SI GENERATIF
AHMAD FAUZI BIN ABDUL
MANAF
SARMI BINTI UNDANG
NURUL NADWAH BINTI
KHALID
PENGENALAN TEORI GENERATIF
Rumus-rumus yang disediakan itu akan membolehkan orang lain yang tidak
tahu bahasa itu membentuk ayat-ayat dalam bahasa berkenaan
Ada orang yang beranggapan bahawa kompetensi penggunaan bahasa seakan - akan
dicapai dengan sempurna melalui keturunan dan warisan saja . Pandangan ini keliru
kerana kemampuan penguasaan dan penggunaan bahasa harus melalui latihan - latihan
baik mengenai pengucapan mahupun mempergunakan bahasa dengan baik dan benar .
Di lain pihak ada komunikasi dilakukan dengan tulisan . Hal tersebut bermakna
kompetensi menyatakan fikiran dan perasaan dalam bentuk tulisan dan kemampuan
memakai apa yang dicuba . Jadi kaitan bahasa terhadap pemikiran manusia sangat erat
sekali .
Dunia ilmu , termasuk linguistik , bukan merupakan aktiviti yang statik , melainkan
merupakan aktiviti yang dinamik ; berkembang terus , sesuai dengan falsafah ilmu itu
sendiri yang selalu ingin mencari kebenaran yang hakiki . Begitulah , linguistik struktural
lahir kerana tidak puas dengan pendekatan dan prosedur yang digunakan linguistik
tradisional dalam menganalisis bahasa .
MAKSUD TRANSFORMATIF GENERATIF