Anda di halaman 1dari 7

BAB I

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Dalam era modenisasi dan globalisasi yang berlaku kini, sistem perhubungan merupakan salah satu nadi penggerak dalam menjana satu kehidupan yang sistematik. Salah satu sistem perhubungan yang paling utama adalah pengangkutan darat iaitu jalan raya. Rangkaian pengangkutan yang sistematik, cekap, dan berkesan menjadi aspek penting dalam merangsang kemajuan negara dari konteks politik, sosial, dan ekonomi. Daripada pemerhatian setakat ini, ternyata kemajuan pesat negara berhubung kait rapat dengan rangkaian sistem jalan yang teratur. Kepesatan pembangunan negara terutama daripada aspek perindustrian telah menjadikan jalan raya sebagai satu cabang pengangkutan yang popular. Ekoran daripada hal ini, pelbagai kajian telah dijalankan bagi menghasilkan rangkaian jalan yang berkualiti dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. Di samping itu, pengurangan kos dan bahan asal menjadi tumpuan utama dalam kajian-kajian yang dijalankan.

2 Sejumlah besar jalan raya di Malaysia adalah menggunakan turapan berbitumen iaitu turapan premix [9]. Premix dibentuk daripada campuran agregat sebanyak 88% hingga 96% dan selebihnya adalah bahan pengikat iaitu bitumen, serta bahan pengisi [12]. Memandangkan premix mengandungi agregat sebagai komponen utama, penilaian tehadap penggredan agregat adalah sangat penting. Agregat bersaiz sama yang telah di gredkan ini berupaya menanggung beban lalulintas dan kemudian memindahkannya ke lapisan bawah. Kesan penggredan yang baik akan memberikan permukaan turapan yang berkualiti dan tahan lasak seterusnya memberikan keadaan panduan yang selesa dan selamat untuk jangka masa panjang [3].

1.2

Definisi penggredan agregat

Sebelum menghasilkan premix, penggredan haruslah dilakukan dengan teliti kerana ianya boleh memberi kesan ketara kepada permukaan turapan. Penggredan agregat ialah peratus pengagihan saiz agregat yang berbeza daripada jumlah berat keseluruhan. Penilaian terhadap penggredan adalah bertujuan untuk menentukan peratusan agregat yang melepasi satu siri ayakan sehinggalah pada bukaan paling kecil dari atas ke bawah [6]. Agregat lulus ditentukan dengan menimbang jisim agregat yang tertahan pada setiap ayakan. Dalam penyediaan agregat bagi premix, penggredan boleh memberikan impak yang besar kepada turapan premix di bahagian permukaan. Contohnya dalam asfalt bancuhan panas, HMA (Hot Mix Asphalt), ciri-ciri seperti kekerasan (stiffness), ketahanlasakan(durability), kestabilan(stability), kebolehkerjaan(workability), ketelapan(permeability), rintangan kekal(fatigue resistance), rintangan geseran(skid resistance), dan rintangan terhadap kerosakan lembapan(resistance to moisture damage) mungkin mengalami perubahan akibat penilaian penggredan yang tidak sempurna [13].

1.3

Struktur jalan berbitumen(Premix)

Jalan berbitumen merupakan jalan yang paling popular digunakan di Malaysia [9]. Jangka hayat yang lebih panjang menjadi sebab mengapa jalan turapan anjal jenis berbitumen atau jalan premix paling banyak dibina di Malaysia [3]. Bitumen atau juga dikenali sebagai konkrit berasfalt di eropah adalah salah satu hasil daripada penyulingan berperingkat petroleum [3]. Bitumen bertindak sebagai bahan pengikat yang mengikat agregat dan bahan pengisi bersama. Di samping itu bitumen juga menyebabkan turapan menjadi anjal iaitu keupayaan turapan kembali ke bentuk asal selepas di tindaki beban lalulintas [4]. Ciri-ciri lain bitumen yang menyebabkan ia sering digunakan adalah seperti sifat rintangan yang tinggi terhadap kehausan, gelinciran dan ubah bentuk struktur jalan serta dapat memberikan permukaan yang rata. Disebalik ciri-ciri yang membawa kesan baik ini, keburukan bitumen masih tidak dapat dielakkan. Kegagalankegagalan yang sering berlaku yang menyebabkan struktur jalan tidak dapat memberikan fungsi yang baik adalah seperti kegagalan patah, ketidakstabilan, kehilangan upaya terhadap rintangan gelinciran dan juga penyepaian [3]. Struktur binaan jalan premix pada asasnya mempunyai empat lapisan iaitu sub tapak, tapak jalan, lapisan pengikat dan lapisan haus. Aras formasi terhadap sub gred merupakan peringkat pertama binaan premix. Lapisan sub tapak bertindak mengagihkan beban dari tapak jalan kepada sub gred. Lapisan ini juga bertindak sebagai jalan sementara dan melindungi lapisan sub gred. Manakala lapisan tapak jalan pula merupakan lapisan utama yang menerima beban lalulintas dan mengagihkannya ke lapisan sub tapak.Lapisan pengikat yang berada di atas lapiasan tapak jalan adalah lapisan pra campur yang bertindak menyokong lapisan haus di atasnya dan melindungi lapisan tapak jalan [15].

Lapisan haus Lapisan pengikat Tapak Jalan

Sub tapak Aras formasi Sub gred

Rajah 1.1 : Struktur jalan premix

1.4

Pernyataan masalah

Premix mestilah berupaya menanggung pelbagai jenis beban lalulintas dan sebarang kerosakan yang mungkin berlaku pada struktur premix. Premix yang berkualiti merupakan premix yang memberi prestasi yang baik dalam apa jua keadaan beban lalulintas, persekitaran, cuaca dan lain-lain faktor. Kekuatan premix dilihat daripada keupayaan bitumen memegang agregat. Kegagalan yang sering berlaku berpunca daripada hilangnya keupayaan bitumen untuk memegang agregat di mana kedua-duanya tertanggal daripada turapan jalan asal iaitu tapak jalan. Penggredan agregat juga antara faktor yang menyebabkan kegagalan stuktur jalan premix. Penggredan agregat dilihat sebagai faktor penting di mana penggredan

5 yang berbeza akan mempengaruhi kestabilan dan kekuatan dalam campuran premix. Saiz agregat yang berbeza dan tidak sesuai dengan ketebalan bitumen boleh mengakibatkan agregat tertanggal daripada turapan. Ini berlaku di mana bitumen tidak dapat memegang agregat dengan baik dan padat. Di sebabkan perkara diatas, maka kajian-kajian dan penilaian harus dijalankan untuk mendapatkan hubungan antara kekuatan premix dan penggredan aggregat. Kajian terhadap peratus campuran yang berbeza terhadap penggredan yang berbeza dijalankan untuk menilai ciri-ciri kekuatan seperti kestabilan, ketumpatan bandingan, lompang udara(VTM) dan lompang terisi bitumen. Penggunaan bahan tambah juga dijalankan bagi penghasilan kualiti turapan yang baik. Contoh bahan tambah yang biasa digunakan adalah simen, kapur terhidrat, dan bahan yang mempunyai kandungan fiber seperti sabut kelapa. Namun dalam projek ini, bahan tambah getah daripada tiub tayar terpakai akan digunakan dalam premix.

1.5

Objektif Kajian

Projek ini menggunakan getah daripada tiub tayar terpakai sebagai bahan tambah. Kajian ini dibuat memandangkan penggunaan bahan tambah getah masih baru dalam teknologi pembinaan jalan raya. Projek ini dijalankan bertujuan untuk menentukan peratus kandungan getah yang sesuai dicampurkan dengan bitumen bagi menghasilkan turapan yang kuat terikat dengan aggregat. Pun begitu, peratus bahan tambah getah yang di anggarkan adalah 1%, 3%, 5%, 7% dan 9% sahaja. Kajian ini dapat mendedahkan kepada jurutera khususnya terhadap keberkesanan penggunaan bahan tambah getah dalam teknologi pembinaan jalan raya. Antara objektif utama kajian ini di jalankan adalah:

6 (i) Menganalisa perbandingan antara premix kawalan dan premix ubahsuai melalui graf yang di perolehi daripada ujian marshal. Analisa di buat berdasarkan kandungan optimum bitumen dan kandungan optimum getah tiub tayar. (ii) Mendapatkan perbezaan nilai ketumpatan, kestabilan, aliran, lompang udara (VTM), lompang terisi bitumen (VFB) dan kekerasan antara premix kawalan dan premix ubahsuai. (iii) Mendapatkan peratusan getah tiub tayar yang dapat memberi kesan positif terhadap premix di samping menggantikan penggunaan bitumen dalam premix.

1.6

Skop Kajian

Kajian yang akan di jalankan melibatkan penggunaan getah daripada tayar terpakai ke dalam premix. Kajian tertumpu hanya kepada premix yang di ubahsuai dalam lapisan haus sahaja. Oleh itu penggredan piawai ACW 20 akan di gunakan. Skop kajian yang akan di jalankan adalah seperti: i. ii. iii. Ujian-ujian bitumen dan agregat yang mengikut spesifikasi dan piawai JKR. Ujian-ujian Marshal piawai dan pada kandungan optimum bitumen. Menganalisis hasil ujikaji dan membuat perbandingan.

1.7

Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan meliputi aspek-aspek keberkesanan bahan tambah getah dalam campuran premix bagi menghasilkan premix yang berkualiti tinggi. Kajian ini juga memperlihatkan kesesuaian penggunaan bahan tambah getah sebagai agen anti kegagalan dalam premix. Keupayaannya untuk bercampur dengan baik bersama bitumen juga di ambil kira. Kajian ini dijalankan bagi melihat kesan getah tiub tayar yang terpakai terhadap premix dan bitumen. Kaedah-kaedah dan inovasi baru juga dapat di wujudkan dalam kajian ini seterusnya memudahkan teknologi baru dihasilkan. Kajian ini secara tidak langsung menyedarkan masyarakat tentang pentingnya keadaan jalan yang baik dan stabil bagi mengekalkan teknik pemanduan yang selesa dan selamat. Kajian ini juga menyahut saranan kerajaan dalam penggunaan semula ( recycle ) terhadap bahan-bahan buangan seperti tayar kenderaan.

Anda mungkin juga menyukai