Anda di halaman 1dari 9

BUKIT BULOH PREMIX SDN BHD (783064-T)

Specialised In Producing Best Quality Asphaltic Concrete,Premix,Cold mix and Road Pavement

PENGENALAN KEPADA
PELAN OPERASI DRUM
MIX & RUBERRISED
PREMIX
Plant operation for drum mix
Terdapat dua jenis sistem pemprosesan untuk menhasilkan premix, ianya adalah ‘BATCHING
PLANT’ dan ‘DRUM MIX PLANT’,.Kami di bukit buloh Premix menggunakan sistem Drum mix
Plant.Di sini saya akan terangkan serba sedikit tentang system dan proses penghasilan premix
menggunakan kaedah drum mix plant.

1.Control panel /panel kawalan

Panel kawalan merupakan pusat kawalan untuk keseluruhan sistem pemprosen ini, ianya
mengawal dari awal hingga premix siap dibancuh.
2. Tangki Simpanan dan pemanasan bitumen

I. Tangki simpanan bitumen ini dilengkapi dengan alat pemanas kendiri supaya suhu
bitumen dapat dikawal sebelum ia boleh digunakan dalam mixing drum untuk dicampurkan
dengan agregat panas.

II. Tangki pemanas ini juga dilengkapi alata pengacau atau ‘stirrer’ yang beroperasi 24jam
untuk memastikan bitumen, terutamanya cuplump modified bitumen CMB yang disimpan
sentiasa berada dalam keadaan terbaik sebelum boleh digunakan.

III. Tujuan stirrer ini adalah untuk memastikan tidak berlaku pengasingan antara asfalt dan
Cuplump dan untuk memastikan CMB sentiasa berada dalam keadaan stabil semasa disimpan
di dalam tangki.

3 Tangki Simpanan Aggregate/cold bins

Batu Aggregat dimuatkan ke tangki simpanan yang berbeza sebelum ditimbang oleh weighing
conveyor dan dihantar kepada drum pengeringan. Setiap tangki mempunyai bahan bersaiz
berbeza. Setiap tangki juga dilengkapi dengan pintu laras untuk mengawal aliran setiap bahan
secara berasingan.

4 .Weighing conveyor (belt / Slinger)

Weighing conveyor akan menimbang dan memindahkan agregat dari tangki simpanan ke drum
pengering, weighing conveyor dilengkapi dengan sensor penimbang yang membantu dalam
menimbang berat agregat sebelum menghantar data berat aggregate ke panel kawalan.

5.vibrating screen ( screen penggetar)

Skrin bergetar ini akan memisahkan agregat yang bersaiz besar untuk menghalang mereka
daripada memasuki drum pengering.

6.Dryer and mixing drum

Drum pengeringan ini akan melakukan dua operasi: pengeringan dan pencampuran. Drum
berputar ini dilengkapi dengan semburan api yang membantu mengeringkan aggregate Pada
separuh pertama drum dan pada separuh kedua, agregat akan dicampur dengan bitumen
sebelum dipindahkan ke hot aggregate conveyor.

7. Hot Belt

Hot belt atau conveyor pengangkut campuran premix panas bertindak memindahkan
campuran premix yang telah siap dibancuh ke dalam pugmill sebelum dimasukkan ke tangki
simpanan.

8.Storage tank / tangki simpanan premix

Tangki simpanan premix ini juga dilengkapi ‘pugmill’ iaitu satu sistem kipas bancuhan yang
akan membancuh premix yang telah siap sebelum ianya dapat disimpan dalam tangki
simpanan. Tujuan pugmill ini adalah untuk memastikan tidak berlaku segregation semasa
premix diisi ke dalam lori dan memastikan bancuhan premix sebati membalut aggregate
dengan bitumen secara sekata. Ini akan meningkatkan lagi daya pegangan antara bitumen dan
batu aggregate.

9.weight Bridge/Makmal

Setiap lori yang telah siap diisi premix akan melalui jambatan timbang/weight bridge dan kualiti
premix setiap lori akan dipantau technician makmal sebelum dihantar ke tapak bina.

10. Fiber /Reclaimed Asfalt Pavement (RAP) inlet

I. Fiber Premix

Kami di Bukit Buloh Premix sedang mengkaji satu kaedah baru yang diperkenalkan iaitu fiber
premix. Fiber premix adalah satu bancuhan ac14 yang dicampur bahan pengikat tambahan iaitu
fiber forta yang diimport khas dari U.S. bahan ini bertindak seperti akar yang akan menguatkan
lagi ikatan antara batu aggregate dan bitumen sekaligus menguatkan daya tahan premix.
II. Reclaimed Asfalt Pavement (RAP)

Fiber inlet ini juga boleh digunakan untuk Reclaimed Asfalt Pavement Atau ‘RAP’.RAP adalah
satu kaedah yang menggabungkan antara hot mix asphalt (HMA) dan premix lama untuk
membentuk satu bancuhan premix yang baru.

Reclaimed Asphalt Pavemen (RAP) adalah asphalt yang dikitar semula . Bahan-bahan ini
diperoleh apabila turapan asphalt lama yang telah teroksida disebabkan proses ‘aging’
dikeluarkan untuk pelapisan semula jalan mengunakan kaedah ‘mill’. Bahan ini perlu
dihancurkan dan ditapis dengan betul sebelum boleh digunakan untuk membentuk satu
bancuhan baru dengan Hot Mix Asphalt HMA.

KEBAIKAN RAP

a) BAIK UNTUK PERSEKITARAN

Peningkatan peratusan penggunaan RAP dapat mengurangkan pembakaran bahan api yang
diperlukan untuk memproses bahan mentah bagi menghasilkan campuran premix yang baru. Ini
sekaligus dapat mengurangkan pelepasan asap dari kilang premix yang sedikit sebanyak boleh
meningkatkan kualiti udara bersih.

b) MENJIMATKAN KOS

Dari perspektif kewangan, ianya sangat menjimatkan,kerana ianya dapat mengurangkan


penggunaan bitumen. Salah satu komposisi bahan mentah utama dalam pembuatan premix
adalah bitumen petroleum dari luar Negara yang diketahui amat tinggi kosnya. Bahan asphalt
kitar semula ini akan membantu mengurangkan kos pembinaan dan kos pembelian bitumen.

c) MENGURANGKAN PENGGUNAAN BAHAN MENTAH

Apabila premix lama dikitar semula, bahan mentah yang lebih sedikit diperlukan yang
menjadikannya jauh lebih baik untuk alam sekitar daripada hanya membuat campuran premix
baru.

Batu agregat & debu kuari yang digunakan dalam penghasilan premix sebenarnya adalah satu
sumber yang amat terhad. Memelihara sumber-sumber ini melalui kitar semula adalah penting
untuk memastikan bahan-bahan mentah ini dapat digunakan untuk jangkamasa yang panjang.
11.Sistem Kawalan Pencemaran udara ( Air pollution control system )

Terdapat dua jenis system kawalan pencemaran yang akan saling membantu antara satu sama
lain

I. PENAPIS DEBU KERING/DUST COLLECTOR

Penapis ini akan memerangkap habuk – habuk kasar yang dilepaskan semasa drum beroperasi

II. PENAPIS DEBU BASAH

Penapis Debu basah adalah penapis kedua yang bertindak memerangkap semua zarah debu
halus yang terlepas daripada penapis debu kering sebelum ianya dilepaskan ke kolam
pengasingan.
RUBBERISED PREMIX
Rubberised premix merupakan satu produk hasil kajian bersama antara Lembaga Getah
Malaysia (LGM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menentukan keberkesanan penggunaan
Asphalt Terubahsuai Getah Bekuan atau Cuplump Modified Asphalt (CMA) untuk pembinaan
jalanraya atau kerja-kerja pelapisan.

CMA adalah campuran antara getah beku dan asphalt yang melalui proses tertentu untuk
membentuk satu campuran ruberrised asphalt.

Kelebihan rubberised premix.


 Meningkatan ketahanan
i) suhu titik lembut(softening point) adalah lebih tinggi daripada bitumen
konvensional, ini membuktikan bitumen rubberised lebih keras dan tahan lasak
berbanding bitumen biasa.
ii) Mempunyai gred bitumen yang lebih pekat iaitu gred 40-60 ,berbanding gred
bitumen yang digunakan sekarang ini 60-70
iii) Suhu jalan di Malaysia boleh naik hingga 60 ° Celcius terutama pada musim
kemarau , yang menyebabkan bahan bangunan jalan konvensional melembut dan
menjadi tidak sekata. Bituminous cuplump lebih tahan haba berbanding dengan
bitumen konvensional, dengan itu menjadikan CMA alternatif yang lebih berdaya
maju untuk pembinaan jalan raya.

 keupayaan untuk menahan beban yang lebih tinggi


i) masalah utama kerosakan jalan raya di Malaysia adalah disebabkan oleh kenderaan
berat yang membawa muatan berlebihan,antara kerosakan yang biasa dilihat adalah
‘rutting’ atau berlaku penurunan di laluan tayar.
Rutting akan menyebabkan air bertakung di laluan tayar kenderaan terutama pada
waktu hujan dan amat berbahaya kepada kenderaan.
ii) Pengguanaan rubberized premix adalah kaedah terbaik untuk mengurangkan
masalah ini,berdasarkan keupayaan boleh lentur yang dimiliki.

 menyediakan cengkaman yang lebih baik (Skid Resistance)


i) ketika kenderaan membrek
ii) semasa jalan licin selepas hujan cengkaman antara tayar dan permukaan premix
lebih baik
iii) sangat baik digunakan terutama di selekoh tajam
iv) Meningkatkan rintangan tergelincir - memberikan keselamatan tambahan kepada
pengguna jalan raya.

 Lebih murah untuk pengguanaan dalam jangka masa yang panjang


i) Mengurangkan kos penyelenggaraan (contoh : jika konvesional premi perlu diturap
semula 3 – 4 tahun selepas siap,rubberised premix boleh memanjangkan tempoh
penyelenggaraan ke dua kali ganda dari premix biasa).
ii) Jabatan Kerja Raya Malaysia membelanjakan berjuta - juta ringgit setiap tahun untuk
penyelenggaraan jalan raya.dan CMA boleh memberikan penjimatan kos
penyelenggaraan yang amat ketara kepada Negara

 Rubberised road juga dapat mengurangkan tahap bunyi jalan sebanyak 3 – 5 desibel
berbanding jalan raya konvesional
.
 Mencegah keretakan permukaan jalan.
Perbezaan result ujian makmal Antara AC14 Biasa dan
CMA14 ruberrised
PARAMETER AC14 JKR SPEC CMA14

*STABILITY 10000 - 12000 >8000N 14000 - 16000

FLOW 2.9 - 3.5 2.0 - 4.0mm 3.0 – 3.8

VOIDS IN 4.0 3.0 – 5.0% 4.0


MIX (VIM)

VOIDS
FILLED
73 - 75 70 – 80% 75 - 78
BITUMEN
(VFB)

STIFFNESS >3500 >2000N/mm >4000

Anda mungkin juga menyukai