Anda di halaman 1dari 23

Dibawa oleh satu orang

1. Kaedah mengangkat dalam


tangan/dukung

Kaedah ini digunakan apabila


orang tersebut lebih ringan
atau seorang kanak-kanak.
Dalam kaedah ini, orang yang
cedera hendaklah diangkat di
bawah bahu dan lutut dengan
tangan. Dia harus diangkat
dengan selesa.
2. Mengganding mangsa

Dalam kaedah ini, pengakap


berdiri di sisi pesakit dengan
memegang pinggangnya
serta meletakkan tangan
pesakit ke atas bahunya.
Kemudian mengangkat
pesakit tersebut dan
membawa dan memberi
sokongan kepada pesakit.
3. Mendukung di bahu

Biarkan pesakit berdiri. Pegang


sebelah tangannya dan masukkan
sebelah lagi tangan anda di antara
kedua belah kaki pada lutut. Pegang
sebelah kakinya pada lutut dan
angkat pesakit di atas belakang anda.
Pesakit boleh juga diduduk pada
tempat yang agak tinggi, bongkok di
hadapannya dengan bahagian
mukanya di atas belakang anda.
Suruh pesakit mengepit kakinya di
pinggang anda dan tangannya
memeluk bahu anda dan angkat
perlahan-lahan.
4. Mendukung di belakang
5. Duduk di atas dua tangan

Kaedah ini digunakan apabila terdapat patah


pada tangan pesakit, dan pesakit tidak dapat
memegang pembantu. Kedua-dua pembantu
berdiri berhadapan di sisi pesakit dan pegang
pesakit dengan sebelah tangan pada paras
dada. Kemudian angkat pesakit sedikit dan
pegang tangan antara satu sama lain di
bahagian tengah paha. Pembantu sebelah kiri
hendaklah meletakkan tapak tangannya
mengadap ke atas dan pembantu di sebelah
kanan hendaklah mengadap tangannya ke
bawah dan membentuk cangkuk dengan jari-
jari. Kedua-duanya boleh juga memegang sapu
tangan atau sebarang jenis kain dengan kuat.
Selepas itu barulah pembantu boleh mula
berjalan perlahan-lahan.
6. Duduk di atas empat tangan

Kedua-dua pengakap membentuk tempat


duduk seperti kerusi dengan memegang
pergelangan tangan antara satu sama
lain. Kedua-dua pengakap memegang
tangan kanan kiri seorang lagi dengan
menggunakan tangan kanan mereka.
Selepas membentuk tempat duduk, kedua
dua pengakap duduk di belakang pesakit
dan menyuruh pesakit duduk dan
meletakkan kedua-dua belah tangannya
ke tengkuk kedua-dua orang pengakap.
Berikutnya, pengakap di sebelah kanan
harus mula melangkah dengan kaki
kanan sementara pengakap di sebelah
kiiri melangkah dengan kaki kiri.
7. Duduk di atas tiga tangan
8. Usungan sebaris

Kaedah ini digunakan apabila


tidak cukup ruang untuk
menggunakan kaedah duduk
di atas dua, tiga dan empat
tangan. Dalam kaedah ini,
seorang pengakap
memegang pesakit pada
lututnya dan seorang lagi
memeluk dadanya dari
belakang. Kedua dua
pengakap mengangkat
pesakit dengan perlahan-
lahan.
9. Menganding pesakit
Risiko Memindah Orang Cedera

1. Saluran penafasan pesakit mesti sentiasa dijaga dengan baik, jangan


biarkan tersumbat atau tersekat, jika boleh dapatkan udara yang bersih.
2. Jika pesakit keluar darah yang terlalu banyak, cuba hentikan darahnya
secepat mungkin.
3. Jika pesakit patah tulang dan keluar darah terlalu banyak jangan
pindahkan pesakit jika tidak perlu
4. Peralatan pertolongan cemas mesti cukup. Jika tidak ini akan
menyakitkan pesakit.
5. Sentiasa perhatikan denyutan nadi dan penafasan pesakit dengan
membuat rekod demi keselamatan pesakit.
6. Alat-alat pengangkutan seperti usungan mesti diperiksa terlebih dahulu
demi keselesaan dan keselamatan pesakit.
7. Memilih teknik atau cara mengangkut pesakit sesuai dengan kecederaan
yang dialaminya.
IKATAN BUKU SILA
Kegunaannya :
Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka,
menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan
barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang
dibuka semula

Anda mungkin juga menyukai