Anda di halaman 1dari 4

Jurnal Minggu Lima

Tarikh : 22 Februari 2016 hingga 26 Februari 2016

Masa : 10:10 hingga 10:30 pagi

Tempat : Tangga sekolah

Isu / Perkara : Makanan murid tertumpah di kawasan tangga.

Huraian Isu / Perkara :

- Murid berlari-lari dan berkejaran untuk pergi ke dataran pada waktu selepas rehat.
- Terdapat beberapa orang murid mengejar kawan-kawan mereka.
- Ada segelintir murid terjatuh dan bekalan makanan mereka tertumpah.

Analisis Isu / Perkara :

- Berlari-lari semasa turun tangga.


- Tidak ditegur semasa berlari ke dataran.

Cadangan Penyelesaian :

- Pengawas yang bertugas perlu memantau murid-murid lain selepas waktu rehat.
- Tidak dibenarkan berlari semasa waktu rehat.
- Memberi hukuman ringan seperti mengutip sampah kepada murid yang masih
berlari untuk pergi ke dataran semasa waktu rehat .

Tempoh Pelaksanaan / Penyelesaian : Setiap hari persekolahan.

Komen Pensyarah / Guru Pembimbing :

Kejayaan : Kebanyakan murid tidak berlari lagi semasa waktu rehat. Hanya terdapat
segelintir murid tahap satu yang masih berlari. Ini menunjukkan jalan penyelesaian ini
berkesan kerana semua murid tidak suka kepada hukuman mengutip sampah yang telah
dikenakan.

Jurnal Minggu Enam


Tarikh : 29 Februari 2016 hingga 04 Mac 2016

Masa : 07:00 hingga 07:45 pagi

Tempat : Dataran sekolah

Isu / Perkara : Murid tidak beratur masuk ke kelas selepas perhimpunan.

Huraian Isu / Perkara :

- Murid berlari-lari dan berkejaran untuk masuk ke kelas masing-masing selepas


perhimpunan.
- Terdapat beberapa orang murid mengejar kawan-kawan mereka.
- Ada segelintir murid terjatuh semasa berlari.

Analisis Isu / Perkara :

- Berlari-lari dan tidak beratur untuk masuk ke kelas masing-masing selepas waktu
perhimpunan.

Cadangan Penyelesaian :

- Pengawas dan guru yang bertugas perlu memantau murid-murid lain selepas waktu
perhimpunan.
- Murid perlu berbaris mengikut kelas masing-masing.
- Memberi hukuman ringan seperti mengutip sampah kepada murid yang masih
berlari dan tidak beratur untuk masuk ke kelas masing-masing selepas rehat .

Tempoh Pelaksanaan / Penyelesaian : Setiap hari Rabu.

Komen Pensyarah / Guru Pembimbing :

Kejayaan : Kebanyakan murid tidak berlari dan berbaris untuk masuk ke kelas masing-
masing selepas waktu perhimpunan. Hanya terdapat segelintir murid tahap satu yang masih
berlari dan tidak berbaris mengikut kelas masing-masing. Ini menunjukkan jalan
penyelesaian ini berkesan kerana semua murid tidak suka kepada hukuman mengutip
sampah yang telah dikenakan.

Anda mungkin juga menyukai