Anda di halaman 1dari 4

Ayat menurut Arbak Othman (1981: 222) ialah suatu ucapan yang mengandungi satu

fikiran yang sempurna. Untuk suatu ucapan itu mengandungi fikiran yang sempurna ianya
biasanya terdiri daripada suatu susunan perkataan yang penjelmaannya didahului dan
diakhiri oleh kesenyapan. Menurut Nik Safiah Karim et al (2014: 432) pula, ayat ialah unit
pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi
makna yang lengkap, yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta
mengandungi intonasi yang sempurna. Demikian juga ahli-ahli bahasa luar negara telah
memberi definisi ayat yang sama. Menurut Donald et al (1990: 1), A sentence is a self-
contained grammatical unit, usually containing a subject and a verb, that conveys to the
listener or the reader a meaningful assertion, command or exclaimation.

Terdapat empat jenis ayat dalam bahasa Melayu berdasarkan lagu bahasa dan
tujuannya iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Berdasarkan cerpen
yang telah dianalisis, jenis-jenis ayat yang telah dinyatakan adalah seperti berikut:

1. Ayat penyata.

Ayat penyata ialah ayat yang bertujuan untuk memberikan keterangan atau
menyatakan sesuatu perkara, benda atau orang. Ayat ini diujarkan dengan maksud
membuat penyataan, justeru ayat ini biasanya diujarkan dengan intonasi yang sederhana
dan mengalami perendahan sebelum kesenyapan. Ayat ini juga disebut sebagai ayat berita
atau ayat keterangan. Antara contoh ayat penyata yang terdapat dalam cerpen ialah:

BI CONTOH AYAT PERENGGAN DAN BARIS


L
1. Anak-anak Sulida kecil-kecil lagi. Perenggan 1 baris 15 dan 16
2. Dia memilih mata pahat yang kecil untuk memahat Perenggan 2 baris 2 hingga 5
belulang patung wayang kulit di hadapannya itu.
3. Matanya terasa amat pedih. Perenggan 3 baris 4
4. Pak Yasok ke surau dan ke masjid seperti orang Perenggan 5 baris 11 hingga 13
lain juga.
5. Pak Yasok mengesat mata tuanya yang basah. Perenggan 7 baris 5 hingga 7

6. Hujan semakin reda. Perenggan 10 baris 2 dan 3


7. Pak Yasok tercenggang. Perenggan 12 baris 1
8. Pak Yasok menjawab penuh salam tersebut. Perenggan 12 baris 10 hingga 12
9. Bajunya sedikit lembap kerana terkena biasan Perenggan 14 baris 9 hingga 11
hujan di pelantar dapur.
10. Pak cik tak pernah belajar kat mana-mana Perenggan 18 baris 2 hingga 4
universiti.

10
Jadual 1 Jadual contoh ayat penyata

Bentuk asas ayat penyata ialah subjek dan predikat manakala strukturnya pula boleh
terdiri daripada ayat tunggal seperti yang terdapat pada contoh 6 (Hujan semakin reda.) dan
ayat majmuk contoh 9 (Bajunya sedikit lembap kerana terkena biasan hujan di pelantar
dapur.) Binaan ayat penyata dimulakan dengan huruf besar dan diakhiri dengan noktah yang
menandakan kesenyapan dan berakhirnya ayat tersebut.

2. Ayat Tanya.

Ayat tanya ialah ayat yang bertujuan untuk menanyakan sesuatu hal. Intonasi ayat
tanya berbeza daripada ayat penyata dari segi nada akhirnya, iaitu nada menaik. Dalam
penulisan, ayat tanya digambarkan melalui penggunaan tanda tanya atau tanda soal (?)
pada akhir ayat. Ayat tanya pula dapat digolongkan kepada dua jenis utama iaitu:

Ayat tanya tanpa kata tanya.


Ayat tanya dengan kata tanya.

BIL. JENIS AYAT TANYA CONTOH AYAT PERENGGAN DAN


BARIS
1. Ayat tanya tanpa kata tanya Pernah kau lihat aku tak Perenggan 6 baris 13
sembahyang dan aku tak hingga 15
puasa?
2. Ayat tanya dengan kata ganti Siapakah yang ke mari Perenggan 11 baris 6
nama diri tanya dalam hujan-hujan hingga 8
begini?
3. Ada apa anak datang ke Perenggan 16 baris 1
Ayat tanya terbuka rumah pak cik hujan- hingga 3
hujan begini?
4. Adakah dia mengenali Perenggan 11 baris 6
atau tidak susuk yang hingga 8
Ayat tanya tertutup semakin hampir dengan
tangga rumahnya?
5. Rumah Pak Yasok? Perenggan 13 baris 1
Jadual 2 Jadual contoh ayat tanya

Berdasarkan jadual 2 di atas, ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya
diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Bagi contoh
yang kedua pula merupakan ayat tanya dengan unsur tanya yang tergolong dalam jenis kata
tanya dengan kata ganti nama diri tanya iaitu siapa. Dalam penulisan, ayat jenis ini perlulah
menerima partikel kah pada unsur yang dikedepankan seperti yang terdapat dalam contoh.

11
Contoh 3 pula merupakan ayat tanya jenis terbuka yang terdapat dalam cerpen. Ayat tanya
terbuka ialah ayat yang jawapannya tidak terhad kepada perkataan ya atau tidak/bukan
sebaliknya bergantung pada maksud yang terkandung dalam ayat tanya tersebut. Berbeza
dengan contoh ayat 4 dan 5, ayat tersebut merupakan ayat tanya tertutup yang memerlukan
jawapan ya atau tidak/bukan.

3. Ayat perintah.

Ayat perintah pula ialah ayat yang mengandungi unsur arahan oleh penutur kepada
pendengar dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada
orang kedua seperti kamu, awak dan engkau tetapi kata ganti nama diri orang kedua ini
biasanya digugurkan. Ayat perintah diujarkan dengan intonasi perintah, iaitu dengan nada
yang menurun tetapi keras pada mana-mana perkataan yang hendak ditekankan
maksudnya. Nada sedemikian adalah untuk mendapatkan respon daripada pendengar.
Seterusnya, ayat perintah dapat dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan penggunaan
kata khusus tersebut. Antara jenis-jenis ayat perintah adalah seperti di bawah:

Ayat suruhan ayat yang digunakan dengan tujuan memberi arahan atau perintah.
Ayat larangan ayat yang digunakan untuk menegah seseorang melakukan sesuatu.
Ayat silaan ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menjemput seseorang.
Ayat permintaan ayat yang digunakan untuk memohon pertolongan/ permintaan.

BIL. JENIS AYAT CONTOH AYAT PERENGGAN DAN BARIS


1. Ayah berhentilah buat Perenggan 4 baris 1 dan 2
kerja yang sia-sia ni ayah.
Ayat suruhan
2. Kau tak layak untuk Perenggan 6 baris 1
nasihatkan aku.
3. Ayat silaan Ya, naiklah. Perenggan 14 baris 1
4. Ayat permintaan Harap dapatlah pakcik Perenggan 16 baris 8
bantu saya.
Jadual 3 Jadual contoh ayat perintah

Berdasarkan jadual 3 di atas, contoh ayat 1 dan 2 merupakan ayat suruhan iaitu ayat
yang digunakan dengan tujuan memberi arahan. Dalam contoh tersebut, partikel lah telah
digunakan melembutkan di samping menegaskan predikat. Subjek ayah pula dikekalkan
untuk tujuan penegasan subjek. Ayat silaan dalam contoh 3 pula ialah ayat dengan tujuan
untuk menjemput atau mempersilakan seseorang. Seperti ayat lain juga, ayat ini boleh
dilembutkan dengan penggunaan partikel penegas lah seperti dalam contoh, naiklah.
Seterusnya, ayat permintaan ialah ayat yang digunakan bertujuan untuk memohon
permintaan dan pertolongan seperti dalam contoh ayat 4.

12
4. Ayat seruan.

Ayat seruan merupakan ayat yang diucapkan untuk melahirkan berbagai-bagai


perasaan seperti gembira, sedih, kagum dan sebagainya. Gambaran perasaan penutur
dapat dilihat dengan berdasarkan kata seru yang digunakan serta intonasi naik atau turun
pada akhir ayat bergantung pada ragam perasaan yang hendak ditunjukkan oleh penutur.
Contoh ayat seruan yang terdapat dalam cerpen yang telah dikaji ialah:

BIL. CONTOH AYAT PERENGGAN DAN BARIS


1. Ah, lamunanku terlalu jauh, getus Pak Yasok. Perenggan 10 baris 1 dan 2
Jadual 4 Jadual contoh ayat seruan

Dalam penulisan ayat seruan di atas, ayat seruan dapat dikenal pasti melalui
penggunaan kata seru ah dan tanda seru (!) pada akhir ayat.

Kesimpulannya, ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam
susunan tatabahasa dan terbahagi kepada empat jenis ayat utama yang terdapat dalam
bahasa Melayu iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Ayat-ayat ini
mempunyai fungsi yang berbeza-beza dalam penggunaan seharian mengikut tujuan si
penutur dan turut berlainan dari segi intonasi ayat-ayat tersebut diujarkan.

13

Anda mungkin juga menyukai