Anda di halaman 1dari 14

PERTOLONGAN CEMAS

1.

DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS

2. SISTEM PERNAFASAN DAN PEREDARAN


DARAH
3.

RESUSITASI KARDIOPULMONARI (CPR)

4.

PENDARAHAN KECIL

5.

TERSELIUH DAN PATAH

DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS


i) Rawatan pertama yang diberikan kepada pesakit/mangsa
kemalangan.
ii) Usaha rawatan pertama dalam keadaan kecemasan
sebelum ketibaan ambulans/pesakit mendapat rawatan dari
doktor.
MATLAMAT UTAMA/OBJEKTIF
i) Untuk menyelamat nyawa
ii) Mengelakkan kecederaan dari bertambah buruk/teruk.
iii) Mengurangkan kesakitan
iv) sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor.

v) Memberikann keselesaan dan kelegaan kepada mangsa


SITEM PERNAFASAN
i) Semasa kita bernafas, kita menyedut dan
menghembuskan udara
ii) Udara yang disedut dibaewa ke paru-paru dan meresap
oksigen ke dalam darah
iii) Udara yang disedut hanya ada 21% oksigen, selebihnya
komposisi gas nitrogen
iv) Badan kita memerlukan 5% oksigen untuk melakukan
proses respi
BILANGAN PERNAFASAN SESEORANG
Peringkat
Dewasa
Kanak-kanak 6-10 thn
Bayi

Bilangan seminit
15-20 Kali
22-25 Kali
35-40 Kali

BILANGAN NADI SESEORANG


Peringkat
Dewasa
Kanak-kanak 6-10 thn
Bayi

Bilangan seminit
70-80 Kali
90-100 Kali
100-140 Kali

SISTEM PEREDARAN DARAH


i) Berfungsi menyalurkan dan mengagihkan bahan
makanan dan oksigen ke segenap sel-sel di dalam badan
dan membawa bahan buangan keluar
ii) Dalam badan seseorang dewasa terdapat sekitar 4-6 liter
darah
iii) Setiap 7Kg berat badan mengandungi 0.5 liter darah
FUNGSI DARAH
i) Membawa oksigen dan bahan makanan ke tisu
ii) Membawa bahan buangan ke organ pembuangan
iii) Melawan penyakit
iv) Membawa enzim dan hormon ke organ sasaran
v) Mengawal suhu badan
vi) Menghentikan pendarahan
RSUSITASI KAODIOPULMONARI
i) Adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada
mangsa kecederaan yang tidak mempunyai denyutan nadi
dan tidak bernafas

ii) Merupakan kombinasi teknik pernafasan mulut ke mulut


dan juga tekanan dada
iii) Berperanan untuk membantu jantung mengepam udara
yang dihembus ke seluruh anggota badan
iv) Dua sebab utam CPR dilakukan
a) Tiada nadi
PEMERIKSAAN ABC
- Terdapat 3 prinsip asas yang perlu dilakukan iaitu ABC
sebelum melakukan CPR
A Airway (Saluran Pernafasan)
B Breathing (Pernafasan)
C Circulation (Peredaran Darah)
A AIRWAY
(Airway) Saluran pernafasan. Ini Merupakan tindakan
pertama yang dilakukan dalam proses CPR. Tujuan ia
dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara untuk
pernafasan adalah terbuka. Anda boleh membuka saluran
udara ini dengan mendongakkan kepala mmangsa ke

mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya


ia tidak maaenghalang laluan udara.Anda juga perlu
membuat perlu membuat pemeriksaan visual ke dalam
mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang
sebarang bahan asing dari mulut. Contohnya gigi palsu
yang pecah.
B BREATHING
Pernafasan. Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan
seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memeriksa
pernafasan mangsa. Dekatkan telinga anda di sisi mulut dan
hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada
mangsa. Keadaan tersebut membolehkan anda mendengar
bunyi nafas, merasa hembusan nafas dan mata anda
memandang tepat kearah dada untuk melihat pergerakan
turun-naik dada. (Kaedah 3M= Mendengar, Merasa,
Melihat). Jika tiada nafas anda perlu memberikan
pernafasan bantuan. Contohnya mulut ke mulut.
C CIRCULATION
Peredaran darah. Langkah ketiga adalah untuk
mengekalkan peredaran darah. Langkah ini perlu dilakukan
sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi
mangsa telah tidak berdenyut. Sekiranya mangsa
mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan
langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mmangsa
boleh bernafas dengan sendiri. Langkah ketiga ini
dilakukan dengan memberi tekanan atau mampayan di dada
mangsa. Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah

sentiasa lurus. Gunakan berat badan anda untuk melakukan


tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada
(Sternum) dan sekitar dua jari dari atas ulu hati (Cuaran
xiphoid)
KAEDAH PEMULIHAN PERNAFASAN MULUT KE
MULUT
- Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran,
goyangkan badan mangsa. Dapatkan bantuan.
- Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.
- Buangkan sebarang benda asing dari mulut.
- Bukakan saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan
angkat dagu mangsa.
- Tutup lubang hidung mangsa dengan ibu jari dan jari
telunjuk anda.
- Tentukan mulutnya terbuka.
- Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa
sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik.
Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan
dilakukan.
- Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru
mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat
sebarang reaksi.
- Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8.
Buatlah hembusan pada kadar 10 kali seminit.
Catatan:
- Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit
tersumbat dan tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan

bibir mangsa dipicit rapi agar udara yang ditiup melalui


hidung tidak keluar melalui mulut.
PENDARAHAN KECIL
Pendarahan secara umumnya terbahagi kepada tiga iaitu:
i)

Pendarahan eksternal(dibahagian luar)


-

ii)

Luka terhiris
Luka terkoyak
Luka berdarah
Luka temmbus

Pendarahan internal(dibahagian dalam)


- Perut- muntah darah
- Paru paru/salur pernafasan batuk berdarah
- Rahim tumpah darah

iii) Pendarah internal tanpa kasan


- Limpa dan hati pecah
- Pendarahan dalam otak
RAWATAN PENDARAHAN EKSTERNAL SECARA
UMUM
a) Luka-luka kecil.
- Rawatan bagi luka kecil lazimnya hanya
memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja.

Biarpun begitu rawatan diberi untuk mengelakkan risiko


jangkitan kuman. Langkah-langkah rawatan adalah seperti
berikut:
i) bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka
dengan tangan kotor.
ii) Cuci luka dari tempat luka kearah luar supaya
kuman tidak masuk ke kawasan luka.
iii) keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala
yang steril.
iv) letakkan plaster mengikut saiz luka. Jangan
bercakap atau batuk ketempat luka.
v) gunakan pembalut untu memegang plaster.
b) Luka kecil yang ada benda asing.
Sekiranya ada benda asing yang sukar untuk
dikeluarkan dari luka seperti kaca yang terbenam atau
objek-objek lain, anda hendaklah jangan keluarkan objek
tersebut. Tindakan anda akan mengakibatkan lebih banyak
kerosakan pada tisu dan pendarahan. Matlamat rawatan
anda adalah untuk mencegah pendarahan tanpa menekan
atau mencabut objek dan mendapatkan rawatan perubatan.
Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:
i) bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka
dengan tangan kotor.
ii) Cuci luka dari tempat luka kearah luar supaya kuman
tidak masuk ke kawasan luka.
iii) keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang
steril.

iv) kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang


teguh ke atas kedua-dua bahagian atau sekitar tepi objek.
v) tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk
mengurangkan risiko jangkitan kuman. Kemudian buat
balutan sekeliling objek sehingga anda boleah membalut
tanpa menekan objek..
vi) bawa mangsa ke hospital.
CARA MENAHAN DARAH
a) Tekanan tepat- tekan terus pada luka tersebut dengan
kain bersih jika tiada apa-apa benda pada luka atau luka
tidak disertai dengan patah.
i)

Pembebatan (dressing) sebaik-baiknya gunakan


kain/bahan yang diseterilkan.
ii) Pada keadaan mendesak, tangan kosong boleh
juga digunakan dengan menekan pada tempat
berdarah.
iii) Guunakan pembalut (bandage) untuk memegang
pembebat.
iv) Penekanan hendaklah sampai darah berhenti
biasanya 10-15 minit.
b)
Tekanan tidak tepat- tekan pada nadi. Gunakan ikatan
penjjerut(tourniquet). Jangan biarkan ikatan penjenrut lebih
dari 15 minit. Komplikasi penggunaan cara ini boleh
menyebabkan kecederaan pada otot, saraf dan pembuluh
darah jika terlalu ketat. Ikatan yang longgar memburukkan
lagi pendarahan. Ikatan yang lupa dilonggarkan sehingga

beberapa jam menyebabkan anggota mati dan terpaksa


dipotong. Gunakan kaedah ini jika anda mahir dengan
ikatan tersebut.
c) Anggota terputus Kawal darah dari berterusan
keluar. Bahagian putus hendaklah dibungkus dengan kain
kasa yang basah, sebaik-baiknya dibasah dengan air garam
isotonic yang suci kuman. Masukkan anggota putus dalam
beg plastik yang mengandungi ketulan ais. Jangan rendam
anggota putus secara langsung dengan ke dalam ais. Hantar
mangsa ke hospital.
PEMBEBATAN DAN PEMBALUTAN
Pembebatan adalah diperbuat daripada kain kasa yang
boleh digunakan untuk menutup luka. Fungsi pembebat dan
balutan adalah:
i)
ii)

Mencegah jangkitan kuman


Menyerap kotoran yang keluar seperti tanah dan
darah.
iii) Mengawal pendarahan dan melindungi luka.
JENIS-JENIS PEMBEBATAN IALAH
i)
ii)

Paraffin biasa digunakan untuk luka besar


Pembebat melekat plaster, digunakan untuk luka
kecil
iii) Pembebat berubat kain kasa yang disapu ubat
pembunuh kuman
iv) Pembebat-pembebat biasa gauze

PERATURAN MEMBALUT
i)

Bersihkan tagnan dengan sabun. Jangan sentuh luka


dengan tangan kotor
ii) Cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya
kuman tidak masuk ke kawasan luka
iii) Lekatkan pembebat mengikut saiz luka. Jangan
bercakap atau batuk kearah tempat luka
iv) Gunakan pembalut untuk memegang pembebat
TERSELIUH DAN PATAH
1. Kepatahan (fraktur) merupakan salah satu kecederaan
yang sering dialami oleh mangsa kemalangan. Kecederaan
tulang, sendi dan otot terjadi disebabkan oleh:
i)

Pukulan secara langsung yang tepat dan kuat.


Kecederaan berlaku pada tempat yang kena
pukulan, misalnya kaki dilanggar kereta
ii) Pukulan sipi. Kecederaan berlaku
Jauh dari tempat pukulan, misalnya patah pada
tulang peha kerana jatuh daripada tempat tinggi
iii) Kecederaan otot (strain). Otot telah diregang
secara berlebihan. terjadi kerana menggunakan
otot secara mengejut. Sering terjadi pada ahli
sukan
iv) Terseliuh. Kecederaan pada sendi akibat rentapan
yang kuat dan mengejut. Contoh pergerakan

mengejut seperti berpusing secara mengejut


semasa berlari
Dislokasi (dislocation). Hujung tulang sendi
terkeluar dari kedudukan normal. Sering terjadi
pada jari kaki atau tangan

v)

JENIS-JENIS PATAH
Patah boleh diklasifikasikan kepada beberapa
kategori:
i)
ii)

Patah bertutup. Kulit permukaan tidak luka


Patah terbuka. Terdapat luka yang
mendedahkan keretakan tulang.
iii)
Patah berkomplikasi (melarat). Kecederaan
melibatkan tulang dan organ lain seperti otak,
paru-paru dan lain-lain
iv) Patah ranting muda. Terjadi dikalangan kanakkanak
v) Patah penghancuran. Tulang patah lebih dari
dua
vi) Patah simple. Tulang patah dua sahaja
TANDA-TANDA KECEDERAAN TULANG
i)
ii)

rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot


mangsa mendengar bunyi atau merasa tulang
patah
iii) tidak berupaya menggerakkan anggota cedera
iv) bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang
tak normal

v)

keadaan bengkak atau warna kebiruan pada


tulang, sendi atau otot
vi) bentuk, kedudukan atau pergerakan sendi tidak
normal
PERINSIP RAWATAN SECARA AM
Perinsip rawatan untuk kecederaan patah adalah
seperti berikut:
i)

memberi rawatan segera sekiranya berlaku


keadaan yang mengancam nyawa seperti
gangguan pernafasan dan pendarahan yang
banyak
ii) jangan pindahkan pesakit kecuali nyawa
terancam. Lakukan rawatan di tempat
kejadian
iii) kurangkan kesemua pergerakkan mangsa
dan anggota yang cedera.
iv) Sekira nya kulit dibahagian patah terluka.
Jangan sentuh. Tutup dengan kain yang
bersih
v) Haling/ampu perggerakan anggota yang
patah menggunakan belat (splin), anduh dan
pembebat
vi) Periksa denyatun nadi seberapa kerap yang
boleh dan pastikan jari-jari tangan tidak
menjadi kebas akibat pembebatan yang
terlalu ketat

Anda mungkin juga menyukai