Anda di halaman 1dari 139

Pengenalan dan Definisi

Sejarah Dunia dan Malaysia


Organisasi Orienteering Dunia dan Malaysia
Pertandingan yang dijalankan.
Alatan
Penanda Kawalan.
Penebuk Kawalan.
Kad Kawalan.
Peta.
Keterangan Kawalan
Kompas.
Kemahiran asas
Kompas.
Peta.
Teknik Pergerakan.
Sportident
Prosuder Menyertai Acara
Oleh : Aswadi Aslah (togey)
Magnet Edge Orienteering
PENGENALAN & DEFINISI
Apa itu
Orienteering ?
ORIENTEERING berasal dari perkataan
Sweden, iaitu orientering
Yang bermaksud:
melintasi medan tidak dikenali
dengan di bantu peta dan kompas.
Orienteering adalah satu sukan yang mana pesertanya
harus mengunjungi sejumlah lokasi yang telah ditandai di
medan sebenarnya (kontrol-kontrol) secepat mungkin dengan
dibantu sebuah peta dan kompas.
(IOF, 2009)

Orienteering adalah sejenis sukan yang memerlukan


kemahiran bernavigasi
menggunakan sebuah peta dan kompas
untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain
pada medan yang tidak dikenali.
(http://en.wikipedia.org/wiki/Orienteering)
Orienteering adalah sukan rekreasi berfikir yang
memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan
mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah
dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain
dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang
diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan
dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.
Ianya boleh di katakan sebagai LARIAN BIJAK.

Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan


ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa
(cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun
(tressure-hunt). Ia meliputi berbagai jenis kawasan, kaedah
permainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang
eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.
Sejenis SUKAN.
Memerlukan kemahiran Navigasi.
Menggunakan peta dan kompas.
Harus bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Mempunyai alatannya yang tersendiri.
Harus < daripada 60km.
Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
Orienteering Malam (Night Orienteering)
Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
BETUL KE?????
Terdapat empat kaedah orienteering
dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan
OrienteeringAntarabangsa (IOF) iaitu :
Foot-O,
MTB-O,
Ski-O
Trail-O.
Orienteering Merentas Desa (Cross-Country
Orienteering)
Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
Orienteering Hutan (Trail Orienteering)
Orienteering Bandar (Urban Orienteering)
Classic / Long > 75 min 90 min
Middle > 30 min 60 min
Sprint > 12 min 30 min
Ultrasprint (labyrinth Orienteering)
Score
Relay
Night
Sejarah Orienteering Dunia dan Malaysia
Mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada
awal abad ke 19. (Denmark, Norway and Sweden)
Dalam tahun 1918, Major Ernst Killander telah
mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetatif,
berperaturan dan diterima ramai. Beliau telah digelar
sebagai Bapa Orienteering.
Orienteering mengikut Model Killander merangkumi :-
Memerlukan daya ketahanan.
Stamina.
Kecekapan berlari.
Kekuatan mental.
Penggunaan skil navigasi dalam bentuk mukabumi yang lebih
mencabar.
Bermula dari satu bengkel orienteering yang dikendalikan oleh En.
Wan Sabri Wan Mansor (Dr), Pensyarah UPM di Hutan Simpan Air
Hitam, UPM pada tahun 1983.
Penubuhan Persatuan Orienteering Pulau Pinang (POA) dalam tahun
1983.
Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor & Wil.
Persekutuan (WOA)pada tahun 1986.
Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia (MOOC) yang pertama
telah diadakan dalam tahun 1988.
Malaysia bergabung dengan IOF dalam tahun 1992 melalui MOA.
Penubuhan Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) dalam tahun
1994.
Penubuhan 5 buah cawangan negeri iaitu Kedah, Johor, Terengganu,
Selangor,Wilayah Persekutuan dalam tahun 1996.
MOA Caw. Pulau Pinang dan MOA Caw. Sabah pula ditubuhkan pada
tahuN 1997.
2004 MOA telah diarah dibubarkan oleh Pesuruhjaya Sukan di atas
sebab masalah dalaman.
Organisasi Orienteering Dunia dan Malaysia
International - IOF
National - MEOSC
Regional cth : Persatuan Orienteering Sabah
Local cth : UROC
IOF ditubuhkan pada 21 May 1961 di dalam sebuah
kongres yang berlangsung di Copenhagen,
Denmark.
10 negara terawal menyertai IOF ialah Bulgaria,
Czechoslovakia, Denmark, Federal Republic of
Germany, Finland, German Democratic Republic,
Hungary, Norway, Sweden, dan Switzerland.
Pejabat IOF berpusat di Karlstad, Sweden.
Kini IOF mempunyai penyertaan daripada 80 buah
negara.
MEOSC mula tercetus pada tahun 2005 di Perak
Orienteering Summer Camp, BMLR.
Acara pertama yang dianjurkan oleh MEOSC ialah
1st Perak Orienteering Cup di Taman Tasek Taiping
pada tahun 2006.
MEOSC telah sah berdaftar dengan Pesuruhjaya
Sukan pada 2013.
Pada 2014 MEOSC telah diterima sebagai ahli di
dalam IOF sekaligus mengiktiraf MEOSC di dalam
semua aktiviti Orienteering di Malaysia.
PERTANDINGAN YANG DIJALANKAN
Kejohanan-kejohanan dunia yang dianjurkan oleh
IOF adalah seperti :-
World Orienteering Championships (WOC)
World Cup (WC) Junior World Orienteering
Championships (JWOC)
Asia-Pacific Orienteering Championships (APOC)
World Masters Orienteering Championships (WMOC)-
35 tahun keatas
Acara orienteering terbesar yang dianjurkan
adalah O-Ringen (Swedish Five-Days) yang
melibatkan penyertaan antara 15000 hingga 25000
orang.
Perak Orienteering Summer Camp 2005 (BMLR)
Perak Orienteering Championship 2006 (Taman Tasek Taiping)
2nd Perak Orienteering Championship 2007 (BMLR)
3rd Perak Night Orienteering Championship 2008 (BMLR)
4th Perak Suunto Orienteering Championship 2009 (Gua Tempurung)
Perak Suunto 6H Rogaining 26 April 2010 (Taiping)
Perak Suunto Salomon 12H Rogaining - 27-28 November 2010 (Teluk Intan)
Perak Suunto Orienteering Cup 2011 (LWO Tambun)

Acara terbesar Orienteering di Malaysia ialah KPT-UiTM Cabaran Orienteering1


1Malaysia 2012 di Pekan Pahang dengan penyertaan seramai 1430 orang.
EVENT 2014-2016
Alatan Sukan Orienteering
Peta merupakan alatan UTAMA didalam sukan
Orienteering.
Peta Orienteering adalah peta khas yang dilukis oleh
pelukis peta (Mapper) untuk sesuatu kawasan itu.
Peta Orienteering mempunyai standart khas yang
dikeluarkan oleh Komiti Peta Orienteering Antarabangsa.
Terdapat 4 jenis peta Orienteering yang dibahagi mengikut
spesifikasi iaitu:
ISOM 2000
ISSOM 2006
ISMTBOM 2010
ISSkiOM 2014
Tujuannya bagi membantu peserta tiba
kedestinasi yang betul.
Suatu objek yang selalunya diperbuat daripada
kain berwarna jingga dan putih sebagai tanda yang
diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan
5m).
Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk
lubang (puncher) yang unik.
Di peringkat antarabangsa, teknologi Dibber di
gunakan bagi menggantikan kaedah puncher.
Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 30
dijadikan sebagai No. Kod Kawalan.
Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad
kawalan ketika menyertai acara sebagai bahan
bukti atau pengesahan.
Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta
masa bermula (start time) dan tersedia petak-
petak untuk ditebuk apabila sampai di titik
kawalan nanti.
Kad ini juga boleh di cetak bersama Peta.
Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control
description) kawalan berkenaan.
Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan,
kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan
titik kawalan.
Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis
dalam bentuk teks tetapi dalam bentuk simbol.
Keterangan kawalan boleh di cetak berasingan
mahupun bersama dengan peta.
Kompas adalah alat pengemudian arah yang
mempunyai jarum magnetic merah hitam serta
ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau darjah.
Ia merupakan alat bantu yang kedua terpenting dalam
sukan orienteering.
Ia digunakan hanya untuk mencari arah, menentukan
kedudukan & mengukur jarak.
Kemahiran membaca Peta
Orienteering. (o1)
Kemahiran menggunakan
kompas. (o1)
Kemahiran membaca
CONDES. (o2)
Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan
untuk tujuan navigasi. Antaranya adalah :-

Kompas Tentera
Kompas Orienteering
Kompas Marin
Kompas Kiblat
Kompas Digital

Kompas orienteering pula terdapat dalam berbagai jenama


dan jenis antaranya baseplate compass, thumb compass dan
clip compass. Ianya direkacipta agar lebih mudah dan
praktikal.
Dua jenama yang popular adalah Suunto buatan Finland dan
Silva buatan Sweden.
Kompas orienteering boleh digunakan untuk
tujuan berikut :-
Mengukur jarak
Menentukan kedudukan
Mencari arah
Pembaris Skala
Tapak Lutsinar

Hala Tuju

Kanta Pembesar

Bearing Point
Dail
Garisan Melaras
Rumah Utara
Perumah Kompas
Jarum Kompas

Perumah Kompas
Pastikan kompas anda dalam keadaan baik.
Jauhkan diri anda daripada sebarang objek besi @
magnet.
Pastikan anda meletakkan kompas pada permukaan
yang rata ketika mngambil bacaan bearing.
1. MENCARI BEARING

2. MENCARI HALA TUJU


Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk
mukabumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat
dari udara.
Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan
berkenaan.
Mempunyai tajuk, kontor,skala, petunjuk, garisan
melaras dan kod warna yang akan memberi
kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai
rupa bumi kawasan berkenaan.
Terdapat beberapa jenis peta yang diterbitkan seperti
berikut :-
Peta topo
Peta panduan jalanraya
Peta khusus Atlas
Peta imejan satelit
Peta orienteering
Peta Orienteering
Untuk bermain orienteering, anda boleh
menggunakan apa sahaja jenis peta. Tapi, akan sangat
menyenangkan apabila menggunakan peta yang
dibuat secara khusus untuk orienteering.
Dewasa ini penggunaan peta orienteering dalam
sukan ini (untuk rekreasi, pembelajaran &
pertandingan) telah menyebar ke seluruh penjuru
dunia. Kelebihan peta orienteering adalah bahawa
simbol-simbol peta, warna-warna, skala-skala,
ketebalan garis-garis dan sebagainya telah di
seragam & sesuai dengan standart dunia yang
ditetapkan oleh Komisi Peta Federasi Orienteering
Internasional (IOF Map Commission). Ertinya, sekali
anda mahir membaca peta orienteering, anda akan
dapat menggunakannya untuk bermain
orienteering dimana pun anda berada di seluruh
dunia.
Tentu anda akan bertanya:
Apa itu peta orienteering?

Peta orienteering adalah sebuah peta topografi yang


terperinci (Komisi Peta IOF). Menurut Federasi
Orienteering Amerika Serikat (USOF), peta orienteering
diertikan sebagai sebuah jenis peta topografi yang
khusus dibuat untuk orienteering.

Jadi peta orienteering merupakan sebuah jenis peta


topografi, tetapi bukan peta topografi standart melainkan
sebuah peta topografi khusus untuk sukan ini. Peta
orienteering sangat terperinci menggambarkan
permukaan Bumi sehingga dapat digunakan untuk
bernavigasi sambil berlari dengan pantas.
Sebuah peta orienteering antarabangsa terdiri
daripada 5 bahagian utama, yaitu :
Skala (Scale). Skala menunjukkan ukuran
permukaan Bumi yang tergambar pada peta.
Interval Kontur (Contour Interval). Interval
kontur merupakan perbezaan selang atau interval
ketinggian vertikal kontur (garis-garis yang
menunjukkan ketinggian tempat di atas permukaan laut
pada peta) bersebelahan dalam satuan meter.
Garis-Garis Utara Magnetik (Magnetic North
Lines) adalah garis-garis yang menunjukkan arah utara
kompas pada peta.
Warna-Warna (Colors) adalah warna-warna yang
digunakan pada sebuah peta orienteering.
Petunjuk (Legend) adalah maksud dari setiap
simbol yang digunakan pada sebuah peta orienteering.
Petunjuk

Interval
Skala kontur

Warna
-warna

Garis-garis Utara
Magnetik
Skala
Skala peta orienteering
kebiasaannya adalah
1:4.000, 1:5.000, 1:7.500,
1:10.000 & 1.15.000.
Umumnya dicantumkan
dalam
bentuk skala angka.
Namun kadang juga pada
peta orienteering
dicantumkan pula skala
gambar / skala
pembaris
untuk memudahkan anda
menentukan jarak di
medan sebenarnya dari
peta.
Kontur adalah garis-garis yang menunjukkan semua
tempat yang sama ketinggiannya di atas permukaan air
laut (mean sea level) dalam satu meter. Selang atau
interval kontur merupakan perbezaan ketinggian
vertikal atau elevasi dari kontur-kontur bersebelahan:
2 meter, 2.5 meter atau 5 meter. Dengan adanya
interval kontur akan membantu anda untuk
menaksirkan perubahan ketinggian yang tergambar
dengan kontur-kontur pada peta orienteering.

Interval
kontur
Garis-Garis Utara Magnetik pada peta
orienteering berwarna hitam atau biru. Dengan
adanya garis-garis ini akan memudahkan anda
untuk mengorientasi peta maupun mengukur
sebuah arah pada peta dengan menggunakan
kompas orienteering.
Ada 7 warna yang biasanya
digunakan pada peta
orienteering. Warna-warna
berikut dipakai pada peta-
peta orienteering
internasional :

PUTIH menunjukkan
area-area hutan yang dapat
dilalui dengan berlari
(runable forest).
COKLAT digunakan
untuk simbol-simbol peta
yang menunjukkan
bentang daratan atau
relief: bukit kecil, tepian
tanah, kontur,
dinding tanah,
busut kecil dan sejenisnya.

KUNING mewakili
kawasan terbuka:
lapangan rumput,
padang rumput dan
sejenisnya.
HIJAU menunjukkan
kawasan hutan atau vegetasi
yang rapat & tidak dapat
ditembus atau dilalui oleh
orienteer dengan berlari.
Semakin gelap warna
hijaunya bererti makin sukar
untuk dilalui kawasan yang
berwarna demikian.

BIRU menunjukkan kawasan


yang berhubungan dengan
perairan : tasek, telaga, kolam,
sungai, parit, paya dan
sejenisnya.
HITAM mewakili
batuan &
bongkahan batu
(tebing, bongkahan
batu, kumpulan
bongkahan batu,
kelompok
bongkahan batu,
tanah berbatu dan
sejenisnya) & tanda
kawasan buatan
manusia
( bangunan,
jalan raya, jalan
setapak, pagar,
jaringan elektrik,
dan sejenisnya).
UNGU menunjukkan lintasan orienteering
(orienteering course) pada peta : start, titik kawalan,
garis-garis laluan, route yang ditandai, finish dan
sejenisnya).

FINISH

START

TITIK
KAWALAN
Petunjuk adalah erti dari simbol-simbol yang
digunakan pada sebuah peta orienteering. Menurut
Komisi Peta Federasi Orienteering Internasional (IOF
Map Commission), ada 7 kelompok kategori simbol-
simbol peta orienteering internasional, yaitu :

Bentuk Mukabumi (Land forms)


Perairan & Paya(Water & marsh)
Tebing & Bongkahan Batu (Rock & boulders)
Tumbuhan (Vegetation)
Tanda Kawasan Buatan Manusia
(Man-made features)
Simbol Teknikal (Technical symbols)
Simbol Landasan Orientering
(Orienteering course symbols)
Kontur (Contour)
Kontur indeks (Index contour)
Garis bentuk (Form line)
Garis lereng (Slope line)
Nilai kontur (Contour value)
Tebing tinggi(Earth bank)
Dinding tanah (Earth wall)
Dinding tanah kecil (Small earth wall)
Bukit kecil (Knoll)
Busut kecil (Small knoll)
Bukit kecil memanjang (Elongated knoll)
Cekungan (Depression)
Cekungan kecil (Small depression)
Lubang (Pit)
Tasek(Lake)
Telaga atau kolam (Pond)
Lubang air (Waterhole)
Sungai yang tidak dapat diseberangi
(Uncrossable river)
Aliran sungai yang dapat diseberangi
(Crossable watercourse)
Aliran sungai kecil yang dapat diseberangi
(Small crossable watercourse)
Saliran air kecil (Minor water channel)
Paya sempit (Narrow marsh)
Paya yang tidak dapat diseberangi
(Uncrossable marsh)
Paya (Marsh)
Paya yang kurang jelas (Indistinct marsh)
Telaga (Well)
Mata air (Spring)
Tebing yang tidak dapat dilalui (Impassable cliff)
Tiang batu / tebing (Rock pillars / cliff)
Permukaan tebing yang dapat dilalui
(Passable rock face)
Lubang berbatu (Rocky pit)
Gua (Cave)
Bongkahan batu (Boulder)
Bongkahan batu besar (Large boulder)
Lapangan bongkahan batu (Boulder field)

Kelompok bongkahan batu (Boulder cluster)


Tanah berbatu (Stony ground)
Tanah berpasir yang terbuka (Open sandy ground)

Batu yang terdedah (Bare rock)


Kawasan terbuka (Open land)
Kawasan terbuka dengan pohon-pohon berserakan
(Open land with scattered trees)
Kawasan terbuka semak (Rough open land)
Lahan terbuka kasar dengan pohon-pohon berserakan
(Rough open land with scattered trees)
Hutan : mudah dilalui (Forest : easy running)

Hutan : lambat dilalui (Forest : slow running)


Tumbuhan / belukar : lambat dilalui (Undergrowth : slow
running)
Hutan : Sukar dilalui (Forest : difficult to run)
Tumbuhan / belukar: Sukar dilalui
(Undergrowth : difficult to run)
Tumbuhan: sangat sulit dilalui, tidak dapat dilalui
(Vegetation : very difficult to run,
impassable)
Hutan yang dapat dilalui dalam satu arah
(Forest runnable in one direction)

Kebun buah (Orchard))


Kebun anggur (Vineyard)
Batas lahan tanaman pertanian yang jelas
(Distinct cultivation boundary)
Tanaman pertanian (Cultivated land)
Batas tumbuhan yang jelas
(Distinct vegetation boundary)
Batas tumbuhan yang kurang jelas
(Indistinct vegetation boundary)
Lebuhraya (Motorway)
Jalan raya utama (Major road)
Jalan raya kecil (Minor road)
Jalan lokal (Road)
Laluan kenderaan (Vehicle track)
Laluan pejalan kaki lebar (Footpath)
Laluan pejalan kaki kecil (Small footpath)
Laluan pejalan kaki kecil yang kurang jelas
(Less distinct small path)
Titian (Footbridge)
Titik penyeberangan dengan jambatan
(Crossing point with bridge)

Titik penyeberangan tanpa jambatan


(Crossing point without bridge)
Rel keretapi (Railway)
Jaringan elektrik (Power line)
Jaringan elektrik utama (Main power line)
Terowong (Tunnel)
Dinding batu (Stone wall)
Runtuhan dinding batu (Ruined stone wall)
Dinding batu tinggi (High stone wall)
Pagar (Fence)
Runtuhan pagar (Ruined fence)
Pagar tinggi (High fence)
Titik penyeberangan (Crossing point)
Bangunan (Building)
Penempatan (Settlement)

Kawasan berpermukaan berturap (Paved area)


Runtuhan (Ruin)
Kawasan Perkuburan (Grave)

Jaringan paip yang dapat diseberangi (Crossable


pipeline)
Jaringan paip yang tidak dapat diseberangi
(Uncrossable pipeline)
Menara tinggi (High tower)
Menara kecil (Small tower)
Tiang batu / tompokan batu (Cairn)
Garis utara magnetik (Magnetic north line)

Titik tinggi (Height spot)


Start (Start)

Titik kawalan(Control point)


Nombor kawalan (Control number)
Garis (Line)

Laluan yang ditandai (Marked route)


Finish (Finish)
Kawasan yang tidak dapat diseberangi
(Uncrossable boundary)
Titik penyeberangan (Crossing point)

Laluan yang dilarang (Forbidden route)


Lokasi Medik (First aid point)
Lokasi air minum (Refreshment point)
Kawasan Larangan / Bahaya(Danger area)
Langkah pertama yang harus diketahui adalah
melaras Utara peta. Melaras peta ke Utara adalah
bertujuan untuk membetulkan kedudukan peta
berkenaan supaya ianya bersamaan dengan
kedudukan pada mukabumi sekeliling. Cara ini akan
lebih mudah untuk menentukan arah pergerakan.

Terdapat dua cara untuk melaras Utara peta iaitu :-


Berpandukan kepada kedudukan ciri- ciri
mukabumi sekeliling
Menggunakan kompas
Merupakan teknik asas yang mudah dalam
pemilihan laluan dengan menggunakan ciri-
ciri garisan yang mudah dikenali seperti jalan,
lorongkaki, sungai, pagar dan sebagainya.
Kaedah ciri-ciri garisan ini dipanggil Susur
tangan (Handrails).

Sebelum bergerak, cuba lihat apakah ciri


yang boleh digunakan untuk susur tangan yang
akan membawa anda sehampir mungkin ke
tempat yang ditujui. Ikut ciri berkenaan.
Titik sasaran merupakan suatu ciri yang jelas yang terletak
pada ciri garisan atau yang berhampiran dengannya,
sebelum anda tiba di kawalan yang ditujui.
Antara ciri yang boleh digunakan sebagai titik sasaran
ialah simpang/selekoh jalan atau sungai, hujung atau
penjuru pagar dsb.
Pilih Tititk sasaran yang paling hampir kepada destinasi
anda.
Perlahankan pergerakan apabila hampir ke Titik sasaran
dan pastikan arah yang perlu diikut dan jarak untuk
menghampiri kawalan.
Teknik ini biasanya digunakan bersama dengan teknik
susur tangan.
THUMBING - this is a very simple but powerful technique that makes it easier to keep track of your location and read the necessary informa
THUMBING - this is a very simple but powerful technique that makes it easier to keep track of your location and read the necessary informa
Merupakan satu teknik atau cara yang digunakan apabila peserta
merasa tidak pasti akan kedudukan sebenar atau tersesat.

Jangan panik jika dirasakan sudah tersesat. Berehatlah terlebih dahulu.


Jangan bergerak lagi atau merayau-rayau tidak tentu arah.
Laraskan peta ke arah utara peta dan cuba bandingkan ciri muka bumi
yang boleh dilihat.
Jika masih tidak dapat menentukan kedudukan, cuba ingat ciri yang
terakhir yang telah dilalui dan semak dalam peta.
Setelah 2 minit berehat dan anda masih sesat, cuba bergerak ke arah ciri
garisan yang jelas.
Dapatkan kedudukan anda dan teruskan pergerakan ke titik kawalan.
Jika masih ragu-ragu dan risau, dapatkan bantuan sesiapa yang
terjumpa atau cuba carikan jalan balik ketitik permulaan.
Di Malaysia, pakaian yang sesuai untuk
orienteering adalah pakaian sukan yang
memudahkan larian. Gunakan kasut yang
sesuai mengikut keadaan tanah kawasan
pertandingan. Jangan berlari sambil membawa
muatan seperti beg galas, botol air minuman,
parang atau sebagainya.
Daftarkan diri dengan mengisi butir-butir perlu dalam kad
kawalan.
Sila lihat kepada START LIST untuk menentukan giliran
berlepas.
Apabila tiba giliran anda, pergi kegarisan permulaan.
Tentukan kad kawalan dan peta yang betul untuk anda.
Salin peta utama jika diarahkan.
Laraskan peta, ambil arah laluan dan mulakan larian ke
penanda kawalan yang pertama dan seterusnya.
Serahkan dengan segera kad dan peta anda apabila
sampai dikaunter penamat.
Untuk acara berpasukan, masa tamat akan di kira
apabila kesemua pasukan tiba di penamat.
Masa tamat akan dicatatkan pada kad anda.
Beredarlah dari situ dan tunggulah keputusan
pertandingan.
Semua peserta mesti melapurkan diri di tempat
penamat walaupun gagal
menghabiskanpertandingan Ini bertujuan bagi
mengelak dari diklasifikasikan sebagai peserta
yang hilang.
Peserta akan diberikan Did not finish (DNF) atau pembatalan penyertaan
(DISQ) apabila berlakunya perkara-perkara seperti berikut:-

Gagal memulangkan kad kawalan.


Tebukan yang dibuat terkeluar petak yang sepatutnya.
Tebukan yang kurang jelas/berubah corak.
Menaiki sebarang kenderaan kecuali bagi acara yang dibenarkan.
Bertindak untuk cuba menipu semasa pertandingan dengan pelbagai
cara.
Melebihi daripada masa perlumbaan yang di tetapkan.

Anda mungkin juga menyukai