Anda di halaman 1dari 2

2.

2 LAPORAN SLOT KEDUA : CERAMAH

Pada 22 Ogos 2014 yang lalu, program ceramah kedua yang bertajuk “Imej Diri” telah
dilaksanakan oleh pihak institut di bawah program Bina Insan Guru. Ceramah ini telah
disampaikan kepada pelajar PISMP semester 2 ambilan Januari 2014, semester 4 ambilan
Januari 2013, dan GSTT semester 3 ambilan Jun 2013 . Ceramah yang bertajuk ‘Imej Diri’ telah
disampaikan oleh Puan Zainab Binti Abd. Majid dari Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus
Pendidikan Islam Bangi. Ceramah ini diadakan di Dewan Nik Mohamad Muhyiden Musa pada
pukul 10.30 pagi.

Antara isi ceramah yang beliau sampaikan dalam ceramah ini adalah mengenai imej
seorang pendidik yang sepatutnya dititikberatkan. Sebagai seorang pendidik etika pemakaian
amatlah penting. Etika tersebut termasuklah pemilihan jenis pakaian, pemilihan warna, konsep
berpakaian, dan lain-lain lagi. Bukan itu sahaja, malah bahasa badan juga berkait rapat dengan
imej seseorang seperti cara bercakap, cara berjalan dan kebersihan diri. Perkara seperti itu
perlulah dititikberatkan kerana sebagai bakal pendidik haruslah sentiasa berada dalam keadaan
kemas dan bersih. Hal ini kerana mereka sering bergaul dengan masyarakat. Jadi elemen
tersebut mestilah selalu diaplikasikan dalam kehidupan seorang pendidik.

Ceramah yang telah disampaikan pada kali ini mempunyai kekuatannya tersendiri.
Ceramah yang menggabungkan sembilan kelas PISMP semester 4, satu kelas dari PISMP
semester 2 dan satu kelas dari GSTT semester 3 ini memberikan keseronokan bukan sahaja
kepada penceramah malah kepada peserta program itu sendiri. Hal ini demikian kerana
penceramah boleh mendengar respon yang pelbagai daripada para peserta. Sebagai contoh,
apabila penceramah bertanya tentang contoh-contoh imej yang sepatutnya ada pada seorang
guru, beliau dapat mendengar pendapat yang berbeza daripada kelas-kelas yang berbeza ini.
Secara tidak langsung, kepelbagaian pendapat ini memberi input yang berguna kepada
peserta-peserta program.

Secara kesimpulannya, pelaksanaan program ceramah ini berjalan dengan jayanya.


Walaupun terdapat kekangan-kekangan dalam penyampaian ceramah ini, hal itu bukan menjadi
penghalang kepada peserta-peserta program untuk menerima ilmu dan input-input baharu.
Malah, ia telah menjadi satu cabaran bagi para peserta untuk menjadi lebih fokus dan lebih
peka ketika ceramah ini dilaksanakan.

4
Lampiran

Gambar 1 : Puan Zainab sedang menyampaikan ceramah beliau

Gambar 2 : Penceramah menanyakan pendapat daripada pelajar

Anda mungkin juga menyukai