Anda di halaman 1dari 11

Orang yang cedera boleh dibawa dengan dua cara, iaitu dibawa oleh satu orang atau

dibawa oleh dua orang.

Dibawa oleh satu orang

1. Kaedah mengangkat dalam tangan/dukung

Kaedah ini digunakan apabila orang tersebut lebih ringan atau seorang kanak-kanak. Dalam
kaedah ini, orang yang cedera hendaklah diangkat di bawah bahu dan lutut dengan tangan.
Dia harus diangkat dengan selesa.
2. Mengganding mangsa

Dalam kaedah ini, pengakap berdiri di sisi pesakit dengan memegang pinggangnya serta
meletakkan tangan pesakit ke atas bahunya. Kemudian mengangkat pesakit tersebut dan
membawa dan memberi sokongan kepada pesakit.

.................................................
3. Mendukung di bahu
Biarkan pesakit berdiri. Pegang sebelah tangannya dan masukkan sebelah lagi tangan anda
di antara kedua belah kaki pada lutut. Pegang sebelah kakinya pada lutut dan angkat
pesakit di atas belakang anda. Pesakit boleh juga diduduk pada tempat yang agak tinggi,
bongkok di hadapannya dengan bahagian mukanya di atas belakang anda. Suruh pesakit
mengepit kakinya di pinggang anda dan tangannya memeluk bahu anda dan angkat
perlahan-lahan.
4. Mendukung di belakang
Dibawa oleh dua orang

1. Duduk di atas dua tangan


Kaedah ini digunakan apabila terdapat patah pada tangan pesakit, dan pesakit tidak dapat
memegang pembantu. Kedua-dua pembantu berdiri berhadapan di sisi pesakit dan pegang
pesakit dengan sebelah tangan pada paras dada. Kemudian angkat pesakit sedikit dan
pegang tangan antara satu sama lain di bahagian tengah paha. Pembantu sebelah kiri
hendaklah meletakkan tapak tangannya mengadap ke atas dan pembantu di sebelah kanan
hendaklah mengadap tangannya ke bawah dan membentuk cangkuk dengan jari-jari.
Kedua-duanya boleh juga memegang sapu tangan atau sebarang jenis kain dengan kuat.
Selepas itu barulah pembantu boleh mula berjalan perlahan-lahan.

2. Duduk di atas empat

tangan
Kedua-dua pengakap membentuk tempat duduk seperti kerusi dengan memegang
pergelangan tangan antara satu sama lain. Kedua-dua pengakap memegang tangan kanan
kiri seorang lagi dengan menggunakan tangan kanan mereka. Selepas membentuk tempat
duduk, kedua dua pengakap duduk di belakang pesakit dan menyuruh pesakit duduk dan
meletakkan kedua-dua belah tangannya ke tengkuk kedua-dua orang pengakap.
Berikutnya, pengakap di sebelah kanan harus mula melangkah dengan kaki kanan
sementara pengakap di sebelah kiiri melangkah dengan kaki kiri.

3. Duduk di atas tiga

tangan
4. Usungan sebaris

Kaedah ini digunakan apabila tidak cukup ruang untuk menggunakan kaedah duduk di atas
dua, tiga dan empat tangan. Dalam kaedah ini, seorang pengakap memegang pesakit pada
lututnya dan seorang lagi memeluk dadanya dari belakang. Kedua dua pengakap
mengangkat pesakit dengan perlahan-lahan.
5. Menganding pesakit

Risiko Memindah Orang Cedera


1. Saluran penafasan pesakit mesti sentiasa dijaga dengan baik, jangan biarkan tersumbat
atau tersekat, jika boleh dapatkan udara yang bersih.
2. Jika pesakit keluar darah yang terlalu banyak, cuba hentikan darahnya secepat mungkin.
3. Jika pesakit patah tulang dan keluar darah terlalu banyak jangan pindahkan pesakit jika
tidak perlu
4. Peralatan pertolongan cemas mesti cukup. Jika tidak ini akan menyakitkan pesakit.
5. Sentiasa perhatikan denyutan nadi dan penafasan pesakit dengan membuat rekod demi
keselamatan pesakit.
6. Alat-alat pengangkutan seperti usungan mesti diperiksa terlebih dahulu demi keselesaan
dan keselamatan pesakit.
7. Memilih teknik atau cara mengangkut pesakit sesuai dengan kecederaan yang
dialaminya.

Anda mungkin juga menyukai