Anda di halaman 1dari 2

Jurnal Minggu Pertama

Tarikh : 18 Januari 2016 hingga 22 Januari 2016

Masa : 10:10 hingga 10:30 pagi

Tempat : Dataran Sekolah

Isu / Perkara : Murid Berlari-Lari Untuk Masuk Ke Kelas Masing-Masing.

Huraian Isu / Perkara :

- Murid berlari-lari dan berkejaran untuk masuk ke kelas masing-masing pada waktu
selepas rehat.
- Terdapat beberapa orang murid mengejar kawan-kawan mereka sehingga menaiki
tangga.
- Ada segelintir murid terjatuh semasa berlari.

Analisis Isu / Perkara :

- Lewat masuk kelas


- Tidak ditegur semasa berlari ke kelas.

Cadangan Penyelesaian :

- Pengawas yang bertugas perlu memantau murid-murid lain selepas waktu rehat.
- Tidak dibenarkan berlari untuk masuk ke kelas.
- Memberi hukuman ringan seperti mengutip sampah kepada murid yang masih
berlari untuk masuk ke kelas .

Tempoh Pelaksanaan / Penyelesaian : Setiap hari persekolahan.

Komen Pensyarah / Guru Pembimbing :


Kejayaan : Kebanyakan murid tidak berlari lagi untuk masuk ke kelas selepas waktu rehat.
Hanya terdapat segelintir murid tahap satu yang masih berlari. Ini menunjukkan jalan
penyelesaian ini berkesan kerana semua murid tidak suka kepada hukuman mengutip
sampah yang telah dikenakan.

Anda mungkin juga menyukai