Anda di halaman 1dari 6

DIPLOMA PERIKANAN 19/20

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU,


SARAWAK
ILMU PERKAPALAN DAN PELAYARAN

(FMT2210)
LAPORAN CARTA
NAMA:ESTEFANIA LOURDRES ANAK SIMA
NOMBOR MATRIK:S28997
PENSYARAH:ENCIK SAIFUDDIN JAMALUDIN
Pengenalan
Carta nautika adalah carta yang paling selalu digunakan untuk pelayaran dan navigasi
sejak berabad dahulu lagi. Simbol, warna dan reka bentuknya berubah-ubah untuk
menjadikannya lebih seragam untuk kegunaan semua peringkat antarabangsa. Carta
nautika juga mempunyai bentuk piawaiannya tersendiri yang mana telah ditetapkan
oleh Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa (IHO). Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
merupakan pihak kerajaan yang bertanggungjawab menghasilkan carta nautika.
Tujuan carta nautika digunakan adalah untuk menjadi penentuan kedudukan,
kemudahan dan keselesaan navigasi, pencarian haluan, menentukkan objek pandu
arah pelayaran seperti rumah api, menara kawalan, boya dan butiran berguna kepada
pelaut. Selain itu, carta nautika ini juga adalah untuk menerangkan dan menunjukkan
maklumat kedalaman dan rupa bentuk dasar laut serta perantaraan maklumat bagi
semua trafik maritim. Antara jenis carta adalah carta pelabuhan, carta pinggir laut dan
carta luar pesisir.

Objektif
Antara objektif mempelajari carta nautika adalah;
• Untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat di dalam peta dengan hanya
menggunakan skala
• Untuk mengukur jarak sesuatu tempat dengan tempat lain
• Untuk menunjukkan objek pandu arah pelayaran seperti rumah api, menara
kawalan dan boya

Bahan
1. Pembaris selari
2. Jangka tolok
3. Carta
4. Pembaris selari jenis ‘rolling’
Kaedah
1.Menggunakan koordinat
● Cari latitud dengan menggunakan pembaris dan merujuk garisan penunjuk di
bawah atau atas carta dan tandakan dengan simbol titik
● Cari longitud dengan menggunakan pembaris dan merujuk garisan penunjuk di
sebelah sisi carta dan tandakan dengan simbol titik
● Garisan yang bertindih dengan adalah kawasan yang dicari berdasarkan
koordinat.

2.Menggunakan ‘bearing’
● Cari titik tengah protektor kemudian letakkan pusat protektor di titik yang hendak
plot ‘bearing’
● Protektor tersebut akan diputarkan supaya ia sejajar dengan garisan utara pada
carta
● Tandakan carta di sepanjang sisi protektor pada ‘bearing’ yang dikehendaki
● Panjangkan garisan ‘bearing’ ke arah titik yang tidak diketahui menggunakan
bahagian tepi pembaris selari
● Lokasi kemudian akan dijumpai

3.Menggunakan ‘Range’
● Jarak diukur dengan menggunakan jangka tolok
● Pindahkan ke skala latitud untuk ditukar kepada ‘miles’

4. Menggunakan “Range + Bearing”


● Cari titik tengah protektor kemudian letakkan pusat protektor di titik yang hendak
plot ‘bearing’
● Protektor tersebut akan diputarkan supaya ia sejajar dengan garisan utara pada
carta
● Tandakan carta di sepanjang sisi protektor pada ‘bearing’ yang dikehendaki
● Panjangkan garisan ‘bearing’ ke arah titik yang tidak diketahui menggunakan
bahagian tepi pembaris selari
● Lokasi kemudian akan dijumpai
● Jarak diukur dengan menggunakan jangka tolok
● Pindahkan ke skala latitud untuk ditukar kepada ‘miles’
4.Cari maksud simbol pada carta
5.Mencatat laluan kapal di Pelabuhan Bintulu
 Cari laluan transit untuk memasuki pelabuhan Bintulu
1. Membuat “line” sepanjang laluan transit untuk memasuki pelabuhan
Bintulu
2. “Track” kawasan mengikut garisan transit
3. Lorekkan kedalaman
4. Tanda kawasan danger zone (DR).
 Cari nilai sudut “course”
1. Gariskan “course” yang hendak dituju dan anggarkan dahulu nilai sudut.
Contohnya, 72°.
2. Kemudian, bundarkan nilai 72° dengan nilai yang terdekat iaitu 70°.
Keputusan
1.Cari maksud simbol pada chart

21. Ldg FI. 2s- Landing Flashing lights 2 second


22. 2Q -2 times Quick flashing
23. F.I.R 3s- Flashing Red 3 second
24. F.I.R 6s- Flashing Red 6 second
25. GP. FI.G(2)6s- Group flashing green 2 times
6 second
26. F.I.R 4s- Flashing Red 4 second
27. Q.R- Quick Flashing Red
28. (FK2)8² - Fixed Kelp 2 times 8.2 meter
29. FI.5s16m 6M - Flashing 5 second 16meter 6nauticalmile
30. Fl.G= Flashing Green
31. Fl.G.3s= Flashing green 3 seconds
32. Fl (3) 15s9m4M= Flashing 3 times 15 seconds 9meter4 Mile
33. Fl.6m5M= Flashing 6 meter 5Mile
34. Fl.4s5M= Flashing 4 seconds 5 Mile
35. Fl.5s5m4M=Flashing 5 seconds 5 meters 4Mile
36. Fl.(3) 15s= Flashing 3 times 15 seconds
37. Fl.4s= Flashing 4 seconds
38. Fl.(3) 20s= Flashing 3 times 20 seconds
39. Fl(2) 20s=Flashing 2 times 20 seconds
40. Fl (2) 6s =Flashing 2 times 6 seconds

Kesimpulan
• Saya berjaya untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat di dalam peta
dengan hanya menggunakan skala
• Saya berjaya mengukur jarak sesuatu tempat dengan tempat yang lain
• Saya berjaya menunjukkan objek pandu arah pelayaran seperti rumah api,
menara kawalan dan boya

Anda mungkin juga menyukai