Anda di halaman 1dari 1

Refleksi: 13 Julai 2017

Hari ini saya telah menghadiri kelas 5 Perdana untuk mengajar matapelajaran Sains.
Tajuk pelajaran saya hari ini ialah Keselamatan ketika pengendalian peralatan elektrik. Kelas
saya bermula 20 minit lambat hari ini kerana, murid-murid pergi bersolat.

Walaubagaimanapun, bagi pdp hari ini, semua murid telah memberi kerjasama yang
baik yang menyebabkan pengajaran dan pembelajaran begitu aktif dan ceria di kelas. Murid-
murid melakukan aktiviti di fasa pencetusan idea dengan begitu efisien. Saya sangat
gembira dengan kelas 5 Perdana. Murid-murid juga mendengar arahan guru. Hal ini
menyenangkan pengajaran saya.

Antara kelemahan yang saya hadapi dalam aktiviti hari ini ialah, saya tidak dapat
mengadakan aktiviti 3 Stray 1 Stay. Hal ini kerana saya kekurangan masa. Jadi, saya
terpaksa menhabiskan pdp saya dengan cepat. Hal ini sangat membimbangkan saya. Saya
hendak membiasakan murid dengan aktiviti ini tetapi disebabkan kekurangan masa, saya
tidak dapat melaksanakannya. Tetapi, lepas ini saya akan cuba mengadakan aktviti ini
dalam pdp yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai