Anda di halaman 1dari 2

PRINSIP ASAS MENGANGKAT PESAKIT

Teknik Tanpa Menggunakan Usungan

● Piggy Back Carry


Satu cara dukungan mangsa dimana mangsa mestilah dalam keadaan sedar
dan mampu berdiri.Teknik ini mestilah dilakukan kepada mangsa yang tidak
mengalami kecederaan tulang yang teruk.Cara untuk melaksanakan teknik ini
adalah dengan membantu mangsa berdiri terlebih dahulu kemudian anda berdiri
di hadapan mangsa sambil membelakangkan mangsa.Kemudian letakkan
kedua-dua lengan mangsa di atas bahu anda.Silangkan tangan mangsa di atas
bahu anda.Selepas itu,bengkokkan badan anda kehadapan dan angkat
mangsa.Pastikan mangsa menggenggam pergelangan tangan dan kepit kedua-
dua paha dibawah ketiak anda.Akhir sekali,pastikan mangsa dalam keadaan
selesa semasa perlaksanaan teknik ini.

● Crandle carry / Darling carry


Teknik ini dilakukan ketika mangsa dalam keadaan sedar atau pengsan dan
mangsa mestilah boleh diampu oleh tangan anda dalam keadaan baring,duduk
atau terlentang.Teknik ini dilakukan dengan cara mengampu satu tangan anda
di belakang mangsa dan memeluk ketiaknya dan satu lagi tangan anda ampu di
bawah pelibat lututnya.Jika mangsa pengsan,kepala mangsa akan terlentuk ke
belakang atau ke bawah.Teknik ini juga tidak sesuai kepada mangsa yang
mengalami kecederaan tulang belakang yang teruk.Jika mangsa berada dalam
keadaan sedar,minta mangsa untuk memeluk atau memaut leher anda.

● Fireman’s lift
Teknik ini dilakukan pada masa yang pengsan dan mangsa mestilah mampu
dipikul oleh penyelamat.Baring atau terlentengkan mangsa dengan lutut
menegak.Kemudian,pegang pergelangan tangan mangsa dan tentukan tapak
tangannya menghala ke bawah.Selepas itu,sendalkan hujung kaki anda kepada
hujung kaki mangsa dan tarik ke atas menghala anda dalam masa yang sama.
Jika mangsa berada dalam keadaan pengsan, masukkan kedua tangan di
bawah ketiaknya.Masukkan kepala dan belakang anda di bawah dada dan ketiak
mangsa di atas bahu anda.Biarkan mangsa terletak di atas bahu anda, rasa
berat badannya, angkat dan terus berdiri.Masukkan tangan di mana bahu anda
menanggung beban mangsa di celah kelangkang mangsa dan kepit kaki
mangsa serta pegang pergelangan tangannya, satu atau kedua-duanya sekali.

● Pack Strap carry


Teknik ini adalah cara mudah untuk mengawal mangsa. Boleh dilakukan kepada
mangsa yang berada dalam keadaan sedar atau pengsan.Apabila mangsa
dalam keadaan sedar,angkat mangsa dalam kedudukan berdiri.Kemudian,berdiri
menghadap mangsa dan pusingkan badan anda sambil membelakangkan
mangsa, angkat kedua-dua tangan mangsa ke bahu dan silangkan di dada
anda.Pastikan mangsa betul-betul berdiri lurus dan ketiaknya betul-betul di
atas bahu anda.Bengkokkan sedikit badan anda kehadapan supaya badan.
mangsa juga akan sedikit terangkat.Pastikan tangan mangsa lurus di atas dada
anda dan tinggikan kakinya dari mencecapengsan.Apabila mangsa dalam
keadaan tidak sedar atau pengsan,terlentangkan mangsa dan anda baring
terlentang di atasnya. Perlu diingat kawal berat badan anda dalam keadaan
ini.Kemudian,pegang kedua-dua pergelangan tangannya dan meniarap, mangsa
akan meniarap di belakang anda.Pegang pergelangan tangan mangsa dengan
satu tangan dan satu tangan lain bersama-sama kedua-dua lutut menompang
keberatan mangsa untuk berdiri.

● Shoulder drag
Teknik ini dilakukan pada mangsa yang pengsan atau tidak boleh
berjalan.Teknik ini dimulakan dengan memasukkan tapak tangan anda di ketiak
mangsa.Anda perlu melutut di kepala mangsa dan kaedah ini memerlukan anda
menarik mangsa secara berundur ke belakang.Permukaan dan lantai yang kasar
tidak sesuai menggunakan teknik ini.

● Inclined drag dawn


Teknik ini adalah cara untuk mengheret mangsa pengsan ke bawah melalui
tangga dan dari tempat curam ke tempat rata.Terlentangkan mangsa sambil
kepala lutut anda menahan kepalanya supaya berkedudukkan
duduk.Pelukkan tangan anda di bawah lengan mangsa dan pegang kedua-
dua pergelangan tangannya.Heret mangsa dengan cara anda mengundur ke
belakang.

Anda mungkin juga menyukai