Anda di halaman 1dari 4

BILANGAN JURNAL TARIKH PERISTIWA TAJUK JURNAL

:8 : 17-21/ 3 / 2013 : MASALAH DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI BAGI KAJIAN TINDAKAN

MASALAH : Minggu ini merupakan minggu kelapan saya menjalani praktikum. Masalah yang saya dapat dikesan ialah saya menghadapi sedikit kekeliruan di antara pelaksanaan aktiviti dan latihan ke atas responden dalam menjalankan kajian tindakan. Saya mendapati aktiviti dan latihan yang saya laksanakan agak biasa dilakukan oleh murid. ANALISIS : Setelah saya menganalisis masalah ini, saya mendapati bahawa saya mengalami kekeliruan di antara aktiviti dan latihan. Saya khuatir bahawa aktviti yang dipilih tidak dapat mencapai objektif saya. Saya juga perlu mencari aktiviti dan latihan yang menarik minat responden agar dia dapat memberikan kerjasama kepada saya dalam menyiapkan kajian tindakan ini. . CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN : 1) Saya perlu berkolaborasi bersama sama dengan pensyarah dan guru pembimbing dengan lebih kerap dan mendapatkan pandangan mereka. 2) Saya perlu membuat pembacaan menyeluruh

TEMPOH MASA: Saya akan mencuba mengatasi masalah ini sepanjang minggu ini berlangsung. Saya juga akan mengambil segala pandangan, cadangan daripada guru dan juga pensyarah pembimbing untuk memantapkan lagi pengajaran saya. PENILAIAN KEJAYAAN: Sekiranya saya dapat melaksanakan aktiviti dan latihan yang akan meningkatkan minat responden, saya sudah dianggap berjaya. TINDAKAN SUSULAN: Saya akan membuat pembacaan menyeluruh mengenai hal ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing,

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing,

Tanda tangan : Nama Tarikh : :

Tanda tangan : Nama Tarikh : :

BILANGAN JURNAL TARIKH PERISTIWA TAJUK JURNAL

:9 : 24-28 / 3 / 2013 : Emosi Responden Yang Tidak Stabil

MASALAH : Minggu ini merupakan minggu ke tujuh saya menjalani praktikum. Masalah yang saya dapat dikesan ialah saya menghadapi masalah dalam menjalankan aktiviti untuk kajian tindakan saya kerana responden saya mengalami masalah emosi yang tidak stabil. ANALISIS : Setelah saya menganalisis masalah ini, saya mendapati bahawa responden saya mempunyai masalah emosi pada minggu ini. Dia tidak mahu memberikan kerjasama semasa latihan dijalankan. Di alebih banyak bersikap mendiamkan diri dan tidak mahu menjawab soalan yang diberikan oleh saya. Hal ini sedikit sebanyak menggangu proses penyiapan kajian tindakan saya. CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN : 1) Saya perlu bergaul mesra dengan responden agar dia dapat meluahkan masalahnya kepada saya seterusnya saya dapat menolongnya menyelesaikan masalah. 2) Saya tidak boleh memaksa responden untuk membuat aktiviti semasa keadaan emosinya yang tidak dtabil kerana ini akan menyebabkannya tertekan.

TEMPOH MASA: Saya akan mencuba mengatasi masalah ini sepanjang minggu ini berlangsung. Saya juga akan mengambil segala pandangan, cadangan daripada guru dan juga pensyarah pembimbing untuk memantapkan lagi pengajaran saya. PENILAIAN KEJAYAAN: Sekiranya saya dapat melaksanakan aktiviti dan latihan ke atas responden pada minggu ini, saya sudah dianggap berjaya. TINDAKAN SUSULAN: Saya akan cuba untuk bergaul dan menarik minat responden.

Disemak oleh Guru Pembimbing,

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing,

Tanda tangan : Nama Tarikh : :

Tanda tangan : Nama Tarikh : :

Anda mungkin juga menyukai