Anda di halaman 1dari 2

Ucapan Perhimpunan Pagi

Tarikh : 01 Jan 2018, Isnin

Jan: 7.40 pg

Guru Bertugas : Ismi, Fadilah, Farhani, Murizah

Minggu Bertugas : Pertama....01-04 Jan 2018

Apa Tujuan Dan Matlamat Anda Ke Sekolah Sebenarnya??

Hadir Sekolah untuk Jadi Artis?Top Model ?ketua Mafia?atau tempat Cari Jodoh ?

Jika di tanya kepada para pelajar apa tujuan mereka ke sekolah?agaknya


apakah jawapan mereka atau mungkin ada yang akan memberi jawapan
spontan untuk belajar?

Pilihan di tangan kita samaada menjadi seorang yang berjaya atau gagal dan terus
gagal
Sesi Persekolahan telah pun bermula,pelajar di nasihatkan fokus belajar,namun adakah mereka boleh fokus jika
di benarkan membawa smartphone?di awal tahun ini kecoh tentang isu Pelajar membawa handphone ke
sekolah pelbagai reaksi dan komen di terima mengenai isu pelajar membawa handphone ke sekolah,ada yang
setuju ada yang tidak setuju.
Berbalik kepada topik kita,Pelajar ke sekolah untuk apa? adakah sekolah itu tempatnya untuk
berfesyen?sedangkan pelajar sendiri sudah sedia maklum tentang ketetapan undang undang di sekolah.dan ada
di antara pelajar masih tetap melanggar undang undang yang di tetapkan di sekolah.

Tujuan Pelajar ke sekolah :

 Adalah untuk menuntut ilmu pengetahuan dan ini juga adalah untuk kepentingan di masa hadapan.
 Di sekolah kita di ajar supaya berdisiplin agar kita dapat menjalani kehidupan yang lebih baik walaupun
selepas tamat persekolahan.
 Apabila menjejakkan kaki ke sekolah maka inilah masanya untuk para pelajar fokus menumpukan apa
yang di ajar oleh para guru yang mengajar pelbagai subjek
 Walaupun kita di marah oleh guru tetapi percayalah para guru semua mahu buat dan berikan yang
terbaik untuk para pelajarnya,setiap kesilapan kita di tegur,ini untuk diri pelajar itu sendiri agar tidak
mengulangi kesilapan.
 Para guru sehabis daya,sehabis tenaga akan pastikan anak anak muridnya berjaya kelak sama seperti
harapan ibu bapa terhadap anaknya.

Oleh itu usah di sia siakan zaman persekolahan ini,masa tidak akan kembali sebaliknya terus beredar maka
bermula dari zaman sekolah lah yang bakal mencorak masa hadapan.

Ke sekolah untuk kejar glamour?sia sia saja jika glamour tetapi otak tidak cerdik,pemalas atau tidak pandai
berdikari.

Ke sekolah untuk bergelar Ketua Mafia??ibu bapa anda berpenat mencari rezeki,menjaga kita dengan baik dan
menghantar kita ke sekolah untuk jadi insan berguna bukannya pergi ke sekolah untuk membuli teman teman
yang lain atau bergaduh sesama sendiri.

Ke sekolah untuk mencari jodoh??percayalah kanak kanak sekarang sudah pandai bercouple apatah lagi yang
telah bersekolah menengah,usah hancurkan matlamat ke sekolah untuk belajar dan menuntut ilmu,bukannya
mencari jodoh,bila Clash maka mood nak belajar pun hilang,duit yuran yang di bayar oleh ibu bapa kita untuk
belajar di sekolah bukan di gunakan untuk belajar mencari kekasih.

Renungkan sedalam dalamnya buat semua murid khususnya yang masih bersekolah,apa matlamat dan tujuan
anda ke sekolah?apakah fungsi Guru,buku teks dan sekolah??

Tanya dan jawab dari hati sendiri,hidup untuk berjaya atau gagal dan terus gagal?..

Anda mungkin juga menyukai