Anda di halaman 1dari 21

SEMESTER 1 22/23

SPE3532 PENDIDIKAN LUAR


PANDU ARAH ( ORIENTEERING )

DIKETUAI OLEH FASI :


1.SYED AMIERUL MUKMIN BIN SD KAMARULZAMAN
2.LUQMAN NUR HARITH BIN AZMAN
3.ELVIANEY JOHN BAPTIST
4.NASRUL SYAHKIR BIN SADIKUL

AJK PANDU ARAH :


1.SAIFUL SHARIL BIN SAIFUL BAHRI
2.THILAGAVATHI A/P RAJASOORIAH
3.MUHAMAD AMIR AIZAD BIN AHMAD SUKARDI
4.ABDUL WAHID BIN SAHARUDIN
5.KHAIRUL NAJIHA IMAN BINTI SHOLAHUDDIN
6.MELLANIE SERAI ANAK VINCENT
7.SITI NORZULLAIKA BINTI RAMLI
ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk Muka surat

1 Muka depan 1
2 Isi kandungan 2
3 Pengenalan 3
4 Obejktif

i. Psikomotor 4
ii. Kognitif
iii. Afektif
5 Skop kerja orienteering

i. Sebelum 5-10
ii. Semasa
iii. Selepas
6 Inventori 11-14
7 Jenis-jenis kompas dan fungsi 15-19
8 Cara menjaga kompas 20
9 Panduan lazim apabila sesat dalam hutan 21

2
PENGENALAN

Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan Teknik – Teknik pergerakan
dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta
dan Kompas .

Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal
dan mental dengan baik . Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan
ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan Kompas yang
diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut
susunan tertentu .

Orienteering bermaksud peta , hutan dan adventure . Sukan ini diibaratkan gabungan antara
sukan merentas desa , pandu arah dan acara mencari harta karun . Ia meliputi berbagai
bidang latihan , kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakna ruang eksplorasi
,cabaran dan risiko tersendiri .

Di samping menggunakan Kompas dan peta , kita juga boleh menggunakan panduan angin
untuk menentukan arah . Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan pengetahuan
penelitian yang betul kerana cara ini kelazimannya bergantung kepada keadaan cuaca dan
hari yang tenang .

Antara panduan yang lazim dan kerap digunakan ialah pergerakan matahari dari timur ke
barat pergerakan bintang arah ke barat kumpulan bintang yang dapat menunjuk arah ke
utara pengaliran air mata air ke sungai dan mengalir terus ke kuala atau laut yang selalunya
terdapat di perkampungan dan arah tiupan angin.

3
OBJEKTIF

1. Psikomotor

• Dapat menyelesaikan skop perkerjaan pandu arah yang telah ditetapkan untuk ajk pandu
arah .

• Dapat melaksanakan tugasan masing -masing bagi ajk pandu arah agar objektif
perkhemahan tercapai.

• Dapat membuat persediaan sebelum ajk lain mengambil peralatan yang diperlukan oleh
ajk pandu arah.

2. Kognitif

• Dapat mempelajari cara menggunakan kompas.

• Dapat mengetahui tentang jenis-jenis kompas.

3. Afektif

• Dapat memupuk sifat kerjasama sesama ahli dalam menyempurnakan tugasan yang
diberikan.

• Dapat membentuk sifat bertanggungjawab dalam memastikan Kompas yang dipinjam


sentiasa mencukupi.

4
SKOP KERJA ORIENTEERING

SEBELUM

1. PERANCANGAN PERJALANAN

• Sebelum bergerak ke tempat yang dituju sedikit perancangan perlu dilakukan untuk
memastikan perjalanan akan menjadi mudah dan selamat . beberapa perkara juga
perlu diberi perhatian dalam perancangan adalah seperti berikut :
• Tentukan arah di atas peta dengan jelas dan tepat
• Dalam apa keadaan kita perlu tahu dan cekap meramal sesuatu yang boleh ditemui
dihadapan kita
• Kita perlu mencatit apa-apa yang luar biasa atau mercutanda yang boleh ditemui di
sepanjang perjalanan sebagai rujukan
• Bagi kawasan yang tinggi dan berbukit bakau , mengikut permatang akan
memudahkan perjalanan . Contoh permatang

Dengan mengikuti permatang kawasanmenurun yang curam dapat dielakkan


• Bagi kawasan landai dan rata , menyusur sungai menjadi lebih mudah ,
walaubagaimanapun patut mengambil perhatian bahawa kawasan sungai biasanya
berpaya , berbelit dan mudah banjir
• Setelah menetapkan tempat yang hendak dituju dan merancang perjalanan untuk
sampai ke tempat tersebut , kita hendaklah sentiasa menjaga arah Haluan perjalan
yang disesuaikan dengan keadaan bentuk muka bumi dan tumbuh-tumbuhan supaya
ia tidak menyimpang daripada matlamat asal . Jika kehilangan Haluan kita hendaklah
berhenti dengan segera , berehat sebentar , tenangkan fikiran dan menyemak semula
arah laluan.

2. MENYEDIAKAN KAD KAWALAN

5
• Setiap peserta perlu membawa Bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara
sebagai bahan bukti atau pengesahan . Pihak penganjur atau pihak yang berkuasa
perlu menyiapkan kad ini untuk peserta supaya mudah para peserta mendaftarkan
diri sebelum melakukan aktiviti sebagai rekod .
• Di dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula dan tersedia
petak-petak untuk ditebuk apabila sampai dititik kawalan nanti . Kad ini perlu
diserahkan kepada kepada pihak yang bertugas apabila aktiviti selesai.

3. KETERANGAN KAWALAN

• Keterangan asas sebagai panduan titik-titik ( control description ) kawalan


keterangan . Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan , kod kawalan dan
keterangan mengenai kedudukan titik kawalan .
• Diperingkat antarabangsa , keterangan tidak ditulis dalam bentuk teks tetapi dalam
bentuk kod atau gambar rajah.

4. LANDASAN

• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik
kawalan yang lain hingga ke penamat . Landasan ini akan dilukis di petas utama dan
akan disalin oleh peserta kemudiannya
• Tanda yang berkenaan landasan adalah :
- Titik permulaan ditandakan dengan segi tiga
- Titik kawalan dengan tanda bulatan
- Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih
- ‘ LEG ’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan

5. KOMPAS

• Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering


• Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja

6
6. PENGETAHUAN ASAS

• Untuk memastikan aktiviti orienteering ini dibuat dengan mudah dan betul maka
seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan asas berkaitan dengannya iaitu :

- Teknik membaca peta

- Teknik membaca Kompas

- Boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling

SEMASA

1. MENGUKUR BEARING DI ATAS PETA

• Pengukuran bearing dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain ditandakan
di atas peta boleh dibuat melalui beberapa peringkat contohnya di antara titik k dan
titik l .
• Letakkan Kompas di atas garis penghubung diantara titik k dan titik l yang ditanda di
peta . Jika garis penghubung sukar dilihat kerana dilindungi oleh Kompas , ataurkan
supaya satu daripada bahagian tepi Kompas selari dengan garisan dengan
penghubung K dan L . Pastikan anak panah mara menghala ke arah titik yang hendak
dicari bearing . Dalam contoh ini titik yang bearingnya hendak dicari ialah L . Oleh itu
anak panah mara hendaklah menghala ke L dan bukan ke K
• Tanpa mengubah kedudukan Kompas di atas peta , pusingkan dial sehingga anak
panas Kompas dan garisan grid selari dengan garisan penghubung K dan L . Pada
masa yang sama jarum utara Kompas hendaklah sama arah dengan utara peta
• Bacaan bearing K dan L didapati dari garisan indeks.

2. MENCARI BEARING OBJEK DI ATAS TANAH

• Cara mencari bearing Kompas dengan menggunakan Kompas orienteering adalah


seperti berikut :
• Hendaklah berdiri menghala kea rah objek yang akan dicari bearingnya .
• Kompas hendaklah diletakkan di atas tangan dengan kedudukan tapak tangan rata .
Tentukan kedudukan anak panah mara menghala ke arah objek yang hendak dicari
bearing. Selepas itu pusingkan badan perlahan anda perlahan-lahan sehingga anah
panah mara betul-betul menghala kepada onjek yang dituju
• Tanpa mebuat apa-apa perubahan kedudukan Kompas , pusingkan dial sehingga
jarum Kompas bertindih selari dengan anak panah Kompas . Tentukan utara jarum
Kompas sehala dengan utara anak panah . Bearing kepada objek tersebut diperolehi
pada bacaan yang ada di garisan indeks.
7
3. MENENTUNKAN KEDUDUKAN PETA DENGAN MENGGUNAKAN KOMPAS

• Peta diletakkan di atas permukaan yang rata . Kemudian letakkan pula Kompas di
atas peta tersebut di mana anak panah Kompas menghala ke utara peta dan selari
dengan garisan grid timuran di peta . Kemudian pusingkan peta sehingga jarum
Kompas bertindih selari dengan anak panah Kompas . Dalam keadaan sedemikian
peta diorientasikan sejajar dengan bumi.

4. BERGERAK DALAM KUMPULAN

• Hendaklah bergerak dengan tertib dan formasi yang teratur


• Adakan perbincangan sebelum perjalanan dibuat
• Hendaklah bergerak dalam pasangan , jangan berpecah terutamanya pada waktu
malam gelap . Tiap pandangan hendaklah sentiasa berada dalam jarak yang mudah
dilihatr dan didengar panggilannya
• Jika bergerak dalam kumpulan yang besar , boleh mengarahkan satu kumpulan kecil
untuk mencari jalan , rintis dan jika perlu menyediakan tapak khemah untuk rehat
• Ketua kumpulan jangan bergerak terlalu cepat . Jika ada rintangan perhatikan semua
telah melepasinya dan mendapatkan rehat yang cukup
• Adalah lebih baik melangkah dengan seragam dan bergerak perlahan kerana ini
kurang memenatkan . Sebaik-baiknya hendaklah melenggang dan jangan
memasukkan tangan di dalam saku
• Kerapkali mengambil rehat dan bertanya keadaan setiap orang . Jika membawa galas
, hendaklah sentiasa dibetulkan dan disusun semula supaya kemas dan seimbang.

5. BERGERAK WAKTU MALAM

• Berjalan di waktu malam di kawasan yang kurang diketahui sangat membahayakan


kerana penglihatan yang terhad dan kurang jelas. Keadaan ini boleh menyebabkan
kita mudah kehilangan arah yang dituju. Oleh yang demikian, penggunaan kompas
untuk memandu pergerakan amatlah perlu. Di samping itu hendaklah sentiasa
menggunakan pendengaran dan hiduan, di samping melangkah dengan perlahan dan
menguji tempat dipijak sebelum bergerak.

8
6. BERGERAK DI KAWASAN BUKIT DAN GUNUNG

• Di kawasan berbukit dan melereng, adalah baik bergerak di kawasan yang tinggi iaitu
mengikut permatang. Perjalanan mengikut sungai adalah memakan masa kerana
ianya mungkin menempoh jeram, tebing tinggi dan batu licin yang sukar hendak
dilalui dengan berjalan kaki. Di kawasan lereng curam, langkah hendaklah
dipendekkan. Penggunaan tali atau pun pemegang semasa menuruni lereng licin
amatlah digalakkan. Bagi lereng yang terlalu curam, bergerak mengikut arah zigzig
adalah digalakkan untuk mengelakkan berlaga lutut. Semasa menuruni lereng yang
curam, lutut hendaklah sentiasa dibengkokkan, dan gunakan tumit untuk mencari
tapak.

7. BERGERAK DI DALAM HUTAN

• Berjalan dalam kawasan hutan ada kalanya perlu membuat rintis dan menebas
tumbuhan untuk memudahkan perjalanan. Jika perlu menebas tebang pokok kecil,
hendaklah dibuat seberapa rapat ke tanah supaya pokok tumbang tidak menghalang
jalan dan tidak terdapat tunggul yang boleh membahayakan, terutamanya jenis
buluh. Jika terdapat tumbuhan duri Mengkuang dan Asam paya yang tebal, jangan
cuba dirintis tetapi sebaik-baik buatlah susuran.

8. MENYEBERANGI SUNGAI

• Panduan berikut boleh diikuti untuk keselamatan


a) Kuala sungai selalunya luas dan dalam, dan terikat dengan keadaan air pasang surut.
Cuba elakkan dari menyeberangi kawasan ini kecuali ada perahu atau rakit.
b) Sebelum menyeberang semak dahulu kedalaman air dan kekuatan aras.
c) Ulu sungai walaupun tidak luas, airnya selalu laju, ada terdapat jeram, tebing, curam
dan berbatu-batu.
d) Jangan mengharung air jika terlau sejuk, ini mung kin menyebabkan terjadinya
ketegangan otot. Boleh menyeberang jika air kurang dari paras lutut dan segera
keringkan seluar selepas sampai ke darat.
e) Gunakan kayu untuk mengukur kedalaman dan kelajuan air.
f) Jika berseluar panjang hendaklah dilipat untuk mengurangkan tolakan/tarikan air.
g) Hendaklah menyeberang secara mengereng di kawasan air dalam, jika air laju
hendaklah membelakarigkan tebing yang dituju kerana tolakan air laju akan
memudahkan kita menyeberang.

9
9. PANDUAN JARAK DAN TEMPOH MASA PERJALANAN

• Dalam keadaan biasa, kelajuan perjalan yang diambil adalah berbeza dari satu situasi
yang lain. Bagi membantu kita merancang perjalanan untuk sampai ke sasaran,
panduan kelajuan berikut bolehlah digunakan.

10. MENGGUNAKAN KOMPAS

• Menggunakan Kompas sebagai penunjuk arah


• Menggunakan peta topo sebagai rujukan dan mengira bearing daripada titik K ke
titik L.

SELEPAS
1. MELAPORKAN DIRI

• Semua peserta perlu melaporkan diri di tempat penamat sebaik sahaja aktivti selesai

2. MEMASTIKAN KOMPAS MENCUKUPI

• Mengutip ke semua Kompas yang telah digunakan peserta dan memastikan Kompas
mencukupi

3. MENYEMAK KOMPAS

• Memastikan Kompas yang telah digunakan berada dalam keadaan baik

4. MENYIMPAN KOMPAS

• Menyimpan ke semua Kompas yang telah digunakan di tempat yang sebaiknya dan
menjarakkan setiap Kompas agar ia tidak rosak

5. MEMBERSIHKAN PERALATAN

• Membersihkan segala peralatan yang telah digunakan supaya bersih dan berada
dalam keadaan yang baik.

10
INVENTORI
1. Jam tangan analog

• Apabila tersasar di hutan atau terdampar di laut tanpa tahu arah, sebuah jam tangan
analog akan membantu kita untuk mencari arah yang betul.
• Sebuah jam tangan analog yang bukan digital dapat berfungsi sebagai kompas dan
menunjukkan arah.
• Cara menggunakan :

a) Betulkan posisi jam tangan kita agar rata dengan tanah


b) Tunjukkan jarum jam tangan ke arah matahari
c) Cari pertengahan sudut antara jarum jam dengan angka jam 12; pertengahan ini
menunjuk arah selatan.

2. Peta topo (topografi)

11
• Peta topo iaitu peta rupa bumi yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur Malaysia
mempunyai berbagai-bagai maklumat.
• Peta-peta tersebut diwarnakan sehingga enam jenis warna dan mempunyai garis-
garis dan symbol-simbol berserta makna bagi kedua-dua itu dalam petunjuk peta
tersebut.
• Peta ini dapat mencari jalan dimerata tempat dan mengenali di atas peta.
• Dapat menolong dengan pantas dan tepat dalam penyampaian maklumat dan
perintah berkenaan pergerakan dan arahan.
• Maklumat utama yang boleh diperolehi daripada peta-peta itu ialah:

a) Rupa bumi dari garis kontur


b) Bentuk saliran
c) Tumbuhan semulajadi
d) Jenis-jenis pertanian dan kegiatan ekonomi yang lain
e) Bentuk petempatan
f) Bentuk perhubungan

3. Kompas

12
• Kompas ialah alat bantuan untuk mendapatkan arah sebenar di muka bumi.
• Mengandungi jarum magnetik berwarna merah atau hitam.
• Diukur dalam kiraan darjah atau mil.
• Kompas adalah elemen bantu kedua terpenting dalam sukan orieentering.
• Tujuan :

a) Melaraskan peta
b) Menentukan kedudukan
c) Membuat peta
d) Mengukur jarak di atas peta

4. Penanda kawalan

• Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul


• Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah dan putih sebagai tanda
yang diletakkan di titik kawalan ( dalam linkungan 10m)
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang ( puncher) yang unik.

13
5. Kad kawalan

• Setipa peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara
sebagai bahan bukti atau pengesahan
• Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula dan tersedia petak-
petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.
• Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk mencatat
masa penamat.

14
JENIS-JENIS KOMPAS DAN FUNGSI

KOMPAS ANALOG

Kompas ini ialah jenis yang paling umum digunakan kerana harganya relatif murah. Kompas
analog atau biasa ini berisi jarum magnet yang direndam dalam suatu cairan.
Namun, penggunaan kompas ini harus benar-benar dalam keadaan tenang dan pada posisi
yang mendatar, namun kerana harganya yang murah jadi akurasinya tidak terlalu tepat dan
baik

Fungsi
Kegunaan harian

15
KOMPAS BIDIK

Kompas bidik biasanya digunakan oleh askar PDRM , pasukam pencari dan penyelamat,
tentera navi dan pendaki gunung. Kompas ini mempunyai garis lembut dengan poros
vertikal yang berfungsi untuk membidik sasaran dan menentukan darjah posisi sasaran.
Kompas prima atau bidik memiliki harga yang bervariasi di pasaran. Kompas bidik yang
memiliki kualiti baik umumnya dilengkapi dengan teknologi glow in the dark

FUNGSI

fungsi utamanya untuk mempermudah menghitung sudut sasaran bidik (tempat atau
benda) secara langsung. Cara pemakaiannya dengan membidikkan kompas ke sasaran
secara langsung sekaligus membaca sudut sasaran pada skala kompas. Besar sudut yang
dibuat oleh arah bidikan dan arah jarum (utara) itulah sudut sasarannya (bearing).

16
KOMPAS SILVA

Kompas silva atau kompas orienteering adalah salah satu jenis kompas yang biasa dipakai
dalam bidang topografi. Kompas ini mempunyai protektor datar yang berfungsi sebagai
tempat pada peta topografi. Kompas ini digunakan untuk membantu navigasi di daratan.

FUNGSI

fungsi utamanya untuk mempermudah perhitungan dan pembacaan pada peta secara
langsung. Badan atau pembungkus kompas silva selalu dibuat transparan untuk
mempermudah pembacaan peta yang diletakkan di bawahnya. Sesuai digunakan untuk
aktiviti oriemteering.

17
KOMPAS DIGITAL

Bagi golongan yang suka melakukan perjalanan seperti menjelajahi hutan atau mendaki
gunung, kompas ini merupakan pilihan terbaik. Kompas digital memiliki tingkat akurasi dan
ketepatan yang baik.Hal ini kerana penentuan arah menggunakan komputer dan data yang
disajikan secara digital

FUNGSI
Digunakan oleh penggemar aktiviti ekstrem.

18
KOMPAS NAKHODA

Kompas nahkoda merupakan kompas yang digunakan di bidang pelayaran. Kompas ini
sangat presisi dan tahan terhadap goncangan ketika terkena ombak besar.

FUNGSI
Digunakan oleh kapal pelayan di laut.

19
CARA MENJAGA KOMPAS

a. Jangan meletakkan kompas dekat dengan jam kerana ia akan merosakkan


bacaan kompas.

b. Jangan menghepas atau mengetuk kompas.

c. Memastikan kompas sentiasa berlapik seperti kotak ketika disimpan .

d. Menjauhkan kompas dari alat – alat besi yang berkuasa electromagnet.


kerana jarum magnetik itu akan lari dari arah utara magnet yang ditunjukkan.

e. Menjauhkan kompas dari pembesar suara kerana pembesar suara


mempunyai kuasa magnetic yang kuat.

20
PANDUAN LAZIM APABILA SESAT DALAM HUTAN

• Tanda-tanda awal yang menunjukkan berlakunya kejadian sesat jalan ialah apabila kita
tidak sampai ke tempat yang dituju dalam masa yang sewajarnya.

• Dalam keadaan ini, Langkah-langkah berikut perlulah diambil :

a) Hentikan perjalanan dan berehat dahulu. Jangan panik

b) Meneliti peta dan bandingkan dengan perjalanan yang telah dibuat.

c) Berpatah balik ke titik kawalan atau lokasi terakhir jika tidak dapat memastikan tempat
sebenar kita berada.

d) Jika selepas berpatah balik ke lokasi akhir juga tidak dapat membantu mencari sasaran,
maka mencari Kawasan yang ada manusia. Gunakan kompas untuk mengambil bearing ke
arahnya.

e) Jika masih gagal, carilah aliran air atau anak sungai dan mengikutnya sehingga ke sungai
dan berjumpa perkampungan.

• Langkah-langkah yang perlu memberi perhatian bagi mengelakkan berlakunya sesat jalan :

a) Jangan terburu-buru semasa bergerak

b) Jika mengesyaki sebarang kesilapan berlaku, maka pergerakan hendaklah dihentikan


segera. Selepas semakan dan pembetulan ke atas bacaan kompas dan peta dibuat,
perjalanan bolehlah diteruskan.

c) Selalu semak arah perjalanan dengan keadaan muka bumi yang ditemui menggunakan
peta dan kompas.

21

Anda mungkin juga menyukai