Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH DAN

PELANTIKAN PENGAWAS

TEMPAT : DEWAN CENDEKIA, SMK YONG PENG


TARIKH : 08 APRIL 2018

1 KETIBAAN TETAMU
Mengumumkan ketibaan Tetamu Kehormat Yang Setia ASP

3 Bismillahhirahmanirahim,

Assalamualaikum w.m.t dan salam sejahtera kepada

i. Yang Setia ASP


ii. Yang Berusaha En. Shahlal bin Sakio, Pengetua SMK Yong
Peng
iii. Yang Dihormati Barisan penolong kanan, guru-guru kanan,
kaunselor, warga pendidik, barisan kepimpinan pelajar dan rakan-
rakan seperjuangan sekalian.

Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnianya jua kita
dapat bersama berkumpul pada pagi ini bagi meraikan Majlis
Penyampaian Watikah dan Pelantikan Pengawas SMK Yong Peng bagi
tahun 2018.
Pihak Majlis mengalu-alukan dan merakamkan jutaan terima kasih kepada
tetamu kehormat _____________________, atas kesudian hadir pada
majlis ini.

4 Ucapan alu-aluan pengacara

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis Pelantikan badan kepimpinan Pelajar SMK Yong Peng merupakan


satu acara kemuncak untuk meraikan pelajar-pelajar yang terpilih dan
berketrampilan menerajui Badan Kepimpinan Pelajar. Dengan pelantikan
ini, barisan kepimpinan pelajar diberi tanggungjawab yang amat besar
untuk membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi akademik dan
sahsiah pelajar.

Bagi meneruskan majlis, dengan ini dijemput Yang Berusaha En.


Shahlal bin Sakio, Pengetua SMK Yong Peng
untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala sukacitanya
mempersilakan.

################%%%%%%%%%%%%%%%%%################

Pihak Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapanyang telah


disampaikan oleh Yang Berusaha En. Shahlal bin Sakio tadi.

Ada kata yang ingin diucap


Ada madah yang ingin diungkap
Ada puisi yang ingin disyair
Ada mimpi yang ingin ditafsir
Ada cita yang ingin diutara
Ada cerita yang ingin dikisah
Ada harapan yang ingin didamba
Ada pesan yang ingin dititip
Ada amanat yang ingin diwasiat

majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Setia ASP -------------untuk


menyampaikan ucapan ASPIRASI PEMIMPIN dan seterusnya
merasmikan dan menyempurnakan Upacara Perasmian Majlis
Penyampaian Watikah dan Pelantikan Pengawas Pelajar SMK Yong Peng
tahun 2018. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

################%%%%%%%%%%%%%%%%%################

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada -----------, atas


kesudian menyampaikan ucapan dan merasmikan Majlis Penyampaian
Watikah dan Pelantikan Pengawas Pelajar SMK Yong Peng tahun 2018.
Mudah-mudahan segala maklumat, amanat, pesanan dan pengharapan
beliau mendapat perhatian daripada semua yang hadir di majlis ini.
PENGUMUMAN PELANTIKAN KETUA DAN EXCO

Majlis diteruskan lagi dengan pengumuman Pelantikan Ketua dan Exco


Badan Kepimpinan Pelajar Sekolah. Dijemput Puan Nurhaliza bt Din,
guru penasihat Badan Pengawas SMK Seri Ampang untuk
mengumumkan pelantikan Ketua dan Exco Badan Pengawas Sekolah.
Dipersilakan.

################%%%%%%%%%%%%%%%%%################

Terima kasih Puan Nurhaliza bt Din.


Seterusnya dijemput Pn. Asiah bt Moin, guru penasihat Pusat Sumber
Sekolah untuk mengumumkan pelantikan Ketua dan Exco Pusat Sumber
Sekolah. Dipersilakan.

################%%%%%%%%%%%%%%%%%################

Terima kasih Puan Asiah bt Moin.

Seterusnya dijemput Pn Samsiah bt Samsudin, guru penasihat Organisasi


Bilik Darjah untuk mengumumkan pelantikan Ketua dan Exco Organisasi
Bilik Darjah. Dipersilakan.

################%%%%%%%%%%%%%%%%%################

Terima kasih Pn Samsiah bt Samsudin.

----------------------------------------------ooooo-------------------------------------------

Seterusnya majlis menjemput sekali lagi, tetamu kehormat YANG SETIA


ASP KAMARIAH BT JAMALUDIN, untuk menyampaikan watikah
pelantikan kepada ketua setiap badan kepimpinan dengan diiringi EN.
ZOKRANAIN BIN ABDULLAH, Pengetua SMK Seri Ampang.

*tunggu sehingga pengetua dan tetamu berada ditempat sepatutnya. Dan


ketua telah berada di depan pentas.

Penyampaian watikah dimulakan dengan menjemput saudara HANNAN


BIN ABD.RAZAK selaku Ketua Umum SMK Seri Ampang untuk
menerima Watikah Pelantikan.

*tunggu pelajar naik dan turun pentas

Seterusnya dijemput saudara CHONG WAI LOON, Pengerusi Badan


Majlis diteruskan dengan nyaniyan lagu Sekolah. Para hadirin diminta
berdiri.

................lagu sekolah dimainkan................

hadirin dan hadirat sekalian,

Kok berkayuh dah sampai ke muara


Kok berenang dah sampai ke tepian
Kok berlari dah sampai ke garisan
Kok berjalan dah sampai ke penghujung

Dengan kata-kata ini maka selesailah sudah majlis kita pada hari ini.

Bagi pihak majlis saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih dan
penghargaan diatas kerjasama semua pihak dalam menjayakan Majlis
Pelantikan Badan Kepimpinan Pelajar SMK Seri Ampang 2011.

sekian moga bertemu lagi di masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai