Anda di halaman 1dari 4

MODUL: Daya Hebat

Ujian Pra
1.

Daya F

Dalam rajah di atas, Daya F dikenakan kepada sebuah kereta sorong untuk
mengangkat satu hujungnya dari permukaan tanah. Yang manakah antara yang
berikut nama yang paling sesuai untuk daya F?

A. Beban
B. Fulkrum
C. Tuas
D. Usaha

2. Yang manakah antara pernyataan di bawah ini adalah benar?

1. Tekanan di dalam cecair bertambah jika kedalaman bertambah.


2. Atmosfera mengenakan tekanan pada Bumi.
3. Ketumpatan udara lebih rendah berbanding dengan ketumpatan air.
4. Tekanan bergantung pada daya dan jarak.

A. Semua pernyataan di atas adalah benar.


B. Pernyataan 2 dan 4 adalah benar.
C. Pernyataan 1, 2 dan 3 adalah benar.
D. Pernyataan 1 dan 3 adalah benar.

1
3. Yang manakah antara pernyataan di bawah ini adalah benar?

1. Daya diukur dengan Newton.


2. Daya sentiasa bertindak secara menegak.
3. Daya menyebabkan perubahan berlaku.
4. Daya hanya bertindak jika terdapat sentuhan dengan suatu objek.

A. Pernyataan 1, 2 dan 3 adalah benar.


B. Hanya pernyataan 1 adalah benar.
C. Pernyataan 1 dan 3 adalah benar.
D. Tiada satu pernyataan di atas adalah benar.

4.

Seorang lelaki dan seorang wanita sedang


berjalan menaiki anak tangga.
Setiap anak tangga ialah setinggi 20cm.
Terdapat sejumlah 6 anak tangga.
Berat wanita itu ialah 450N.
Berat lelaki itu pula ialah 540N.

2
Soalan Jawapan
Antara lelaki dan
wanita itu, siapakah
yang melakukan kerja
yang lebih banyak
semasa menaiki
tangga?

Terangkan jawapan
anda. Anda juga perlu
menunjukkan langkah
pengiraan yang jelas.

Apakah unit
pengukuran yang
digunakan untuk kerja
yang dilakukan?

3
5. Dua orang kanak-kanak sedang duduk di atas sebuah jongkang-jongkit.
Jongkang-jongkit adalah seimbang.

Berat kanak-kanak yang pertama ialah 250N dan dia duduk pada jarak 150cm dari
bahagian tengah jongkang-jongkit tersebut.

Berat kanak-kanak kedua ialah 200N,

Hitung jarak dari bahagian tengah jongkang-jongkit yang perlu dia duduk supaya
jongkang jongkit itu seimbang.

Tunjukkan langkah pengiraan anda dengan jelas.

Anda mungkin juga menyukai