Anda di halaman 1dari 6

Definisi Sosiologi Agama

- Sosiologi agama ialah bahagian dari sosiologi umum (versi barat) yang mempelajari
suatu ilmu budaya empiris, profan dan positif yang menuju kepada pengetahuan
umum, yang jernih dan pasti dari struktur, fungsi-fungsi dan perubahan-perubahan
kelompok keagamaan dan gejala-gejala kelompok keagamaan.
-Sosiologi agama ialah suatu cabang sosiologi umum yang mempelajari masyarakat
agama secara sosiologi menggunakan keterangan ilmiah dan pasti kepentingan
masyarakat itu sendiri dan masyarakat luas pada umumnya.

Fungsi sosiologi agama terhadap masyarakat


 Berperanan sebagai forum-forum keilmuan terhadap masyarakat
-Sebagai contoh, menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat
Hal yang berkaitan dengan keagamaan. Selainitu, membantu para pemimpin
Agama dalam mengatasi sosio-agama. Hal ini dapat dilihat melalui masyarakat
Agama kristian yang lebih maju dari sosiologi agama daripada agama lain dimana
Mereka dapat memberikan sumbangan khusus terhadap teologi tentang gereja,
Teologi pembebasan dan teologi pembangunan.

 Berfungsi sebagai kawalan sosial


-Ajaran agama oleh penganutnya dianggap sebagai norma,sehingga dalam hal ini
Agama dapat berfungsi sebagai pengawasan sosial secara individu mahupun
Kelompok. Norma- norma tersebut juga menjadi kerangka acuan dalam bersikap
Dan bertingkah laku agar sejalan dengan keyakinan agama yang dianutinya.

 Berperanan memupuk perasaan solidariti


-Para penganut agama yang sama secara psikologi akan merasa memiliki
Kesamaan dan satu kesatuan,iman dan kepercayaan. Rasa kesatuan ini akan
Membina rasa solidariti dalam kelompok mahupun perseorangan, bahkan
Kadang-kadang dapat membina rasa persaudaraan yang kukuh.

 Menjadi lebih kreatif


-Ajaran agama mendorong dan mengajak penganutnya untuk bekerja secara
Produktif bukan sahaja untuk kepentingan dirinya sendiri tetapi juga untuk
Kepentingandirinya sendiri tetapi juga untuk kepentingan orang lain. Penganut
Agama bukan sahaja disuruh bekerja secara rutin dalam pola hidup yang sama
Akan tetapi juga dituntut untuk melakukan inovasi dan penemuan baru.

 Fungsi Transformatif
-Ajaran agama dapat mengubah keperibadian seseorang/kelompok menjadi
Kehidupan baru sesuai dengan ajaran agama yang dianutnya. Kehidupan baru
Yang diterimanya berdasarkan ajaran agama yang dianutinya yang kadangkala
Mampu mengubah kesetiaanya kepada adat atau norma kehidupan yang
Dianutinya sebelumnya.

Agama dalam konteks perubahan sosial dalam masyarakat


 Agama sebagai faktor integratif dan disintegratif bagi masyarakat
 Faktor Integratif
-Peranan agama dalam menciptakan suatu ikatan bersama antara anggota
masyarakat dan kewajipan sosial yang dapat mempersatukan mereka sehingga
Mewujudkan persetujuan bersama.
 Faktor disentegratif
-Agama juga dapat memainkan peranan sebagai kekuatan yang mencerai-
Beraikan, mempecah-belahkan dan bahkan menghancurkan kewujudan suatu
Masyarakat.
-Secara kesimpulannya faktor disentegratif akan mewujudkan konflik yang akan
Menyebabkan perubahan sosial menjadi perlahan, manakala faktor integratif
Mewujudkan perubahan sosial yang positif.
 Keterpisahan agama dengan elemen-elemen masyarakat
-Bila nilai-nilai agama diterapkan dalam semua institusi kerajaan, perubahan
Sosial akan berlaku. Sebagai contoh, pendidikan berteraskan agama, ekonomi dan
Undang-undang yang diamalkan akan berteraskan syariah.
-Tetapi jika sebaliknya, memisahkan agama dari masyarakat, perubahan sosial
Akan berlaku tetapi dalam bentuk yang lain.Sebagai contoh, perbuatan
Bersekedudukan tidak ditegah dalam undang-undang dan perkahwinan sesama
Jenis diiktiraf. Malah ia sudah menjadi norma masyarakat.
 Peranan Protestan dalam mencetuskan reformasi di negara eropah sehingga
mengubah struktur masyarakat di eropah.

 Aspek Agama
-Pada masa abad pertengahan, penyelewengan dan keluhan terhadap gereja cukup
Banyak terutama yang menyangkut kekayaan gereja. Misalnya menuntut upeti
Dari raja, meminta bayaran pada uskup, memungut pajak bagi pembangunan
Gereja dan menjual surat pengampunan dosa bagi meraih keuntungan. Hal ini
Kerana ,Golongan agama menanamkan minda pada masyarakat pada masa itu,
Urusan akhirat adalah lebih bermakna dan berfaedah daripada urusan duniawi.
Hal ini telah membawa peradaban zaman gelap dimana zaman kemerosotan
Masyarakat eropah dan membantutkan kemajuan.
-Protestant mucul di eropah sebagai upaya untuk memperbaiki kehidupan agama
Kristian, menentang hierarki gereja dan memuluhkan ajaran yang dibawa oleh
Jesus yang dipimpin oleh Martin Lurther. Hal ini memberikan kesan pada
Masyarakat eropah kerana reformasi tersebut membawa pada zaman renaissans
Dimana semua ilmu berkembang tanpa kokongan gereja.

 Aspek politik
-Kekuatan politik raja-raja eropah mendorong pula timbulnya reformasi.
-Protestant dalam pertumbuhannya melakukan berbagai cara menyerang terhadap
Kekuasaan mutlak yang dimiliki raja, seperti yang terjadi di inggeris dan perancis
-Hal ini kerana,kuasa raja mutlak banyak memberikan kesempatan kepada raja
Menyalahgunakan kekuasaan dan melakukan tindakan sewenang-wenangnya
Seperti melakukan penyelewengan. Kelompok protestant beranggapan bahawa
Seorang raja akan hilang mandat kerana raja memperoleh kuasanya dari rakyat
Melalui kosep “kuasa dari tuhan”.
-Reformasi yang terjadi menyebabkan pemerintahan beraja telah ditukar kepada
Pemerintahan republikan dan pemerintahan secara demokrasi dimana kuasa
Politik ditangan rakyat.

 Aspek Ekonomi dan Sosial


-Kita boleh lihat perbezaan dasar antara kewangan “katolik” dan “Bank
Protestant”. Pada tingkat tertentu, bank protestant misalnya di perancis Bank
Prostestan berkembang maju dan menjadi semakin kaya. Hal ini kerana Bank
Protestant tidak terikat pada politik tertentu, tetapi dikonsepsikan sebagai
Lapangan autonomi kegiatan yang tersusun. Tetapi kewangan kerajaan(
Katolik tradisional) mengalami kebankrapan disebabkan kekacauan politik
Misalnya di geneva.
-Manakala dari segi sosial, Pandangan masyarakat gereja abad pertengahan
Bahawa mengumpulkan harta benda dengan bekerja giat dianggap kurang terpuji
Telah menyebabkan kelompok protestant menyangkal pandangan tersebut.
Mereka berpendapat bahawa untuk mengumpul harta, mereka perlu rajin bekerja,
Serta menolong sesama manusia yang miskin. Hal ini terbukti perkembangan
Kota-kota eropah dimana terdapat perindustrian dan mucul golongan kaya.
Sebahagian besar penduduk kota-kota tersebut adalah masyarakat protestant.

Agama dalam masyarakat industri moden

 Kelemahan agama yang berorientasi gereja


-Kenapa orang-orang eropah mula meninggalkan gereja?
-Hasil kajian sosiologi agama yang dilakukan di eropah, masyarakat desa lebih
Taat kepada agama berbanding masyarakat kota. Ia diambil melalui kehadiran di
Gereja sehingga laporan pengebumian. Hal ini disebabkan faktor ekonomi dan
modenisasi masyarakat kota untuk tidak datang ke gereja.
-Melalui kajian semasa,steve bruce dalam bukunya “God is dead-secularization in
the west” pada abd ke-19 hampir semua pernikahan disertai upacara keagamaan,
Namun pada tahun 1971, hanya 60% pernikahan di england disertai upacara
keagamaan. Pada tahun 2000 hanya 31 %. Tidak kiralah gereja katolik,Anglikan
telah mengalami kemerosotan janka panjang. Dan mengikut kajian jangka
panjang, penduduk yang menghadiri gereja pada tahun 2040 mungkin sekitar 2%.
-Manakala mengikut kajian di Jerman,semakin ramai orang jerman beralih ke
ilmu sihir dan ilmu ghaib jika dibandingkan meluangkan masa di gereja.
-Sebuah laporan dari itali mengatakan, masyarakat eropah mula meninggakan
gereja kerana mereka hanya mengambil ajaran yang sesuai dengan gaya hidup
mereka. Semangat agama juga digantikan dengan semangat mencari mata
pencarian ekonomi.(lebih mementingkan ekonomi).
 Agama dalam masyarakat sekular

 Definisi Sekular
-Istilah sekularisme mula diperkenalkan oleh seorang penulis bernama George
Holyoake pada tahun 1846 di United Kingdom.
-Pengertian
*Satu falsafah yang menolak semua agama dalam masyarakat
*satu pemikiran (sikap) yang berpegang bahawa agama tiada tempat dalam kehidupan
masyarakat.
*Sistem politik atau falsafah sosial yang menolak semua bentuk kepercayaan dan
agama.
*Berpendapat bahawa pendidikan awam dan perkara dasar lain mesti dijalankan tanpa
pengenalan kepada elemen atau unsur keagamaan.

 Ciri-ciri Sekularisme
-Menghilangkan (melupuskan) makna spiritual (kepercayaan) daripada alam
Kehidupan.
-Menghilangkan unsur-unsur penyucian nilai (agama) daripada minda dan
tingkah laku manusia.

 Sebab-sebab kemunculan sekularisme


* Agama menjadi eksklusif untuk golongan tertentu sahaja
-Berlaku pada zaman gelap eropah, iaitu pader-paderi gereja katolik mendakwa
mempunyai hubungan batin dengan tuhan dan mempunyai kuasa rohani terhadap
manusia kerana menjadi perantara antara manusia dengan tuhan.Sebagai contoh, anak
kecil tidak dikira sah menjadi kristian sekiranya belum dibaptis paderi.
-kitab bible hanya dijadikan khusus buat paderi sahaja.
*Keangkuhan ilmiah
-Pandangan ilmiah diharamkan atas nama agama. Lalu pihak yang menguasai urusan
agama itu menghukum orang yang berbeza pendapat dengan mereka sebagai musuh
agama atau musuh tuhan.
-Pihak gereja beranggapan bahawa kejahilan merupakan petua untuk iman. Ilmu
pengetahuan selain mereka adalah sesat. Mereka mengatakan bahawa ilmu
sains,geografi, perubatan merupakan unsur islam dan sesiapa yang menganutnya
adalah murtad.
-kejahilan mereka membawa penentangan masyarakat Eropah terhadap kuasa agama
yang akhirnya mencetuskan revolusi industri dan revolusi perancis pada 1789. Agama
dihadkan pengaruhnya supaya tidak masuk campur secara langsung dalam
pentadbiran dan persoalan kehidupan lain. Maka pada hari
ini,seni,hiburan,politik,perindustrian,sains dan sebagainya agama tidak menjadi teras
utama.ia hanyalah kesedaran individu bukan umum.

*Kesan penjajahan barat.


-Keutuhan pendidikan islam pada akhir abad ke-19 mengalami cabaran dengan
kehadiran penjajah inggeris di tanah melayu. Proses sekularisasi penjajah telah
memperkenalkan dasar pelajaran yang menghadkan kurikulum pendidikan islam dan
mengawal ketat pengajaran al-quran. Kedatangan inggeris sesungguhnya
memperkenalkan pendidikan sekular kepada orang melayu.

Anda mungkin juga menyukai