Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN 3

1. i. Berikan beberapa sebab utama mengapa negara masih menghadapi


masalah bekalan air bersih.

Peningkatan suhu global antara faktor menyebabkan bekalan air bersih


berkurangan. Suhu persekitaran menyebabkan kehilangan air akibat proses
penyejatan. Peningkatan suhu global menyebabkan kadar penyejatan air ke atmosfera
adalah tinggi proses adalah tinggi.

Pencemaran akibat pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik menyebabkan


sumber air bersih tercemar. Sungai merupakan sumber bekalan air bersih. Longgokan
sampah di tapak pelupusan menghasilkan sisa toksik yang akan mengalir ke sungai
dan sumber air bersih yang lain. Pengaliran sampah dan sisa toksik menyebabkan air
tercemar, seterusnya mengurangkan bekalan air bersih.

Simpanan air bawah tanah semakin berkurangan. Air bawah tanah merupakan
sumber bekalan air bersih. Kegiatan pembalakan yang menjejaskan kawasan tadahan.
Pembangunan pesat menyebabkan air hujan tidak serap ke dalam tanah sebaliknya
terus mengalir ke sungai. Keadaan ini mengakibatkan kuantiti air bawah tanah
berkurangan seterusnya menjejaskan bekalan air bersih.

ii Berikan beberapa cadangan bagaimana pihak berkuasa dapat mengatasi


masalah bekalan air bersih.

a) Bagi meningkatkan bekalan air bersih lebih banyak loji rawatan air dibina.
Pembinaan loji rawatan air membolehkan air sungai, air tasik dan air dari sumber
lain yang tercemar diproses menjadi sumber air bersih.
b) Peningkatan dalam R & D dapat membantu menambah sumber bekalan air bersih.
R&D membolehkan penciptaan alatan moden bagi merawat air buangan. Melalui
R&D juga air laut boleh diproses menjadi air untuk minuman.
c) Menyediakan lebih banyak kawasan tadahan air dapat meningkatkan bekalan air
bawah tanah. Mengawal aktiviti pembalakan dan penerokaan hutan dapat
menyediakan lebih banyak kawasan tadahan air.
d) Mengawal pembuagan sisa kimia dan toksik dapat mengawal sumber bekalan dari
tercemar. Sisa buangan kimia dari aktiviti pertanian dan industri diurus secara
sistematik.

iii. Berikan beberapa cadangan bagaimana setiap individu dalam masyarakat


dapat meningkatkan kecekapan penggunaan air domestik.

Tandas

1. Gunakan tandas yang mempunyai curahan kurang daripada 6 liter

2. Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.

3. Sentiasa melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti kebocoran.

Bilik Mandi

4. Kurangkan masa mandi – iaitu mandi kurang dari lima minit dan gunakan pancuran
yang bertekanan rendah.

5. Letakkan baldi berhampiran pancuran untuk mengumpul air – boleh digunakan untuk
menyiram taman.

6. Tutup pancuran mandi ketika bersabun.

Singki

7. Tutup pili ketika membasuh muka, menggosok gigi atau mencukur. Sebaiknya
gunakan air dalam bekas.

8. Baiki paip yang bocor.

Taman

9. Siram tanaman di awal pagi dan lewat senja.

10. Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan kurangkan penyiraman ketika
musim hujan.

11. Gunakan penyembur boleh laras.

12. Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.

13. Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen yang
berasaskan air.

14. Pilih landskap yang tidak memerlukan air yang banyak.


15. Pastikan kepanjangan rumput lebih kurang 5sm

16. Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan longkang.

17. Gunakan bekas penyiram untuk menyiram tanaman.

Dapur

18. Jangan gunakan air mengalir untuk mencuci pinggan mangkuk.

19. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air daripada terus menitis.

20. Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk.

21. Cuci buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam bekas atau di dalam singki yang berisi
air dan elakkan air mengalir.

22. Pastikan membasuh dengan muatan penuh.

Garaj

23. Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.

24. Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan sabun dan air yang banyak
untuk membasuhnya

Cara-cara penjimatan yang lain.

25. Menghadiri sebarang perjumpaan dan perbincangan mengenai air.

26. Gunakan air yang dikumpulkan semasa hujan untuk menyiram tanaman dan
membasuh kereta.

27. Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah.

28. Memaklumkan sebarang kebocoran paip atau pembaziran kepada pihak berkuasa
dengan serta merta.

29. Galakan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah berhampiran dengan
kawasan rumah anda.

30. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
2. i Berikan beberapa kaedah pemuliharaan kawasan lereng bukit bagi
mengatasi kejadian tanah runtuh.

Dalam proses pemulihan semula cerun di kawasan pembangunan tanah tinggi terdapat 4
perkara yang perlu diambil kira. Pertama penanaman tumbuhan tutup bumi. Ke–2 pembinaan
semula struktur tembok bertingkat. Ke–3 pembinaan longkang terbuka menuruni cerun ke
kawasan saliran utama dan pembinaan perlindungan tapak daripada konkrit atau batuan.

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan seharusnya menanam semula pokok-pokok di cerun
bukit terutamanya di kawasan yang telah dibangunkan. Usaha murni ini merupakan cara
terbaik untuk menjaga cerun-cerun dan kawasan yang dibangunkan daripada terdedah
kepada risiko kejadian tanah runtuh. Usaha tersebut juga dapat menguatkan tanah yang telah
melalui proses pembangunan. Hutan rimba dan bukit-bukau merupakan pasak kepada
ekosistem bumi. Pembalakan dan penebangan hutan tanpa kawalan telah melonggarkan
ikatan tekstur tanah menjadikan cerun longgar dan rebah. Di Malaysia, hujan lebat yang turun
akan menyebabkan tanah di lereng bukit menjadi longgar dan menggelongsor. Oleh itu,
pokok-pokok besar yang berakar dalam dan tanaman tutup bumi perlu ditanam untuk
menyelamatkan kawasan pembangunan yang terdedah kepada cuaca yang tidak tentu serta
hujan lebat. Hal ini dapat membantu menyekat pergerakan tanah daripada dibawa aliran air
bawah tanah yang mampu menggelongsorkan tanah yang tidak stabil.

Selain itu, pihak kerajaan juga berperanan membina sistem perparitan yang terancang.
Hal ini demikian kerana sistem perparitan yang terancang penting bagi membolehkan air
hujan dari cerun bukit mengalir dengan baik dan terus ke longkang, sungai dan laut. Air tidak
akan bertakung di sesuatu kawasan kecuali apabila berlakunya banjir. Keadaan ini secara
langsung boleh mengelakkan berlakunya hakisan tanah dan tanah runtuh. Sistem perparitan
yang dibina dapat berfungsi sebagai benteng yang kukuh di lereng bukit. Sistem perparitan
yang terancang juga dapat memadatkan struktur tanah di lereng bukit. Sekiranya tiada sistem
perparitan dibina di lereng bukit sudah tentu hujan lebat yang turun di kawasan bukit akan
menyebabkan air bertakung dan terserap di kawasan lereng bukit melalui tanah sehingga
struktur tanah menjadi longgar dan tidak kukuh. Hal ini boleh mengundang padah seperti
berlakunya banjir kilat, hakisan tanah dan tanah runtuh.

Ibu bapa memikul tanggungjawab yang amat besar bagi memupuk semangat cinta akan
alam sekitar dalam diri anak-anak sejak dari kecil lagi. Ibu bapa haruslah sentiasa
mendedahkan anak-anak tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Namun begitu,
mendidik sahaja tidak cukup, ibu bapa juga seharusnya menunjukkan contoh teladan yang
baik kepada anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa tidak sepatutnya membuang sampah di
merata-rata tempat serta melakukan pembalakan haram kelak yang boleh mengakibatkan
kejadian tanah runtuh. Dengan ini, nescaya kejadian tanah runtuh dapat diatasi sekaligus
dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar yang semakin hari semakin tercemar akibat
kerakusan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri.

Jika ditelusuri secara mendalam, antara langkah yang pragmatik ialah melalui peranan
yang dimainkan oleh syarikat-syarikat pemaju. Syarikat-syarikat pemaju perlulah meneliti
secara mendalam mengenai kawasan yang ingin dijadikan lokasi pembinaan serta tidak
bersikap tergopoh gapah sebelum membangunkan sebarang pembangunan di kawasan
tersebut . Mereka hendaklah melakukan pemeriksaan terlebih dahulu. Hal ini demikian untuk
mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Pemaju juga disarankan agar
mendirikan bangunan atau tapak perumahan di tanah yang lapang dan rata. Mereka perlu
mengelakkan membina rumah atau bangunan di kawasan yang berbukit bukau serta di
kawasan yang berdekatan dengan sungai. Hal ini demikian kerana kawasan tersebut berisiko
tinggi dalam mengundang berlakunya tanah runtuh.

Penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan bagi mengelak kejadian yang boleh


meragut nyawa. Penguatkuasaan yang tegas dapat mencegah sesetengah pihak yang
melaksanakan projek pembangunan seperti “melepaskan batuk di tangga”. Penguatkuasaan
tanpa “pilih bulu” dapat mencegah perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan perlu
mengawal aktiviti pembalakan dan penebangan hutan di negara kita. Dalam hal ini, kerajaan
perlu mengehadkan jumlah lesen yang diluluskan untuk penebangan hutan. Hanya pokok
yang telah cukup tua sahaja dibenarkan untuk ditebang Lesen dan konsesi pembalakan perlu
disemak semula. Kelulusan Sijil Menduduki Kediaman dan pembangunan di kawasan tanah
tinggi dan cerun perlu diberi perhatian wajar oleh kementerian yang berkaitan. Mereka yang
melanggar peraturan yang ditetapkan haruslah dikenakan hukuman yang setimpal seperti
hukuman penjara atau denda yang tinggi sebagai pengajaran agar tidak mengulangi
kesalahan tersebut. Penetapan akta seperti Akta Pembangunan, Akta Tanah, dan Akta
Perhutanan dapat menjaga hak dan menyelematkan situasi genting. Jelasnya,
penguatkuasaan yang tegas dapat memberi kesan kepada pihak yang mementingkan
keuntungan tanpa menghiraukan kebajikan sosial.
ii Berikan beberapa faktor kerosakan kawasan lereng bukit hasil dari aktiviti
manusia di Malaysia.

AKTIVITI MANUSIA

1) PERTANIAN

Penggunaan tanah hutan untuk pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan


hutan secara meluas. Selain daripada hakisan tanah, ia juga mengurangkan jumlah hutan
asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, dan penebangan hutan juga turut menyumbang
kepada pemendapan, kerosakan cerun serta tanah runtuh .

2) Perlombongan

Aktiviti ini melibatkan penerokaan tanah sama ada dengan mengorek permukaan atau
menggerudi permukaan tanah untuk mendapatkan hasil mineral. Hasil daripada
perlombongan yang tidak terkawal akan mengubah struktur tanah serta menyebabkan tanah
terdedah kepada hakisan. Pada kebiasaanya, kawasan bekas lombong mudah terhakis
kerana kurang liputan tumbuhan. Sebagai contoh, kegelongsoran tanah berlaku di kawasan
perlombongan seperti di Puchong, Kampar dan Ipoh.

3) Pembalakan

Aktiviti pembalakan merupakan aktiviti yang penting bagi negara – negara tropika termasuk
Malaysia kerana mempunyai spesies pokok yang bermutu. Pembalakan yang tidak terancang
bukan sahaja menyebabkan kepupusan spesies tumbuhan malah turut mengakibatkan
hakisan tanah kerana ketiadaan pokok bagi menyerap air dan keadaan ini akan menjadi lebih
teruk sewaktu musim tengkujuh atau hujan lebat.

4) Pembangunan

Pada hari ini, permintaan yang tinggi terhadap kawasan perumahan di lereng – lereng bukit
menyebabkan lebih banyak lereng bukit ditarah bagi membina lebih banyak kawasan
perumahan. Selain itu, kawasan bukit juga diratakan bagi membina lebih banyak lebuhraya
bagi meningkatkan keselesaan pengguna. Namun begitu, aktiviti pembangunan ini telah
memberi kesan kepada pendedahan permukaan cerun yang secara langsung mengakibatkan
hakisan tanah.

Anda mungkin juga menyukai