Anda di halaman 1dari 12

ASAL-USUL

BUBUR ASSYURA’
DISEDIAKAN OLEH :
USTAZ MOHD FARHAN BIN ABU AMIN
GURU PENDIDIKAN ISLAM
SK SERI AMPANG, IPOH
• Sejarah Asyura
Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa
Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan
biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut
mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka
adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda
mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban
kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn
Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang
syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini,
masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan
bukan kewajiban.
Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar
ketika 10 Muharram:

 Hari pertama Allah menciptakan alam.


 Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
 Hari pertama Allah menurunkan hujan.
 Allah menjadikan 'Arasy.
 Allah menjadikan Luh Mahfuz.
 Allah menjadikan Malaikat Jibril.
 Nabi Adam a.s. dicipta.
 Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana
melanggar larangan Allah.
 Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
 Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera
baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
 Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pendalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
 Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
 Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
 Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
 Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
 Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya 
Laut Merah.
 Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
 Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari
40 malam.
 Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
 Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
 Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
 Sayyidina Hussein bin Ali r.a. telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di padang Karbala oleh
kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid dari Bani Umaiyah
membunuh Saiyyidina Hussein r.a. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka
mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon
sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyyidina Hussein r.a.
 
• Puasa Hari Asyura
"Hari Asyura" ialah hari yang kesepuluh dari bulan Muharam. 
Umat Islam disunatkan berpuasa pada hari yang tersebut, seperti yang diterangkan dalam hadith
yang berikut:

ُ ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َي ُق‬


‫ول َه َذا َي ْوُم‬ َ
ِ َّ‫ول الل‬
‫ه‬ َ ‫س‬ ‫ر‬
َُ ُ ْ‫ت‬ ‫ع‬ ِ‫ال مَس‬
َ ‫ق‬
َ ‫ه‬‫ن‬ْ ‫ع‬ ‫ه‬َّ
‫ل‬
َُ ُ َ َ َُ‫ال‬ ‫ي‬ ِ ‫عن معا ِويةَ ب ِن أَيِب س ْفيا َن ر‬ -51
‫ض‬ ْ َ َُ ْ َ
)‫ (رواه البخاري‬.‫ص ْم َوَم ْن َشاءَ َف ْلُي ْف ِط ْر‬ ِ ِ
ُ َ َ َ ْ َ ٌ َ َ ُ َ َ ‫ب اللَّهُ َعلَْي ُك ْم‬
‫ي‬‫ل‬ْ ‫ف‬
َ ‫اء‬ ‫ش‬ ‫ن‬ ‫م‬َ‫ف‬ ‫م‬‫ائ‬ ‫ص‬ ‫ا‬ ‫ن‬
َ َ
‫أ‬‫و‬ ‫ه‬ ‫ام‬ ‫ي‬‫ص‬ ْ ُ‫اش َوراءَ َومَلْ يَ ْكت‬
ُ ‫َع‬
51- Dari Mu'awiyah bin Abu Sufyan r.a., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Hari ini ialah hari Asyura,  sedang kamu tidak diwajibkan berpuasa padanya, sebaliknya aku
sekarang sedang berpuasa.  Oleh itu, siapa suka berpuasa bolehlah ia berpuasa dan siapa
suka berbuka maka bolehlah ia berbuka."(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)
 

Puasa hari Asyura,  sunat juga disertakan dengan berpuasa sehari sebelumnya iaitu hari
yang ke sembilan dari bulan Muharam,  kerana Rasulullah s.a.w. pernah menganjurkannya
seperti yang tersebut dalam hadith yang berikut:

‫اش َوراءَ َوأ ََمَر‬ ‫ع‬ ‫م‬‫و‬ ‫ي‬ ‫م‬َّ


‫ل‬ ‫س‬ ‫و‬ ِ
‫ه‬ ‫ي‬‫ل‬ ‫ع‬ ‫ه‬ َّ
‫ل‬ ‫ال‬ ‫ى‬ َّ
‫ل‬ ‫ص‬ ِ
‫ه‬ َّ
‫ل‬ ‫ال‬ ‫ول‬ ‫س‬ ‫ر‬ ‫ام‬ ‫ص‬ ‫ني‬ ‫ح‬ِ ‫ال‬ َ َ ُ َْ ُ َ ‫اس َر‬
‫ق‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ن‬ ‫ع‬ ‫ه‬ َّ
‫ل‬ ‫ال‬ ‫ي‬ ‫ض‬ِ ٍ َّ‫ع ْن ابْ ِن َعب‬ -
ُ َ َ َْ َ َ َ ْ َ ُ َ َ ُ َُ َ َ َ َ َ 52
‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم فَِإذَا َكا َن‬ َ
ِ َّ‫ول الل‬
‫ه‬ ُ ‫س‬
َُ‫ر‬ ‫ال‬َ ‫ق‬
َ ‫ف‬
َ ‫ى‬ ‫ار‬ ‫َّص‬ ‫ن‬ ‫ال‬
‫و‬ ‫ود‬ ‫ه‬ ‫ي‬ْ‫ل‬ ‫ا‬
َ َ َ ُ ُ َ ُ ُ َ ٌ َْ ُ ‫ه‬ ‫م‬ ِّ
‫ظ‬ ‫ع‬ ‫ت‬
ُ ‫م‬ ‫و‬ ‫ي‬ ‫ه‬ َّ
‫ن‬ ِ
‫إ‬ ِ
‫ه‬ َّ
‫ل‬ ‫ال‬ ‫ول‬
َ ‫س‬ ‫ر‬
َُ َ ‫ا‬ ‫ي‬ ‫ا‬
‫و‬ ‫ال‬
ُ َ‫ق‬ ِ
‫ه‬ ِ
‫ام‬ َ ‫ي‬‫ص‬ِ ِ‫ب‬
‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه‬ ِ َّ‫ول الل‬
‫ه‬ ‫س‬ ‫ر‬ ‫يِّف‬
‫و‬ ‫ت‬ ‫ح‬ ‫ل‬ ِ
‫ب‬ ‫ق‬ ‫م‬ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫ام‬ ‫ع‬ ‫ل‬ ‫ا‬ ِ
‫ت‬ ْ
‫أ‬ ‫ي‬ ‫م‬ ‫ل‬ ‫ف‬ ‫ال‬ ‫ق‬ ‫ع‬ ِ
‫َّاس‬ ‫ت‬ ‫ال‬ ‫م‬‫و‬ ‫ي‬ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫ا‬‫ن‬ ‫م‬ ‫ص‬ ‫ه‬ َّ
‫ل‬ ‫ال‬ ‫اء‬ ‫ش‬ ‫ن‬ ِ‫إ‬ ‫ل‬ ِ
َ ُ ُ ‫ىَّت‬
َُ َ ُ َ ُ ُ ُ َ َ ْ ْ ْ ْ َ َ َ َ َ ْ
ََْ ْ ُ ُ ََ َ ْ ُ ‫الْ َع ُام الْ ُم ْقب‬
)‫ (رواه مسلم وأبو داود‬.‫َو َسلَّ َم‬
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan
Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah !
Sesungguhnya hari ini (‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara.” Maka
Baginda bersabda: “Sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan , pasti daku akan berpuasa
juga pada hari sembilan (9 Muharram).”  (Riwayat Imam Muslim)
“ Aisyah (r.a) berkata; "Rasulullah   mengarahkan supaya berpuasa pada Hari Asyura. Apabila
puasa bulan Ramadan difardhukan (diwajibkan), siapa yang hendak berpuasa (pada Hari
Asyura) maka dia boleh berpuasa dan sesiapa yang hendak berbuka, maka dia boleh berbuka
(tidak berpuasa).“

Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari ”

Dari Aisyah (r.a) katanya; "Orang Quraisy di zaman jahilliyah berpuasa pada Hari Asyura dan
Rasulullah   juga berpuasa pada Hari Asyura. Apabila baginda datang ke Madinah, baginda
berpuasa pada hari itu dan meyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa
Ramadan, ditinggalkan puasa pada Hari Asyura lalu baginda bersabda: "Siapa yang mahu, dia
boleh berpuasa (sunat Hari Asyura) dan siapa yang tidak mahu berpuasa, dia boleh
meninggalkannya.“

Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim


• Sejarah Asyura bagi Perspektif Syiah
Pada masa zaman sebelum Islam, 'Asyura diperingati sebagai hari raya
rasmi bangsa Arab. Pada masa itu mereka berpuasa dan bersyukur
menyambut 'Asyura. Mereka merayakan hari itu dengan penuh kegembiraan
sebagaimana hari Nawruz yang dijadikan hari raya di negara Iran. Dalam
sejarah Arab, hari 'Asyura (10 Muharram) adalah hari raya bersejarah. Pada
hari itu setiap suku mengadakan perayaan dengan mengenakan pakaian baru
dan menghias kota-kota mereka. Sekelompok bangsa Arab, yang dikenal
sebagai kelompok Yazidi, merayakan hari raya tersebut sebagai hari
kegembiraan setelah kejayaan membunuh pemberontak kerajaan bani
Umaiyyah yang diketuai cucu Rasulullah s.a.w iaitu Hussein bin Ali dan para
sahabat yang derhaka pada pemerintahan.
• Perkara sunat dilakukan pada hari Assyura
1. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana
Allah Taala.
2. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri.
3. Memuliakan fakir miskin.
4. Menahan marah.
5. Menunjukkan jalan yang lurus / membetulkan orang yang sesat / orang yang salah (terpesong aqidah (
tauhid) dan akhlaknya).
6. Menyapu / mengusap kepala anak yatim (menghormati dan memuliakan mereka).
7. Bersedekah.
8. Memelihara kehormatan diri.
9. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
10. Bercelak.
11. Membaca Qulhuwallah (Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali.
12. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat
rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah
 sebelas kali.
13. Menjamu orang berbuka puasa.
CONTOH BUBUR ASSYURA DI
MALAYSIA
SEBAGAI ORANG ISLAM KITA
PERLU MENGETAHUI DAN
MENGAMBIL IBRAH BERKAITAN
PERISTIWA HARI ASSYURA
SEKIAN,
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai