanggan menggunakan
perkhidmatan secara terus dengan lebih murah, mudah dan fleksibel (Azwan dan
Rozita, 2002).

Cara penambahbaikan

Pembelajaran E-learning ialah suatu pendekatan yang menggunakan teknologi


untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Ia juga membawa maksud pengajaran
yang dibantu komputer. Ini tidak bermakna bahawa komputer yang mengajar pelajar
tetapi guru menggunakan komputer dengan semaksimum mungkin sebagai alat
penyampaian pengajarannya. Oleh itu, ia sebagai satu teknik untuk menggabungkan
kelebihan guru dengan penggunaan komputer sebagai suatu alat bantu mengajar. E
learning yang dibina menggabungkan strategi kaedah pembelajaran berasaskan
masalah bagi matapelajaran grafik dan latihan. Dengan bantuan teknologi komputer,
proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik, mudah dan tidak
membosankan.

Bermula dari kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan papan dan


kapur; bertukar kepada penggunaan komputer, bahan elektronik, Liquid Crystal
Display (LCD), kamera video dan teknologi lain yang terdapat di dalam bilik darjah

2
ataupun kuliah. Dari semasa ke semasa, pendidikan melalui perubahan selaras dengan
kemajuan fikiran, kehendak dan teknologi pengajaran. Corak pendidikan berunsur E-
Learning merupakan satu kaedah pembelajaran baru yang lebih memudahkan
pengajar dan pelajar sebagai contoh nota dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar
akan dihantar oleh pengajar melalui mel elektronik (e-mel) dan Compact Disc Read
Only Memory (CD ROM) dan pembelajaran maya seperti VLE frog, kahoort ,MOOC
dan sebagainya.

‘E-learning’ membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih


berkesan. Bahan pengajaran dan pembelajaran ‘e-learning’ yang dirancang,
disediakan secara profesional dan baik. Mengunakan ciri-ciri multimedia untuk
menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan menarik. Pelajar boleh memilih
masa, kandungan serta mengikut kesesuaian mereka. Pelajar tidak perlu rasa malu
untuk bertanya dan berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga
pemahaman mereka tercapai. Pertanyaan juga boleh dibuat dalam talian.
Perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan
menggunakan teknologi yang sedia ada. ‘ E-learning’ yang diuruskan dengan baik
dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan dan sistematik untuk rujukan
pelajar, guru, mentor atau fasilitator.

3
Cabaran 2 : Kekurangan sokongan teknikal daripada pihak atasan

Sokongan dan galakan dari pihak atasan sangat penting dalam melibatkan pensyarah
dalam e-pembelajaran.justeru itu pihak atasan perlu sentiasa berfikiran terbuka iaitu
dengan mengubah persepsi negatif pensyarah yang melihat e-pembelajaran yang
berasakan teknologi adalah sukar.

Cara penambahbaikan

Selain itu , pihak atasan mestilah memberi sokongan padu kepada guru iaitu dengan
memperkasakan kemahiran pensyarah dengan memberikan kursus kemahiran
penggunaan teknologi yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara
cekap dan elektif. Pihak atasan perlu memberi bantuan sokongan teknikal sepenuhnya
kepada pensyarah dalam menjayakan perlaksanaan E-Learning dan memberi bantuan
sokongan dan keperluan teknikal kepada aktiviti e-learning.Mereka bertanggungjawab
memastikan bilik-bilik kuliah dilengkapi dengan kemudahan teknologi e-Pembelajaran
dan capaian kepada e-Pembelajaran dalam keadaan sedia digunakan pada bila-bila
masa.

Menyediakan dan menyenggara infrastruktur, perkakasan, rangkaian, perisian dan


khidmat sokongan yang berkaitan dengan e-Pembelajaran.Ia akan menjamin
keselamatan serta integriti data dalam sistem pengurusan e-Pembelajaran.Perlu
membuat salinan data setiap semester dan disimpan dalam 2 tahun. Oleh itu, sokongan
teknikal memainkan peranan yang penting dalam penerimaan e-pembelajaran.Ini
bermakna sokongan teknikal yang disediakan oleh pihak pengurusan masih kurang
memuaskan dalam penggunaan e-pembelajaran.

Justeru, pihak Universiti perlu menambahbaik sistem e-pembelajaran yang sedia ada
agar dapat mendorong pelajar untuk terus menggunakan sistem tersebut. Sokongan
teknikal boleh mengurangkan masalah luaran yang sering dihadapi oleh pelajar seperti
capaian internet lambat, signal rendah, masalah daftar masuk dan sebagainya.
Kemudahan lain seperti perkhidmatan internet dan jalur lebar harus ditambah baik
kerana internet merupakan teras kepada penggunaan dan penerimaan e-pembelajaran .

4
Cabaran 3 : kekurangan kemahiran penggunaan sistem di kalangan pensyarah dan
pelajar

Latihan Tenaga Pengajar aplikasi ICT dalam ‘e-learning’ memberi impak yang kurang.
Guru-guru kurang kreatif atau gagal mengaplikasikan strategi, teknik dan pendekatan
pengajaran dalam bilik darjah ke dalam bahan pengajaran berasaskan komputer. Guru
kurang mempraktikkan ilmu yang diperolehi semasa kursus-kursus yang dihadiri.

Cara penambahbaikan

Guru sebagai fasilitator dan guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
akses-akses teknologi yang up to datserta bahan pengajaran yang bermutu. Selain itu,
guru perlu ada stail pembelajaran yang berbeza bagi pelajar agar lebih menarik perhatian
dan minat pelajar. Kementerian Pendidikan Malaysia perlu sediakan latihan tenaga
pengajar yang sesuai dan kursus yang berterusan kepada para guru yang tertentu serta
bersesuaian dengan kehendak sukatan palajaran.

Pihak pengurusan IPT harus menyediakan program latihan e-Pembelajaran yang padu
bersandarkan kepada polisi e-Pembelajaran di peringkat kebangsaan dan/atau peringkat
IPT masing-masing bagi mengukuhkan pelaksanaan e-Pembelajaran di institusi masing-
masing, dan sekaligus meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini. ii. Pihak
pengurusan IPT perlu mendedahkan staf tentang teknologi terkini seperti Web 2.0, Web
3.0 dan Web 4.0 serta teknologi mobil, di samping menaik taraf LMS sedia ada sesuai
dengan tahap dan cita rasa teknologi terkini. Pendedahan kepada teknologi baharu yang
boleh meningkatkan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran perlu diberi perhatian.

Tempoh dan masa latihan boleh dipelbagaikan bagi memastikan lebih ramai staf
boleh mengikuti latihan, di samping tidak menjejaskan sesi pengajaran perlu ada sesi
latihan yang pendek, sederhana dan panjang supaya lebih ramai kakitangan (dari
pengurusan, staf akademik dan staf sokongan) yang dapat terlibat sama dalam proses
menambah baik modal insan di institusi masing-masing. Pihak pengurusan digalakkan
memberikan pengiktirafan atau insentif bagi meningkatkan motivasi staf agar terus
mengintegrasikan teknologi terkini dalam e-Pembelajaran, dan khusus juga kepada staf
yang layak menjadi jurulatih dalaman dan tempatan dalam e-Pembelajaran dengan
diberikan sijil, diploma lanjutan dan sarjana mengikut kesesuaian serta kepakaran.

5
Latihan e-Pembelajaran secara bersemuka harus harus mendominasi bentuk latihan e-
Pembelajaran dan disokong pembelajaran kendiri serta pembelajaran atas talian.

6
Cabaran 4 : Masalah mengakses teknologi oleh pelajar

E-pembelajaran bermula dengan kebolehan mengakses laman-laman sesawang di


internet yang menjadi akses kepada pelbagai sumber e-pembelajaran, termasuklah laman-
laman capaian maklumat, program dan pelbagai pilihan pembelajaran berasaskan
hipermedia yang menggunakan atribut dan sumber dari laman web WWW supaya berlaku
suasana pembelajaran yang sebenar (Rozinah 2007; Rosenberg 2001; Talesra et al 2003,
Smith dan Ragan 1993). Penggunaan internet juga adalah kurang di kalangan guru-guru
ini, mereka mengatakan alasannya kerana tahap kelajuan mengakses yang kurang pantas.
Mereka perlu menunggu pada jangka masa yang panjang atau lama untuk mengakses
internet.

Cara penambahbaikan

Pengaplikasian online dan laman web telah memulakan evolusi komunikasi jarak jauh
yang memberi peluang pembelajaran dilaksanakan secara kolaboratif dan kerja projek dari
pelbagai lokasi. Evolusi ini bukan sahaja mampu membentuk masyarakat bermaklumat,
malah memberi peluang kepada orang dewasa untuk meningkatkan kemahiran sepanjang
hayat, dalam dua elemen iaitu elemen pembelajaran kendiri (self study) menerusi
penggunaan, pengurusan maklumat berasaskan media seperti bahan kursus (courseware)
dan mencipta entiti pembelajaran melalui pelayaran capaian maklumat dengan bantuan
media maklumat elektronik.

Guru-guru harus menguasai pelbagai bentuk kemahiran yang diperkenalkan dalam


sistem pendidikan moden supaya guru-guru tidak akan ketinggalan dalam arus pemodenan
atau perubahan pendidikan. Mereka tidak seharusnya menjadikan kekangan masa sebagai
faktor yang menghalang mereka daripada penggunaan komputer dan ICT semasa proses
PdP berlangsung. Ini disokong oleh Nasheila (2000), yang menyatakan bahawa dalam
penyelidikan, ICT boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, mempproses,
menyalurkan serta menyebarkan maklumat pantas seperti hantaran elektronik (e-mel) atau
CD-ROM untuk melicinkankan lagi proses pengajaran dan pembelajaran semasa di dalam
kelas.

7
Cabaran 5: Kurangnya interaksi antara pelajar dan pensyarah

Interaksi antara pelajar dengan pensyarah dan rakan membolehkan pelajar


berhubung dengan pensyarah dan rakan apabila menghadapi masalah dalam tugasan
atau penerangan sesuatu konsep. Bimbingan dan dorongan daripada pensyarah boleh
memberi motivasi kepada pelajar untuk menggunakan sistem e-pembelajaran dan
secara tidak langsung dapat menerima sistem tersebut. Selain itu, penyampaian yang
menarik, gaya pengajaran yang bersistematik serta interaksi yang mesra adalah antara
faktor yang menggalakkan pelajar untuk menerima dan mendorong untuk terus
menggunakan sistem epembelajaran. Kenyataan ini disokong oleh Sun et al. (2008),
yang menyatakan bahawa sikap pengajar terhadap e-pembelajaran adalah penting
kerana ia boleh memberi kesan positif kepada penerimaan pelajar terhadap e-
pembelajaran.

Cara penambahbaikan

Contoh pembelajaran secara Collaborative Classroom dalam pembelajaran teradun.


Komponen pembelajaran ini juga merupakan kaedah yang paling fleksibel dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana dapat memberi peluang kepada pensyarah
untuk memilih sama ada kelas perbincangan perlu diadakan secara bersemuka atau secara
atas talian sahaja.

Selain itu melalui kaedah e-pembelajaran ini, proses PdP, pemikiran kritis dan kreatif
boleh berlaku dengan berkesan kerana melalui interaktiviti juga seseorang akan tahu
mencari maklumat seterusnya memenuhi keperluan ingin tahu dan membina pengetahuan
baru 24 mengenai sesuatu konsep dan kefahaman (Omar & Ahmad, 2009). Cara
pembelajaran kolaboratif, perbincangan dengan rakan atau individu lain menerusi internet
seperti e-mel, chat dan sidang video memainkan peranan yang penting dalam
Collaborative Classroom pembelajaran teradun. Dengan cara ini PdP akan menjadi lebih
aktif dan berkesan (Mohd Zaidil, Azizi & Fadzilah, 2002). Contoh paparan antara muka
Learning Management System Curriculum Information Development Online System
(LMS CIDOS) politeknik yang digunakan oleh pensyarah untuk berkongsi maklumat atau
bahan kepada pelajar. Menurut Zainal Abidin (2014), penggunaan e-Nota ini juga
dianggap sebagai pembelajaran terarah dimana pensyarah perlu memastikan supaya e-

8
Nota ini dibaca dan masa pembelajaran adalah antara satu hingga tiga jam bergantung
kepada kandungan pembelajaran. Seterusnya adalah komponen e/Collaborative
Classroom dimana ia merupakan komponen pembelajaran teradun yang paling penting
kerana pensyarah boleh memantau dan mengukur kefahaman pelajar. Pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang menggunakan komponen ini boleh dilaksanakan sama ada
secara atas talian iaitu menggunakan aplikasi World Wide Web (WEB).

Dalam konteks pendidikan di Malaysia pula, pembelajaran teradun merupakan


medium utama yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran 20 (PdP) kerana
pembelajaran amali atau praktikal menjadi tunggak utama dalam institusi Techical
Education and Vocational Training (TVET). Oleh itu, pembelajaran secara bersemuka
masih digunakan untuk melaksanakan pembelajaran amali manakala bagi pembelajaran
teori akan dilaksanakan secara atas talian (Zainal Abidin, 2014).

9
RUJUKAN
1.Wiersma W. (1995). Research Methods in Education: An Introduction.

Boston: Allyn an Bacon

2.Kaplan, L. (1999). The Cost of Networked Learning. Sheffield, UK: Sheffield Hallam

University. Dicapai pada Oktober 11, 2012 dari www.shu.ac.uk/cnl/report1.html

3.Allen, E & Seaman J. (2010). Class differences: Online Education in the United States,
2010. Babson Survey Research Group: Sloan Consortium, USA

4. Bahagian Teknologi Pendidikan (2008). Panduan Pelaksanaan Smart School


Qualifications Standards. BTP Publication: KL

5. Badrul, H. Khan, (Editor) (2007). Flexible learning in an Information Society.


Singapore: Infosci

6. The Economic Transformation Programme (ETP) 2010). A Roadmap For Malaysia,


Pemandu, Jabatan Perdana Menteri Malaysia

7. New Economic Model Malaysia Part 1: Strategic Policy Directions (2010), National
Economic Advisory Council, Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Kuala Lumpur
(http://etp.pemandu.gov.my/Overview_of_NKEAs_-@

8. NITC (2001). Retrieved on 25 July, 2010, from http://www.nitc.org.my

9. Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015)(2010). Unit Perancang Ekonomi, Jabatan


Perdana Menteri, Putrajaya, Malaysia
(http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/RMK/RMK10_Mds.pdf)

10. Moore, M., & Richardson, (2002).Overcoming the Limitations of Traditional Web
Based Activities by Using web_compattible Applications. Dicapai pada Julai 1, 2012,
dari http://naweb.unb.ca/proceedings/1998/ricjardson/richardson.html

10
11

Anda mungkin juga menyukai