Anda di halaman 1dari 21

SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Terbang balam terbang merbah, Terbang melayap ke dalam padi; Memberi salam serta sembah, Memohon barakah penuh berbudi.

Saya Peserta Kursus Program Pensiswazahan Guru (PPG) ambilan Jun 2011, Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun mengucapkan ribuan terima kasih Pensyarah bagi subjek BMM 3103, Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, En Ahmad Fazil Bin Zainal Abidin kerana memberi tunjuk kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Melalui tugasan ini, saya dikehendaki memberi fokus dalam asas kandungan Jadual Spesifikasi Ujian yang mana dapat menambahkan pengetahuan tentang satu lagi cabang pentaksiran dilaksanakan dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Sekalung ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan sekuliah kerana sama-sama bertungkus lumus dan berkongsi ilmu dalam menghasilkan tugasan ini demi memartabatkan system pentaksiran dalam pengajaran Bahasa Melayu. Akhir sekali saya mengharapkan usaha murni ini dapat melestarikan pentaksiran yang lebih relevan untuk dilaksanakan dalam pengajaran Bahasa Melayu yang unik ini. Perigi juga dikatakan telaga, Tempat perawan pergi makan, Tinggi bahasa kerana bangsa Pentaksiran Bahasa Melayu terus dilaksanakan.

Akhir kata, selamat membaca! Wassalam.

PENGENALAN

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah merupakan subjek yang memperjelas dan memfokuskan teknik-teknik dalam mengaplikasikan pengertian dan konsep pentaksiran, pengujianan dan penilaian. Disamping itu, pembelajaran subjek ini juga menekankan tentang taksonomi Bloom dan juga domain Krathwohl dalam pembinaan jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu secara khusus. Selain itu, cara penilaian dan pemilihan jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem Bahasa Melayu dalam melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayu turut ditekankan secara terperinci. Penjelasan konsep dan prinsip pengujianan, penilaian dan pengukuran serta teori-teori kognitif, afektif dan psikomotor turut terkandung sebagai agenda utama dalam pembelajaran subjek ini. Untuk merealisasikan hasil pembelajaran subjek ini, satu tugasan berkaitan pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dilaksanakan dengan berpandukan pada soalan kefahaman dan penulisan Bahasa Melayu bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Lembaga Peperiksaan Malaysia. Oleh yang demikian, kefahaman mengenai definisi dan konsep pembinaan JSU ini dapat diperjelaskan dengan lebih lanjut lagi. Di samping itu, huraian ciri-ciri JSU yang berkualiti dan sejauh mana keberkesanan JSU yang dibina turut ditekankan dalam penghasilan tugasan ini bagi membantu meningkatkan prestasi pengajaran Bahasa Melayu di sekolah. Semoga, hasil tugasan ini dapat memberi manfaat kepada semua yang berkenaan dalam menjayakan usaha memartabatkan Bahasa Melayu dalam pengajaran kepada seorang pendidik.

Definisi
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) adalah jadual atau carta dua hala yang mengandungi senarai topik-topik dan objektif-objektif pengajaran dalam bentuk aras kemahiran yang akan diuji. Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur yang dapat memberi panduan serta gambaran untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan yang lengkap yang mempunyai taburan pemberatan dan taburan aras kesukaran yang sesuai mengikut tahap bagi membina ujian yang tinggi nilai keesahannya. Pembinaan JSU adalah amat penting pada peringkat awal sebelum pembinaan item-item dalam soalan ujian yang akan dilaksanakan.

ARAS KEMAHIRAN BIDANG KOGNITIF ITEM ANEKA PILIHAN KATEGORI TAKSONOMI BLOOM

Aras kemahiran bidang kognitif 1. Pengetahuan Menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta, erti, istilah, prinsip, dan definisi. contoh: Manakah, Apakah ,Siapakah, Berikan, Senaraikan dan Nyatakan .

2. Kefahaman

Menguji kebolehan calon memahami, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukum, teori , rumus yang dipelajari. Contoh: Huraikan, Jelaskan, Terangkan, Tukarkan, Mengapakah .

3. Aplikasi Menguji kebolehan calon menggunakan fakta, konsep, teori, rumus

pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan. Contoh: Kirakan , Selesaikan Demostrasikan, Susunkan, Gunakan dan Aturkan.

4. Analisis Menguji kebolehan calon membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain. Contoh : Bezakan, Bandingkan, Asingkan ,Tafsirkan ,Bahagikan, Klasifikasikan, Kategorikan.

5.

Sintesis Menguji kebolehan calon mencantumkan , menggabungkan dan

mengintegrasikan fakta-fakta atau idea-idea berkaitan. Contoh: Gabungkan, Mereka-bentuk, Kumpulkan, Susunkan , Gubahkan Karangkan .

6. Penilaian Menguji kebolehan calon membuktikan, menilai, mengesah,

mengkritik, merumus atau memberi pendapat tentang sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya. Contoh: Nilaikan ,Rumuskan ,Tafsirkan, Kritikan, Bandingkan Ulaskan,Bezakan, Huraikan dan Buktikan.

Contoh Soalan mengikut Aras SoalanBahasa Melayu Pemahaman UPSR Tahun 2011 1. Bapa Farah seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta.______________bertugas di hospital itu sejak tiga tahun yang lalu. A. Beliau B. Saya C. Dia D. Aku Aras: Pengetahuan 2. Permaisuri sedang bersantap bersama-sama keluarga_____________, kata dayang kepada Laksamana. A. beta B. patik C. tuanku D. baginda Aras: Pengetahuan

31. Apakah tujuan utama Hari Kantin diadakan ? A. Mengumpulkan wang bagi persatuan di sekolah B.Membeli buku-buku untuk sudut bacaan C.Menjual pelbagai jenis barang D.Membuka gerai-gerai jualan. Aras: Pemahaman

12.

Klinik Hassan terletak di___________ bank________ Restoran Muhibah. A. sebelah.dan B.samping. serta C. tengah..antara D. antaradengan Aras: Aplikasi

Soalan Bahasa Melayu Penulisan UPSR Tahun 2011

BAHAGIAN A Tuliskan lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar. Aras: Aplikasi

BAHAGIAN B 1. Cuti sekolah boleh dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Tuliskan karangan tentang aktiviti-aktiviti yang kamu lakukan semasa cuti sekolah. Aras: Analisis

BAHAGIAN C Tuliskan lima nilai murni berdasarkan petikan. Aras: Analisis

Fungsi Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

1. Ujian dapat dibina secara terancang dan sistematik. 2. Sebagai panduan kepada penggubal soalan agar memudahkan membina soalan. 3. Menentukan bidang atau topik-topik dan objektif pengajaran yang perlu diuji. 4. Menentukan bidang/topik-topik dan pemberatan yang akan diberi. 5. Menentukan aras soalan dan bilangannya. 6. Menyelaras aras kesukaran dan menstabilkan taraf dan mutu ujian . 7. Menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian. 8. Membolehkan perbandingan dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain. 9. Membolehkan ujian dibina oleh penggubal-penggubal lain.

Kepentingan JSU

1. 2 3. 4.

Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran. Menentukan perimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.

5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

Kertas ujian dapat digubal secara sistematik. Kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin. Memberi panduan untuk membentuk format ujian. Memberi panduan untuk membentuk soalan. Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun. Mengambil kira bilangan masa yg diperuntukkan untuk sesuatu topik. Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yg lain. Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang; ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran

13.

Menjadikan soalan-soalan Bahasa Melayu lebih menarik.

ITEM OBJEKTIF ANEKA PILIHAN

Ciri-ciri soalan objektif aneka pilihan

1. 2.

Item / soalan dikemukan bersama-sama dengan beberapa pilihan jawapan. Item jenis ini terdiri daripada satu masalah dan beberapa pilihan jawapan yang munasabah kepada masalah tersebut.

3. 4. 5.

Aneka Pilihan dibahagikan kepada pokok soalan dan pilihan. Pokok soalan boleh mempunyai rangsangan. Satu daripada pilihan adalah jawapan dan pilihan yang bukan jawapan dinamakan pengganggu.

JENIS-JENIS ITEM OBJEKTIF ANEKA PILIHAN

*Antonim *Sinonim *Jawapan disenaraikan *Interpretif *Mencari kesilapan *Cantuman *Kloz

CONTOH-CONTOH ITEM OBJEKTIF ANEKA PILIHAN

Soalan atau pernyataan tidak lengkap diikuti oleh beberapa pilihan jawapan.Hanya satu jawapan sahaja yang betul. Yang lain adalah pengganggu. Contoh: Apakah peranan paling penting yang dimainkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru dalam sistem prasekolah kini?

(A) Mempereratkan hubungan antara sekolah dan masyarakat. (B) (C) (D) Menjayakan hari penyampaian hadiah dan hari sukan sekolah. Mengutip derma untuk murid-murid yang kurang kemampuan. Mengawasi pentadbiran sekola dan pengurusan hal ehwal murid.

Jawapan Betul : A

Analogi Soalan dalam bentuk pasangan perkataan diikuti dengan empat atau lebih pasangan perkataan sebagai pilihan jawapan. Calon memilih pasangan pilihan yang berkaitan dengan pasangan soalan. Contoh: periuk - nasi (A) (B) (C) (D) kuali-ikan cawan-kopi lesung-sambal keranda-mayat

Antonim (berlawanan) dan Sinonim (bersamaan)

Soalan dimulakan dengan perkataan berhuruf . Besar dan diikuti dengan empat atau lebih perkataan pilihan. Pilih perkataan yang berlawanan/bersamaan dengan perkataan berhuruf besar. Contoh: PEMARAH (A) (B) (C) (D) Peramah Penyabar Pendamai Pengampun

Item Interpretif

Soalan yang dibentuk berdasarkan sesuatu rangsangan yang mungkin berupa graf, peta, rajah, jadual atau petikan karangan. Item begini biasanya dapat mengukur peringkat kognitif yang lebih tinggi Contoh:

Dalam satu pengajaran , guru memilih kemahiran yang berikut untuk diajar iaitu: Kemahiran Utama I.9 Melafazkan puisi dengan gaya pengucapan yang sesuai.

Kemahiran Sampingan 2.7 Membaca dan memahami kata dan frasa yang terdapat dalam pelbagai bahan puisi.

Apakah aktiviti yang paling sesuai dijalankan? (A) Menulis sajak (B) Manghayati sajak (C) Mendeklamasikan sajak (D) Mancari perkataan sukar

Kloz (Cloze)
Soalan dibuat dengan memotong/memadankan perkataan-perkataan pada sesuatu karangancatau cerita pendek. Calon dikehendaki menulis/mengisi setiap tempat yang dikosongkan itu. Soalan kloz biasanya adalah berhubung (context) dan kadang kala merupakan satu perenggan atau lebih. Contoh: Pada musim cuti yang _________, saya dan keluarga telah ________ ke Pulau Pinang untuk melawat ibu saudara saya yang menetap______. Semasa berada di sana, kami _______ dibawa oleh ibu saudara saya ke beberapa ________ peranginan.

CIRI-CIRI JSU

1. Kandungan ujian topik-topik pelajaran telah dipelajari. 2. Aras kemahiran yang bergantung dengan taksonomi objektif pendidikan. 3. Pemberatan pada kandungan aras kemahiran berdasarkan tempoh masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar. 4. Bentuk soalan : objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain. 5. Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran yang ditetapkan. 6. Kepayahan dan kesukaran item soalan adalah sesuai.

Rumusan

Dalam penilaian, ujian JSU memainkan peranan yang penting kerana dapat menguji tahap kebolehan seseorang pelajar dengan betul. Justeru itu, JSU wajar diguna pakai oleh guru bagi mengadakan ujian. Oleh itu, saya berpendapat, semua soalan yang digubal perlu berdasarkan pada JSU yang telah ditetapkan agar keputusan markah yang diperolehi adalah rasional dan mampu dijadikan nilai keesahan yang tinggi. Selain daripada menjadikan kerja pentaksiran yang ingin dilaksanakan menjadi mudah, ia juga membantu memudahkan lagi pembinaan item-item soalan yang dikendaki mengikut ketetapan yang telah dibuat melalui pembinaan JSU. Hal ini secara tidak langsung memudahkan kerja guru memberi markah mengikut system permarkahan standard dalam pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah khususnya.

REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya, dapat saya menyiapkan tugasan ini.. Dengan adanya tugasan membolehkan saya dapat membuat rujukan dengan lebih meluas berkaitan dengan pembinaan JSU. Dengan adanya tugasan ini juga, dapat saya menambahkan pengetahuan ilmu tentang strategi, pendekatan serta teknik pembinaan JSU yang lebih baik dan berkesan. Kesempatan saya mengikuti kelas subjek ini amat baik kerana dapat saya berkongsi pengalaman bersama-sama rakan sekelas mengenai tajuk-tajuk pembelajaran yang terkandung dalam sukatan subjek tersebut. Walaupun kuliah yang disampaikan oleh pensyarah pantas oleh kerana kekangan masa yang amat tidak mengizinkan namun dengan adanya tugasan ini menjadikan kami lebih berdikari terutamanya dalam mencari bahan dengan cara melayari internet dan sebagainya. Secara keseluruhannya, mengikuti kursus ini memberi saya satu pengalaman baru dalam era pengujian, penilaian dan pengukuran secara khususnya. Amin.

BORANG KOLABARISASI

Bil
1 2

Tarikh
18 Februari 2012 25 Februari 2012

Tajuk
Pemberian tugasan kepada peserta kursus. Perbincangan berkaitan tajuk tugasan dan cara-cara melakukan. Perbincangan bahan dan maklumat melalui email.

Antara
Pensyarah dengan pelajar. Pensyarah dengan pelajar. Mat Zaki bin Mohamad Mazni Bin Othman Shahrulnizam Bin Husin Azman Bin Adumi Mohd Nazri Bin Musa Mohd Fadzli bin Lazim Azmi Bin Ramli

Catatan

28 Februari 2012

2 Mac 2012

Pertukaran bahan melalui email. Pertukaran enjin pencarian internet.

7 Mac 2012

Penghasilan tugasan bermula.

20 Mac 2012

Penghasilan tugasan selesai dan dibukukan. Penghantaran Tugasan.

Abd Aziz Bin Jaariff En Ahmad Fazil Bin Zainal Abidin

24 Mac 2012

Bibliografi

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Murid dan Alam Belajar. Oxford Fajar Sdn.Bhd

Khairuddin Mohamad, (2011). Literasi Bahasa Melayu. Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Kamaruddin Hj. Husin, (1999). Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Jabatan Pendidikan Khas (1999a). Buku panduan perlaksanaan program pendidikan pemulihan khas. Kuala Lumpur.

Ahmad Fazil IPTS. (2008), PISMP Literasi Bahasa. Jabatan Pengajian Melayu.