Anda di halaman 1dari 14

MENGENALPASTI MASALAH

KANAK-KANAK
Masalah Disiplin dan Tingkah laku
Masalah Emosi

Kalpanna, Izzati, Afiqah, Najihah
7PISMP Mate 2

TINGKAH LAKU BERMASALAH BILIK DARJAH

Konsep Tingkah Laku Bermasalah
Perlakuan yang dimanifestasikan secara konsisten
dalam satu jangka masa lama yang akan memberi
kesan buruk dalam perkembangan pembelajaran
murid dan seterusnya menghalang mereka terlibat
secara aktif di dalam atau di luar bilik darjah.

DEFINISI MASALAH TINGKAH LAKU

Perbuatan atau tindakan yang tidak sepatutnya
dilakukan oleh setiap pelajar semasa berada di
dalam bilik darjah.
Perlakuan ini jika dilakukan secara konsisten dan
berterusan dalam jangka masa yang lama akan
memberi kesan yang buruk dalam perkembangan
pembelajaran murid dan seterusnya menghalang
mereka terlibat secara aktif di dalan atau di luar
bilik darjah.

KATEGORI TINGKAH LAKU BERMASALAH

bukan masalah;
masalah ringan;
masalah serius yang terhad skop dan kesan;
masalah yang meningkat serius atau merebak.

1.1.1 Bukan masalah
Merangkumi tempoh ketidaktumpuan perhatian yang
ringkas, percakapan ringkas semasa pertukaran waktu
atau aktiviti kelas, berkhayal seketika, hentian singkat
semasa membuat tugasan. Tidak ditakrifkan sebagai
tingkah laku bermasalah. Disyorkan supaya tidak
diendahkan.

1.1.2 Masalah ringan
Meliputi perbuatan yang melanggar peraturan dan
prosedur bilik darjah. Misalnya, bangun dari tempat
duduk tanpa kebenaran, makan gula-gula, membuang
kertas merata-rata dan bercakap tanpa berhenti semasa
kerja individu. Tidak berterusan dan hanya terhad kepada
sebilangan kecil murid sahaja.

1.1.3 Masalah serius yang terhad skop dan kesan
Termasuk tingkah laku yang mengganggu aktiviti
pembelajaran. Tidak kerap berlaku dan hanya seorang atau
dua orang murid sahaja. Misalnya, seorang murid yang tidak
mahu memberi tumpuan langsung pada hari tersebut sahaja,
jarang menyempurnakan tugasan, dan enggan membuat
sebarang tugasan yang diberikan.

1.1.4 Masalah yang meningkat serius atau merebak
Termasuk segala masalah ringan yang telah menjadi amalan
biasa atau rutin harian, mengancam kawalan murid dan
persekitaran pembelajaran. Misalnya, ramai murid yang
merayau-rayau dalam kawasan bilik darjah sambil memberi
komen-komen yang bukan-bukan, percapakan sosial yang
berterusan walaupun disuruh berhenti oleh guru, enggan
bekerjasama dengan guru.

JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN

Masalah disiplin berhubung kait dengan alam
sekeliling kita seperti di rumah, hubungan antara
guru dan pelajar, perasaan ketika pencapaian
kurikulum atau kokurikulum, peraturan yang
terlampau ketat atau penindasan dan sebagainya.

Dalam mengelaskan jenis-jenis masalah disiplin,
terdapat pelbagai bentuk masalah disiplin yang
dianggap menyalahi peraturan-peraturan sekolah.
Di bawah ini disenaraikan beberapa jenis maslah
disiplin yang berlaku di sekolah.

1.1 Jenayah
Jenayah boleh dikelaskan sebagai mencuri, menumbuk guru,
bergaduh sesama pelajar, berjudi, mencuri kertas soalan
ujian, melawan pengawas, membawa bahan lucah, memeras
ugut, memasuki kumpulan haram, menceroboh blok khas,
mengadakan tunjuk perasaan dan lain-lain.

1.2 Kekemasan diri
Pelanggaran disiplin yangmembabitkan kekemasan diri ialah
berambut panjang, tidak memaikai lencana sekolah, memakai
selipar/sepatu dan stokin berwarna-warni, dan tidak
memasang butang baju.

1.3 Kepentingan masa
Meliputi perkara seperti datang lambat ke sekolah atau
perhimpunan, berdiri di luar kels dan berkumpul di pintu
setelah tamat sesuatu subjek, berfoya-foya di kawasan
sekolah, makan di kanti bukan waktu rehat, dan meninggalkan
asrama tanpa izin.

1.4 Kurang sopan dan biadap
Meliputi aspek menghisap dan menyimpan rokok, berkelakuan kasar
dan kurang sopan terhadap guru, mengganggu pelajar perempuan,
menindas atau menyakat pelajar lain, dan berbasikal di kawasan
sekolah.

1.5 Laku musnah
Pelanggaran disiplin ini termasuklah merosakkan harta benda
kerajaan/sekolah, menconteng meja, memecahkan cermin tingkap,
menendang pintu tandas, mematah-matahkan dahan pokok,
mengotorkan kawasan sekolah, menyalahgunakan barang-barang
asrama, dan mengoyakkan baju kawan.

1.6 Penipuan
Pelanggaran disiplin dalam aspek ini melibatkan tindakan
mengetepikan ujian dan peperiksaan, ponteng, tiada dalam bilik
darjah sewaktu guru mengajar, memalsukan surat cuti, menipu
tandatangan, mengubah markah peperiksaan/ujian, tidak
menjalankan tugas dan lain-lain lagi.

PERANAN DAN TINDAKAN GURU SEMASA
MENGURUS MASALAH DISIPLIN BILIK
DARJ AH

Guru berperana sebagai pembimbing
Apabila guru tidak dapat menangani atau menyelesaikan
masalah tersebut boleh merujuk kepada kaunselor
sekolah atau jawatankuasa disiplin sekolah
Cadangan untuk menangani disiplin:-
tidak panik dan jangan bertindak melulu
elakkan daripada mencabar murid
semak semula cara pengajaran
jangan tangani masalah disiplin yang di luar kawalan sendirian
berbincang dengan guru lain yang lebih mahir
ikuti budaya disiplin sekolah
HALANGAN KEPADA PENGURUSAN
MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
Hubungan ibu bapa
Pengaruh rakan sebaya
Keadaan persekitaran bilik darjah
Masalah perkembangan murid
Salah laku yang tidak dijangka

MASALAH EMOSI
Satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh murid-
murid.
Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi maksud kepada
gangguan emosi sebagai akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang
dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan
tertentu.
Seterusnya gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan
menunjukkan ciri suka menyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil.
Antara gangguan personaliti yg berlaku ialah antisosial.
Ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor
intelektual, kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan emosi.
Secara ringkasnya gangguan emosi boleh dikatakan bahawa gangguan
yang diterima oleh seseorang murid yang menyebabkan emosi murid
tersebut tidak stabil. Gangguan emosi ini akan menimbulkan pelbagai
kesan terhadap kehidupan seseorang murid. Gangguan emosi adalah satu
perkara yang amat serius pada usia persekolahan. Mereka akan mengalami
gangguan emosi yang serius dan ini menyebabkan stress kepada murid-
murid.

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH GANGGUAN
EMOSI DALAM KALANGAN MURID

Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik
Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan
Menggunakan Percakapan Yang Sesuai
Guru membantu murid yang bermasalah
Peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling



CIRI-CIRI MASALAH EMOSI
Tumpuan mudah terganggu,
Jangka masa singkat (max 20s),
Tidak mudah mendengar arahan,
Resah,
Suka memendam perasaan,
Mudah rasa tertekan dan sedih

Anda mungkin juga menyukai