Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM CELIK PEMBELAJARAN ABAD KE-21 ) PAK-21 2018

KERTAS KERJA
PROGRAM CELIK PEMBELAJARAN BAD KE-21
PERINGKAT SJKT KERUH

TAHUN: 2018
KERTAS CADANGAN PROGRAM CELIK PEMBELAJARAN
ABAD KE-21
SJKT KERUH

Disediakan oleh : Deviga A/P Munusamy, SJKT KERUH


PROGRAM CELIK PEMBELAJARAN ABAD KE-21 ) PAK-21 2018

1. PENDAHULUAN

LATAR BELAKANG
Menurut pernyataan YB Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, pembelajaran abad ke-21 telah
dilaksanakan sepenuhnya di 2000 sekolah-sekolah terpilih di bandar dan luar bandar. Jelas bahawa
usaha kerajaan untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan berjaya tidak lama lagi
jika, warga pendidikan memanfaatkan teknologi, maklumat dan komunikasi sebagai satu saluran utama
ke arah mencapai hasrat yang diimpikan. Pembelajaran Abad Ke-21 secara ringkasnya merangkumi
kelengkapan kemudahan prasarana dan susunstur bilik darjah yang kondusif serta pelaksanaan aktiviti
pengajaran, pembelajaran dan pemudahcaraan yang memusatkan murid dan bukannya guru. Terdapat
ciri-ciri yang menepati kehendak pembelajaran abad ke-21 yang efektif. Antaranya ialah pembelajaran
berpusatkan murid, penggunaan komputer, pembelajaran aktif, pembelajaran kendiri, persekitaran yang
kondusif, kebolehupayaan mematuhi peraturan dan undang-undang, saling menghormati,
kebertanggunjawapan, penilaian berasaskan pencapaian dan akhirnya pembelajaran kolaboratif. Jika
seseorang murid memperoleh keperluan dan kehendak suasana pembelajaran abad ke-21, maka, murid-
murid dijangka untuk membentuk personaliti kendirinya demi bersaing di pentas global.

Program Celik Pembelajaran Abad Ke-21

Program Celik Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan titik usaha jawatankuasa kurikulum SJKT
KERUH dengan kerjasama unit ICT SJKT Keruh untuk memanfaatkan ICT dalam dunia pendidikan
harian murid-murid. Program ini melibatkan kepenggunakan ICT melalui komputer, notebook,
pembentangan slaid melalui Ms Power point, Frog VLE dan lain-lain lagi. Celik membawa maksud di
maan murid-murid menggunakan fasiliti ICT semaksimum yang boleh agar murid-murid dalam meneroka
dunia pendidikan alam maya.

2. MATLAMAT

Matlamat Program Celik Pembelajaran Abad Ke-21 SJKT Keruh adalah seiring dengan matlamat Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu;
 Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
 Menarik minat murid dalam mata pelajaran TMK.
 Melahirkan warga SJKT Keruh yang celik mentransformasikan Teknologi dan maklumat
pada masa hadapan.

Disediakan oleh : Deviga A/P Munusamy, SJKT KERUH


PROGRAM CELIK PEMBELAJARAN ABAD KE-21 ) PAK-21 2018

3. OBJEKTIF
Objektif Program Celik Pembelajaran Abad Ke-21 SJKT KERUH adalah selaras dengan matlamat Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, iaitu sepanjang program ini murid-murid akan dapat:

a. Meningkatkan kecelikan TMK dalam suasana pembelajaran abad ke-21.


b. Meningkatkan minat murid dalam matapelajaran TMK melalui penglibatan murid secara aktif dalam
Forg VLE, pertandingan TMK dan sebagainya.
c. Melahirkan warga SJKT Keruh yang celik mentransformasikan TMK dengan produktif pada masa
hadapan.

4. PELAKSANAAN

Murid-murid akan mengunjungi makmal ICT untuk sesi penggunaan FrogVLE, Kahoot,
Zoom dan lain-lain lagi. Selain itu, penggunaan ICT turut diteruskan dalam sesi
pengajaran dan pemudahcaraan di mana murid-murid akan menggunakan ICT melalui,
komputer di makmal, tablet, notebook di dalam dan diluar bilik darjah.

Guru-guru akan memberikan tugasan melalui Frog VLE.

5. KUMPULAN SASARAN

Aktiviti –aktiviti yang akan dijalankan dalam program tersebut akan melibatkan

3.1 Murid-murid sekolah : Semua murid (61 orang)


3.2 Guru sekolah & guru besar : 15 orang
3.3 Staf sokongan : 1 orang

6. TARIKH PERLAKSANAAN

4.1 : Tempoh Program : Januari - Mac


Tarikh Pelancaran : 12 FEBRUARI 2018
Masa : 2.00-3.00 petang
Hari : Isnin, Selasa dan Jumaat

7. STRATEGI PELAKSANAAN

6.1 Menggunakan waktu selama 1 jam selepas sesi persekolahan.


6.2 Membentuk jawatankuasa dalaman serta jawatankuasa gabungan dalam
menjayakan program ini di peringkat sekolah.
6.3 Menyediakan sudut serta info yang berkaitan dengan program di sekitar
sekolah.

Disediakan oleh : Deviga A/P Munusamy, SJKT KERUH


PROGRAM CELIK PEMBELAJARAN ABAD KE-21 ) PAK-21 2018

8. AHLI JAWATANKUASA PROGRAM CELIK PEMBELAJARAN BAD KE-21

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn.M.Selvarani,PJK
Guru Besar
SJKT KERUH

Timbalan Pengerusi: En. J. Balachandran


PK Pentadbiran

Naib Pengerusi 1 : En.P.Balraj


PK HEM

Naib Pengerusi 2 : En.G. Pushparaja


PK Kokurikulum

Setiausaha : Cik. M. Deviga

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengurus Program : Cik M. Deviga

Tahap 1 : Cik. P. Kasduri

Pengumpulan Data : Cik. M. Suganthi

Promosi : En. B. Saravanakumar

Sijil : En.G. Pushparaja

Hadiah : Cik. N. Khayathiry

Laporan : Cik. Tulaashini

Fotografi : En.S.Vehnoo Pirieyan

9. TENTATIF PROGRAM CELIK PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Disediakan oleh : Deviga A/P Munusamy, SJKT KERUH


PROGRAM CELIK PEMBELAJARAN ABAD KE-21 ) PAK-21 2018

TARIKH/MASA AKTIVITI PELAKSANAAN SASARAN


JANUARI Penggunaan perisian
komputer Semua guru
FEBRUARI Penggunaan Frog VLE Semua Murid
MAC Teknik taip cepat

9.1. TENTATIF PROGRAM PELANCARAN CELIK PEMBELAJARAN ABAD KE-21

TARIKH/MASA AKTIVITI PELAKSANAAN SASARAN TEMPAT

7.15 pagi PERHIMPUNAN Cik. M. Deviga Semua,Murid,Guru & Dewan


- Ucapan aluan Staf,Ibu-bapa, Sekolah
komuniti masyarakat
7.25 pagi Ucapan dan Majlis Pn. M. Selvarani Semua,Murid,Guru & Dewan
Perasmian Staf,Ibu-bapa, Sekolah
komuniti masyarakat
7.30 pagi Tayangan Multimedia En. B. Saravanakumar Semua,Murid,Guru & Dewan
Staf,Ibu-bapa, Sekolah
komuniti masyarakat

10. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Barangan Harga

Sijil : 61 x RM 2.00 RM 122.00

Bahan program : RM 10.00 RM 10.00

Jumlah Keseluruhan : RM 132.00

11. PENUTUP

Pihak Jawatankuasa Program Celik Pembelajaran Abad Ke -21 Peringkat SJKT Keruh
berharap agar program ini mampu memberikan impak positif dalam kalangan murid-
murid SJKT Keruh serta komuniti pendidikan sejagat dalam usaha mentransformasikan
kepenggunaan teknologi, maklumat dan komunikasi semaksimum yang mungking
selain meningkatkan prestasi literasi bahasa secara progresif serta misi ke arah
kecemerlangan akademik SJKT Keruh. Aktiviti-aktiviti yang dirancang di bawah

Disediakan oleh : Deviga A/P Munusamy, SJKT KERUH


PROGRAM CELIK PEMBELAJARAN ABAD KE-21 ) PAK-21 2018

Program Celik Pembelajaran Abad Ke -21 dilihat sebagai pemacu utama pencapaian
SJKT Keruh dalam kebitaraan ICT. Pihak sekolah juga berharap agar penglibatan ibu
bapa dalam Program Celik Pembelajaran Abad Ke-21 juga akan menyemarakkan lagi
penglibatan komuniti masyarakat bagi memupuk kecelikan literasi komputer serta
mewujudkan suasana pembelajaran ke arah abad ke-21.

‘ KE ARAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN’

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………… ……………………..
CIK.M.DEVIGA PN.M.SELVARANI, PJK
S/U Program Celik PAK21 Guru Besar
SJKT Keruh SJKT Keruh

Disediakan oleh : Deviga A/P Munusamy, SJKT KERUH

Anda mungkin juga menyukai