Anda di halaman 1dari 6

Prinsip-prinsip

perkembangan isi
pelajaran dalam semua
bidang Pendidikan Islam
Dibentangkan oleh :
Nurshaidatul Afina binti
Yusof.
MUDAH KEPADA SUSAH
Prinsip ini merupakan salah satu prinsip yang
sering digunakan oleh guru dalam mengajar
sesuatu kemahiran.
Umumnya, prinsip ini menekankan
sesuatukemahiran yang senang dahulu sebelum
meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran
yang lebih sukar atau kompleks.
Guru akan menerangkan isi pelajaran bermula dari
konsep yang mudah difahami oleh murid dengan
menggunakan bahasa yang mudah, jelas dan ringkas.
Seterusnya, untuk menerangkan sesuatu pelajaran
yang susah, guru akan lebih banyak menggunakan
bahasa bahasa istilah semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
CONTOH
Untuk mengajar bidang Jawi, guru akan
menerangkan murid huruf-huruf jawi terlebih dahulu.
Setelah murid menguasainya, barulah guru mengajar
cara penulisan huruf-huruf tersebut.
Seterusnya, membentuk perkataan, frasa, ayat udah
dan berkembang sehingga satu karangan yang
lengkap.
DIKETAHUI KEPADA BELUM
DIKETAHUI
o Dalam prinsip ini, sesuatu kemahiran atau isi
pelajaran yang diajar merupakan kemahiran yang
telah diketahui oleh murid namun pengetahuan
mereka tidak secara menyeluruh.
o Melalui prinsip ini, guru menerangkan secara khusus
dan mendalam kepada murid.
o Misalnya, untuk mengajar bidang adab iaitu adab
kepada kedua ibu bapa, murid telah mengetahui
bahawa beradab kepada ibu bapa adalah wajib namun
mereka tidak mengetahui kesan-kesan sekiranya
mereka tidak beradab kepada keduanya.
o Justeru itu, guru hendaklah menjelaskan isi pelajaran
dengan khusus untuk menambah pengetahuan murid
daripada yang telah mereka ketahui kepada sesuatu
yang belum diketahui.

Anda mungkin juga menyukai