Anda di halaman 1dari 5

UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN, PPD PENAMPANG 2017

PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI DAN DISIPLIN MURID (PPSDM)


OPERASI OPS PONTENG
DAERAH PENAMPANG
TAHUN 2017
1.0 PENDAHULUAN
Remaja khususnya murid sekolah merupakan aset negara pada masa depan yang mana
diibaratkan sebagai rebung yang masih boleh dilentur. Setiap program yang dirancang adalah
bermatlamatkan untuk melahirkan murid yang cemerlang dalam semua aspek kehidupan iaitu
akademik, kokurikulum dan sahsiah serta seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan
intelek seperti yang diaspirasikan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, peranan
semua pihak termasuk ibu bapa, guru, komuniti dan agensi luar amat penting untuk
berganding bahu dalam usaha melahirkan generasi alaf baru yang mampu menyumbang
kepada pembangunan negara pada masa akan datang.

Menyedari hakikat ini, maka, Pejabat Pendidikan Daerah Penampang dengan


kerjasama pentadbir sekolah, Unit Disiplin dan Unit UBK, agensi Polis, Majlis Daerah
Daerah Penampang dan Daerah Putatan, RELA Daerah Penampang dan Daerah Putatan,
Pengurus Premis Megalong Shopping Mall, Pengurus Premis One Place Mall dan AADK
Kota Kinabalu mengambil inisiatif untuk mengadakan program OPS Ponteng Peringkat
Daerah penampang.

2.0 OBJEKTIF
i. Mengurangkan dan membanteras salah laku ponteng pada waktu persekolahan dan
berada di luar kawasan sekolah dengan menggunakan pakaian seragam sekolah /
pakaian T-Shirt sekolah / baju Unit Beruniform dan pelajar yang dikenali sebagai
pelajar sekolah semasa Operasi OPS Ponteng
ii. Melahirkan generasi pelajar yang menyedari kepentingan hadir ke sekolah
iii. Melahirkan generasi pelajar yang bijak menghargai masa berada di sekolah
iv. Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan
intelek.

3.0 SASARAN
Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua pelajar Daerah Penampang berdasarkan
Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) terkini.

1
UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN, PPD PENAMPANG 2017

4.0 MAKLUMAT PROGRAM


Tarikh : 18 September 2017, Isnin (Kawasan Penampang)
20 September 2017, Rabu (Kawasan Putatan)
Masa : 12.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Megalong Shopping Kompleks Penampang dan One Place Mall Putatan

5.0 KPI (Indikator Output dan Outcome)


5.1 Indikator Output
100% lokasi terpilih menjadi tumpuan Program OPS Ponteng

5.2 Indikator Outcome


Salah laku ponteng dalam kalangan pelajar dapat ditangani dan dibanteras hingga ke akar
umbi

6.0 JAWATANKUASA PROGRAM


6.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK
Penaung : En. Mojuntin Ebin
Pegawai Pendidikan Daerah
Pengerusi : En. Richard David
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Naib Pengerusi : En. Burhanuddin Bin Marzuki
Ketua Unit, Unit Pembangunan Kemanusiaan
Setiausaha 1 : Pn. Serinau Anak Ngelambai
Pegawai Meja Unit Bimbingan dan Kaunseling
Setiausaha 2 : En. Walter Andreas Doon
Penyelia HEM
Ahli Jawatankuasa : Ketua Guru Disiplin, UBK, PIBG, PDRM, Majlis Daerah, RELA
Daerah Penampang dan Putatan, AADK KK

6.2 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Penyelaras : Ketua Guru Disiplin SMK Datuk Peter Mojuntin
Tim. Penyelaras : Ketua Guru Disiplin SK Kibabaig
Setiausaha : Ketua Guru Disiplin SMK Limbanak
Tim. Setiausaha : Ketua Guru Disiplin SK Pekan Putatan

2
UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN, PPD PENAMPANG 2017

Bendahari : Unit Kewangan PPD Penampang


JK Kawasan Daerah Penampang :
1. SMK Datuk Peter Mojuntin
2. SMK Bahang
3. SMK Limbanak
4. SM St. Micheal
5. SK Bahang
6. SK Kibabaig
7. SK Penampang
8. SK Putaton
9. SK Puun Tunoh
10. SK Sugud
11. SK Terian
12. SK Tombovo
13. SK Babagon
14. SK Buayan
15. SK Longkongungan
16. SK Moyog
17. SJK (c) Yue Min

JK Kawasan Daerah Putatan :


1. SMK Putatan
2. SMK Tansau
3. SK Kipovo
4. SK Kem Lok Kawi
5. SK Tansau
6. SK Petagas
7. SK Togudon
8. SK Pekan Putatan
9. SK Kg. Contoh
10. SK Pendidikan Khas
11. SJK (c) Kwa Shiong
12. SK St. Aloysius
13. SK St. Anthony

3
UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN, PPD PENAMPANG 2017

14. SK St. Joseph


15. SK St. Paul
16. SK St. Theresa
17. SK Buit Hill

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN (BAJET)


RUJUK LAMPIRAN 1

8.0 STRATEGI PELAKSANAAN / JADUAL / PENGISIAN PROGRAM


i. Program OPS Ponteng dijalankan pada 18 September 2017 (Isnin) dan 20 September
2017 (Rabu).

9.0 PELAN PENGURUSAN RISIKO


i. Surat Edaran Kepada Sekolah
ii. Taklimat OPS Ponteng 2017
iii. Pembentukan AJK
iv. Tarikh lain dalam Pelan B sekiranya cadangan tarikh awal tidak dapat dilaksanakan
v. Post Mortem program
vi. Pemantauan Keberkesanan Program

10.0 KAEDAH PEMANTAUAN


i. Soal selidik keberkesanan program
ii. Data statistik ponteng sekolah di peringkat sekolah

11.0 TATACARA PELAKSAAN PROGRAM


11.1 TATACARA SEBELUM PROGRAM
1) Perbincangan Jawatankuasa Induk Peringkat PPD Penampang
2) Taklimat Program OPS Ponteng Bil. 1
3) Pembentukan AJK Program OPS Ponteng
4) Pemilihan dan penetapan lokasi Program OPS Ponteng 2017
5) Pemilihan dan penetapan tarikh Program OPS Ponteng 2017

4
UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN, PPD PENAMPANG 2017

11.2 TATACARA SEMASA PROGRAM


1) Pasukan Program OPS Ponteng berkumpul di Majlis Daerah Penampang dan
Majlis Daerah Putatan
2) Pasukan Program OPS Ponteng bergerak ke lokasi
3) Tangkapan dihantar ke sekolah oleh ahli jawatankuasa yang bertugas
4) Pasukan Program OPS Ponteng berkumpul semula di Majlis Daerah
Penampang dan Majlis Daerah Putatan selepas tamat Operasi pada hari tersebut

11.3 TATACARA SELEPAS PROGRAM


1) Post Mortem Program AJK Program OPS Ponteng

2) Tangkapan mengikuti prosedur unit Disiplin di sekolah


3) Tangkapan yang mempunyai ciri-ciri tertentu akan menjalani Urin Test
sekiranya perlu
4) Tangkapan mengikuti sesi kaunseling sekurang-kurangnya tiga sesi
5) Program Pembangunan Sahsiah Diri Dan Disiplin Murid (PPSDM) kepada
kumpulan tangkapan sekiranya perlu (Peringkat Sekolah dan Daerah)
6) Pemantauan Keberkesanan Program oleh Jawatankuasa Induk Program OPS
Ponteng Peringkat Daerah Penampang
7) Susulan perkembangan tangkapan daripada Unit Disiplin dan Unit Bimbingan
dan Kaunseling dari semasa ke semasa

12.0 TENTATIF
RUJUK LAMPIRAN 2

13.0 PENUTUP
Diharap program yang dirancang ini dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Kerjasama
semua pihak yang terlibat amat penting agar program ini dapat mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua sekolah seterusnya
membantu mengurangkan dan menangani masalah ponteng dalam kalangan pelajar sekolah
Daerah Penampang.

Anda mungkin juga menyukai