Anda di halaman 1dari 8

Jurnal Minggu Tujuh

Tarikh

: 05 September 2016 hingga 09 September 2016

Masa

: 09.40 hingga 10.00 pagi

Tempat

: Kawasan kantin sekolah

Isu / Perkara : Murid menjerit semasa rehat

Huraian Isu / Perkara :


-

Murid menjerit semasa membeli makanan di kantin sekolah.


Terdapat beberapa orang murid mengejar kawan-kawan mereka terutamanya murid
Tahun 1 sambil menjerit dengan suara yang kuat dan berteriak,

Analisis Isu / Perkara :


-

Murid-murid menjerit semasa waktu rehat.

Cadangan Penyelesaian :
-

Pengawas dan guru yang bertugas perlu memantau murid-murid pada waktu rehat

terutamanya masa rehat murid tahap 1.


Murid perlu sentiasa dalam keadaan terkawal dan berdisiplin semasa membeli

makanan
Memberi hukuman seperti mencatat nama murid dan memanggil nama mereka
semasa waktu perhimpunan.

Tempoh Pelaksanaan / Penyelesaian

: Setiap waktu rehat.

Komen Pensyarah / Guru Pembimbing :


Kejayaan :

Kebanyakan murid tidak menjerit-jerit sera berteriak lagi untuk membeli

makanan pada waktu rehat. Hanya terdapat segelintir murid tahun satu yang masih
berkelakuan sedemikian semasa membeli makanan di kantin sekolah. Ini menunjukkan jalan

penyelesaian ini berkesan kerana semua murid tidak suka kepada hukuman yang akan
dikenakan bagi yang melanggar peraturan sekolah.

Jurnal Minggu Lapan

Tarikh

: 19 September 2016 hingga 23 September 2016

Masa

: 09.40 hingga 10.00 pagi

Tempat

: Di dalam bilik darjah/ kelas

Isu / Perkara : Murid berlari di dalam kelas, berdiri di atas kerusi terutamanya pada waktu
rehat.
Huraian Isu / Perkara :

Murid berlari di dalam kelas, berdiri di atas kerusi terutamanya pada waktu rehat.
Terdapat segelintir murid menangis kerana di marah oleh kawan-kawan.

Analisis Isu / Perkara :


-

Murid berlari di dalam kelas, berdiri di atas kerusi terutamanya pada waktu rehat.
(Murid tahap 1)

Cadangan Penyelesaian :
-

Pengawas dan guru yang bertugas perlu memantau murid-murid lain semasa waktu

rehat.
Murid perlu berada dalam keadaan yang selamat dan terkawal.
Memberi hukuman menghantar nama murid yang ingkar kepada Guru Besar untuk
tindakan selanjutnya.

Tempoh Pelaksanaan / Penyelesaian

: Setiap hari semasa waktu rehat

Komen Pensyarah / Guru Pembimbing :


Kejayaan : Kebanyakan murid tidak lagi berlari di dalam kelas, berdiri di atas kerusi pada
waktu rehat terutamanya bagi murid-murid tahun 1. Ini menunjukkan jalan penyelesaian ini

berkesan kerana semua murid takut untuk berjumpa dengan Guru Besar apabila melakukan
masalah disiplin.

Jurnal Minggu Sembilan

Tarikh

: 26 September 2016 hingga 30 September 2016

Masa

: 12:45 Tengah hari

Tempat

: Gelanggang / Tapak Perhimpunan

Isu / Perkara : Murid bermain bola baling di gelanggang pada waktu tengah hari sementara
menunggu latihan rumah sukan.

Huraian Isu / Perkara :


-

Murid bermain bola baling di gelanggang pada waktu tengah hari sementara

menunggu latihan rumah sukan.


Terdapat beberapa orang murid tahap 2 masih ingkar walaupun telah di tegur oleh
guru.

Analisis Isu / Perkara :


-

Murid bermain bola baling di gelanggang pada waktu tengah hari sementara

menunggu latihan rumah sukan.


Terdapat beberapa orang murid tahap 2 masih ingkar walaupun telah di tegur oleh
guru.

Cadangan Penyelesaian :
-

Guru-guru yang bertugas perlu memantau murid-murid supaya tidak bermain bola
baling di gelanggang pada waktu tengah hari sementara menunggu latihan rumah
sukan. Hal ini demikian kerana boleh menyebabkan murid demam dan sakit kerana

cuaca panas terik.


Memberi hukuman seperti mencatat nama murid dan menghantar nama mereka
kepada Guru Besar untuk tindakan lanjut.

Tempoh Pelaksanaan / Penyelesaian

: Setiap hari.

Komen Pensyarah / Guru Pembimbing :


Kejayaan : Kebanyakan murid tidak bermain bola baling di gelanggang pada waktu tengah
hari sementara menunggu latihan rumah sukan setelah ditegur oleh beberapa orang guru.
Ini menunjukkan bahawa hukuman yang akan dikenakan kepada murid yang ingkar kepada
arahan berjaya mendisiplinkan mereka.

Jurnal Minggu Sepuluh

Tarikh

: 3 Oktober 2016 hingga 7 Oktober 2016

Masa

: 09.40 hingga 10.00 pagi

Tempat

: Kawasan kantin sekolah/ Kawasan Study Shed

Isu / Perkara : Membuang sampah merata-rata tempat

Huraian Isu / Perkara :


-

Murid membuang sampah merata-rata tempat


Ada segelintir murid membuang bekas makanan dan hampas pensel di kawasan
study shed.

Analisis Isu / Perkara :


-

Murid membuang sampah merata-rata tempat


Ada segelintir murid membuang bekas makanan dan hampas pensel di kawasan
study shed.

Cadangan Penyelesaian :
-

Pengawas dan guru yang bertugas perlu memantau murid-murid pada waktu rehat

terutamanya masa rehat murid tahap 1.


Memberi hukuman seperti mencatat nama murid dan memanggil nama mereka
semasa waktu perhimpunan.

Tempoh Pelaksanaan / Penyelesaian

: Setiap hari

Komen Pensyarah / Guru Pembimbing :


Kejayaan : Kebanyakan murid tidak lagi membuang sampah merata-rata tempat dan guru
serta pengawas sentiasa meminta mereka untuk mengutip sampah di kawasan sekeliling
mereka. Ini menunjukkan jalan penyelesaian ini berkesan kerana semua murid tidak suka
kepada hukuman yang akan dikenakan bagi yang melanggar peraturan sekolah.

Jurnal Minggu Sebelas

Tarikh

: 10 Oktober 2016 hingga 14 Oktober 2016

Masa

: 12.45 Tengah Hari

Tempat

: Bilik Darjah

Isu / Perkara : Murid tidak menyiapkan kerja rumah / latihan yang diberikan (Murid Tahun
3)
Huraian Isu / Perkara :
-

Murid tidak menyiapkan kerja rumah / latihan yang diberikan (Murid Tahun 3)
Terdapat segelintir murid yang menipu mengatakan buku mereka hilang dan terlupa
membawa buku latihan.

Analisis Isu / Perkara :


-

Murid tidak menyiapkan kerja rumah / latihan yang diberikan (Murid Tahun 3)
Terdapat segelintir murid yang menipu mengatakan buku mereka hilang dan terlupa
membawa buku latihan.

Cadangan Penyelesaian :
-

Memberi amaran kepada murid tersebut dan menulis nama mereka ke dalam fail

salah laku pelajar.


Memberi hukuman menghantar nama murid yang ingkar kepada Guru Besar untuk
tindakan selanjutnya.

Tempoh Pelaksanaan / Penyelesaian

: Setiap hari pada waktu pembelajaran dan

pengajaran
Komen Pensyarah / Guru Pembimbing :
Kejayaan : Kebanyakan murid menyiapkan segala latihan dan kerja yang diberikan oleh
guru serta tidak bercakap bohong untuk mempertahankan diri. Ini menunjukkan jalan
penyelesaian ini berkesan kerana semua murid takut untuk berjumpa dengan Guru Besar
apabila melakukan masalah disiplin.

Jurnal Minggu Dua Belas

Tarikh

: 17 Oktober 2016 hingga 21 Oktober 2016

Masa

: 07:00 Pagi hingga 12:45 Tengah hari

Tempat

: Blok Kelas

Isu / Perkara : Murid membuat bising dan mengganggu rakan yang lain semasa ujian
PKSR II berlangsung.

Huraian Isu / Perkara :


-

Murid membuat bising dan mengganggu rakan yang lain semasa ujian PKSR

berlangsung.
Terdapat murid tahap 2 yang tidak mematuhi peraturan semasa ujian berlangsung.

Analisis Isu / Perkara :


-

Membuat bising semasa ujian PKSR II sedang dijalankan.

Cadangan Penyelesaian :
-

Pengawas dan guru yang bertugas perlu memantau murid-murid supaya tidak
membuat bising dan mematuhi arahan supaya tidak berada si kawasan yang telah

ditutup dan dilarang untuk bermain.


Memberi hukuman seperti mencatat nama murid dan menghantar nama mereka
kepada Guru Besar untuk tindakan lanjut.

Tempoh Pelaksanaan / Penyelesaian

: Setiap hari.

Komen Pensyarah / Guru Pembimbing :


Kejayaan : Kebanyakan murid tidak berlari dan tidak membuat bising dan fokus semasa
ujian sedang berlangsung setelah ditegur oleh beberapa orang guru. Ini menunjukkan
bahawa hukuman yang akan dikenakan kepada murid yang ingkar kepada arahan berjaya
mendisiplinkan mereka.

Anda mungkin juga menyukai