Anda di halaman 1dari 38

OUTWARD BOUND

K e m B a r a , r e k r e a s i , n m e

sedikit note peta,kompas n navigasi HBU115

berbuka puasa n wall climbing at sek 13 with kembara(08/09/09)

ORIENTEERING HBU135-(tp nie lebih byk information)

PENGENALAN

Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu

tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas.

Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan di antara koordinasi fizikal dan

mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik

kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah

ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.

Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara

sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt).

Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan

ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.

Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh menggunakan panduan angin untuk

menentukan arah. Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan pengetahuan penelitian yang betul

kerana cara ini kelazimannya bergantung kepada keadaan cuaca dan hari yang terang. Antara

panduan yang lazim dan kerap digunakan ialah pergerakan matahari dari timur ke barat

pergerakan bintang arah ke barat; kumpulan bintang yang dapat menunjuk arah ke utara;

pengaliran air mata air ke sungai dan mengalir terus ke kuala/laut yang selalunya ada terdapat

perkampungan dan arah tiupan angin.

3.0 Sejarah dan perkembangan

3.1 Sejarah permulaan

Mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke 19. Dalam tahun 1918, Major

Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetatif, berperaturan dan

diterima ramai. Beliau telah digelar sebagai Bapa Orienteering. Orienteering mengikut Model

Killander merangkumi beberapa aspek iaitu dalam aktiviti orienteering bagi Ernst Killander ialah

seseorang itu memerlukan daya ketahanan diri yang tinggi dalam melakukan aktiviti ini. Aspek
stamina merupakan aspek yang diutarakan oleh beliau yang mengatakan stamina memainkan

peranan selepas daya ketahanan tanpa stamina yang tinggi maka aktiviti yang terdapat dalam

orienteering ini tidak dapatberjalan dengan lancar. Selain daripada itu aspek kecekapan berlari

juga merupakan aspek yang penting kerana seseorang itu perlu tahu bagaimana hendak

menggunankan teknik berlari dengan betul kerana aktiviti orienteering ini dijalankan di atas

permukaan yang berbagai-bagai contoh cara lari menaiki bukit, cara lari turun bukit dan cara lari

pada permukaan yang mendatar semua itu memerlukan aspek kecekapan berlari yang betul bagi

memudahkan aktiviti berjalan..

Aspek kekuatan mental juga merupakan aspek yang penting dalam aktiviti orienteering kerana

kekuatan mental akan menentukan tahap kesabaran seseorang itu semasa menghadapi liku-liku

dan cabaran dan dugaan dalam mencapai objektif atau tujuan awal yang dirancang sebelum

menggapai kejayaan. Selain penggunaan skil navigasi dalam bentuk mukabumi yang lebih

mencabar.

IOF ditubuhkan dalam tahun 1961 dengan 10 negara. Antara-antara Kejohanan-kejohanan dunia

yang dianjurkan oleh IOF adalah seperti World Orienteering Championships (WOC), World Cup

(WC), Junior World Orienteering Championships (JWOC), Asia-Pacific Orienteering Championships

(APOC), World Masters Orienteering Championships (WMOC)- 35 tahun keatas. Acara orienteering

terbesar yang dianjurkan adalah O-Ringen (Swedish Five-Days) yang melibatkan penyertaan

antara 15000 hingga 25000 orang.

3.2 Perkembangan di Malaysia

Bermula dari satu bengkel orienteering yang dikendalikan oleh En. Wan Sabri Wan Mansor (Dr),

Pensyarah UPM di Hutan Simpan Air Hitam, UPM pada tahun 1983. Penubuhan Persatuan

Orienteering Pulau Pinang (POA) dalam tahun 1983. Diikuti dengan penubuhan Persatuan

Orienteering Selangor & Wil. Persekutuan (WOA) pada tahun 1986. Kejohanan Orienteering

Terbuka Malaysia (MOOC) yang pertama telah diadakan dalam tahun 1988. Malaysia bergabung

dengan IOF dalam tahun 1992 melalui WOA. Penubuhan Persatuan Orienteering Malaysia (MOA)

dalam tahun 1994. Penubuhan 5 buah cawangan negeri iaitu Kedah, Johor, Terengganu, Selangor,

Wilayah Persekutuan dalam tahun 1996. MOA Caw. Pulau Pinang dan MOA Caw. Sabah pula

ditubuhkan pada tahun 1997.

4.0 JENIS-JENIS ORIENTEERING


Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering

Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O

yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah

Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)

Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)

Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)

Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)

Orienteering Malam (Night Orienteering)

Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)

Norwegian Event

4.1 Kebaikan sukan orienteering

Sukan untuk semua

Meningkatkan kecergasan fizikal

Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan

Memberi cabaran & keseronokan

Membina sikap positif & keyakinan diri

Menggunakan persekitaran yang sihat

Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas

Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas

5.0 TERMINOLOGI DAN ALATAN

Dalam aktiviti orienteering ini perlu tahu terminologi alatan-alatan yang digunakan bagi

menjalankan aktiviti ini antara alatan-alatan yang digunakan adalah seperti berikut:
1. i. Titik kawalan (Control point)

Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang

perlu dilawati oleh peserta.

Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan

manusia yang jelas.

Titik kawalan bukanlah check-point kerana ia tiada penjaga

dititik ini.

1. ii. Penanda kawalan (Control marker)

Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul.

Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda

dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam

lingkungan 10m).

Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher)

yang unik.

Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan

sebagai No. Kod Kawalan.

1. iii. Kad kawalan (Control card)

Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika

menyertai acarasebagai bahan bukti atau pengesahan.

Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula

(start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila

sampai di titik kawalan nanti. Kad ini perlu diserahkan kepada

penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan masa

penamat.

1. iv. Peta utama (Master map)


Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan

dengan keterangan kawalan.

Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.

1. v. Keterangan kawalan (Control description)

Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description)

kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik

kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik

kawalan.

Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk

teks tetapi dalam bentuk kod/gambarajah.

1. vi. Landasan (Course)

Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik

kawalan ke titik kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan

ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta

kemudiannya.

Tanda yang berkenaan landasan adalah

Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.

Titik kawalan dengan tanda bulatan.

Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.

Leg adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan

1. vii. Kompas (Compass)

Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.

Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.

6.0 PENGETAHUAN ASAS


Untuk memastikan aktiviti orienteering ini dapat dibuat dengan mudah

dan betul, maka seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan asas berkaitan

dengannya, iaitu:

1. i. Teknik membaca peta

2. ii. Teknik membaca kompas

3. iii. Boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling

6.1 Teknik Membaca PetaTopo

6.1.1 Definisi

Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari

udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor, skala,

petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang

tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.

Membaca peta ialah proses menafsirkan maklumat yang tergambar di atas peta kepada maklumat

sebenar yang diwakilinya. Peta merupakan satu gambaran yang dapat dilihat dari udara ke atas

sesuatu tempat atau kawasan yang menggambarkan keadaan tempat itu di segi jenis tanaman,

bangunan, jalanraya, sungai, paya, hutan tanah tinggi dan sebagainya. Peta yang selalu digunakan

untuk aktiviti orienteering ialah peta topographi.

6.1.2 Jenis-jenis peta

Terdapat beberapa jenis peta yang digunakan dalam aktiviti orienteering. Antara peta-pta yang

diterbitkan ialah peta topo, peta panduan jalanraya, peta khusus, atlas, peta imejan satelit dan

peta orienteering. Peta-peta ini menunjukan tempat dan bearing tempat yang hendak ditujui. Peta

yang sesuai digunakan ialah peta orienteering. Kandungan dalam peta orienteering ialah

mempunyai tajuk peta, Arah Utara Mempunyai skala samada 1:5000, 1:10000, atau

1:15000,petunjuk peta, garisan melaras utara-selatan, Kredit kerjaukur, kartografi, tarikh

cetakan, penaja dan sebagainya.

6.1.3 Warna-warna dalam peta

Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna tersebut adalah :-
Hitam ciri-ciri buatan manusia & batu

Perang kontor & jalanraya

Kuning keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka

Putih keadaan tumbuhan : berpokok/boleh

berlari

Hijau keadaan tumbuhan :berjalan/redah

Biru kawasan berair

6.1.4 Bentuk muka bumi

Garisan kontor dalam peta akan menerangkan maksud paras ketinggian yang samarata bagi

keadaan mukabumi berkenaan. Antara yang perlu diketahui adalah :-

Susuh bukit (spur) sejalur tanah yang menganjur keluar

Ceruk (re-entrant) berlawanan dengan susuh bukit

Permatang (ridge) tanah tinggi yang memanjang

Pelana (saddle) suatu lekukan yang terletak diantara dua bukit

Knol (tanah yang lebih besar dari busut tetapi kecil dari anak

bukit)

6.1.5 Maklumat Peta

Maklumat yang diperolehi dari peta dibahagi kepada dua iaitu:

1. i. Maklumat bingkai iaitu maklumat yang terdapat di luar dari

gambar peta.
1. ii. Maklumat gambar peta iaitu maklumat yang

menerangkan gambaran sebenar keadaan muka bumi dan

kegunaan tanah.

Dalam aktiviti pandu arah maklumat yang amat penting untuk diketahui dan difahami ialah

penafsiran garisan kontur yang menggambarkan keadaan rupa bumi sesuatu kawasan sama ada

berbukit, permatang, lurah, tanah rata, ataupun sungai. Keadaan rupa bumi diterangkan dengan

garisan kontur di mana jarak kenaikan antara garis kontur dipanggil selang koritur biasanya sama

ada 25 kaki, 50 kaki atau 100 kaki. lanya menggambarkan kenaikan ketinggian mengikut jarak

menegak dan bukan mengikut cerun atau lereng bukit. Selain menggambarkan ketinggian, kontur

juga menggambarkan bentuk dan keadaan cerun. Jika keadaan kontur rapat-rapat, ini

berertibahawa cerun adalah curam. Jika jarak antara garisan kontur sama, maka ia

menggambarkan cerun yang seragam. Selalunya garis kontur berbentuk V menunjukkan lurah

dan U menunjukkan permatang. Arah V selalunya menuju ke atas bukit.

6.1.6 Skala

Skala adalah nisbah satu unit sukatan di atas peta dengan unit sukatan yang sama di atas tanah.

Dalam lain perkataan ianya adalah kaitan di antara jarak di atas peta dengan jarak di permukaan

bumi yang sebenarnya yang ditunjukkan oleh skala peta itu. Contohnya skala peta 1 : 50,000

bermaksud setiap satu unit sukatan di atas peta mempunyai persamaan jarak 50,000 kali

pembesaran di atas tanah seperti 1 em di atas peta bersamaan dengan 50,000 em (5 km) di atas

tanah.

6.1.7 Garisan Grid

Semua peta mempunyai garisan grid yang membahagibahagikan peta itu dengan garis-garis

melintang dan membujur. Tiap-tiap garisan melintang (Utara) dan membujur (Timuran)

mempunyai nilai masing-masing yang diwakili oleh dua angka sahaja. Angka yang terkecil ialah 00

sementara yang terbesar ialah 99. Garisan girid ini dibuat bagi membantu kita menentukan

dengan cepat dan tepat lokasi di mana kita berada. Pembacaan garisan grid ini dibuat dengan

menyebut angka timuran dahulu dan diikuti dengan angka utara contohnya 98-99 garis bujur

(timuran) dan 48-49 garis lintang (utara).


6.1.8 Utara peta

Dalam aktiviti pandu arah, arah utara di dalam peta adalah merupakan arah magnetik utara yang

ditunjukkan oleh kornpas. Untuk mendapat arah utara atas peta seseorang itu hanya diperlukan

meletakkan kompas di atas peta sehingga jarum magnetik utaranya selari dengan tanda utara di

dalam peta tersebut.

6.1.9 Mengukur Jarak

Sukatan jarak yang lurus di atas peta boleh diukur dengan menggunakan kayu pembaris skil

kompas dan mendarabkan jarak mendatar 200 m dari atas peta.

6.2 Kompas

Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic merah hitam serta

ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Ia merupakan alat bantu dalam sukan

orienteering. Kompas digunakan bagi menentukan arah sesuatu tempat sama ada di atas peta

atau di permukaan bumi. Ketetapan sesuatu kompas adalah bergantung kepada kepekaan

jarumnya yang mudah dipengaruhi keadaan sekeliling terutama badan besi dan magnet. Dua jenis

kompas yang selalu digunakan ialah kompas prismatik dan kompas silva. Kompas dari jenis silva

adalah yang paling sesuai untuk digunakan di dalam aktiviti orienteering.

6.2.1 Jenis kompas

Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk tujuan navigasi. Antaranya

adalah Kompas Tentera, Kompas Orienteering, Kompas Marin, Kompas Kiblat, Kompas Digital.

Kompas orienteering pula terdapat dalam berbagai bentuk dan jenama

antaranya baseplate compass,thumb compass dan clip compass. Ianya direkacipta agar lebih

mudah dan praktikal. Dua jenama yang popular adalah Suunto buatan Finland dan Silva buatan

Sweden.

6.2.2 Anatomi kompas orienteering


Gambarajah Kompas Silva

PETUNJUK

1. Skala dalam mm dan inci

2. Kepingan tapa telus cahaya

3. Utara dial

4. Jarum magnetik Utara

5. Bekas kompas mengandungi cecair dengan dial berpengukur dan

garisan pengarah.

6. Anak panah arah perjalanan

7. Kanta pembesar

8. Petunjuk indeks (untuk menetap dan membaca bering)

9. Anak panah
10. Dial

11. Lubang untuk ikat tali

6.2.3 Mengukur, bearing di atas peta

Pengukuran bearing dari satu titik kawalan ke titik kawalan yang lain yang ditandakan di atas peta

boleh dibuat melalui beberapa peringkat contohnya di antara titik K dan titik L.

a) Letakkan kompas di atas garis penghubung diantara titik K dan titik L yang ditanda di peta.

Jika garisan penghubung sukar dilihat kerana dilindungi oleh kompas, aturkan supaya satu

daripada bahagian tepi kornpas selari dengan garisan penghubung K dan L. Pastikan anak panah

mara menghala ke arah titik yang hendak dicari bearing. Dalam contoh ini titik yang bearingnya

hendak dicari ialah L. Oleh itu anak panah mara hendaklah menghala ke L dan bukan ke K.

b) Tanpa mengubah kedudukan kompas di atas peta, pusingkan dial sehingga anak panah

kompas dan garisan girid selari dengan garisan penghubung K dan L.Pada masa yang sama jarum

utara kompas hendaklah sama arah dengan utara peta.

c) Bacaan bearing K ke L didapati dari garisan indeks.

6.2.4 Mencari Bearing Objek Di Atas Tanah

Cara mencari bearing kompas dengan menggunakan kompas orienteering adalah seperti berikut:

a) Hendaklah berdiri menghala ke arah objek yang akan dicari bearingnya.

b) Kompas hendaklah diletakkan di atas tapak tangan denqan kedudukan tapak tangan rata.

Tentukan kedudukan anak panah mara menghala ke arah objek yang hendak dicari bearing.

Selepas itu pusingkan badan anda perlahan-Iahan sehingga anak panah mara betul-betul

menghala kepada objek yang tuju.

c) Tanpa membuat apa-apa perubahan kedudukan kornpas,pusingkan dial sehingga jarum

kornpas bertindih selari dengan anak panah kompas. Tentukan utara jarum kompas sehala dengan

utara anak panah. Bearing kepada objek tersebut diperolehi pada bacaan yang ada di garisan

indeks.

6.2.5 Menentukan Kedudukan Peta dengan menggunakan kompas


a) Peta diletakkan di atas permukaan yang rata. Kemudian letakkan pula kompas di atas peta

tersebut di mana anak panah kompas menghala ke utara peta dan selari dengan garisan grid

timuran di peta. Kemudian pusingkan peta sehingga jarum kompas bertindih selari dengan anak

panah kompas. Dalam keadaan sedemikian peta diorientasikan sejajar dengan bumi.

6.3 Panduan Lazim

Bagi pengembaraan yang tidak menggunakan peta dan kompas, terdapat cara lain yang boleh

digunakan untuk menunjuk arah. Walaubagaimanapun cara ini memerlukan pengalam dan

penelitian yang terang dan jelas. Di antara panduan lazim yang biasa digunakan ialah:

a) Matahari

Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di barat. Arah ini boleh diketahui melalui bayang-

bayang. Jika kita dapat mengetahui arah barat dan timur, maka bolehlah kita tentukan arah yang

hendak kita tuju.

b) Bulan

Bulan juga terbit di sebelah timur. Oleh yang demikian dapatlah kita mengetahui arah mata angin

dengan berpandukan bulan pada waktu malam

c) Bintang

Bintang bergerak arah ke barat

d) Sungai

Air mengalir kehilir, selalunya ke hilir sungai ada terdapat perkampungan. Oleh yang demikian, jika

kita menghilir sungai, kita akan berjumpa dengan manusia, dan dari situ dapatlah kita

menentukan semula arah.

7.0 BERGERAK KE TEMPAT DITUJU

7.1 Perancangan Perjalanan


Sebelum bergerak ke tempat yang dituju sedikit perancangan perlu dilakukan untuk memastikan

perjalan akan menjadi lebih mudah dan selamat. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian

dalam perancangan adalah seperti berikut:

a) Tentukan arah di atas peta dengan jelas dan tepat.

b) Dalam apa keadaan, kita hendaklah tahu dan cekap meramal sesuatu yang boleh ditemui di

hadapan kita.

c) Kita hendaklah mencatit apa-apa yang luarbiasa atau mercutanda yang boleh ditemui di

sepanjang perjalan sebagai rujukan.

d) Bagi kawasan tinggi dan berbukit-bukau, mengikut permatang akan memudahkan perjalanan.

Tidak ada gunanya menyusur sungai kerana tebing sungai curam di kawasan gunung. Ada baiknya

mendaki dari kawasan A, mengikut permatang dengan ini kawasan menurun yang curam dapat

dielakkan. Di kawasan B, boleh dijadikan tempat berhenti dan rehat diwaktu malam kerana ada

air. Kawasan baik sebagai tempat perlindungan. Perjalanan ke C, mengikut permatang sebelum ke

kawasan lurah. Ikut susuh bukit menuju sungai.

e) Bagi kawasan landai dan rata, menyusur sungai menjadi lebih mudah, walaubagaimanapun

patut mengambil perhatian bahawa kawasan sungai biasanya berpaya, berbelit dan mudah banjir.

Setelah menetapkan tempat yang hendak dituju dan merancang perjalanan untuk sampai ke

tempat tersebut, kita hendaklah sentiasa menjaga arah haluan perjalan yang disesuaikan dengan

keadaan muka bumi dan tumbuh-tumbuhan, supaya ianya tidak menyimpang daripada matlamat

asal. Jika kehilangan haluan kita hendaklah berhenti dengan segera, berehat sebentar, tenangkan

fikiran dan menyemak semula arah laluan.

7.2 Kaedah Pergerakan

7.2.1 Bergerak dalam kumpulan.

a) Hendaklah bergerak dengan tertib dan formasi yang teratur.

b) Adakan perbineangan sebelum perjalanan dibuat.


c) Hendaklah bergerak dalam pasangan, jangan berpecah terutamanya pada waktu malam

gelap. Tiap pandangan hendaklah sentiasa berada dalam jarak yang mudah dilihat dan didengar

panggilannya.

d) Jika bergerak dalam kumpulan yang besar, boleh mengarahkan satu kumpulan kecil untuk

mencari jalan, rintis dan (jika perlu) menyediakan tapak khemah untuk rehat.

e) Ketua kumpulan jangan bergerak terlalu cepat. Jika ada rintangan perhatikan semua telah

melepasinya dan mendapatkan rehat yang cukup.

f) Adalah lebih baik melangkah dengan seragam dan bergerak perlahan kerana ini kurang

memenatkan. Sebaik-baiknya hendaklah melenggang dan jangan memasukkan tangan di dalam

saku.

g) Kerapkali mengambil rehat dan bertanya keadaan setiap orang. Jika membawa galas,

hendaklah sentiasa dibetulkan dan disusun semula supaya kemas dan seimbang.

7.2.2 Bergerak waktu malam

Berjalan di waktu malam di kawasan yang kurang diketahui sangat membahayakan kerana

penglihatan yang terhad dan kurang jelas. Keadaan ini boleh menyebabkan kita mudah kehilangan

arah yang dituju. Oleh yang demikian, penggunaan kompas untuk memandu pergerakan amatlah

perlu. Di samping itu hendaklah sentiasa menggunakan pendengaran dan hiduan, di samping

melangkah dengan perlahan dan menguji tempat dipijak sebelum bergerak.

7.2.3 Bergerak dikawasan bukit dan gunung

Di kawasan berbukit dan melereng, adalah baik bergerak di kawasan yang tinggi iaitu mengikut

permatang. Perjalanan mengikut sungai adalah memakan masa kerana ianya mungkin menempoh

jeram, tebing tinggi dan batu licin yang sukar hendak dilalui dengan berjalan kaki. Di kawasan

lereng curam, langkah hendaklah dipendekkan. Penggunaan tali atau pun pemegang semasa

menuruni lereng licin amatlah digalakkan. Bagi lereng yang terlalu curam, bergerak mengikut arah

zigzig adalah digalakkan untuk mengelakkan berlaga lutut. Semasa menuruni lereng yang curam,

lutut hendaklah sentiasa dibengkokkan, dan gunakan tumit untuk mencari tapak.

7.2.4 Bergerak di dalam hutan

Berjalan dalam kawasan hutan ada kalanya perlu membuat rintis dan menebas tumbuhan untuk

memudahkan perjalanan. Jika perlu menebas tebang pokok kecil, hendaklah dibuat seberapa rapat
ke tanah supaya pokok tumbang tidak menghalang jalan dan tidak terdapat tunggul yang boleh

membahayakan, terutamanya jenis buluh. Jika terdapat tumbuhan duri Mengkuang dan Asam

paya yang tebal, jangan cuba dirintis tetapi sebaik-baik buatlah susuran.

7.2.5 Menyeberengi sungai

Panduan berikut boleh diikuti untuk keselamatan

a) Kuala sungai selalunya luas dan dalam, dan terikat dengan keadaan air pasang surut. Cuba

elakkan dari menyeberangi kawasan ini kecuali ada perahu atau rakit.

b) Sebelum menyeberang semak dahulu kedalaman air dan kekuatan aras.

c) Ulu sungai walaupun tidak luas, airnya selalu laju, ada terdapat jeram, tebing, curam dan

berbatu-batu.

d) Jangan mengharung air jika terlau sejuk, ini mung kin menyebabkan terjadinya ketegangan

otot. Boleh menyeberang jika air kurang dari paras lutut dan segera keringkan seluar selepas

sampai ke darat.

e) Gunakan kayu untuk mengukur kedalaman dan kelajuan air.

f) Jika berseluar panjang hendaklah dilipat untuk mengurangkan tolakan/tarikan air.

g) Hendaklah menyeberang secara mengereng di kawasan air dalam, jika air laju hendaklah

membelakarigkan tebing yang dituju kerana tolakan air laju akan memudahkan kita menyeberang.

7.2.6 Panduan Jarak dan Tempoh Masa Perjalanan

Dalam keadaan biasa, kelajuan perjalan yang diambil adalah berbeza dari satu situasi yang lain.

Bagi membantu kita merancang perjalanan untuk sampai ke sasaran, panduan kelajuan berikut

bolehlah digunakan.

7.2.7 Keadaan muka bumi Kelajuan

tanah lapang .4 5 kmj

mendaki .2 -2.5 kmj

meredah hutan rata.. 2.5 3.5 kmj


meredah hutang lereng 1 1.5 kmj

meredah lalang tebal 0.5 0.8 kmj

meredah resam tebal 0.1 0.3 kmj

meredah hutan pava dalam 0.1 0.2 kmj

8.0 TINDAKAN APABILA SESAT JALAN

8.1 Tanda-tanda awal yang menunjukkan berlakunya kejadian sesat jalan ialah apabila kita

didak sampai ke tempat yang dituju dalam masa yang sewajarnva. Dalam keadaan ini

Langkah-Iangkah berikut perlulah diambil:

a) Hentikan perjalanan dan berehat dahulu. Jangan panik.

b) Teliti peta dan bandingkan dengan perjalanan yang telah dibuat.

c) Berpatah balik ke belakang ke titik kawalan atau lokasi terakhir jika kita tidak dapat

memastikan di tempat sebenar kita berada.

d) Jika selepas berpatah balik ke lokasi akhir juga tidak dapat membantu mencati sasaran,

maka gunakan deria untuk menetap dan mencari kawasan yang ada manusia. Gunakan kompas

untuk mengambil bearing ke arahnya.

e) Jika anda masih gagal, carilah aliran air atau anak sungai dan mengikutnya sehinqqa ke

sungai dan berjumpa perkampungan.

8.2 Langkah pencegahan daripada sesat jalan

Langkah-Iangkah berikut hendaklah diberi perhatian yang mengelakkan dari berlakunya sesat

jalan.

a) Jangan terburu-buru semasa bergerak.

b) Selalu semak arah perjalanan menggunakan peta dan kompas dengan keadaan muka bumi

yang ditempuhi.
c) Lakarkan laluan perjalanan dari satu titik ke titik kawalan yang lain dan menandakan ciri-

ciri muka bumi yang ditemui

d) Jika mengesyaki sebarang kesilapan berlaku, maka pergerakan hendaklah dihentikan

segera. Selepas semakan dan pembetulan ke atas bacaan kompas dan peta dibuat, perjalanan

bolehlah diteruskan.

9.0 PERSEDIAAN SUKAN

9.1 Persediaan Peserta

Maklumat-maklumat berkaitan persediaan peserta hendaklah diedarkan semasa pengambilan

borang permohonan. Maklumat ini mengandungi tempoh masa dan jarak perjalanan, keperluan

makanan dan minuman serta keperluan yang patut dibawa, jenis pakaian yang perlu dipakai.

9.2 Pemilihan Peserta

Peserta-peserta yang dipilih adalah yang sihat dan cergas. Bagi peserta di bawah umur 18 tahun

hendaklah mendapat kebenaran ibu bapa. Keutamaan akan diberi kepada peserta yang boleh

membaca peta dan menggunakan kompas.

9.3 Peralatan

a. Kad perlumbaan

Kad ini merupakan kad yang standard digunakan untuk menentukan peserta-peserta sampai ke

titik-titik kawalan yang ditetapkan. Kad ini juga memberi maklumat seperti nama, alamat/

institusi, nombor permulaan, kelas, waktu permulaan, waktu tam at, jumlah masa menamatkan

pertandingan dan tempat penamat. kad ini hendaklah diberikan kepada setiap peserta yang

mengikut perlumbaan.

b. Kertas Rekod

Kertas ini disediakan untuk menyenaraikan maklumat-maklumat mengenai semua peserta,

nombor permulaan dan masa, alamat/ institusi, tempat dan markah. lanya dipegang dan disimpan

oleh pihak penganjur di tempat perlumbaan.

c. Peta
Peta mesti disediakan lebih awal. Garis Utara dan Selatan, pembetulan dan tambahan mesti

dimasukkan ke dalam setiap peta. Setiap titik kawalan ditanda atau dibulatkan di dalam peta dan

disambung dengan garis arah laluan mengikut susunan dan setiap titik itu diberi nombor.

d. Kertas Penerangan

Kertas yang menerangkan tempat di mana setiap titik kawalan berada yang mesti ditemui oleh

setiap peserta. lanya diberi kepada para peserta sebelum pertandingan dimulakan.

e. Jam Randik

Sekurang-kurangnya dua jam randik digunakan untuk mencatatkan masa permulaan dan

penamat.

f. Kompas

Penganjur metilah menyediakan kompas yang baik dan mencukupi

g. Sepanduk

Digunakan untuk menandakan tempat berhimpun, garis permulaan dan penamat.

h. Penanda Kawalan

Penandan berwarna atau mempunyai kod adalah perlu di setiap titik kawalan.

i. Papan Hitam/Putih

Diperlukan untuk memberi keterangan mengenai keputusan setiap peserta untuk pengetahuan

umum.

j. Keperluan Lain

Walaupun barang ini tidak begitu diperlukan tetapi ra boleh melicinkan pengurusan dan

keseronokan untuk para peserta seperti wisel, pembesar suara, minuman dan lain-lain.

9.4 Kemahiran asas

Kemahiran asas yang perlu ada oleh setiap peserta adalah pengetahuan membaca peta dan

menggunakan kompas dengan betul supaya dapat mengemudi arah dengan berkesan dalam
perlumbaan jika para peserta tidak mempunyai kemahiran asas tersebut maka pihak penganjur

perlu memberi penerangan terlebih dahulu supaya dapat mengelak daripada berlaku sebarang

kejadian yang tidak dingini berlaku semasa pertandingan sedang berlangsung.

10.0 PENGENDALIAN SUKAN

10.1 Perkara-perkara Yang Perlu Dibuat Sebelum Sukan Dimulakan

1. i. Letakkan penanda-penanda di setiap titik kawalan di

tempat yang telah dipilih. Sediakan pegawai di tempat yang

tersorok di setiap titik kawalan untuk memastikan peserta

mematuhi peraturan

2. ii. Tandakan tempat berhimpun, perlumbaan dan penamat.

3. iii. Kumpulkan semua peserta di kawasaan perhimpunan

untuk memberi penerangan mengenai syarat-syarat pertandingan

dan maklumat-maklumat lain yang perlu.

4. iv. Mulakan perlumbaan dengan peserta pertama mestilah

bermula dengan waktu 0 : 00 dan peserta berikutnya di dalam

jangka waktu beberapa minit kemudian dan seterusnya.

10.2 Taklimat Peserta

Taklimat kepada semua peserta hendaklah diadakan sebelum perlumbaan bermula. Taklimat ini

diadakan di suatu kawasan lapang yang sesuai untuk peserta berhimpun. Semasa taklimat ini

segala maklumat mengenai pertandingan seperti peraturan, syarat, maklumat ringkas kawasan

perlumbaan dan maklumat-maklumat lain yang difikirkan perlu akan diberitahu kepada semua

peserta. Penerangan sepintas lalu mengenai penggunaan kompas dan membaca peta hendaklah

diberi kepada peserta.

10.3 Pengadilan

Pengadil-pengadil yang dilantik hendaklah dari kalangan mereka yang mahir dan berpengalaman

dalam sukan orienteering.Bila peserta sampai ke tempat penamat, kumpulkan perlumbaan dan

isikan waktu ia sampai ke dalamnya. Periksakan penanda-penanda dari setiap titik kawalan yang
dilalui peserta tersebut. Jika terdapat kesilapan atau penipuan, peserta tersebut dianggap batal.

Sebaliknya jika semuanya betul kirakan masa yang diambil oleh peserta tersebut untuk

menghabiskan perlumbaan. selepas itu rekodkan masa tersebut ke dalam kertas rekod peserta

itu. Dengan itu peserta boleh mengetahui jangka masa yang diperolehi dan kedudukannya

berbanding dengan peserta lain. Pemenang pertandingan adalah peserta menamatkan

perlumbaan dalam jangkamasa yang pendek.

10.4 TEMPAT BERHIMPUN/PERMULAAN/AKHIR

Kawasan berhimpun adalah tempat di mana semua peserta melapor diri dan menerima segala

maklumat mengenai pertandingan. kawasan ini boleh disediakan di mana-mana tempat yang

lapang dan jauh dari tempat permulaan.

Tempat permulaan hendaklah disediakan jauh dari tempat berhimpun. Jalah dari kawasan

berhimpun ke tempat permulaan hendaklah dltanda dengan jelas. Disini peserta akan diberi

semua keperluan yang dlgunakan dalam sukan ini iaitu peta, kompas dan kertas penerangan.

Tempat penamat sebaik-baiknya berdekatan dengan kawasan permulaan. Di sini juga merupakan

tempat semua pegawai penjaga waktu, rekod dan pengadil berkumpul.

11.0 PERTOLONGAN CEMAS

Semasa perlumbaan peserta adalah terdedah kepada berbagai bahaya seperti kemalangan dan

kecederaan. Oleh ltu langkah-Iangkah keselamatan pertolohgan cemas hendaklah diambil. Peti

pertolongan cemas hendaklah disediakan sebagai bantuan awal kepada peserta yang mendapat

cedera ringan.

Jika perlumbaan ini melibatkan ramai peserta dan masa yang panjang, kehadiran pertolongan

cemas amat digalkkan.

12.0CONTOH AKTIVITI-AKTIVITI ORIENTERING

12.1Aktiviti 1: Pandu Arah dan Orienteering

Aktiviti ini menggunakan konsep sukan orienteering dan digabungkan dengan pemerhatian alam

semulajadi disesuatu stesen. Kesedaran dan keprihatinan masyarakat masa kini terhadap alam

semulajadi memberikan satu peluang yang baik untuk aktiviti ini berkembang. Kelebihan yang

sedia ada pada aktiviti ini adalah ianya merangkumi penglibatan dan pengujian mental dan fizikal
sesuatu kumpulan dan individu. Di samping itu, ia menguji semangat berpasukan serta komitmen

yang perlu bagi sesiapa yang terlibat.

Aktiviti ini membentuk motivasi dan kepimpinan para pelajar dan juga mendekatkan mereka

kepada alam semulajadi berlandaskan soalan-soalan dan pencarian yang perlu mereka jawab dan

cari. Dengan ini, mereka akan lebih prihatin dan sedar akan kepentingan alam sekitar kepada

mereka.

OBJEKTIF

Meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan kompas

Menggalakkan semangat berpasukan dikalangan pelajar

Meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai khazanah hutan.

PERALATAN

Kompas

Kad kompas dan soalan

Peta kawasan

Wisel

CARA PERLAKSANAAN

1. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang sama bilangan.

Setiap kumpulan akan melantik seorang ketua.

1. Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan kepada

setiap kumpulan. Pada kad kompas terdapat beberapa check

pointyang perlu dicari. Setiap check point pelajar dikehendaki

membuat pemerhatian di stesen tersebut serta menjawab soalan

yang telah disediakan.

1. Contohnya mungkin di stesen 1, pelajar dikehendaki mengkaji

bentuk-bentuk daun yang ada dan terangkan fungsi daun. I


stesen 2, pelajar dikehendaki membandingkan corakcorak akar

banir dan fungsinya.

1. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel. Kumpulan

akan menggunakan kompas untuk mencari arah.

1. Fasilitator akan menerangkan penggunaan kompas sebelum

aktiviti dijalankan .

1. Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat.

1. Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut masa.

1. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak kerja

dan menjawab semua soalan dengan betul akan dikira pemenang.

Contoh Kad kompas dan soalan yang perlu disediakan (Fasilitator terlebih dahulu melalui

denai atau kawasan tersebut menjalankan aktiviti untuk menentukan kesemua check

point dan soalan yang akan diberikan).

Check Point 1

Bearing : 156

Pembayang : Anda harus melangkah sebanyak 60 langkah biasa

Tempat orang berehat

Soalan : Bandingkan bentuk daun-daun yang ada dan fungsi-fungsi

daun kepada tumbuhan.

12.2Aktiviti 2: Pencarian Dan Penjelajahan Alam Semulajadi

Aktiviti ini menggunakan konsep sukan orienteering dan digabungkan dengan environmental

hunt. Kesedaran dan keprihatinan masyarakat masa kini terhadap alam semulajadi memberikan

satu peluang yang baik untuk aktiviti ini berkembang. Kelebihan yang sedia ada pada aktiviti ini

adalah ianya merangkumi penglibatan dan pengujian mental dan fizikal sesuatu kumpulan dan

individu. Di samping itu, ia menguji semangat berpasukan serta komitmen yang perlu bagi sesiapa

yang terlibat.Aktiviti ini membentuk motivasi dan kepimpinan para pelajar dan juga mendekatkan
mereka kepada alam semulajadi berlandaskan soalan-soalan dan pencarian yang perlu mereka

jawab dan cari. Dengan ini, mereka akan lebih prihatin dan sedar akan kepentingan alam sekitar

kepada mereka.

OBJEKTIF

Meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan kompas

Menggalakkan semangat berpasukan dikalangan pelajar

Meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai khazanah hutan.

Peralatan

Kompas Suunto

Kad kompas dan soalan

Peta kawasan

Wisel

CARA PERLAKSANAAN

1. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang sama bilangan.

Setiap kumpulan akan melantik seorang ketua

2. Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan kepada

setiap kumpulan. Pada kad kompas terdapat beberapa check

point yang perlu dicari. Setiap check point akan dipandu dengan

bearing serta clue. Di setiap check point juga ada disediakan

soalan-soalan untuk dijawab.

3. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel. Kumpulan

akan menggunakan kompas untuk mencari arah.

4. Fasilitator akan menerangkan penggunaan kompas sebelum

aktiviti dijalankan .

5. Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat.


6. Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut masa.

7. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak kerja

dan menjawab semua soalan dengan betul akan dikira pemenang.

Contoh Kad kompas dan soalan yang perlu disediakan (Fasilitator terlebih dahulu melalui denai

atau kawasan tersebut menjalankan aktiviti untuk menentukan kesemua check point dan soalan

yang akan diberikan).

Check Point 2

Bearing : 156

Clue : Anda harus melangkah sebanyak 60 langkah biasa

Tempat orang berehat

Soalan : Apakah jenis akar pokok berkenaan dan apakah

kepentingannya kepada pokok serta ekologi kawasan berkenaan.

Related
About these ads

sedikit note peta,kompas n navigasi HBU115

REKREASI DAN PENDIDIKAN KHAS

1.0 PENGENALAN

Aktiviti sukan adalah salah satu aktiviti yang memerlukan ketangkasan atau
kemahiran serta memerlukan tenaga yang banyak. Manakala, aktiviti rekreasi
adalah kegiatan yang dapat menyegarkan kembali kesihatan individu serta boleh
melapangkan fikiran. Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati aktiviti
rekreasi atau senaman lebih diminati berbanding sukan. (Sumber: Kementerian
Belia dan Sukan)

Penglibatan murid berkeperluan khas dalam aktiviti rekreasi amat


digalakkan di samping memberi faedah-faedah yang membantu dalam
kehidupan mereka nanti. Individu berkeperluan khas mengikut Abdullah Yusof et
al. (2006) terdiri daripada lapan kategori iaitu kurang upaya fizikal dan
kesihatan, kurang upaya pembelajaran, gangguan emosi dan tingkahlaku, pintar
cerdas, kurang upaya mental, kurang upaya petuturan atau bahasa, kurang
upaya penglihatan dan kurang upaya pendengaran.

Aktiviti rekreasi bukanlah satu konsep yang terpisah dari kurikulum


pendidikan. Ia sebenarnya aktiviti amali sebagai lanjutan daripada matapelajaran
di dalam bilik darjah. Pengetahuan mata pelajaran diintegrasikan dalam aktiviti
praktikal secara menjalani gerak kerja dalam bentuk gunaan ( applied ). Dengan
kata lain, aktiviti rekreasi mempunyai berbagai jenis aktiviti yang dapat dijadikan
sumber pendidikan yang bermatlamatkan kesuburan optimum individu. Antara
aktiviti rekreasi yang sesuai dilakukan oleh murid berkeperluan khas ialah
sukaneka, perkhemahan, aktiviti kecergasan fizikal, kembara hutan, senamrobik,
bowling, berkuda, berenang, latihan dalam kumpulan dan sebagainya.

Oleh itu penglibatan, murid berkeperluan khas dalam aktiviti rekreasi


sangatlah digalakkan kerana mendatangkan pelbagai faedah kepada
pekembangan kognitif, emosi, sahsiah, bahasa, dan sosial murid-murid
berkeperluan khas ini.

2.0 DEFINISI

Istilah rekreasi berasal dari perkataan Latin, recreatio yang bermaksud


menyegarkan. Rekreasi dianggap sebagai masa untuk melakukan aktiviti yang
merehatkan dan menyeronokkan. Rekreasi juga merupakan aktiviti yang dapat
merehatkan manusia dari kerja. Ia berkaitan dengan perkataan Latin, re-creare,
yang bererti membuat ulang, yang membawa maksud kegiatan yang dilakukan
untuk penyegaran kembali jasmani dan rohani seseorang.

Menurut salah satu artikel yang dikarang oleh Karen Depauw (2009) ,
dalam buku yang bertajuk Disability and youth sport, beliau membincangkan
mengenai aktiviti rekreasi dan sukan telah bertempat sejak zaman dahulu lagi.
Aktiviti rekreasi ini boleh dilakukan oleh pelbagai peringkat umur dan sebahagian
besar aktiviti ini melibatkan senaman fizikal, dan banyak melibatkan pergerakan
termasuk dalam pendidikan jasmani, terapi dan aktiviti bersukan.

Menurut Collins Australian Pocket English Dictionary, rekreasi bermaksud


sebarang bentuk permainan atau aktiviti yang digunakan bagi tujuan
menyegarkan kembali badan dan aktiviti minda. Menurut Grant Cushman dan
Allan Laidler (1990) pula , rekreasi boleh dianggap sebagai satu aktiviti lapang
yang menyeronokkan dan dinikmati yang dilihat juga sebagai salah satu aspek
bagi tujuan pembentukan institusi sosial.
Menurut artikel yang ditulis oleh Hayley fitzgerald (2009) dalam bukunya
yang bertajuk Disability and youth sport, beliau membincangkan mengenai
kehidupan sosial murid berkeperluan khas berkembang semakin baik dari tahun
ke tahun. Ini kerana, telah wujud satu kesedaran mengenai kurikulum yang
sepatutnya dilaksanakan kepada mereka setaraf dengan pelajar yang normal.
Namun begitu, walaupun perkembangan positif telah dikesan dalam hal ini, tidak
semua murid berkeperluan khas menikmati perkembangan dan diterap kedalam
aktiviti-aktiviti rekreasi, oleh itu, golongan murid ini kekal menjadi orang asing
didalam masyarakat dan kehidupan sosial mereka tidak berkembang (Filmer,
2005; Watermeyer et. al, 2006; Loeb et. Al. 2008).

Menurut Salleh Aman (2004) Rekreasi sebagai aktiviti masa lapang yang
membina (positif) sama ada bentuk riadah bersifat aktif atau santai bersifat
pasif.Manakala menurut Abu Bakar Yang (2001) Rekreasi meliputi berbagai-bagai
aktiviti yang selalu dilakukan oleh anggota masyarakat pada masa lapang
seperti bersukan, bermain, mendengar muzik, melukis, bersiar-siar, bercuti dan
sebagainya.

Menurut Meyer & Brightbill (1956), rekreasi membawa maksud aktiviti


yang dijalankan di waktu lapang dan dimotivasikan oleh kepuasan yang dicapai
daripadanya. Aktiviti rekreasi lazimnya dijalankan dengan mengambil masa yang
lama. Oleh itu,ia memerlukan waktu lapang agar aktiviti lain tidak terganggu
olehnya. Kepuasan yang dicapai melalui aktiviti rekreasi ini bermaksud, apabila
seseorang melaksanakan aktiviti rekreasi berbentuk pertandingan sebagai
contoh, apabila beliau menang dalam pertandingan tersebut, satu kepuasan
akan dicapai.

Oleh itu, boleh disimpulkan aktiviti rekreasi ialah aktiviti bagi mengisi
masa lapang. Aktiviti ini dilakukan untuk mendapat keseronokan, kepuasan,
ketenangan minda dan merehatkan badan. Ianya merupakan aktiviti yang
menghiburkan selain daripada pekerjaan, melengkapkan tenaga untuk kerja atau
sesuatu yang positif dan diterima oleh masyarakat sebagai pengalaman. Aktiviti
yang dipilih adalah secara sukarela dan penglibatannya terserah pada individu.
Dalam aktiviti rekreasi tidak ada peraturan tertentu, maka aktiviti rekreasi boleh
dijalankan dan diberhentikan pada bila-bila masa dan ianya dalam bentuk
sejagat.

3.0 JENIS REKREASI

Terdapat dua jenis rekreasi iaitu rekreasi aktif dan rekreasi pasif.

3.1 Rekreasi aktif


Rekreasi aktif merupakan satu senaman. Oleh itu, kebaikan dan sumbangannya
terhadap gaya hidup sihat adalah amat besar. Rekreasi aktif memerlukan
pergerkan yang cergas untuk memastikan tahap daya kardiovaskular mencapai
tahap ideal. Dengan melakukan senaman aktiviti sukan dan perkara-perkara
yang mengeluarkan peluh, seseorang itu akan berasa lebih segar

3.2 Rekreasi pasif

Rekreasi pasif merupakan aktiviti yang santai dan tidak memerluakn tenaga
yang banyak. Rekreasi pasif berupaya membantu murid-murid berkeperluan
khas menghilangkan tekanan dan rasa bosan. Antara aktiviti yang tergolong
dalam rekreasi ini ialah mendengar muzik, dan bersiar-siar.

4.0 AKTIVITI REKREASI

Terdapat beberapa aktiviti yang sesuai dilakukan ketika melakukan aktiviti


rekreasi yang melibatkan murid berkeperluan khas antaranya ialah

PERKHEMAHAN

Borhanudin Abdullah et. al (2006). Salah satu kegiatan rekreasi yang sering
dijalankan ialah perkhemahan. Rekreasi bagi individu berkeperluan khas dapat
mendedahkan diri dengan pengalaman baru dan menyeronokkan. Individu
berkeperluan khas mengikut Abdullah Yusof et al. (2006) terdiri daripada lapan
kategori iaitu kurang upaya fizikal dan kesihatan, kurang upaya pembelajaran,
gangguan emosi dan tingkahlaku, pintar cerdas, kurang upaya mental, kurang
upaya petuturan atau bahasa, kurang upaya penglihatan dan kurang upaya
pendengaran. Rekreasi luar seperti perkhemahan pada asasnya boleh
didefinisikan sebagai penggunaan sumber-sumber luar daripada bilik darjah
untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan, Richard G. Kraus (1995).
Ianya merupakan suatu aktiviti yang menarik yang mana ia boleh dijalankan
dengan pelbagai aktiviti seperti, aktiviti sosial dan aktiviti ibadah selain untuk
pendidikan. Dalam dunia pendidikan ia disifatkan sebagai merentas kurikulum.

SUKANEKA

Aktiviti ini boleh membentuk kecederasan kanak-kanak ini. Mereka akan lebih
bersifat aktif dengan fizikal yang kuat dan sihat.Mereka akan berasa seronok
dengan aktiviti ini. Sukaneka ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang
bagi memenuhi tunjang perkembangan fizikal dan kesihatan. Aktiviti ini juga
dilakukan oleh kebiasaan kanak-kanak untuk bermain, berseronok dan mengisi
masa lapang. Bagi kanak-kanak dengan keperluan khas, bermain bukan sahaja
menyeronokkan malah terapeutik. Mengikut terjemahan Kirk (1993), kanak-
kanak berkeperluan khas ialah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak
sederhana ataupun biasa dari segi kognitif, keupayaan deria, ciri-ciri fizikal,
tingkah laku sosial dan emosi, keupayaan komunikasi dan pelbagai lagi.
Sebenarnya, bermain merupakan salah satu bentuk terapi yang digunakan oleh

pakar tertentu untuk berinteraksi dengan kanak-kanak ini serta membantu


mereka meluahkan perasaan dan emosi. Walaupun mereka mungkin tidak
bersedia untuk bermain, namun mereka perlu bermain untuk mengembangkan
kemahiran motor kasar dan halus serta perkembangan deria mereka.

MERENTAS HALANGAN

Aktiviti merentas halangan ini merupakan aktiviti yang agak mencabar. Ia


melibatkan kekuatan dan ketahanan mental dan fizikal. Selain itu aktiviti ini
penting bagi membentuk kecergasan seseorang individu serta semangat
kerjasama dalam menjalankan aktiviti. Kebiasaanya aktiviti ini dijalankan secara
latihan individu dan berkumpulan yang mana mereka perlu melepasi setiap
halangan yang dibentuk iaitu sekurang-kurangnya 7 halangan. Contoh aktiviti
halangan ini adalah seperti memanjat tembok, bergayut, merangkak bawah
dawai duri, titi goyang dan berbagai lagi.

LATIHAN DALAM KUMPULAN(LDK)

Antara aktiviti yang dijalankan dalam aktiviti LDK adalah aktiviti berkumpulan
dalam melaksanakan sesuatu permainan dan kegiatan di bawah penyeliaan dan
bimbingan seorang pemudah-cara atau fasilitator. Aktiviti LDK ini boleh melatih
kanak-kanak berkerja dalam kumpulan dengan saling bantu membantu, tolong
menolong dan berani mengeluarkan pendapat. Tujuan diadakan aktiviti ini
adalah untuk memberi pendedahan dan pendidikan mengenai sesuatu isu,
membina jatidiri dan keyakinan kepada pelajar untuk mengeluarkan pendapat
dan idea.

AKTIVITI KECERGASAN FIZIKAL

Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan


aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk
melakukan aktiviti kesenggangan. Kekurangan aktiviti fizikal boleh menyebabkan
penurunan prestasi paru-paru dan saluran darah tersumbat dengan kolesterol.
Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakupayaan fungsi seperti masalah jantung,
tekanan darah tinggi, aterosklerosis dan lain-lain masalah pengaliran darah.
(Falls , 1980). Aktiviti fizikal ini termasuklah duduk, bangun, berjalan, melompat ,
berlari, mendaki dan lain-lain lagi.Antara contohnya ialah seperti aktiviti
senamrobik, merentas halangan dan mendaki gunung . Aktiviti ini juga dapat
mengasah kemahiran motor kasar murid berkeperluan khas. Contoh aktiviti ini
adalah senamrobik, jogging, latihan jeda dan lain-lain lagi.

KEMBARA HUTAN

Aktiviti ini melatih kanak-kanak mematuhi arahan yang diberi. Mereka juga
dilatih untuk mempunyai ketahanan diri dan fizikal serta mental. Aktiviti
kembara ini melibatkan aktiviti berjalan atau pergerakan secara individu dan
berkumpulan. Ia biasanya mempunyai matlamat tertentu di akhir aktiviti ini. Ia
juga perlu melepasi sesuatu halangan serta mencari sesuatu dalam mengikuti
arahan yang telah ditetapkan. Aktiviti ini biasanya menekankan konsep aplikasi
pengalaman dan pengetahuan serta kerjasama dalam kumpulan. Contoh aktiviti
ini adalah mendaki bukit atau gunung atau ekspedisi pendakian dan ekspedisi
berbasikal.

MALAM PERSEMBAHAN ATAU MALAM KEBUDAYAAN

Aktiviti ini dapat mengembangkan kebolehan murid disamping menonjolkan


bakat kanak-kanak. Mereka juga dilatih bersikap berani berhadapan dengan
orang ramai atau penonton. Mengikis sikap malu dan membentuk keyakinan diri.

AKTIVITI KRAFTANGAN

Melatih murid belajar sesuatu kemahiran yang berguna untuk mereka.


Disamping membentuk minat aktiviti ini juga memdidik sikap tekun kepada
mereka. Mereka akan lebih besifat sabar dan teliti dalam melakukan sesuatu
kerja.

KEPENTINGAN REKREASI DALAM PEMBANGUNAN DOMAIN PSIKOMOTOR,


KOGNITIF DAN MURID PENDIDIKAN KHAS

7.1 ASPEK KOGNITIF

Rekreasi adalah penting dalam pembangunan kognitif yang melibatkan beberapa


aspek penting seperti pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta
menginterprestasi. Dengan kata lain pembangunan kognitif melibatkan
rangsangan pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti,
perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan. Hal ini demikian kerana
rekreasi berperanan dalam membimbing kemhairan kognitif murid
menginterprestasikan kemahiran mereka dalam pelaksanaan aktiviti.

7.2 ASPEK PSIKOMOTOR

Apek psikomotor menumpukan kepada kuantiti pergerakan yang dipamerkan.


Psikomotor ini melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatn, kelenturan,
daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Ini
bermakna kesesuaian aspek ini perlu difokus untuk meningkatla kemahiran ini
kepada murid berkeperluan khas.

7.3 ASPEK AFEKTIF

Matlamat utama yang diingini dalam aktiviti rekreasi luar seperti perkhemahan
biasanya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial.
Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi, nilai dan
pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial melibatkan interaksi dan corak
komunikasi dengan orang lain. Seperti yang kita sedia maklum, sebahagian
daripada murid berkeperluan khas menghadapi masalah dalam aspek ini.
Keadaan ini akan memberikan kesan yang besar kepada mereka apabila mereka
tamat persekolahan. Hal ini demikian kerana, tanpa kemahiran komunikasi yang
baik mereka sukar utnuk emndapatkan pekerjaan dan berinteraksi dengan orang
ramai.

8 FAEDAH AKTIVITI REKREASI

Terdapat 5 komponen yang ditekankan dalam usaha melahirkan modal insan


kelas pertama dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu jasmani, emosi, intelek,
rohani dan sosial. Aktiviti rekreasi berupaya menyediakan murid berkeperluan
khas komponen-komponen ini. Faedah-faedah tersebut dibahagikan kepada
beberapa aspek antaranya

8.1 FIZIKAL
Melahirkan murid yang cergas dan sihat

Murid yang sering terlibat dengan aktiviti fizikal dapat menjadi sihat berbanding
rakan-rakannya yang lain. Selain itu, mereka juga dapat mengembangkan
pemikiran mereka dengan melakukan aktiviti yang melibatkan penggunaan
aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Selain itu, pengeluaran toksik dalam
badan juga berlaku yang boleh memberi kesan kepada pelajar untuk menjadi
lebih sihat. Pengeluaran toksik berlaku melalui peluh yang keluar daripada badan
apabila melakukan aktiviti rekreasi seperti sukaneka dan bersenam. Dengan ini
murid akan berasa lebih cergas dan menjadi lebih proaktif di dalam kelas di
samping membantu meningkatkan jangka hayat murid berkeperluan khas,

Meningkatkan kemahiran motor halus

Kanak-kanak berkeperluan khas ini berpeluang mengembangkan kemahiran


psikomotor dan meningkatkan gerak kerja semasa aktiviti bersama. Melalui
aktiviti seperti yang dilakukan dalam Latihan dalam Kumpulan(LDK) memerlukan
kemahiran motor halus seperti menggunting, melukis dan mewarna. Selain itu,
timbul sifat bekerjasama dan tologn menolong dalam menyiapkan sesuatu
tugasan yang diberikan.

Meningkatkan kemahiran motor kasar

Bagi kemahiran psikomotor kasar seperti melakukan aktiviti senaman pagi,


bersukan, membina khemah, jungle treaking juga memerlukan semangat
berpasukan yang tinggi, Mereka perlu saling bersefahaman agar aktiviti tersebut
mudah dilakukan.Keadaan ini memerlukan pengurusan diri di dalam kumpulan
hendaklah cekap, di mana pengurusan masa berkait rapat dengan pengurusan
diri

Membantu mengurangkan penyakit kronik

Selain itu, melalui aktiviti ini juga, ia dapat membantu mengurangkan risiko
penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung dan osteoporosis. Murid-murid
berkeperluan khas mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengidap penyakit-
penyakit kronik seperti ini. Aktivi-aktiviti rekreasi yang bersifat fizikal seperti
berjalan, berenang dan berbasikal mungkin dapat mengurangkan risiko bagi
mereka mendapat penyakit ini.

Meningkatkan sistem imunisasi badan


Melalui aktiviti rekreasi juga, mereka dapat meningkatkan sistem imunisasi
badan. Kajian menunjukkan perubahan yang positif terjadi kepada sistem
imunisasi apabila melakukan aktiviti fizikal yang ringan. Walaupun sistem
imunisasi akan kembali kepada paras normal dikemudian hari, tetapi ia telah
terbukti bahawa pada setiap sesi aktiviti rekreasi, sistem imunisasi akan
meningkat dan meningkatkan pertahanan terhadap penyakit kemudian
(Nieman, 2001)

Membina kebolehan mental dan fizikal

Apabila menjalankan aktiviti rekreasi seperti berkuda, berenang, berkhemah


dapat memberi pengalaman baru kepada murid berkeperluan khas ini dalam
membina kekuatan otot seta ketahanan badan, imbangan, koordinasi, fleksibiliti ,
posisi badan serta ketangkasan murid murid ini.

8.2 SOSIAL

Memberikan perasaan selamat dan diterima dalam masyarakat

Melalui penglibatan dalam acara-acara seperti rombongan, pesta-pesta,


pertunjukan, perarakan dan sebagainya, ahli masyarakat setempat dan
masyarakat keseluruhannya dapat menanamkan sikap perpaduan yang boleh
menghilangkan halangan-halangan sosial seperi kelas sosial dan perbezaan
darjat. Sebaliknya, semua itu digantikan dengan rasa penerimaan terhadap
kekurangan golongan ini dan membuatkan mereka berasa diri diterima. Perkara
ini menyebabkan mereka tidak gusar untuk ikut serta dalam aktiviti rekreasi
yang diadakan oleh masyarakat.

Menggalakkan interaksi sosial

Dengan melakukan aktiviti rekreasi pelajar juga dapat mengembangkan


kemahiran sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan para guru dan rakan-
rakan mereka di sekolah dengan lebih baik. Dengan ini pelajar dapat
mengamalkan sikap perpaduan dan muhibah bersama rakan-rakan mereka yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya apabila mereka saling bekerjasama
dan bertoleransi dalam sesuatu aktiviti rekreasi.

Merapatkan hubungan dengan anggota keluarga

Rekreasi juga boleh memberikan kesan kepada individu yang kemudiannya


memberikan kesan kepada orang lain di sekelilingnya pula. Kesan rekreasi
kepada pertalian antara anggota keluarga yang berekreasi bersama-sama adalah
tidak dapat dinafikan. Melakukan sesuatu bersama-sama, seperti menyediakan
makanan untuk berkelah dan mendirikan khemah boleh merapatkan hubungan
antara anggota keluarga.

Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang hak berekreasi golongan


berkeperluan khas

Masyarakat perlu diberi pendedahan mengenai kepentingan kanak-kanak


berkeperluan khas terlibat dalam aktiviti rekreasi. Melalui cara ini , masyarakat
dan kanak-kanak ini akan dapat merasai pengalaman yang positif bersama-sama
melalui aktiviti seperti berkhemah, berkelah, bersukan dan sebagainya.

Kanak-kanak berkeperluan khas diberi hak yang sama untuk berekreasi

Melalui aktitiviti rekreasi, timbul kesedaran dalam diri orang ramai mengenai hak
individu yang berkeperluan khas untuk sama-sama terlibat secara aktif bersama
masyarakat dan tidak ketinggalan. Penglibatan murid yang normal dan murid
berkeperluan khas dalam satu aktiviti rekreasi yang memerlukan mereka
berkerjasama dapat membantu individu yang berkeperluan khas untuk lebih
fokus kepada minat mereka dalam aktiviti rekreasi tersebut berbanding
kekurangupayaan yang dihadapi ( Mahon et al, 2000). Hubungan baik yang
terbentuk serta kesedaran dalam diri masyarakat kepada hak murid
berkeperluan khas dalam menyertai aktiviti rekreasi, membolehkan mereka
menjalani kehidupan seperti murid yang normal.

Dapat mengikis pandangan masyarakat bahawa kanak-kanak berkeperluan khas


tidak perlukan rekreasi

Apabila pelajar beerkeprluan khas terlibat aktif dalam aktiviti rekreasi maka
dapat mengikis tanggapan bahawa kekurangan yang dialami oleh kanak-kanak
khas menyebabkan mereka tidak boleh melakukan apa-apa aktiviti rekreasi.
Contoh seperti kemabaran hutan dan sebagainya.

8.3 SAHSIAH

Melatih kemahiran membuat keputusan berdasarkan situasi dan pengalaman

Aktiviti rekreasi dapat memperkayakan pengalaman pendidikan dan memupuk


minat para pelajar supaya memperolehi pengetahuan dan kemahiran. Jika
pelajar ditempatkan dalam satu alam sekitar yang semulajadi tanpa kongkongan,
mereka dapat mencapai objektif pendidikan dengan mudah. Proses
pembelajaran akan meningkat dan mental, fizikal, sosial dan emosi mereka turut
berkembang. Kelakuan ini menepati teori Rousseau yang menyatakan bahawa
ramai remaja bagi setiap kaum akan dapat mempelajari sesuatu dengan
berkesan dalam satu alam sekeliling yang berkesan dan semulajadi.

Menimbulkan perasaan seronok dan gembira

Aktiviti yang dilaksanakan memberi peluang kepada murid berkeperluan khas


untuk meluahkan perasaan, mengurangkan tekanan, menambah keyakinanan
diri, bersedia menerima risiko, bersemngat dan berani.Contohnya apabila
mereka menjalankan aktiviti seperti kembara hutan. Selain itu mereka meresa
bangga akan pencapaian dalam aktiviti tersebut sekaligus meningkatkan
perasaan seronok untuk menyertai semula aktiviti rekreasi tersebut.

Memupuk semangat kesukanan

Selaras dengan hasrat kerajaan iaitu 1 Murid 1 Sukan, maka wajarlah digalakkan
penyertaan aktiviti rekreasi untuk pelajar berkeperluan khas ini..
Walaubagaimanapun harus dipastikan dahulu aktiviti fizikal atau sukan yang
ingin dilakukan tidaka akan membahayakan murid ini. Antara aktiviti yang sesuai
adalah berkuda, bowling dan berenang. Hal ini kerana aktiviti ini juga memberi
terapi kepada perkembangan fizikal pelajar.

Membina moral yang positif

Program-program yang dilaksanakan banyak memberi impak yang positif kepada


murid berkeperluan khas ini. Antaranya meningkatkan nilai moral yang baik
seperti kerjasama, tolak ansur, dan berani. Contohnya menjalankan aktiviti
sukaneka , perkhemahan, kembara hutan semuanya mengandungi nilai yang
positif.

Membina keyakinan diri dan penghargaan kendiri

Selain dari meringankan tekanan yang dihadapi oleh mereka, aktiviti rekreasi
juga dapat meningkatkan keyakinan diri mereka. Hal ini terbukti melalui
kenyataan oleh Frank & Gustafon (2001), aktiviti fizikal secara konsisten dapat
meningkatkan keyakinan diri seseorang. Hal ini penting dalam konteks murid
berkeperluan khas kerana apabila mereka dapat meningkatkan sesuatu
kemahiran mereka pada tahap tertentu serta berjaya dalam sesuatu aktiviti
rekreasi, mereka akan membina keyakinan diri mereka dimana ia akan
mempengaruhi kehidupan mereka dari segi cara mereka bekerja dan hubungan
mereka dengan keluarga dan masyarakat.

Meingkatkan pengetahuan dan kemahiran memimpin

Apabila mereka menjalankan aktiviti rekreasi yang melibatkan Latihan dalam


Kumpulan secara tidak lansung akan ada yang dipilih menjadi ketua. Jadi dengan
adanya aktiviti ini dapat memberikan pengalaman kepada murid cara
mempimpin sesebuah kumpulan. Sekaligua pengetahuan sebagai seorang
pemimpin dapata diterapkan dalam kalangan murid berkeperluan khas ini.

Memupuk sikap menjaga kesihatan

Selepas setiap aktiviti dilakukan lazimnya murid-murid berkeperluan khas akan


diajar untuk membersihkan diri seperti mencuci tangan, mandi, menggosok gigi ,
menyikat rambut dan lain lagi. Mereka juga akan dibimbing untuk membasuh
pakaian sendiri.

8.4 EMOSI

Mengurangkan tekanan murid berkeperluan khas

Pembelajaran di sekolah boleh menjadi satu perkara yang membebankan kepada


murid berkeperluan khas kerana mereka menghadapi masalah untuk mengikuti
proses pengajaran dan pembelajran yang dijalankan di dalam kelas. Murid-murid
akan berasa tertekan dengan latihan dan tugasan yang diberikan oleh guru. Oleh
itu, aktiviti yang dilaksanakan boleh membantu murid berkeperluan khas unutk
mengatasi tekanan dengan melakukan aktiviti yang menyeromokan seperti
membuat kraftangan dan menyanyi.

Mengikis perasaan malu

Ssesetengah murid khas malu hendak melakukan aktiviti seperti melompat,


berlari kerana kurang keyakinan dan khuatir diketawakan rakan. Dengan adanya
sokongan, layanan yang mesra daripada guru, fasilitator dan rakan-rakan maka
dapat mengelakkan rasa rendah diri kerana kekurangan yang dihadapi.

Melatih untuk rasa bertenang

Murid berkeperluan khas yang menghadapi masalah ADHD dan tingkahlaku


biasanya huru harakan keadaan . Melalui penglibatan aktif murid ini dalam
aktiviti rekreasi sekaligus membawa mereka untuk melupakan segala peristiwa
yang berlaku. Selain itu melalui aktiviti rekreasi ini juga dapat menepati masa
dan sabar kerana harus menunggu giliran basuh pinggan sama juga sewaktu
mengambil makanan.

Mengelak daripada rasa disisihkan

Apabila murid-murid berkeperluan khas ini menjalankan aktiviti rekreasi seperti


latihan dalam kumpulan mereka akan dibahagikan kumpulan secara rawak.
Disebabkan itu dalam satu kumpulan akan ada murid yang berbeza, latar
belakang, jantina dan etnik. Selain tiu jika libatkan murid tipikal dalam kumpulan
dan mereka dapat bekerjasama dengan baik maka dapat mengelakkan rasa
disisihkan dalam masyarakat. Contohnya murid Sindrom Down terkenal dengan
sifat mudah mesra jadi jika murid tipikal dapat menerima mereka dengan ikhlas
maka perasaan yakin diri mula berkembang di dalam diri murid berkeperluan
khas.

Membantu menstabilkan emosi

Apabila seseorang pelajar sentiasa aktif dalam sukan rekreasi, pelajar tersebut
akan dapat mengawal emosinya dengan lebih baik. Ini kerana pelajar dapat
berfikir dengan tenang dan menyelesaikan masalah dengan baik. Maka dengan
itu pelajar tersebut tidak akan banyak menimbulkan masalah di sekolah.

8.5 BAHASA

Meningkat kemahiran berkomunikasi

Murid-murid berkeperluan khas menghadapi masalah dalam bersosial dan


berkomunikasi. Dengan adanya aktiviti rekreasi dapat membantu mereka untuk
mengembangkan kemahiran komunikasi tersebut kerana mereka perlu
bekerjasama dan saling bertanya sesame ahli kumpulan dan fasilitator aktiviti.
Oleh itu Fasilitator perlu memainkan peranan dalam menggerakan proses
komunikasi murid berkeperluan khas ini.

Meningkatkan kemahiran bahasa

Sebahagian murid berkeperluan khas mengalami keadaan sukar dalam


menghasilkan perkataan untuk menyampaikan sesuatu pandangan atau
kesukaran memahami pertuturan . Antara masalah yang dihadapi ialah sengau
dan gagap. Mereka mengambil masa yang agak lama untuk memahami apa
yang disampaikan oleh orang yang bertutur. Sewaktu menjalani aktiviti rekreasi
kemahiran komunikasi diperlukan dalam kumpulan, jadi perlunya kerjasama
semua ahli kumpulan untuk bersama menyumbang idea dan pendapat.
Fasilitator bermain peranan dalam sentiasa berkomunikasi dengan murid ini
supaya mereka berani untuk bertutur. Menurut teori pembelajaran bahasa
behavioris , murid-murid perlukan ransangan dan belajar daripada pemerhatian.
Jadi dengan mengikuti aktiviti rekreasi mereka dapat kenal dengan orang
sekeliling dan menangkis rasa malu yang hadir dalam diri atas kekurang yang
dihadapi.

9 KESIMPULAN

Menurut Holah (2005), Freud, sebagai teori pembangunan psikologi kanak-kanak


telah menekankan bahawa dengan bermain, seseorang kanak-kanak itu akan
menjadi lebih bertanggungjawab dan belajar serta berusaha untuk mencapai
matlamat yang diingini. Ini kerana dalam sesuatu permainan terutamanya yang
bersifat berkumpulan, terjalin kerjasama antara individu untuk mencapai
matlamat iaitu menang. Dalam kerjasama tersebut juga, sifat peneraju atau
kepimpinan akan terbentuk dalam diri segolongan kanak-kanak, manakala sikap
penyokong pula akan terbentuk dalam diri segolongan yang lain.

Aktiviti rekreasi yang dibina untuk golongan berkeperluan khas ini


haruslah dirancang supaya dapat memenuhi minat, kehendak dan kebolehan
mereka. Disamping itu, dengan adanya penyertaan murid berkeperluan khas ini
memberi pelbagai faedah kepada golongan ini dalam meneruskan kehidupan
serta membantu mereka berdikari dalam kehidupan agar tidak bergantung
kepada orang lain di kemudian hari.

Anda mungkin juga menyukai