Anda di halaman 1dari 1

PETIKAN TEKS

Gariskan perkataan yang mengandungi kata adjektif.

Kamal ialah seorang pelajar Tahun tiga .Hobinya ialah suka makan makanan yang

manis seperti gula-gula dan aiskrim sahaja. Kamal tidak suka bersenam malah

hanya makan makanan yang sedap dan lazat sahaja. Ibunya menyuruh Kamal

membeli buah mangga di kedai. Ibunya memesan agar merasa dahulu buah mangga

agar tidak membeli buah mangga yang masam. Kamal pun pergi membeli buah

mangga dengan berjalan kaki. Dalam perjalanan pulang Kamal terdengar bunyi

bising dari arah semak. Setelah dilihat rupanya ada seekor kucing yang sedang

kesakitan dan berlumuran darah. Kucing itu dibawa pulang dan dimandikan.

Setelah dimandikan barulah ia berbau wangi dan tidak busuk lagi. Kamal pun

mengubati kucing tadi. Setelah beberapa hari kucing Kamal kelihatan cantik

malah bulunya halus dan lembut. Kamal sangat sayangkan kucingnya.

Anda mungkin juga menyukai